Kecantikan

Jamu Sedap Badan Mujarab Nyahkan Mood ‘Kelaut’, Muka Pun Pinkish Berseri-seri

Share

Mak-mak ini kalau dah letih, datang ‘moody’ tak hengat.. jangan berani-beranilah nak tegur rupa parasnya. Seram anak-anak mahupun suami dengan jawapan balas mak-mak tu nanti.

Kalau nampak isteri anda tu dah lain macam, cepat-cepatlah belikan 6 bahan ini untuk melengkapkan pembuatan Jamu Sedap Badan. Asyik-asyik mak-mak je kena buat sendiri.

Kali ini, Mingguan Wanita nak ajak suami pula ‘pampered’ atau manjakan isteri yang keletihan dan nampak mood kelaut. Haish! Bukan susah pun. Senang sangat nak buat jamu sedap badan ini.

Cara-cara membuatnya dah diterangkan dengan mudah oleh Perunding Jamu, Norliza Mohd Salleh. Langkah demi langkah bergambar yang dikongsikan ini akan bantu memahamkan lagi apa bahan-bahan yang diperlukan. Jangan kata tak kenal bahan dapur ini pula wahai suami ya..

Biasanya kita wanita ini, kadang letih dengan kerja seharian. Mood jadi kelaut, muka jadi tak ada seri. Kali ini saya kongsikan resepi petua yang boleh diamalkan untuk kita kaum hawa.”

Jamu ini hanya diminum 3 kali sebulan. Dan ini adalah 100% dari bahan alami serta semulajadi.

Bahan-bahan Jamu Sedap Badan

3 sudu makan beras putih (rendam 3 jam)
1 ibu jari kunyit segar
1 ibu jari halia
Daun pandan
Gula Melaka
1 biji limau nipis

Cara Membuat Rujuk Pada Gambar

 

Bahan-bahan lengkap buat Jamu Sedap Badan.

 

 

Tumbuk halia bersama kunyit hingga lumat.

 

 

Masukkan halia dan kunyit yang ditumbuk bersama 3 gelas air. Letakkan daun pandan dan gula Melaka. Rebus hingga jadi 1 gelas air.

 

 

Tumbuk beras yang telah direndam hingga lumat.

 

 

Masukkan beras yang telah ditumbuk dalam rebusan air tadi. Sebelum tu tapis dulu hampas halia dan kunyit ya.

 

 

Perahkan limau nipis.

 

 

Nyum-nyum siap! Sedia untuk diminum.

 

Bayangkan kalau suami yang siapkan semua dari A sampai Z minuman jamu sedap badan ini. Uish! Makin bertambah-tambah sayangnya isteri dekat en abang tu nanti. MW dah bagi jalan ini, selebihnya andalah yang gerakkan.

Sumber/Foto : Norliza Mohd Salleh

IKLAN