Jamu Mawar 7 Kuntum Bukan Setakat Kaya Vitamin C, Mujarab Nipiskan Garis Halus Penuaan

Orang muda zaman la ni mana nak kenal jamu yang diformulasikan orang-orang lama dulu. Inilah rahsia naikkan seri wajah dengan mengamalkan jamu mawar 7 kuntum.

Kata Puan Sarifa Redzuan, Cikgu Spa Bengkel Fast Track Ala Hotel Lima Bintang (Jangka Pendek) memaklumkan rahsia orang lama dulu menjaga kecantikan mereka adalah dengan mengamalkan jamu mawar.

Mawar digunakan untuk kecantikan sama ada di minum, dimakan kelopaknya atau dijadikan formula untuk kecantikan kulit wajah dan badan.

Sebab itu tak hairalah, kenapa mawar terkenal di serata pelosok dunia.

Harini, cikgu petik bunga mawar mak cikgu. Cikgu nak buat jamu. Jamu ni mudah dan sangat istimewa. Cikgu amal dari zaman muda lagi

Cara Minum

√    Seminggu 2 ke 3 kali

√    Minum sebelum makan waktu pagi dan malam sebelum tidur sambil NIAT baik baik.

 

Bahan-bahan Jamu Mawar 7 Kuntum

7 kuntum bunga mawar }

1 – 2 genggam daun inai } Keduanya dibasuh

9 biji buah pelaga

IKLAN

1 sudu besar bunga cengkih

 

Jamu Mawar 7 Kuntum Bukan Setakat Kaya Vitamin C, Mujarab Nipiskan Garis Halus Penuaan

Cara Masak Jamu Mawar

1. Rebus bersama 500ML air sampai mendidih

2. Tapis airnya. Tambah 30-50ML Madu

3. Kacau Sebati

4. Tuang dalam cawan boleh perah lemon dan minum

IKLAN

5. Lebihan simpan dalam peti ais.

 

Jamu Mawar 7 Kuntum Bukan Setakat Kaya Vitamin C, Mujarab Nipiskan Garis Halus Penuaan

2 + 10 Khasiat Jamu Mawar 7 Kuntum

1. Membuat Kulit Muda Dan Sihat

Kelopak mawar kaya dengan antiseptik, anti-bakteria, anti-radang, dan sifat anti-oksidatif.

Ia bagus untuk membantu menyembuhkan pelbagai masalah kulit seperti berjerawat, kering serta berminyak.

Ia memberikan kelembapan kepada kulit, dan kulit juga menjadi lebih lembut, licin, berseri dan kesihatan muda.

IKLAN

2. Anti- penuaan

Ia kaya dengan vitamin A dan Vitamin E. Dengan antioksidannya ia mampu membantu melewatkan proses penuaan dimana ia juga membantu mengurangkan kecutkan dan garis halus.

Antioksida yang tinggi membantu membatasi radikal bebas yang merosakkan kulit, sekaligus melambatkan penuaan.

√    Sebagai anti-alergi yang berkesan.
√   Baik untuk wanita yang alami masalah senggugut
√    Meningkatkan Sistem Imun

Sumber vitamin C yang baik membantu meningkatkan daya imuniti tubuh anda. Seterusnya, melindungi anda daripada pelbagai keadaan kesihatan dan memerangi jangkitan dengan cara yang lebih baik.

√    Mengubati sakit tekak dan resdung

Kandungan vitamin C membantu dalam memberi kelegaan dari sakit tekak, hidung berair dan sejuk badan.

√     Membantu proses pencernaan

Asid organik dalam kelopak mawar meningkatkan daya pencernaan. Semakin kuatnya sistem penghadaman anda, semakin selamat saluran gastrousus anda daripada penyakit dan jangkitan.

Ia juga membantu menyingkirkan sisa dan toksin dan membantu usus lebih sihat. Ia Di samping itu, ia juga membantu proses pertumbuhan bakteria baik di usus anda.

√     Rawatan untuk sembelit dan cirit-birit
√     Mengekalkan Kesihatan Saluran Kencing
√     Melegakan tekanan

Jamu ini membantu mengurangkan tekanan anda selepas satu hari yang panjang. Ya! Ia mempunyai kesan positif untuk mengimbangi tekanan dengan menenangkan sistem saraf anda.

√     Membantu Mengurangkan Berat
√     Mewangikan badan

Bestkan manfaat jamu ni. Sangat mudah untuk di masak. Konsisten minum jamu ni wajah pun jadi pinkish semulajadi.

Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Sarifa Redzuan II

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI