Kecantikan

Jamu Homemade Awet Muda, Juga Berkesan Hilangkan Letih Lesu Mak-mak

Share

Mak-mak yang terkejar-kejar baik di rumah mahupun pejabat, bagus amalkan minum jamu homemade awet muda ini. Bahan yang diperlukan pun ada di dapur rumah kita. Tak susah mana nak cari, tak complicated.

Petua mudah ini diberikan oleh Sarifa Redzuan, Cikgu Spa Bengkel Fast Track Ala Hotel Lima Bintang (Jangka Pendek). Akuinya, bila tubuh badannya rasa lemau, beliau pun terus buat jamu homemade awet muda ini.

Jamu ini sesuai untuk lelaki, perempuan dan remaja. Lepas minum rasa ringan badan. Sakit kepala pun berkurangan. Sesuai diminum 1 cawan setiap hari

.”

Tambah beliau, minuman ini bagus jika owner-owner spa nak beri pelanggan minum sebagai welcome drink. Best, pasti pelanggan pun teruja nak datang minum selalu.

Perghh arrooma dia. Memang superb! Lepas minum paling best burrrpp, burrppp angin keluar. Lega aihhh…”

Boleh Juga Legakan Sinus, Ketahui Caranya

Selain dibuat jamu , air rebusan ini juga untuk redakan masalah sinus. Untuk sinus perlu di steam muka tu sambil menyedutt aroma ni. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.

Lagi satu boleh buat rendaman kaki singkirkan toksin. Untuk rendaman kaki perlu tambah garam.

Untuk mandian pun boleh ye. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam-suam. Pastu tambah la 2-3 cawan garam. Pastu boleh mandi buat bilasan terakhir.

Nak lagi best , rebus dan steam badan awak tu boleh juga buat bertangas.

Woww! Siapa sangka ramuan ni boleh buat macam macam kan. Okay okay cikgu bagi tahu resipi best ni.

Ini Resepi Nak Buat Jamu Homemade Awet Muda

 

Bahan-bahan

 

Halia

2 batang serai

1 sudu kecil halba campur

1 sudu kecil bunga cengkih

1 sudu kecil biji pelaga

2 batang kulit kayu manis

1 sudu kecil bunga lawang

1-2 sudu madu

 

Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk.

 

Beberapa helai pudina.

 

Masukkan pudina dalam rebusan . Rebus dalam 10 minit.

 

Tapis airnya.

 

Masukkan 1 sudu besar madu.

 

Tara…. Dah siap jamu awek muda yang mampu tambah tenaga. Cuba taww… Sedapp sangat.

 

Sumber/Foto : Sarifa Redzuan II

IKLAN