Ads

“Jaga Solat Dik, JANGAN Jadi Macam Pakcik..Jangan”

Betapa solat itu tiang agama dan kewajipan yang dituntut bagi setiap umat Islam. Namun adakalanya sebagai hamba, kita seringkali alpa, selalu melengahkan waktu solat, mahupun meninggalkannya dengan sengaja tanpa ‘rasa’ bersalah berbekas di hati.Hakikatnya, amalan solat itulah yang pertama sekali dihisab nanti.

Perlu ingat usia muda bukanlah jaminan kita hidup lama sehingga hujung usia senja. Ajal menjemput tanpa mengira usia. Jagalah solat, tunaikanlah kewajipan sebaiknya. Jika ada pernah ‘tertinggal’ solat sebelum ini, berusalah untuk menggantinya kembali semampu kita, selagi berkesempatan. Semoga segala amalan diterimaNya.

Jemput baca perkongsian Cikgu Muhammad Yusof ini;

Ada satu hari tu aku pi solat kat Petronas. Lewat sikit aku sembahyang asar hari tu. Astaghfirullahala’zim.

Dalam surau tu ada sorang pak cik tengah solat. Aku pun jadikan dia imam. Aku takbir kuat sikit. Tapi mungkin dia tak perasan kot, dia baca perlahan je, macam solat sorang-sorang. Tapi aku tetap follow dia.

Oleh sebab dia solat depan aku, habis je dia bagi salam, aku tengok dia solat lagi.

Habis je aku solat, aku tengok dia masih solat lagi. Ah, dah berapa rakaat dah dia ni sembahyang.

Ads

Solat Tak Habis-Habis

Sementara tunggu masuk waktu Maghrib, aku rilek jap main henset. Aku tengok pak cik tadi masih solat tak habis-habis lagi.

Bila masuk waktu Maghrib, dia senyum kat aku. Aku pun balas senyuman. Muka dia putih bersih. Mungkin dia perasan aku tengok dia solat, dia tiba-tiba cakap kat aku

‘Jangan jadi macam pak cik dik, masa pak cik muda-muda dulu pak cik selalu tinggal solat. Sekarang ni pak cik cuba ganti solat mana yang pak cik teringat. Harap-harap Allah ampunkan dosa pak cik. Dah tua-tua ni risau betul tiba-tiba Allah tarik nyawa pak cik.. Risau pak cik kalau-kalau Allah letak pak cik dalam neraka sebab dosa pak cik..’

Allah, Allah. Rasa nak menitis air mata aku.

Solat maghrib, dia suruh aku jadi imam. Habis solat dia bisik kat aku ‘Jaga solat dik. Jangan jadi macam pak cik, jangan..’

Ads

Pesanan yang pendek tapi sangat membekas dalam hati.

Allah kan, kalau Dia nak bagi hati kita tersentuh, cukup Dia hantar seorang pak cik entah dari mana, agar aku ingat pada Dia. Harap kau dapat Husnul Khotimah pak cik.

‘Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunan kami. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami..’

Ads

Amin.

Sekadar menumpang kebaikan orang lain: Muhammad Yusof

Baca Lagi Di Sini: Solat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Berusahalah kita menjaga solat, menunaikan kewajipannya. Jika pernah ada meninggalkannya, berusahalah menqada’kannya.

Sumber: Muhammad Yusof

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ibu & Anak Rentung Dalam Kebakaran Rumah, Terperangkap Di Ruang Tamu...

Satu tragedi kebakaran di Taman Rathna, Butterworth pagi Rabu semalam cukup menyayat hati bila mana seorang ibu ditemui rentung bersama anak angkatnya berusia sekitar 4-5 tahun. Lebih menyedihkan, kedua-duanya ditemui di ruang tamu rumah berhampiran pintu keluar dalam rumah yang hampir terbakar keseluruhannya.