
Isi Kandungan
ToggleSetiap hari yang kita lalui tentulah ingin yang lebih baik daripada semalam. Sudah tentulah kehidupan ini perlukan perubahan dari pelbagai keadaan. Mungkin rezeki hari ini boleh jadi melimpah ruah daripada semalam. Kita tidak tahu kan!
Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang kita lakukan semalam itu menajdi asbab untuk kita mendapat lebih baik tanpa kita duga. Namun, jangan fikir apa yang kia buat itu semata-mata inginkan ganjaran.
Dalam kehidupan, untuk menjadi lebih baik, kita boleh lakukan pelbagai perkara yang menjadi amalan harian. Praktikkan sentiasa dan mungkin lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dalam hidup kita.
Perkongsian daripada Nur Atiqah Othman ini oleh dijadikan panduan untuk memastikan kehidupan kita yang dilalui setiap hari menjadi lebih baik. Tapi ada caranya, bukan hanya perolehi dengan senang ye. Kena amalkan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami ‘Sedekahkan Masa’ Untuk Isteri Tidur 20 Minit, Bagi ‘Recharge’ Tenaga Dan Emosinya
Seeloknya Baca Al-Quran Waktu Pagi, Nikmat Seronok Umpama Selepas Bagi Sedekah
Info Lebih Menarik DI SINI
Hidup Lebih Baik – Lakukan Ini Sebagai Amalan
1. Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat.
2. Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
3. Baca Al-Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan.
4. Sedekah walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.
5. Tidak tidur selepas subuh.
6. Tiada iri hati melihat orang lain.
7. Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.
8. Percaya bahawa pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.
9. Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.
10. Istighfar sekurangnya 100 kali.
11. Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.
12. Taat ibu bapa dan berbakti pada mereka.
13. Solat di awal waktu.
14. Hargai dengan apa yang ada.
Percayalah. Sesiapa sahaja yang mengejar dunia, dunia akan lari darinya dan sesiapa yang mengejar akhirat dunia akan tunduk padanya.
Begitulah.
Moga bermanfaat.
MW: Bila kita dah terbiasa lakukan amalan-amalan ini, rasa tidak akn lengkap mahu pun sempurna jika tidak lakukan.
Sumber: Nur Atiqah Othman
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sejak KECIL Dedah Anak Belajar Urus JENAZAH, JANGAN Percaya Perkara KARUT

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan ramai mengambil ringan akan ilmu pengurusan jenazah hinggalah ada kematian ahli keluarga, barulah mula mengelabah. Bila tiada ilmu di dada dan langsung tidak mempedulikan bab uruskan jenzah, maka terpaksalah menggunakan khidmat orang luar untuk menguruskan jenazah keluarga kita.
Sebaliknya, tahukah mak, ayah adalah lebih afdal apabila kita menguruskan sendiri jenazah keluarga kita daripada mengharapkan orang lain. Sekurang-kurangnya ambil tahu kerana kematian itu pasti.
Malah agak menyedihkan, jarang-jarang dalam masyarakat kita mak, ayah benarkan anak-anak yang sudah remaja belajar menguruskan jenazah kerana bimbang dengan perkara tak masuk akal seperti badi.
Oleh itu, sikap remaja berusia 14 tahun ini mempelajari cara menguruskan jenazah harus dipuji, barulah tak tertipu bila mengadap kematian kelak.
Ikuti perkongsian skuad_pengurusan_jenazah_malay ini :
Berita daripada Skuad Gabungan SPJM (Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia)
Saya hendak kongsikan sedikit tentang adik yang ada di dalam gambar ini… Nama adik yang membantu kafankan jenazah ke-237, namanya Muhammad Syazrol bin Zamri… Berusia 14 tahun dan belajar di Mahad Tahfiz Darul Hafidzin di Rantau Panjang, Klang…
Beliau adalah anak lelaki kepada Puan Ema, salah seorang dari unit bilal jenazah muslimah UKVJ (Unit Khas Van Jenazah). Adik Syazrol ini berminat untuk mendalami ilmu tentang pengurusan jenazah…
Biarpun baru berusia 14 tahun keberanian yang ditunjukkan bersama minat jelas terpancar sewaktu menguruskan jenazah pagi tadi… Dari apa yang saya amati…
Sepanjang memandikan jenazah hingga proses kafan adik ini tidak menunjukkan tanda tanda takut berdepan dengan jenazah di depan mata.. Saya boleh katakan semangat yang ada pada beliau bukan biasa-biasa…
Tenang seperti sudah biasa menguruskan jenazah… Sewaktu melakukan proses mandi dan kafan… Adik Syazrol diajar dan dilatih oleh Encik Fazlee yang juga Ketua Bilal (2) Muslimin UKVJ bersama Encik Yusof Ketua Bilal (1) Jenazah Muslimin UKVJ…
Saya juga dapat lihat adik ini mudah dan selesa memahami cara penerangan yang dibuat oleh En Fazlee… Padat tetapi bersahaja… Tiada tekanan yang boleh dilihat ketika penerangan dibuat sambil menguruskan jenazah dari mula hingga selesai jenazah di sempurnakan…
Teknik yang sama itu digunakan oleh En Fazlee sewaktu mengajar ahli-ahli baru di dalam UKVJ… Sedikit demi sedikit minat untuk mengurus jenazah itu timbul secara sendiri…
Selembut-lembut cara digunakan oleh En Fazlee sewaktu memandikan jenazah… Sekemas-kemasnya jenazah akan di kafankan… Dua perkara penting ini menjadi keutamaan semua Ketua Bilal sewaktu melatih pelapis baru.
Dilatih Berdepan Terus Dengan Jenazah
Kebiasaanya proses pembelajaran akan di kongsikan berulang-ulang kepada pelapis kami sewaktu menguruskan jenazah. Ini juga bermaksud proses untuk ahli baru belajar tentang cara menguruskan jenazah secara teori dan amali apabila jenazah ada di depan mata…
Ahli kami tidak dilatih cara mandi dan kafan jenazah menggunakan patung atau orang yang masih hidup… Terus sahaja kursus menggunakan jenazah di depan mata.. Waktu urus jenazah waktu itulah kami belajar…
Teknik ini lebih cepat untuk di fahami… Ketika itu juga kami boleh tahu kekuatan mental masing- masing sama ada boleh urus jenazah atau tidak… Dengan cara itu jugalah sebenarnya banyak pelapis-pelapis baru dapat dilahirkan dalam unit khas van jenazah (UKVJ).
Paling penting pelapis baru yang dapat dilahirkan datangnya dari kalangan anak-anak muda…
Pelapis Paling Muda
Berbalik kepada adik Syazrol tadi… Buat masa ini beliau antara pelapis yang paling muda di dalam UKVJ. Bakat yang ada pada adik ini sedang cuba digilap oleh kedua-dua Ketua Bilal Muslimin kami.
Memang benar tidak semua ibu,bapa akan benarkan anak-anak mereka belajar cara menguruskan jenazah… Maaf kata… Kadang-kadang pemikiran orang melayu kita agak kolot…
Bila sebut tentang melibatkan jenazah pasti perkataan badi atau perkara bukan-bukan akan difikirkan. Walhal ilmu pengurusan jenazah ini sebenarnya sangat penting… Setiap kali saya menulis… Setiap kali saya buat live facebook…
Sebenarnya saya hendak anda belajar… Belajar ilmu cara menguruskan jenazah… Belajar untuk tidak takut ketika menguruskan jenazah bila ada kematian melibatkan ahli keluarga sendiri.
Jangan Sampai Tertipu
Belajar untuk tidak ditipu oleh mereka mereka di luar sana yang mengambil kesempatan hanya kerana anda tidak tahu cara untuk menguruskan kematian…
Paling penting anda perlu ingat, jangan mudah termakan dengan kata-kata individu yang baik perwatakannya bila menawar khidmat untuk menguruskan jenazah ahli keluarga anda… Jangan hanya mengikut kata seperti lembu di cucuk hidung…
Di suruh bayar beribu hanya mengikut tanpa bertanya semula kenapa harga yang di tetapkan mahal tidak terkata… Jadilah waris yang bijak membuat keputusan bila berlaku kematian.
Banyakkan bertanya… Rajin-rajinlah membaca. Ingat, ilmu tidak datang sendiri kepada kita. Ilmu itu perlu kita cari… Untuk dapat ilmu kita perlu belajar…
Belajar dan rajin membaca.. Tetapi mesti lah ada gurunya sekali.. Baru ilmu yang kita dapat itu lebih tepat dan akan bermanfaat.. Share jika suka dengan penulisan saya ini!
Sumber: skuad_pengurusan_jenazah_malay
MW: Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada mak, ayah seterusnya membenarkan serta menggalakkan anak-anak untuk mendalami ilmu pengurusan jenazah. Lupakan tentang tanggapan orang yang lapuk sebaliknya berusaha menjadi seorang muslim yang lebih baik. Insyallah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kain Kiswah Kaabah, Inilah Maksud Di Sebalik 5 Ayat Dari 4 Surah Yang Ditulis Di Dindingnya

Isi Kandungan
ToggleKain Kiswah Kaabah
Inilah Maksud 5 Ayat Dari 4 Surah Yang Ditulis

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hadiah RM50,000 Milik Al-Maqari Juara Sulung Pentas Marhaban

Setelah mengharungi lapan minggu pertandingan, Kumpulan Al-Maqari telah diumumkan sebagai juara program Pentas Marhaban sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 pada pentas akhir yang berlangsung semalam.
Untuk rekod, perkataan Marhaban berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu. Pentas Marhaban yang pertama kali dianjurkan ini turut menyaksikan lingkungan umur peserta adalah daripada semuda usia 9 tahun hingga 80 tahun.
Persembahan Mantap
Keputusan itu sekali gus mengetepikan kedudukan pesaing terdekatnya Al-Muhtadin, Qalbun Hadi dan Raudhatul Ashwaq untuk bergelar juara sulung program yang bersiaran secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah.
Kumpulan Qalbun Hadi pula dinobatkan sebagai naib juara dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi sumbangan TV AlHijrah.
Ketika ditanya mengenai kelebihan Al-Maqari pada persembahan akhir semalam, Juri Jemputan Ustaz Hasim Harun berkata persembahan mantap, irama unik, dinamik dari sudut kreativiti terutamanya dari segi marhaban turut menjadi elemen penting dalam proses penjurian pada prgram tersebut.
Sementara itu, kumpulan Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq sekadar meraih hadiah saguhati dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 bagi setiap kumpulan.
Tugasan akhir Pentas Marhaban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu marhaban dan rawi, penceritaan serta qasidah.
Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu diadili sepenuhnya oleh juri tetap Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Ustaz Hasim Harun selaku juri jemputan.
Pemarkahan diberikan berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.
Pentas Marhaban akhir turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Daqmie.
Program itu dihoskan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI