Wahai wanita terutamanya yang bergelar isteri. Bergantung harap pada suami itu bagus, tetapi terlalu bergantung sepenuhnya pada suami itu perlu difikir-fikirkan semula baik buruknya. Hakikatnya, menjadi wanita kaya itu lebih indah dan hebat lagi kesannya.
Ini kerana, punya kebebasan kewangan yang lebih untuk berbuat apa juga impian yang dimiliki. Namun, jangan menjadikan kekayaan yang dimiliki itu medan kesombongan. Berpada-padalah.
Seronok baca perkongsian, Marlia Ramli ini. Mengajak wanita agar berusaha menjadi wanita kaya dalam masa yang sama mendapat redha Ilahi. Hadamkan tipnya.
Jadi Wanita Kaya Itu Lebih Mudah
TIKET BESAR.
Bolehkah wanita memiliki aset sendiri?
Tentulah, boleh!
1) Belajar ilmu menjana wang. Nafkah suami bagi, jangan habiskan pada barangan make up tetapi beli buku untuk tambahkan ilmu.
Ads
2) Elak hadkan dunia hanya suami dan anak-anak. Bergaul dengan ramai guru berilmu. Perhati dan tiru apa yang mereka buat. Setiap orang yang berjaya ada “resepi rahsianya”.
3) Wujudkan tabung sayang diri. Tabung ini tidak akan dikorbankan kepada sesiapa kecuali untuk persaraan diri. Daftar akaun emas GAP, konsisten menabung emas sehingga bersara. Emas sangat berkuasa bagi simpanan jangkapanjang.
4) Tolak jadi penjamin suami atau keluarga. Bank minta penjamin sebab tak yakin peminjam mampu bayar hutang. Jangan kita jadi bola tanggung hutang sesiapa.
5) Letak had. Nak reward orang yang disayangi? Letak had jangan melebihi 2/3 daripada kekayaan. Kak Lopa sendiri letak had maksima 1/4 sahaja. Lebih? Sorry, usaha sendiri! #apeni
6) Bina mindset, suami hanya pinjaman. Ungka tak ambik, Tuhan ambik. Belajar fahami erti hidup dan tahu urus kewangan diri. Jangan selesa hatta suami kita orang baik-baik.
7) Anak-anak adalah proses. Mereka lahir, membesar dan kemudian tinggalkan kita. Elak letak nasib persaraan kita di tangan anak-anak. Sahabat pengharapan adalah kekecewaan.
Belajar daripada arjuna yang bijak. Mereka fokus, drive for results dan rajin bekerja. Learn from them. Arjuna sejati, kepimpinan mereka luarbiasa.
Ads
9) Bina boost untuk motivate diri. Setiap kali capai sesuatu, reward diri dengan tingkatkan simpanan gram di akaun emas GAP. Anggaplah menabung sebagai terapi.
10) Sponsor anak yatim atau ibu tunggal di dalam keluarga anda. Ini TIKET BESAR untuk kita meraih perhatian dan kasih sayang Allah.
Mak ayah yang hebat akan jadi idola terbaik buat anak-anaknya dan akan membawa kegembiraan dalam hubungan kekeluargaan. Kadang kalau anak menangis pun, hanya dia yang mampu balut emosi anak. Apa lagi waktu anak sakit, memang namanya saja akan disebut oleh anak.
Nak tahu sejauh mana anda tergolong di kalangan mak ayah yang hebat atau tidak, semak perkongsian Doktor Taufiq Razif ini…
1. Anak Cari Mak Ayah Dulu Bila Disakiti Atau Sedang Dalam Masalah
? Ni tandanya kita dah jadi pendengar yang baik ( good listener ) pada anak kita sehingga anak kita percayakan yang kita adalah tempat rujuk terbaik mereka
2. Anak Tunjukkan Semua Jenis Emosi Di Depan Kita
? Bila anak kita mampu tunjukkan emosi marah, sedih, gembira dan frust tanpa ketakutan tu maknanya mereka rasa selamat dengan kita ( emotionally safe )
3. Kita Tak Label Anak Dengan Bermacam Gelaran
? Menggelar anak bodoh, tak bijak, nakal dan pemalas adalah tanda kita ni mak ayah yang suka melabel. Bila kita tak suka melabel anak, ni tandanya kita dah mula sedar bahawa kesalahan pada anak adalah cerminan daripada kesilapan kita semasa mendidik dia. Bukannya kita tuding kesemuanya pada anak kita
4. Kita Kenal Bakat Terpendam Anak Kita
?Kita kenal gaya belajar anak kita ni jenis Kinestetik ke, Auditory ke ataupun Visual. Kita juga kenal anak kita ni jenis Naturalist ke kuat pada Interpersonal ataupun Linguistic ke dan lain-lain
5. Kita Mampu Biasakan Anak Ikut Peraturan Tanpa Kita Menjadi Diktator
?Peraturan rumah yang terlampau ketat membunuh jiwa kreatif anak tetapi rumah yang peraturannya terlampau longgar melahirkan anak yang buruk akhlak, pemalas dan rosak adabnya. Tegas dalam kehangatan kasih sayang adalah yang terbaik untuk perkembangan anak kita.
6. Pandai Pulihkan Kembali Kerosakan Emosi
?Ada masanya kita tertengking dan termarah anak dengan cara yang melampau. Mak ayah yang terbaik tahu cara nak pulihkan kembali kerosakan emosi yang mereka dah buat pada anak mereka. Ingat ye..pelukan, sentuhan, pemberian hadiah dan permohonan maaf secara ikhlas adalah ubat terbaik untuk mengubati kecederaan emosi si anak.
Tolong ajarkan dan sebarkan ilmu ni pada pasangan kita juga ye.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap perkahwinan pastinya mengharapkan kebahagiaan sakinah, mawaddah dan rahmah hingga ke syurga.Namun untuk menyemai semarak rasa cinta berkekalan pada pasangan tidak semudah dijangka. Ada ketikanya hadir perasaan kosong, sunyi dan sepi dalam perkahwinan walaupun riuh dengan anak-anak dan suami di sisi. Bila perkara ini berlaku, hubungan yang dibina kian terasa hambar.Sebenarnya ada beberapa sebab, punca ia terjadi.
Rasa kosong, sunyi dan sepi dalam hubungan.Ada pasangan, ada pertalian tapi rasa kosong, sunyi dan sepi. Macam something missing, tapi tak tahu apa sebenarnya yang missing.
1. Dekat Tapi Jauh
Antara punca adanya perasaan macam ni pertamanya adalah kerana dekat tapi jauh. Pasangan ada depan mata, physically dia ada disisi, tapi dalam hati dia jauh. Pasangan tak faham apa yang ada di dalam hati, pasangan tak memahami dan menyelami isi hati pasangannya sendiri.
2. Lama Tak Bermanja
Kedua, dah lama tak bermanja, dah lama tak bergurau senda, dah lama tak bergelak tawa. Kalau berbual pun hanya ketika perlu, apatah lagi nak buat semua yang lain-lain. Komunikasi terbatas dek kehadiran teknologi dalam hubungan dan kesibukan dalam pekerjaan.
3. Kurang Perhatian & Penghargaan
Ketiga, kurang perhatian dan kurang penghargaan. Pasangan tak terlalu mengambil peduli akan apa yang dilakukan seharian dan pasangan juga tidak berterima kasih atau menzahirkan penghargaan sewajarnya terhadap apa yang dah dilakukan sepanjang berhubungan.
4. Selalu Disakiti
Keempat, selalu disakiti, selalu dibohongi. Hati remuk, berkecai, mati berkali-kali akibat perbuatan pasangan. Jangan sembang tentang luka, jangan sembang tentang parut sebab hati tu sendiri dah hancur dan berkali-kali ianya dihancurkan. Maka hati dah tak lagi ada perasaan.
Dah kahwin ni, dah ada anak-anak, sempat lagi ke nak rasa kosong, sunyi dan sepi? Bukan masalah sempat atau tak sempat, rasa ni akan hadir sendiri tatkala kita duduk sendirian mengenangkan kehambaran hubungan kita hari demi hari.
Nak menangis pun tak, nak bergembira pun tak. Tiada rasa apa-apa melainkan bangun setiap pagi hanya untuk meneruskan apa yang dipertanggungjawabkan pada diri.
MW:Ada benarnya apa yang dikongsikan ini. Ada masanya memang akan hadir perasaan kosong, sunyi dan sepi dalam hubungan begini. Namun jangan dibiarkan dan dipendamkan lama-lama dalam perasaan begini ini. Jika masih sayangkan pasangan dan rumahtangga, cepat-cepatlah cari jalan penyelesaian, semarakkan kembali hubungan yang kian hambar ini.
Status janda sering dipandang serong dalam masyarakat. Dianggap sebagai perampas kebahagiaan dan perosak rumahtangga orang lain. Meskipun bukan semua wanita bergelar janda bersikap begini, namun realiti selalu terjadi dalam kehidupan, ada isteri yang terpaksa mengundur diri demi ‘kebahagiaan’ wanita lain. Para isteri dijandakan oleh suami demi ‘mengejar’ janda yang lain. Malah lebih perit, bila suami ‘angaukan’ janda dan wanita lain, segala pengorbanan dan apa yang isteri buat semuanya serba tak kena.
Hadam perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini, memang ada benarnya.
“Isteri mengundur diri demi seorang janda…”
Berat nak tulis, tapi bila dah berlaku depan mata, rasanya perkara ni banyak yang terjadi dalam masyarakat kita. Bila suami angau dengan janda, maka apa yang isteri buat semuanya tak kena. Kebaikan isteri, pengorbanan isteri, dilupa sekelip mata.
“Awak tak faham saya, dia lebih faham saya”
Kata-kata yang keluar dari mulut seorang suami kepada seorang isteri yang telah melahirkan 5 orang anak.
Ya, dalam tidak faham dia tu, 5 kali isteri berjuang melahirkan zuriat dia. Selang 2 tahun, isteri akan membawa perut untuk tempoh 9 bulan 10 hari.Selang 2 tahun, isteri akan masuk labour room, menjerit, bergadai nyawa untuk melahirkan zuriat suaminya.
Setiap 3 tahun, isteri akan melalui proses pantang selama 44 hari. Pulih diri luar dan dalam, tak sempat pulih sepenuhnya, dah kembali melayan suami dan mengandung semula.
Kini, seorang janda lebih memahami suaminya.
Isteri sibuk dengan anak-anak, isteri sibuk menguruskan rumahtangga, isteri sibuk dengan kerja-kerja rumah…mana suami?
Suami sedang bermesra, berkasih, bercinta dengan janda. Suami sedang kemaruk perasaan dengan janda.
Cuba Pertahankan Suami
Isteri cuba mempertahankan suami, hubungan dan perkahwinannya, isteri cuba berbincang dengan janda tersebut untuk menjauhi suaminya atas alasan suaminya tak baik seperti yang disangka janda tersebut, suami tak mampu, anak-anak ramai, isteri yang banyak tolong suami dan sebagainya.
Janda mengadu pada suami orang tu. Janda kata isterinya memperburukkan suami orang tu. Lalu suami orang marah isteri sendiri demi mempertahankan janda yang baru dikenali. Isteri yang dah 15 tahun dengannya dituduh macam-macam, dihina, dimaki dengan mudahnya. Yang haram dibela, yang halal dicerca.
Isteri cuba untuk redha, cuba untuk terima atas alasan tak nak suami buat dosa, buat maksiat. Lalu bernikahlah si suami dengan si janda tersebut.
Hari demi hari, suami dah jarang balik rumah. Minggu demi minggu, suami dah tak beli apa-apa keperluan rumah. Bulan demi bulan, isteri yang keluarkan duit sendiri untuk kelangsungan hidup diri dan anak-anak.
Isteri dah mula pasrah untuk kehilangan suami yang sebegini, lalu isteri buat keputusan untuk pergi.
“Silakan…aku dah lama takde perasaan dengan kau. Kau ada ke tak dalam hidup aku, sama je” kata si suami.
Pulanglah si isteri dan anak-anak ke pangkuan orang tuanya. Bermulalah hari si isteri, kehidupan si isteri untuk anak-anak. Mengundur diri kerana tak ingin lagi sengsara. Mengundur diri kerana tak ingin lagi terseksa, jiwa dan raga dan cukup-cukup terluka.
Bukan tak sayang hubungan, bukan tak nak pertahankan, tapi dah penat melakukannya sorang diri. Inilah hakikat, inilah kisah benar yang terjadi dalam kehidupan isteri yang dijandakan suami untuk janda lain. Perit, pedih, pahit, tapi realitinya memang inilah yang selalunya terjadi.
Inilah cerita tentang lelaki yang PALING TAK GUNA dan janda yang PALING RENDAH AKHLAKNYA yang wujud dalam masyarakat.
Wanita Paling Tabah
Saya nampak kehidupan seorang isteri yang berubah status disebabkan suami macam ni, nampak lebih hebat, lebih baik, lebih bahagia. Dia lagi bersyukur dengan pilihan yang dia buat. Di permulaan saja dia goyah, sekarang dialah yang paling tabah.
Anyway, saya mendoakan hidup ibu tunggal di luar sana sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan berpeganglah pada pesanan ini,
“Awak perempuan, harap awak faham perasaan perempuan lain. Kalau awak tak faham, maka tak payah lah jadi perempuan”
Adakalanya, isteri tak tolak poligami, bahkan cuba jugak menyesuaikan diri dengan apa yang terjadi. Tapi bila si suami tu tak mampu, kemampuan tu sekadar sembang biawak pun boleh terbang, maka terjadilah penganiayaan dalam rumahtangga atas ketidakmampuan suami untuk beristeri lebih dari satu. Yang baru nak undur diri? Tunggu biawak terbang tu sampai darat balik la jawabnya. Dia ambik buat harta dia la.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya perkongsian ini. Renung-renungkanlah. Jadilah wanita yang bermaruah dan tidak merampas kebahagiaan orang lain. Apabila diri tidak lagi dihargai, kebanyakan isteri lebih rela mengundurkan diri dalam perkahwinan demi janda yang lain.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.