Dalam sebuah rumah tangga, kehadiran cahaya mata sering dianggap pelengkap kasih sayang. Namun, tidak semua pasangan dikurniakan rezeki itu dengan mudah. Ada yang terpaksa melalui perjalanan panjang dan berliku.
Berjumpa doktor, menjalani rawatan kesuburan, mencuba pelbagai kaedah termasuk inseminasi buatan hingga bayi tabung (IVF). Di sebalik senyuman dan doa yang tak putus-putus, tersimpan air mata, kegagalan berulang, bahkan rasa kehilangan yang menikam jiwa. Namun demi sebuah harapan bergelar ibu dan ayah, mereka terus melangkah, berjuang tanpa mengenal erti putus asa.
Produksi Paragon Pictures tampil dengan sebuah naskhah sarat emosi berjudul Lyora: Penantian Buah Hati yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 September ini.
Filem bertema kekeluargaan ini diangkat daripada novel Lyora: Keajaiban Yang Dinanti karya Fenty Effendy, yang diinspirasikan daripada kisah benar. Ia mengisahkan pasangan suami isteri, Meutya (Marsha Timothy) dan Fajri (Darius Sinathrya), dalam perjuangan penuh air mata untuk mendapatkan zuriat.
Pejuang Garis Dua
Meutya, seorang wanita bekerjaya yang kian menginjak usia, melalui pelbagai rawatan kesuburan termasuk kaedah bayi tabung (IVF). Namun perjalanan itu bukanlah mudah. Kegagalan, keguguran berulang dan rasa kehilangan mendalam menjadi teman perjalanan mereka.
Ads
Meski begitu, semangat pasangan ini tidak pernah padam, kerana bagi mereka setiap cubaan adalah langkah mendekatkan diri pada keajaiban yang dinanti.
Menurut data WHO, 1 daripada 6 pasangan di dunia berdepan masalah kesuburan. Justeru, Lyora hadir sebagai filem keluarga pertama di Indonesia yang berani mengangkat perspektif wanita dan pasangan dalam perjuangan memiliki anak.
Sutradara Pritagita Arianegara menyifatkan karya ini sangat personal. “Saya tahu rasanya menunggu, mencuba dan gagal. Menerusi Lyora, saya ingin memeluk mereka yang masih berjuang dan mengingatkan bahawa ini bukan perjuangan satu orang saja. Filem ini adalah penghormatan buat mereka yang bertarung dalam diam.”
Ads
Menyentuh Jiwa Wanita
Bagi Marsha Timothy, menghidupkan watak Meutya bukan sekadar lakonan, tetapi satu perjalanan emosional yang mendalam. Dia harus menyelami perasaan seorang wanita yang terpaksa berdepan keguguran berkali-kali, namun tetap teguh berdiri dengan harapan.
“Watak Meutya ini mewakili suara para isteri yang sedang menanti buah hati. Ia seperti surat cinta dan pembakar semangat buat pejuang garis dua. Ia juga mengingatkan bahawa sehebat mana pun seorang wanita, mereka tetap manusia biasa yang ada kalanya lelah, menangis dan memerlukan sokongan,” jelas Marsha penuh emosi.
Darius Sinathrya yang melakonkan watak Fajri pula berharap filem ini membuka mata masyarakat bahawa perjuangan memiliki anak bukan hanya di bahu isteri semata-mata.
Ads
“Perjuangan menantikan buah hati bukan beban satu orang. Filem ini membuka ruang diskusi tentang pentingnya peranan suami untuk sama-sama berjuang.”
Selain Marsha dan Darius, Lyora: Penantian Buah Hati turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Widyawati, Aimee Saras, Olga Lydia, Hannah Al Rashid, Ariyo Wahab dan Ivanka Suwandi.
Harapan Buat Pejuang Garis Dua
Lyora bukan sekadar sebuah filem, tetapi sebuah refleksi tentang keberanian, pengorbanan dan cinta. Ia menyentuh isu yang jarang dibicarakan perjuangan pasangan yang menanti zuriat. Bagi mereka yang pernah atau sedang melalui perjalanan ini, filem ini hadir sebagai pelukan hangat, tanda bahawa mereka tidak berjuang sendirian.
Musim penyakit Inluenza ini sedikit membimbangkan mak ayah, terutama yang ada anak kecil, yang sakit, daya tahan penyakit lemah, orang tua malah ibu yang mengandung sekalipun.
Sehingga hari ini saja beberapa anak kecil sudah dijemput Ilahi, selepas beberapa hari diserang virus demam Influenza. Malah, bekalan vaksin influenza juga semakin terhad. Di Selangor saja jumlah pesakit yang dijangkiti Influenza semakin meningkat.
Jadinya mak ayah, selain ikhtiar jaga kesihatan diri, jaga kebersihan, ambil suntikan vaksin Influenza, sebaiknya mohonlah juga perlindungan daripadaNya.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Ustaz Farid Rashidi ini, ada doa yang boleh mak ayah baca malah hafaz untuk memohon padaNya agar dihindari dari bencana sebegini.
Doa Hindari Bencana, Wabak Influenza
Kata Ustaz, “Sekarang ni kan musim wabak Influenza. Bagi yang ada anak-anak, sudah tentu ibu bapa pakat risau.
Bukan saja wabak penyakit, juga memohon dihindarkan bala bencana lainnya juga.
Apa kata, mari kita sama-sama amalkan doa ini. Yang dah hafaz Alhamdulillah. Yang nak hafaz, silakan.”
.
Begini bunyi doanya: Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadha’. Wa shamaatatil a’da’.
Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari bala atau bencana, kesukaran hidup, buruknya takdir serta hinaan atau cemuhan orang-orang yang memusuhi.”
[Sahih Bukhari]
Marilah berkongsi doa yang baik ini. Diizin share ya.
MW : Pendek saja doanya, semoga cepat lekat di hati mak ayah.
Pesanan ‘manja’ buat anda yang selalu kongsi gambar dalam group WhatsApp, sebelum sebar tolonglah berfikir dulu. Kita tak akan pernah tahu apa perasaan pasangan kawan-kawan yang lain, jenis cepat kecil hati atau memang tak boleh terima langsung kalau nampak gambar tak sepatutnya ada dalam phone.
Ya, mungkin niat nak bergurau tetapi percayalah ada sesetengah orang cukup menyampah dengan situasi ini. Nak-nak pula kalau anak-anak dah pandai buka phone sendiri. BAHAYA!
Hah, agak-agak kalau jadi macam situasi saudara Akhtar Syamir ini macam mana? Senang tak nak pujuk pasangan? Cuba hadam sikit tuan puan…
Berhentilah Sebar Gambar Tak Sepatutnya Dalam Group
Semalam saya terpaksa luahkan kekecewaan kat group kawan-kawan sekolah. Benda yang sama berulang-kali dilakukan. Bila dinasihat dengan baik, akan berhenti buat benda ni beberapa minggu. Lepas tu akan mula balik.
Tak faham-faham nak hormat orang. Dalam group tu kebanyakannya dah berkahwin dan beranak-pinak. Bukan lelaki je, perempuan pun ramai. Telefon pun kadang-kadang anak ade pegang. Bukan masalah setting auto download ke tidak. Walaupun saya sendiri tak set auto download, tapi untuk yang suka set auto download dah tentu sangat-sangat menyusahkan.
Leceh yang amat sangat nak menjawab dengan pasangan bila adanya gambar-gambar sebegini keluar kita memang tak download, tapi persepsi pasangan terhadap kawan-kawan kita pasti jadi serong. Mereka pasti tertanya-tanya kenapa pasangan mereka berkawan dengan orang sebegini? Bila ahli group itu wanita dan suami dia sendiri yang tengok, memang takkan lama. Mesti akan left group. Tak berbaloi bertengkar dan bermasam muka kerana orang lain.
Tolonglah Hormat Orang Lain Sikit
Kalau tak hormat kawan-kawan pun, tak rasa bersalah ke kat isteri sendiri? Isteri mana yang suka suami kongsi gambar-gambar perempuan lain? Tak kira la posisi atau caption apa sekali pun. Tak pernah ke terfikir yang apa yang dibuat tu salah? Apa yang seronoknya melayan nafsu mata dengan perempuan lain? Anak dah berderet, nak menggatal apa lagi? Konon nak ikut sunnah Nabi kahwin 4. Kalau dah rasa mampu sangat, silakan. Tapi sunnah lain buat la jugak. Share gambar perempuan lain, zina mata ni semua sunnah jugak ke?
Jangan ingat orang yang tak suka buat jahat ni tak sporting. Itu alasan hina untuk terus buat benda yang rosak ni.
Bukan mudah nak kekalkan silaturrahim dengan sahabat masa sekolah dulu. Kali terakhir persekolahan untuk saya ialah 22 tahun yang lalu. Dari beratus-ratus sahabat masa sekolah dulu, ada hampir 60 je dalam group tu. Itu sahaja yang tinggal sebagai penghubung kepada memori indah, suka dan duka zaman persekolahan. Pengalaman sebegitu kita takkan dapat ulangi lagi. Kita bukan ada mesin masa yang boleh patah balik dan lalui semula benda tu semua. Bila kita tengok seorang sahabat, semua kenangan yang berdekatan dengan dia kita akan dapat ingat dan rasakan. Kalau perhubungan itu dah hilang? Lama-kelamaan memori itu akan lenyap buat selamanya.
Nasihat Buat Ahli Group
Ambillah iktibar dari benda ni. Makin lama makin berkurang sahabat dalan group disebabkan hal ini. Di platform lain bukan senang nak berkumpul. Janganlah pentingkan diri dan nafsu sendiri. Berhenti mengajak orang lain ke jalan yang mungkar. Hormati orang sekeliling dan hormatilah isteri sendiri. Kalau betul-betul tak boleh tinggalkan gambar wanita lain yang cantik yang seksi dan video porno yang dirasakan perlu sangat untuk dikongsi tu, silalah undur diri. Layanlah sorang-sorang. Jangan sibuk nak ajak orang lain.
Kepada suami orang yang masih berperangai sebegini. Kamu memang sampah yang menyusahkan. Kepada ahli group yang ada orang sebegini, nasihatlah baik-baik. Kalau tak boleh berubah, fikirlah sama ada nak kehilangan 50 sahabat, atau nak kehilangan 2,3 orang yang tak faham bahasa. Pilihan di tangan anda.
Saya pasti masalah ini sering berlaku kepada ramai orang. Jadi, tolong SHARE post ini supaya ramai orang yang berperangai seperti ini faham betapa mereka telah menyusahkan dan memutuskan hubungan di kalangan sahabat mereka.
Korang punya group ada tak jadi macam ni?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Layanlah pasangan seperti mana kita layan telefon sendiri. Pandanglah mereka dengan pandangan yang menghargai. Kita boleh menatap telefon dengan pelbagai emosi selama berjam-jam, tetapi mengapa tidak kita cuba menatap pasangan dengan pandangan penuh kasih dan penghargaan, walaupun hanya sepuluh minit?
Layanlah Pasangan Seperti Mana Kita Layan Telefon Sendiri
Luangkan masa untuk mereka. Kita sanggup beri fokus sepenuhnya pada telefon, membaca, menonton, berbalas mesej. Pasangan kita pula sering menerima sisa-sisa masa yang tinggal. Berilah mereka keutamaan, bukan hanya waktu-waktu kita tidak sibuk.
Ini bukan sekadar kiasan kosong, tetapi satu pesanan penuh makna yang disampaikan oleh mereka yang sudah punya pengalaman yang telah melalui banyak suka duka dalam kehidupan berumah tangga.
Seorang acik tua pesan, “Layan pasangan kau sepertimana kau layan phone kau” Eh. Apa maksud dia?
“Maksud acik, pegang dan sentuh mereka selalu” Kita pegang phone beratus kali sehari. Kadang-kadang tanpa sebab.
“Bawa mereka bersama-sama ke mana pun kita pergi” Bukan sekadar bawa mereka bersama, buat mereka rasa bersama-sama.
“Rindui mereka ketika mereka tidak ada depan mata.” Kita tercari-cari phone kalau hilang, apatah lagi pasangan kita yang selalu hilang semangat.
“Pandang mereka dengan pandangan yang buat mereka rasa dihargai.” Kita boleh tenung phone dengan pelbagai emosi berjam-jam, cuba tenung isteri sepuluh minit dengan perasaan positif.
“Luang masa untuk mereka.” Kita beri fokus terbaik kita untuk hadap phone. Beri juga keutamaan pada pasangan kita, bukan bagi saki baki dan sisa-sisa masa kita yang tinggal.
“Lindungi pasangan seperti kau lindungi phone.” Kita tak bagi sesiapa pun calarkan phone, jadi usah bertoleransi jika ada yang menyakiti orang yang kita sayang. Genggam pasangan kita macam kita genggam phone kita.
Genggam dengan kasih sayang, perhatian dan perihatin. Itu bukan berlebih-lebih, tapi itu berkasih sayang.
Kita akan mengecas telefon bila tak ada bateri, jangan lupa cas cinta dalam rumahtangga. Kadang-kadang, cinta cuma perlukan sedikit pesanan, untuk subur kembali.
Kadangkala, cinta hanya perlukan sedikit peringatan untuk subur semula. Dan mungkin, pesanan acik tua ini adalah salah satu daripadanya.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...