Musim cuti sekolah datang lagi, lazimnya agenda utama ibu bapa bila tibanya musim ini adalah mengkhatankan anak lelaki. Tahukah anda amalan berkhatan ini sebenarnya bukanlah amalan baru, sebaliknya ianya sudah wujud sejak era pemerintahan Firaun lagi. Bukti proses berkhatan itu turut dipaparkan pada ukiran dinding di dalam piramid, memberi penekanan bahawa, bukan Islam sahaja yang menekankan amalan ini, sebaliknya ia wujud sejak dahulu kala lagi. Menurut Dr. Hasbi Harun, di Malaysia selaku pengikut Mazhab Syafie, baik khitan untuk anak perempuan mahupun berkhatan untuk anak lelaki kedua-duanya adalah wajib. Ia adalah satu ibadah yang disyariatkan di dalam Islam.

Isu ‘Gatal’ & Khitan Tak Berkaitan – Dr. Hasbi Harun

Tambah beliau lagi, lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, mencabut bulu ketiak, mencukur misai dan juga memotong kuku. Khatan adalah proses memotong bahagian kulit yang menutup kepala zakar dan satu masa dahulu profesion Tok Mudim, cukup dekat dengan amalan ini dan masyarakat Melayu. Seiring dengan perubahan zaman empat teknik berkhatan moden diperkenalkan. Jika dahulu teknik gunting kini ia beralih kepada penggunaan laser, clamp (yang mengambil masa sekitar seminggu untuk sembuh) dan stapler (dikhususkan untuk orang dewasa; Mualaf terutamanya dan mengambil masa sekitar dua minggu untuk pulih).

IKLAN

Khitan pula merujuk kepada memotong hanya secebis daging bahagian klitoris untuk anak-anak perempuan. Bagi mazhab Hanafi amalan berkhatan dan berkhitan adalah sunat, manakala mazhab Hambali pula menekankan amalan bersunat hanya untuk si lelaki dan hukumnya sunat bagi anak perempuan. Dr. Hasbi juga menekankan tidak ada fakta yang menunjukkan wanita yang bukan bermazhab Syafie lebih cenderung untuk ‘gatal’ kerana mereka tidak berkhitan. Sebenarnya amalan berkhatan atau berkhitan ini lebih kepada menekankan kepada aspek kesihatan, kebersihan dan kesempurnaan dalam melaksanakan ibadah.

IKLAN

Isu ‘Gatal’ & Khitan Tak Berkaitan – Dr. Hasbi Harun

IKLAN

Turut hadir memberikan pandangan mereka mengenai topik ini adalah selebriti Diana Amir dan Adam Corrie. Selaku saudara baru, Adam mengakui setahun sebelum memeluk Islam dan selepas merujuk kepada mereka yang pakar, dia bersetuju melakukan operasi bersunat ini ketika usianya 38 tahun! Adam juga berkongsi tips mengenai bagaimana menguruskan anak yang berkhatan ketika bayi. Manakala Diana Amir juga mempunyai pandangannya berkenaan isu khitan dan amalan sunat tradisional dan moden.

Bagi mereka yang terlepas menyaksikan komentar penting berkenaan khatan dan khitan, jangan lupa saksikan ulangan Mingguan Wanita TalkShow jam 8 malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI