“Isteri yang baik tidak minta duit suami.’ Tak salah seorang isteri berdikari, tapi nafkah memang tanggungjawab suami. Perkara ini jangan diambil mudah.
Isteri bekerjaya hebat dan miliki gaji yang banyak tidak bermakna seorang suami boleh lepas tangan bab nafkah. Malah silap haribulan, suami akan disoal kelak kerana mengabaikan tanggungjawabnya.
Ikuti perkongsian Dr Karya Kayra ini dan fahami sebaiknya apa yang cuba disampaikan:
Isteri Yang Baik
Ajaran sesat manalah cuba menusuk jarum halus dengan menerapkan fahaman salah seperti di bawah ini. Ini percubaan untuk memesongkan aqidah.
Fahaman beginilah yang menyebabkan ramai lelaki menceraikan isteri suri rumah mereka dengan alasan mahu isteri bekerja yang tak minta duit suami hingga lupa nafkah itu adalah tanggungjawab suami tidak kira isterinya bekerja atau tidak.
Yang betul menurut Islam adalah:
Mak-mak tak minta duit nafkah dari suami anda,
Perempuan cantik lain yang akan minta duit suami anda. Kerana itu Islam meletakkan tanggungjawab ke atas suami beri nafkah zahir, batin kepada isteri.
Mak-mak tak minta suami belikan lingerie dan minyak wangi harum untuk anda tidur bersama suami kerana lebih selesa pakai baju kelawar koyak, suami anda akan belikan lingerie seksi dan perfume mahal untuk perempuan cantik lain. Kerana itu Islam suruh isteri berwangi-wangian di hadapan suami.
Tak Salah Berdikari
Berdikari itu berdikari juga walaupun Islam tidak menuntut wanita bersuami bekerja mencari nafkah. Di dalam Islam isteri bekerja di luar rumah itu dianggap ihsan isteri dalam rumah tangga dan isteri itu wajib berhenti kerja sekiranya kerja isteri mendatangkan fitnah kepada dirinya, keluarga, agama dan masyarakat.
Tanggungjawab nafkah itu tetap ke atas suami yang bakal menentukan lelaki bernama suami itu cepat masuk syurga atas asbab bertanggungjawab memberi nafkah atau mereput diseksa di neraka kerana sengaja tak nak beri nafkah.
Ads
Kerana itulah juga di mahkamah syariah, isteri boleh tukarkan semua sedekah dalam rumah tangga kepada tuntutan hutang perkahwinan seandainya si suami itu melafaz talak tanpa ada kesalahan di pihak isteri atau dalam erti kata lain.
Suami anda nak kan perempuan cantik lain pula kerana merasakan diri dia mampu apabila suami anda “perasan dia banyak wang lebih” setiap bulan disebabkan anda isterinya menanggung sebahagian besar kos rumah tangga.
Anda tak kisah suami tak bagi nafkah zahir isteri kepada anda, suami anda juga tidak kisah memberi nafkah zahir batin kepada perempuan cantik lain.
Trust me.. ramai suami orang bersedia untuk belanja makan, beri hadiah mewah dan belanja percutian kepada perempuan cantik lain.
Kerana lelaki walaupun akalnya 9 tetapi dia mudah ingat satu benda sahaja “bini aku tak kisah” jadi suami anda ingat anda tak kisah tentang semua perkara termasuk duit nafkah yang sepatutnya untuk anda isterinya tetapi dia belanjakan kepada perempuan cantik lain.
Ads
Mintalah Hak Anda
Menjadi wanita malaysia di zaman seorang lelaki melayu islam ceraikan isteri setiap 15 minit ini, anda terpaksa menjadi wanita bijak.
Mintalah nafkah hak anda itu sebelum nafkah anda itu diberikan kepada perempuan cantik lain.
Hal anda berdikari dan mampu hidup selesa dengan usaha anda sendiri, wang yang anda perolehi itu bukan urusan siapa-siapa termasuk bukan hak suami anda.
Anda berikan kepada suami anda ianya hanya dikira sebagai ihsan dan sedekah yang boleh ditukar kepada hutang perkahwinan.
Minta nafkah zahir hak anda sebagai isteri dari suami anda sebelum dia berikan nafkah itu kepada perempuan cantik lain.
Nafkah zahir isteri tidak boleh dicampurkan lumpsum dengan kos perbelanjaan rumahtangga seperti barang dapur. Nafkah zahir isteri itu mesti diasingkan untuk isteri itu beli apa sahaja yang dia mahu untuk dirinya.
Ads
Jika suami mampu memberi nafkah zahir isteri rm200 sebulan selepas gaji suami ditolak untuk perbelanjaan rumahtangga dan kos makan suami di tempat kerja maka rm200 sebulan itu wajib diberikan kepada isteri sebagai nafkah zahir isteri walaupun anda sebagai isterinya mempunyai pendapatan RM50, 000 sebulan.
Nafkah isteri dan nafkah anak tetap minta dari suami sebelum anda terpaksa meminta nafkah melalui mahkamah syariah.
Ianya bukan perjuangan yang mudah dalam menuntut hak nafkah melalui mahkamah syariah. Anda akan terluka sepanjang perjuangan itu. Luka yang bakal meninggalkan parut yang sukar untuk sembuh.
Ada Hikmahnya
Maka sebagai isteri yang cintakan suami. Minta hak nafkah zahir anda dari suami.
Ada hikmah mengapa Allah SWT menetapkan tanggungjawab memberi nafkah itu ke atas lelaki bernama suami. Apabila tuntutan allah swt terhadap tanggungjawab memberi nafkah itu tidak dipatuhi maka kerosakan akan berlaku dalam kalangan umat Islam.
Kesan buruknya kita sudah nampak, satu pasangan Umat Islam di Malaysia bercerai setiap 15 minit.
Jihan Muse berpantang anak ketiga. Tahniah diucapkan buat hos popular Jihan Muse yang telah selamat bergelar ibu kepada tiga anak lelaki. Sebagai seorang isteri dan ibu, selesai sahaja melahirkan anak dengan selamat, para ibu perlu pula melalui proses berpantang selama tiga bulan atau 42 hari.
Dalam tempoh berpantang ini, banyak perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan khususnya dari segi pemakanan harian. Jadi, amalan berpantang selepas bersalin ini perlu dipantau rapi supaya tidak berlaku perkara yang boleh memudaratkan kesihatan. Buat Jihan selamat berpantang dan semoga Allah berkati nak yang baru dilahirkan.
Jihan Muse Berpantang Anak Ketiga
Terbaru suami kepada Jihan, Ungku Hariz Faizal memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka. Paling menarik perhatian netizen nama yang diberikan oleh pasangan ini kepada hero terbaru merek iaitu,Ungku Attufayl Adl.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak ketiga kami iaitu bayi lelaki yang diberi nama Ungku Attufayl Adl,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.
At-Tufayl Nama Salah Seorang Sahabat Nabi
Pada masa yang sama, Jihan turut memaklumkan At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW dan Adl adalah salah satu nama Allah dalam Asmaul Husna.
“At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat baginda Rasulullah SAW dan Adl adalah salah satu nama Allah dari Asmaul Husna,” katanya.
Untuk makluman, Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016 dan dikurniakan Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.
Semoga Hero Ketiga Dipelihara Allah Sentiasa
“ALHAMDULILLAH, tahniah… Semoga ALLAH berkati khalifah yang baru lahir ini dan dipelihara ALLAH sentiasa” itulah antara komen dari salah seorang pengikut di Instagram.
Di ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dari rakan selebriti dan juga para peminat.
“Tahniah Jihan.. welcome to boboboi kuasa 3” Catriona Rose
“Alhamdulillah.. tahniah buat jihan n ungku hariz.. Moga anakanda menjadi anak yg soleh serta berjaya dunia dan akhiratnya.. amiiin.. Selamat berpantang buat Jihan” Erra Fazira
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hujung minggu datang lagi. Bagi yang kampung dekat, bolehlah setiap hujung minggu balik kampung. Tapi, kadang-kadang terfikir gak, bila balik kampung mesti ada kesan-kesan gigitan nyamuk yang ditinggalkan bila pulang ke bandar nanti.
Bukan bermakna bandar tak ada nyamuk tetapi, suasana kampung yang lebih banyak pokok berbanding dengan bandar membuatkan nyamuk lebih banyak berbanding di bandar.
Kali ini, mak-mak tak perlu risau tentang nyamuk yang akan hinggap di badan anak-anak. Boleh cuba cara ini untuk menghapuskan nyamuk dengan lebih berkesan.
Bahan-bahan:
200 ml air panas
50 gram gula perang
1gram yis
1 botol plastik yang bersaiz dua liter
Cara-caranya:
1.Potong kepada dua bahagian plastik botol dan simpan bahagian muncungnya.
2.Campurkan sekali gula perang bersama air panas. Kacau sebati dan biarkan ia sejuk.
3.Apabila larutan gula perang telah sejuk sepenuhnya, tuang ke dalam botol yang telah dipotong tadi.
4.Taburkan serbuk yis ke atas larutan gula perang tadi. Jangan kacau. Yis tadi akan menghasilkan karbon dioksida dan menarik minat nyamuk dari dalam rumah untuk keluar singgah ke botol perangkap nanti.
5.Bagi bahagian mulut botol yang telah dipotong tadi. Letakkan ir berisi larutan gula perang secara tebalik.
6.Bungkus atau balut keseluruhan botol dengan kertas atau kain berwarna hitam. Letakkan botol yang sama di beberapa sudut luar rumah.
7.Periksa botol setiap minggu, anda akan dapati nyamuk yang terperangkap akan mati di dalam botol. Larutan ini juga sesuai digunakan untuk memerangkap siput di laman rumah.
8.Selamat mencuba.
Mudah sajakan. Sekarang mak-mak dah tak perlu risau bila nak balik kampung dan bolehlah cuba cara ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami isteri nak rumah tangga bahagia, cubalah praktikkan nasihat Dr Hamid Arshat ini. Kebahagiaan rumah tangga merupakan impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Ia adalah asas kepada keharmonian keluarga, yang bukan sahaja memberi kesan kepada pasangan suami isteri tetapi juga kepada anak-anak dan masyarakat sekeliling.
Suami Isteri Nak Rumah Tangga Bahagia, Cubalah Praktikkan Nasihat Dr Hamid Arshat Ini
Bagaimanapun, kebahagiaan rumah tangga tidak datang dengan sendirinya. Ia memerlukan usaha, kesabaran, dan komitmen dari kedua-dua pihak. Berikut perkongsian daripada pakar sakit puan terkenal, Dr Hamid Arshat.
Ini antara nasihat dan pedoman yang dikongsikan oleh Dr Hamid dan baik untuk dipraktikkan oleh setiap pasangan lain jika mahu rumah tangga kekal bahagia.
1.Bila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri. Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.
2.Jangan suka mengungkit hal-hal yang lepas, khususnya yang negatif, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.
3.Bila pasangan kita naik suara, berang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati. Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.
4.Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life too short.
5.Kalau pasangan kita tidur berdengkur, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari2. Lawak saja.
6.Saya lihat orang perempuan tak jemu-jemu membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain-lain saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lainlain. Tak boleh komen apa dia beli. Ha, ha, ha……
7.Sebenarnya dalam umur macam kita, yang penting ialah companionship. Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak-anak, sekarang kita perlukan privacy pula.
Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak-anak dan cucu-cucu datang ke rumah untuk makan bersama. Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.