‘Isteri takut bersama, tergamak suami ugut cerai.’ Vaginismus bukan titik noktah perkahwinan sebaliknya ianya adalah permulaan perjuangan sebuah perkahwinan yang telah dibina.
Masalah yang dihadapi isteri tidak boleh dipandang ringan, malah memerlukan rawatan segera untuk sembuh. Kehadiran suami amat diharapkan isteri bila menempuh saat getir sebegini, bukannya menambah masalah dengan ugut hendak bercerai.
Isteri Takut Bersama
Vaginismus atau sindrom faraj terkunci sesungguhnya beri kesan terhadap rumah tangga. Dr Kash yang pakar dalam bidang ini berkongsi kisah pesakitnya yang membuatkan dia terkesan sehingga hari ini . Doanya, semoga lebih banyak rumah tangga yang boleh diselamatkan.
INFO:
Vaginismus merupakan masalah disfungsi seksual yang terjadi pada faraj wanita. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kondisi ini. Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual bersama pasangan.
Tergamak Suami Ugut Cerai
Kongsi Dr Kash di akaun TikTok nya, seorang pesakitnya sanggup datang dari Melaka ke Kelantan, memandu seorang diri untuk mendapat rawatan selama tiga hari. Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan seorang isteri melalui ujian ini seorang diri tanpa suami.
@dr.kash_89Sindrom Faraj Terkunci , kesan terhadap rumahtangga. Antara kisah pesakit saya yang membuatkan saya terkesan sehingga hari ini . Semoga lebih byk rumahtangga yg boleh diselamatkan.♬ suara asli – sadvibes🥀
Vaginismus
Dr Kash yang bersimpati dengan nasib pesakit ini, bertanya mengapa suaminya tidak datang sekali.
Ads
Namun jawapannya cukup memilukan.
“ Saya terpaksa beranikan diri datang seorang diri. Suami langsung tak nak tahu keadaan saya. Suami beri tempoh dua bulan untuk saya sembuh. Kalau saya tak dapat sembuh, dia nekad nak lepaskan saya. Sya harap sangat doktor dapat bantu saya.
Bukan Titik Noktah Perkahwinan
Nasihat Dr Kash, kepada suami yang diuji di luar sana, Vaginismus bukanlah titik noktah sebuah perkahwinan tetapi ia adalah permulaan perjuangan sebuah perkahwinan yang telah dibina. Ini adalah bentuk ujian dari Allah yang menguji kesetiaan seorang suami.
Sebaiknya seorang suami, bantulah isteri agar tidak melalui ujian seperti ini seorang diri. Sokongan dan kesabaran suami yang tidak berbelah bahagi kepada isteri hingga berjaya sembuh adalag kenangan berharga yang akan diingati isteri seumur hidupnya.
Netizen rata-ratanya mendoakan kesembuhan buat wanita dan ada juga meminta wanita ini untuk tinggalkan suaminya yang tidak cuba memahami masalah yang sedang dihadapi.
Mingguan Wanita: Vaginismus adalah masalah tidak mampu melakukan hubungan intim dengan pasangan yang berpunca daripada perasaan takut. Jangan biarkan masalah ini mengganggu anda, berjumpalah doktor dan dapatkan rawatan.
Curang! Perkataan itu sangat menakutkan sesiapa saja. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa perit, pedih dan sakitnya hati bila dikhianati orang yang disayangi sepenuh jiwa raga.
Apakah kecurangan itu boleh dimaafkan dan pasangan anda itu layak diberikan peluang kedua?
Ya, dia sudah membuat satu kesilapan besar. Dia mengakui, sekadar ‘suka-suka’ atau nak ‘test market’ saja. Tak ada sekelumitkan cinta untuk kekasih gelapnya itu.
Dia juga berjanji tidak akan mengulanginya. Anda pula, sayang masih terlalu menebal dalam hati, tak mampu dibayangkan hidup tanpa dirinya. Lantas kemaafan diberikan seikhlas hati.
Atau, apakah dia tidak selayaknya diberikan peluang kedua? Luka yang berdarah di hati tak mampu diubati dengan kata-kata maaf dan penyesalan. Akhirnya tekad undur diri.
Topik panas ini bakal dikupas di Mingguan Wanita Talkshow, jam 11 pagi esok bersama hos Siti Elizad, Erra Fazira dan Norman Hakim di dalam segmen Cerita Dalam Kain. Bagi yang ketinggalan dan mahu menontonnya, jangan lupa saksikan siaran ulangannya pada jam 5 petang, hari yang sama, di Astro Prima 121.
Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan pakar, hubungi talian Teman Wanita Anda di 03-8938647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan ketika program ini ke udara secara rasmi esok. Jangan lupa saksikan Mingguan Wanita Talk Show, dalam topik “Curang- Cinta Atau Main-Main?” bersama tetamu-tetamu undangan istimewa esok. Pasti panas!
Bukan senang ya mak-mak yang baru lepas bersalin nak pantang makan laksa selama setahun, tambah pula kalau itu salah satu makan kegemarannya.
Ok, pernah tak anda dengar orang tua-tua cakap, selepas bersalin tak boleh makan laksa, siap kena pantang setahun!
Kenapa laksa dikatakan salah satu menu yang menjadi pantang besar bagi ibu yang baru lepas bersalin? Apakah relevannya makanan ini tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu lepas bersalin? Ok jom semak…
1. Kuah Punca Angin
Tahu tak, daun kesum dan bunga kantan paling bisa dan itulah punca angin. Dan ada juga yang kata jenis ikan yang digunakan untuk membuat laksa.
2. Laksa dimasak dua kali
Ibu berpantang tak boleh makan makanan yang dipanaskan semula atau dimasak dua kali. Ya, laksa dibuat daripada beras tetapi laksanya sejenis makanan dikeringkan. Bila dah kering, laksa akan direbus atau direndam. Haaa…. inilah yang bisa buat ibu berpantang. Bila dah masak dua kali ia memerangkap angin dan kandungan angin itu makin tinggi. Kesannya boleh sakit urat dan sakit badan. Paling takut, boleh kena BENTAN tau! Alaaa… semasa berpantang pun, memang ibu baru bersalin dilarang sama sekali makan nasi yang dipanaskan semula.
3. Ada timun
Ulam laksa selalunya ada timun dan kacang panjang. Ibu berpantang wajib elakkan, janganlah sampai makan walau ak sengaja. Timun sejenis sejuk dan kacang panjang itu boleh buat angin. Lagi satu, nenas… cukup bisa dan tak sesuai untuk ibu berpantang makan, ya.
Tolong ya ibu-ibu, berpantanglah betul-betul sebab badan kita ini nak pakai lama. Kesan makan laksa ni, kita takkan rasa sekarang. Tapi bila dah berumur nanti, mula lah sakit pinggang, sakit lutut dan sebagainya. Jangan nanti anda rasa kesan dikemudian hari dan bila badan dah masuk angin anda baru nak menyesal. Masa itu dah tak guna dan padahnya anda cepat nak marah pada anak. Silap-silap boleh meroyan sebab badan tak begita sihat. Jadi sila bulatkan hati untuk berpantang betul-betul. Tak lama pun, banyak lagi menu sihat yang ibu-ibu boleh makan.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Konflik di antara menantu mentua umpama ‘duri dalam daging’ yang jika dibiarkan, boleh membawa perceraian di antara pasangan suami dan isteri. Konflik antara menantu perempuan dan ibu mentua juga sering terjadi bagi wanita yang bersuamikan ‘anak mak’.
Layanan Kena Adil…
Antara puncanya apabila suami itu sendiri tak mampu bersikap adil dalam melayan mak dan isterinya. Topik panas “Dilema Kahwin Anak Mak” menjadi pilihan Mingguan Wanita Talkshow untuk dibincangkan pada hari ini ini. Jom ikuti apa kata tetamu-tetamu yang diundang iaitu Dato’ Fazley Yaacob dan ibunya Datin Umi Kalsum serta Ustazah Asni Mansor.
Suami Jangan Salah Guna Kuasa Veto – Ustazah Asni
Ustazah Asni Mansor berkata, di dalam Islam, ibu perlu diutamakan oleh anak lelaki. Walau bagaimana pun, sebagai suami, dia tak boleh lupakan isteri, yang merupakan ‘syurga’ untuk anak-anaknya. suami kena faham, tanggungjawab kepada keluarganya sendiri juga akan menentukan syurga dan nerakanya kelak.
Di pihak ibu mentua, kena main peranan untuk menasihati anak untuk menjaga kebajikan isteri dan anak-anaknya. Ibu kena terima hakikat bahawa anak sudah berkahwin dan memang benar dia adalah syurga bagi anaknya, tetapi menantu pula adalah syurga dunia anaknya. Jadi kena terima hakikat itu. Jangan Meletakkan diri anak dalam keadaan serba salah.
Suami Kena Jadi Peguam Dan Hakim – Dato’ Fazley
Selebriti tampan ini tidak segan mengakui bahawa dirinya memang ‘anak emak’. Sekiranya isteri mengadu tentang emaknya, suami kena berfikiran terbuka dan jangan terus serang isteri dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Begitu juga sekiranya emak berkata sesuatu yang buruk tentang isteri, dia kena bertindak sebagai hakim, yang bersikap adil. Kena sentiasa mencari titik tengah.
Jangan Cerewet Dengan Menantu – Datin Umi Kalsum
Ibunda kepada Dato’ Fazley ini berkongsi yang beliau sentiasa mengingatkan dirinya bahawa tak ada orang yang sempurna. Jadi tak perlu bersikap cerewet dengan menantu. Beliau juga tak suka mengadu pada anak tentang menantu dan belajar untuk memaafkan. Selain itu, menurut beliau, sebagai ibu mentua, jangan sesekali buruk sangka pada menantu dan banyakkan berdoa agar hubungan dengan menantu sentiasa aman. Setiap ibu tentunya ingin melihat anaknya hidup aman damai.
Ikuti kupasan lanjut topik panas ini di dalam episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow musim baharu di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 5 petang ini.
Siti Elizad, Erra Fazira dan Norman Hakim akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu-tetamu undangan iaitu Dato’ Fazley Yaacob dan ibunya Datin Umi Kalsum serta
Ustazah Asni Mansor, yang akan memeriah perbincangan di studio MW.
Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada para tetamu, hubungi Talian Teman Wanita Anda di 03 89389647 atau terus komen di ruangan yang disediakan.
#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Linda Jasmine lalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal. Selepas berpisah dengan bekas suaminya, Que Haidar kini kehidupan Linda Jasmine Hashim baik-baik saja.Akui Linda...