Isteri sarat hamil menanti kelahiran anak diuji kehilangan suami, hanya mampu saksikan wajah terakhir suami dari katil hospital. Seorang wanita yang sarat hamil menanti kelahiran anak dikejutkan dengan kehilangan suami tercinta selepas lelaki itu maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan 4×4 di Bukit Canggang, Banting.

Dalam kejadian dua hari lalu, arwah  Mohd Rowi bin Ibrahim, 38, dalam perjalanan pulang ketika kejadian berlaku, meninggalkan isteri tercinta yang hanya menunggu detik bersalin dijangka hari ini, 24 November 2025. Lebih menyayat hati, tragedi ini terjadi selepas kenderaan pacuan 4×4 itu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang arwah dalam satu video viral yang tular di media sosial.

Tragedi ini bukan sahaja meragut nyawa seorang ketua keluarga tetapi turut meruntun hati ramai apabila isteri arwah terpaksa menerima khabar duka itu dari wad hospital tempat dia menantikan kelahiran zuriat  mereka. Detik yang sepatutnya menjadi permulaan sebuah kehidupan baharu, takdir terlebih dahulu merenggut separuh jiwa sang isteri malah menjadikan anak-anak yang masih kecil sebagai anak yatim.

Tragedi menyayat hati ini dikongsikan dari page Mr Wan Cai Official yang banyak menguruskan jenazah secara percuma.
Pemergian Allahyarham Mohd Rowi bin Ibrahim, 38 tahun, wajar dijadikan nasihat dan peringatan kepada kita semua bahawa kematian boleh berlaku pada bila² masa dan di mana jua.
Isteri Sarat Hamil Menanti Kelahiran Anak Diuji Kehilangan Suami, Hanya Mampu Saksikan Wajah Terakhir Suami Dari Katil Hospital
Almarhum terlibat dalam satu kemalangan di Bukit Canggang, Banting, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang pada 22 November lalu, kejadian tragis ini  dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan 4×4 jenis Toyota Hilux secara tiba-tiba  memotong dan memasuki jalan bertentangan lalu merempuh motosikal yang ditunggang arwah.

Akibat dari rempuhan kuat itu, arwah dikatakan terpelanting manakala motornya terperusuk dibawah kenderaan pacuan 4×4 tersebut. Arwah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ads
Ambulans dan pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan kematian Almarhum. Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.
Keesokkannya, proses bedah siasat oleh pihak forensik bermula pada jam 9.30 pagi dan selesai sekitar 12.30 tengah hari. Jenazah kemudiannya dituntut oleh empat sukarelawan UKVJ HQ sebelum dibawa ke Bilik Wakaf Jannatul Firdaus, Batu Belah, Klang.
Isteri Sarat Hamil Menanti Kelahiran Anak Diuji Kehilangan Suami, Hanya Mampu Saksikan Wajah Terakhir Suami Dari Katil Hospital
Suasana sedih menyelubungi bilik wakaf ketika ahli keluarga dan tiga orang anak diberi kesempatan menatap serta mencium wajah Almarhum buat kali terakhir.

Lebih menyayat hati, isteri Almarhum yang berada di wad hospital terpaksa melihat wajah suaminya melalui panggilan video yang dibuat oleh adiknya. Dalam panggilan tersebut, terlihat si isteri menangisi, seakan tidak mampu menerima hakikat pemergian suami tercinta pada sebelum anak mereka dilahirkan.

Difahamkan, pasangan ini tinggal berjauhan PJJ kerana isterinya berada di Kedah menjaga ibu yang sedang sakit, manakala arwah tinggal di Seri Kembangan.

Ads

Alhamdulillah, pengurusan untuk Almarhum telah dibantu sehingga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

Hujan lebat turun sewaktu pengebumian jenazah sedang dijalankan, seolah olah langit turut bersedih. Kisah kematian Almarhum mengingatkan kita bahawa tidak semua perjalanan rumah tangga berakhir dengan kebahagiaan.

Ads

Ada yang diberi kebahagian berpanjangan. Ada yang diuji dengan perpisahan yang menderitakan.

Semalam, seorang isteri yang sedang mengandung 6 bulan anak keempat bersama tiga orang anak yang masih kecil dikejutkan dengan pemergian suami tercinta.
Hari ini, kisah yang sama berlaku pula kepada seorang isteri yang sedang menunggu detik melahirkan. Betapa beratnya ujian isteri melahirkan anak tanpa susuk tubuh suami yang telah pergi selamanya.

Dari kisah yang berlaku ada perkara yang boleh diambil sebagai pengajaran. Hargailah pasangan kita selagi mereka masih ada. Ciptalah pelbagai kenangan yang baik dan bermakna ketika masih diberi kesempatan hidup bersama.

Semoga kisah ini menjadi ruang untuk kita bermuhasabah dan memperbaiki hubungan dengan pasangan sebelum terlambat. Ingatlah, Allah tidak akan menguji seseorang melainkan sesuai dengan kekuatan dan ketabahannya.

Setiap ujian adalah untuk menjadikan kita hamba yang lebih kuat dan dekat dengan-Nya. Kredit :- Mr Wan Chai Official.
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI