Isteri ‘provider’ memang wujud, ramai wanita berpendidikan lebih tinggi daripada lelaki. Ya, isteri ‘provider’ itu memang wujud, terutama dalam zaman sekarang di mana ramai wanita memiliki tahap pendidikan yang lebih tinggi berbanding lelaki.
Isteri ‘Provider’ Memang Wujud, Ramai Wanita Berpendidikan Lebih Tinggi Daripada Lelaki
Jika anda merasakan golongan ini tidak wujud, mungkin kerana anda belum pernah berada dalam lingkungan kehidupan yang menemukan anda dengan mereka.
Isteri ‘provider’ ini adalah wanita yang sanggup bersusah payah, asalkan keluarganya dapat hidup selesa dan bahagia. Contohnya, jika suami hanya mampu menyewa rumah, dia akan berusaha membeli rumah sendiri dan membantu menampung kekurangan.
Jika suami hanya mampu membeli beras, dia akan membeli lauk-pauk. Jika suami hanya mampu membawa keluarga berjalan-jalan di taman, dia akan menambah dengan merancang percutian yang lebih menyeronokkan.
Golongan isteri ini jarang merungut, jarang meminta-minta, dan jarang merajuk. Mereka terbiasa hidup berdikari dan secara tidak langsung memiliki sedikit sifat kepimpinan seperti seorang lelaki.
Seorang isteri ‘provider’ bekerja untuk membantu suami dalam hal-hal di luar nafkah wajib seperti pendidikan anak-anak, perbelanjaan untuk ibu bapa, serta percutian keluarga. Dia juga memasak, bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan untuk suami, anak-anak, dan dirinya sendiri. Jarang keluarganya makan makanan luar kerana dia lebih suka menyediakan sendiri.
Dia melakukan kerja rumah seperti membasuh pakaian, membasuh pinggan, menyapu sampah dan lain-lain tugas seperti para isteri yang lain. Dia juga sentiasa berada di sisi anak-anak apabila diperlukan, menjadi guru, membantu kerja sekolah dan memberi tunjuk ajar.
Dia merancang percutian keluarga dari membayar, menempah hotel, sehinggalah mengatur aktiviti. Apa yang dia mahu, dia beli sendiri tanpa perlu meminta daripada suami. Namun, selepas membeli, dia tetap berkongsi dengan suaminya.
Ads
Dia tidak kisah jika suaminya memberi wang yang tidak mencukupi pada bulan-bulan tertentu kerana memahami ada komitmen lain seperti roadtax, cukai tanah dan sebagainya.
Isteri ‘provider’ ini kadangkala mampu membimbing suaminya. Ada lelaki yang membesar dengan latar belakang yang kurang baik, tidak solat, tidak puasa, kurang adab. Tetapi dengan bimbingan, kesabaran dan kasih sayang isteri, mereka berubah menjadi suami yang lebih baik, mampu menjadi imam, bersikap lembut dan berbudi bahasa.
Malangnya, ramai yang memandang serong terhadap isteri ‘provider’ ini dianggap angkuh, suka melawan, berlagak sombong, atau menakutkan suami. Namun, tidak semua mereka bersikap sedemikian.
Kebanyakan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan sebahagian tanggungjawab suami tanpa banyak keluhan. Mereka hanya ingin sebuah keluarga yang bahagia dan kekal setia. Namun, ramai pula yang tidak menghargai. Masih mencari kekurangan dan mendambakan yang lain, walaupun diri sendiri belum cukup sempurna.
Ads
Kepada para suami yang dikurniakan isteri seperti ini, jangan ambil kesempatan. Jangan bersikap sambil lewa. Jangan fikir dia sentiasa kuat dan tidak apa-apa.
Kerana dia juga manusia. Dia tetap seorang wanita. Dia juga ada masa lelahnya. Dia tetap mempunyai naluri untuk disayangi, dipeluk, disentuh dan dihargai dengan kata-kata yang lembut.
Cukuplah sekadar satu ungkapan:
“Awak okey?”
“Terima kasih, sayang.”
Ads
“Awak nak makan apa-apa? Saya belikan.”
Apabila dia tiba-tiba diam dan tidak seceria selalu, hampirilah dia. Urut bahunya. Cium pipinya. Jangan biarkan dia memulihkan keletihannya seorang diri. Dia tidak meminta, kerana dia telah terbiasa memberi sehingga dia sendiri lupa bagaimana mahu meminta.
Jika anda telah dikurniakan isteri seperti ini, jagalah dia sebaik-baiknya. Kerana apabila dia sudah terlalu penat dan memilih untuk pergi, dia tidak akan kembali lagi. Saat itu, barulah anda akan merasai betapa sukarnya hidup tanpa dia kerana selama ini, dialah yang telah ‘provide’ segalanya.
Pergi memancing, tinggalkan isteri uruskan anak-anak sendiri.” Seorang wanita nekad lelong suami di sebuah laman web gara-gara panas hati.
Menguruskan anak tanpa suami memang kadang-kadang memenatkan, apatah lagi suami tinggalkan keluarga semata-mata untuk hobi memancing.
Seorang Wanita Nekad Lelong Suami
Seorang wanita di Marton, New Zealand bertindak melelong suami sendiri di sebuah platform jual beli tempatan kerana berang ditinggalkan menjaga dua anak sendirian, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
John McAlister, dilelong di laman web Trade Me dengan keterangan yang diletakkan sebagai berketinggian 185.4 sentimeter, berusia 37 tahun dan seorang petani daging lembu.
Pergi Memancing
Isterinya, Linda McAliser, yang memuat naik iklan tersebut berkata, John turut mempunyai beberapa orang bekas pemilik (isteri) namun dia seorang yang setia jika diberi makan dan minum yang mencukupi.
Menurut Linda, aktiviti memancing itu sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia sering dilakukan oleh John sebelum ini.
Bagaimanapun, tindakan itu tidak boleh diterima ketika anak-anak mereka sedang bercuti, sekali gus membiarkan wanita itu menguruskan keluarga sendirian.
Sementara itu, John yang mendapat tahu mengenai iklan lelongan itu hanya mampu ketawa dan menganggap bahawa ia adalah sesuatu yang lucu.
Nasihat Buat Lelaki
Dia turut menasihatkan lelaki-lelaki lain agar menjaga anak-anak mereka ketika cuti sekolah dan jangan sesekali membiarkan anak serta isteri sendirian.
Iklan lelongan tersebut berjaya menarik 12 pembida dengan nilai bidaan meningkat kepada AS$100 (RM419) menjelang tengah hari semalam, namun ia telah dipadam oleh Trade Me beberapa jam kemudian kerana didapati melanggar terma dan syarat. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kadangkala suami ini perlu diberi pengajaran. Tidak salah mempunyai hobi memancing, tetapi untuk kesejahteraan bersama setiap kali ayah-ayah pergi memancing, bawalah isteri dan anak-anak sekali. Barulah semua orang gembira dan bahagia.
Habis limit. Kalau inilah jalan terakhir yang mampu isteri bertindak. Sejak kebelakangan ini, kerap terbaca di media sosial, isteri nekad ke mahkamah untuk menuntut perceraian.
Bukan tidak sayang pasangan dan keluarga serta rumahtangga yang dibina, sebenarnya isteri ini sudah habis limit untuk terus bersabar. Inilah jalan penyelesaian terbaik. Bukan untuk membuka aib tapi bebanan yang ada tak mampu ditanggung lagi.
Walau bagaimanapun, kehadiran isteri ke mahkamah untuk failkan perceraianberpunca kepada masalah suami yang ada ‘3 kaki’ ini. Apa yang dikatakan ‘3 kaki’ ini, ikuti ulasan Nurul Izzah Zainol, Peguam Syarie dari Tetuan Asyraf & Associates tentang isu ini.
Bila Plaintif (isteri) failkan cerai di bawah Seksyen 47 dan letak alasan tiada persefahaman, tidak sehaluan dan tiada lagi kasih sayang, tolonglah janganlah buat statement macam ni;
“Lah sebab tu je nak cerai, ingatkan sampai kena pukul”
“Tu la perempuan zaman sekarang, benda macam ni pun sampai nak bercerai. Demi anak-anak tak boleh ke tolerate lagi?”
“Nasib baik talak bukan kat tangan wanita. Tak sefahaman sikit terus lafaz talak”
Gais.
Sini kak long nak bagi paham. Yang orang bukan undang-undang tak faham lagi.
Cerai di bawah Seksyen 47 ini, adalah jalan perceraian yang tak mahu buka aib.
Bukan macam fasakh. Setiap inci fakta dalam kain semua kena perincikan satu persatu.
Dari tak tahu yang sebenarnya sexually impotent tu suami, semua akan tahu. Daripada tak tahu si suami yang lebai imam masjid rupanya berjimak dengan bini orang,semua akan tau.
Jadi,alasan-alasan tu sebagai cover kepada semua keaiban yang nak disimpan rapat supaya tak dibentangkan dan dibedah dalam mahkamah terbuka.
Kita nak perceraian ni berlaku secara baik tanpa perlu buka aib. Jika perlu sekalipun hanya dalam sesi tertutup dalam sesi JKP atau hakam.
Tak tau la kalau peguam lain, tapi kalau kes-kes yang saya handle, tak sampai la lagi ke tangan saya sebab nak cerai hanya tak sama cara picit ubat gigi, tak sama cara basuh pinggan, tak wish anniversary, cincin anniversary hilang, tak bawak jalan luar negara macam laki orang lain. Tak sampai lagi.
Punca Cerai ‘3 Kaki’
Yang common seperti semua orang tahu ada 3 kaki ni yang jadi punca isteri nak bercerai iaitu KAKI PEREMPUAN, KAKI PUKUL, KAKI SCAM BINI. Takat tak bagi bunga, tak bagi kereta, tak bagi emas, tak bawak holiday tu perkara kecil sajalah.
Sebab apa? Dapat bagi nafkah basic pun besaq tuah dah orang utara kata. Lagikan nak expect bulan bintang memang mampuih hidup balik belum tentu dapat.
Isteri ni kalau kaki dia dah sampai Mahkamah, selalunya damage has done beyond limit dah. Hormat je lah alasan-alasan remeh yang dia bagi tu sebab dia takmau bukak aib. Yang netizen ke reporter ke tak payah push kang semua terbongkar malu yakmat.
Lagi satu, saya tak sure kalau memang orang laki ada masalah sensitivity atau common sense bila dah kahwin. Correct me if i’m wrong.Tapi memang tahap clueless & senseless orang laki bila dah jadi suami memang kritikal ek?
Rasa macam nak kena invent satu cip pi install masuk dalam otak depa utk masukkan reseptor common sense. Yelah sampai dia boleh heran dan buat-buat tegezut beroks kenapa bini dia nak bercerai selepas 10 tahun kawen. Clueless tahap dewa betoi la!
Like serious lah!
Mingguan Wanita : Kadang-kadang pengorbanan isteri langsung tak dihargai oleh suami. Mungkin inilah jalan terbaik untuk cari kebahagiaan lain.
Dalam membesarkan anak-anak dalam dunia mencabar begini bukanlah satu tugas yang mudah bagi seorang “mak”. Tidak kiralah bagi mak yang bekerjaya mahu pun bergelar suri rumah masing-masing berdepan dengan pelbagai masalah dalam mendidik anak-anak.
Rasa marah atau mahu memukul anak kadang-kadang menjadi kebiasaan pabila sang ibu berdepan dengan tekanan atau situasi memenatkan kerana mak-mak juga manusia biasa. Tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Sebagai ingatan bersama, sebelum angkat tangan pada anak, ingatlah siapa pemilik mutlak mereka, barulah kita merasa takut dengan Allah. Mak, ayah hanyalah pemegang amanah anak-anak yang belum tentu masanya Allah akan mengambil mereka semula.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli dan jadikan ingatan kita bersama:
Teringat pesan seseorang pada saya,
Sebelum rasa mahu marah atau mahu angkat tangan memukul anak, ingat siapa pemilik mereka.
Walaupun kita ini ibu yang berpenat, bersakit mengandung dan melahirkan anak-anak, tetapi anak-anak bukan hak milik kita.
Allah adalah pemilik mutlak anak-anak. Kita sebagai ibu bapa cuma peminjam dan pemegang amanah.
Ya, memang ada masa kita terlepas. Astaghfirullahal adzhim. Namun, kalau boleh jangan biarkan berlalu tanpa taubat, dan kalau boleh jangan jadikan kebiasaan kerana pukulan tak mengeraskan tubuh mereka tetapi hati anak-anak.
Sebagai ibubapa, tanamkan rasa takut kepada Allah. Anak-anak kita adalah amanah kita. Barulah kita dapat mendidik anak-anak yang juga kelak akan takut mengkhianati amanah mereka kepada Allah. InsyaAllah. Allahu musta’an.
MW: Mak,ayah tak lari daripada membuat kesilapan, namun setiap kali tersalah langkah kembalilah dekatkan diri dengan Allah. Memukul anak dalam mendidik anak-anak bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian. Masih banyak lagi jalannya yang lebih baik dan berkesan dalam mendidik anak yang merupakan amanah besar Allah buat mak, ayah.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.