Anak saya Muhammad masih menangis hingga ke hari ini, isteri pramugara MH370 luah rasa kesal. Tindakan pelawak Jocelyn Chia yang mempersendakan kemajuan Malaysia dan membuat lawak jijik tentang kehilangan pesawat MH370 membuatkan warga Malaysia bangkit bersatu hati.
Bila soal negara diinjak oleh seorang yang biadap begini, ia pasti menaikkan kemarahan ramai dan inilah yang dilakukan oleh warga Malaysia yang menyerang akaun peribadi media sosialnya hingga membuatkan dia menutup komen dan menyah aktif akaunnya.
Isteri Pramugara MH370 Luah Rasa Kesal
Dalam pada dirinya melawak tanpa sedar ia mengguris banyak hati terutama ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi MH370 sejak 9 tahun lalu. Dalam tragedi pada 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777 yang membawa seramai 239 penumpang termasuk anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing namun hilang daripada skrin radar dua jam selepas penerbangan.
Dalam pada itu, Intan Maizura Othaman yang kehilangan suaminya, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan dalam penerbangan itu memaklumkan anaknya Muhammad, 9 tahun sering menangis bila teringat papanya yang langsung tidak pernah dikenali sejak lahir.
Tak hairanlah bila lawak sebegini dilakukan, ia mencetuskan isu sensitif bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga.
“Anak Saya Muhammad Masih Menangis Hingga Ke Hari Ini”
Kongs Intan di facebook dan Tik Toknya, “lihatlah dia (Jocelyn) tertawa dengan gurauannya sendiri. Ia bukan lawak. Seteruk mana pun kamu, tetapi jangan buat jenaka dengan menyebut MH370. Anak saya Muhammad masih bersedih sehingga hari ini disebabkan kehilangan ayahnya.
IKLAN
“Tahukah kamu berapa ramai lagi ibu yang masih menangis hingga sekarang. Kamu memang tidak tahu sebab tiada empati dan perasaan.
“Atau mungkin anda juga tidak mempunyai keluarga. Jika kamu ada keluarga pun saya pasti mereka malu dengan tindakan bodoh kamu,” katanya menyuarakan rasa kesalnya.
Tambahnya lagi, secara peribadi dirinya melihat jenaka Jocelyn sebagai tangisan yang mahukan pertolongan daripada manusia terdesak dan keji.
“Ingatlah bahawa perasaan rendah diri dan tidak yakin kepada diri sendiri kadangkala boleh mengubah perilaku seseorang.
“Ia boleh membuatkan seseorang membenci diri sendiri dan mencerminkan diri sebagai individu yang tidak berhati perut atau mungkin tiada otak,” katanya.
Berita baik buat semua ahli KWSP yang terjejas. Program i-Sinar kini KWSP diperluaskan kepada semua ahli yang hadapi masalah kewangan.
Jadi mak,ayah yang sedang menanti pengumuman daripada KWSP bolehlah menarik nafas lega.
Program i-Sinar KWSP Diperluaskan
Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumkan Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai lapan juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000.
“Saya dengar kesusahan rakyat di media sosial termasuk tuntutan semua Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan Program i-Sinar diperluaskan kepada ahli terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.
“Mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya, had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion.
MW: Semoga golongan terjejas dapat menerima manfaat daripada pengeluaran i-Sinar ini. Sekurang-kurangnya bebanan kewangan yang dihadapi dapat dikurangkan.
Kawal ego & kemarahan “lelaki kalau nak dihormati isteri, jangan guna ego akan memakan diri sendiri”. Itulah antara nasihat yang cukup bernas buat kaum lelaki.
Dalam perkahwinan tolonglah kawal ego dan kemarahan dengan pasangan barulah dapat bina rumah tangga yang bahagia
Kawal Ego & Kemarahan
Para suami tolonglah ubah perangai jika masih ingin dihormati. Belajar menghormati isteri jika ingin dihormat. Semestinya perasaan hormat takkan dapat dengan automatik kalau diri sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik untuk dihormati.
Itulah antara nasihat dan tip dari saudara Dr. Amirul Amin menerusi akaun Facebooknya.
Ternyata apa yang dikongsikan boleh dijadikan rujukan buat suami isteri di luar sana.
“Isteri boleh hilang hormat pada suami yang:
👉 Tak menunaikan solat
👉 Selalu melakukan maksiat
👉 Panas Baran dan Selalu maki hamun
👉 Kaki pukul & Kaki Judi
👉 Mengambil Benda terlarang
👉 Curang (kaki betina)
👉 Mulut puaka,mulut jahat,mulut longkang,mulut murai mengalahkan makcik bawang.
👉 Memberi tekanan mental pada pasangan
👉 Kedekut taik hidung masin/buruk siku
👉 berat sebelah dalam memberi layanan terhadap keluarga isteri
👉 Tidak menunaikan nafkah dan tanggungjawab (nafkah batin dan sebagainya)
👉 Tidak menghargai penat lelah isteri
👉 Selalu mengulangi kesilapan yang sama berulangkali sampai abg jamil kojol.
👉 Membiarkan isteri menguruskan serba serbi dgn sendiri
👉 Tak pernah minta maaf dan akui kesalahan
👉 Ego tinggi mengalahkan gunung Kinabalu
Belajar Hormati Isteri
Bila hormat isteri dah mula hilang pada diri suami, lama-kelamaan perasaan cinta dan syg juga akan mulai pudar dan hilang…ramai yg pandang perkara ni sebagai kesalahan isteri bilamana isteri tu tak menghormati suami…
Tapi dgn perkara-perkara yang dinyatakan diatas, adakah beliau layak utk dihormati? Ubah perangai jika masih ingin dihormati…belajar menghormati isteri jika ingin dihormat.
Hormat takkan dpt dgn automatik kalau diri sendiri tidak menunjukkan contoh yg baik utk dihormati.
Lelaki ada Ego, perempuan pun ada Ego.Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.
Ego Tinggi?
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita.
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi. Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat. Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut,” kongsi Dr. Amirul.
Elak berkongsi masalah dengan orang yang tidak sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila kita bergelar isteri atau suami orang. Takut nanti, muncul cinta. Bahaya tu.
Cinta. Normal lah kalau seseorang itu jatuh cinta. Cuma kepada siapa dan apakah cinta itu nanti berbalas? Apakah maksud cinta? Cinta sebenarnya adalah satu perasaan yang muncul dalam diri bila berhadapan dengan satu situasi sahaja iaitu memerlukan.
Cinta Tak Perlu Alasan
Lantas, bila diri memerlukan dan diperlukan; usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan. Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan. Yang penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: “Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan (hubb) terhadap apa yang diingini….”
Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta. Terkini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang adalah cerita biasa. Malah, kisah percintaan antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri bukan juga kisah luar biasa.
Elak Cinta Yang DIHARAMKAN
Hakikatnya, syariat tentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang atau masih dalam eddah atau masih menjadi tunangan orang untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.
Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya.”– hadis riwayat Bukhari.
Yang HARUS Dan MAKRUH
Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang. Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh.
HARUSjika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak.
MAKRUH jika mengenali dan mencintai anda menyebabkan si lelaki suami orang tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak. Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat sama ada si lelaki tidak layak berpoligami atau pun si lelaki tidak berniat pun untuk menjadikan anda isterinya kerana takkan mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.
Wujud bila Salah Kongsi Masalah
Dalam kebanyakan kes, faktor utama pencetus cinta salah dan terlarang ini ialah perkongsian masalah diri. Jadi, tolong elak! Ada suami orang yang berkongsi kisah dengan kawan wanita, ada juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan kawan lelaki dan tak kurang juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan suami orang.
Mulanya hanya simpati dan berusaha memberikan nasihat dan pandangan tetapi akhirnya simpati bertukar jatuh hati. Perkongsian demi perkongsian menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan. Sebab tu kena elak.
Nampak Kelebihan Tak Ada Pada Pasangan
Rasa serasi dan jatuh hati akan lebih mudah terjadi jika seseorang itu mampu melihat kelebihan yang ada dalam diri kekasih baru berbanding pasangan sedia ada. Ditokok tambah dengan kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri pasangan menjadikan seseorang itu buta hati maka apabila seorang suami orang atau isteri orang itu dilayan lebih baik biarpun hanya lebih secubit rasa, segala-galanya akan dirasai lebih nikmat dan bahagia bersama kekasih hati.
Mereka juga akan rasa lebih selesa dan selamat apabila kehendak yang selama ini tidak dipenuhi oleh isteri sendiri atau suami sendiri, mampu dilaksanakan sebaiknya oleh si kekasih.
Ya lah, si kekasih sudah maklum kehendak anda dan dalam kebanyakan kes, pasangan tidak pernah dimaklumkan mengenai kesilapan diri yang perlu diperbaiki agar mereka kekal dikasihi menyebabkan mereka terus tertanya-tanya dan tersalah memberikan layanan yang sepatutnya.
Keadaan layanan taraf lima bintang daripada si kekasih ini menjadikan suami orang atau isteri orang merasai nikmatnya cinta terlarang ini biarpun tahu dan sedar, tindakan mereka menyalahi moral masyarakat dan kehendak syariat.
Sebagai langkah pencegahan; perkara paling utama ialah bersikap berterus terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada bersama pasangan. Paling penting, elakkan berkongsi masalah anda terutama masalah rumah tangga anda dengan rakan berbeza jantina tak kiralah apa juga status dirinya.
Mampu Koyakkan Emosi Pasangan
Jangan sangka suami orang lebih memahami atau isteri orang lebih mengerti. Pengertian dan pemahaman yang anda dambakan sukar bersifat profesional jika perkongsian berlaku hari ke hari dicampur rasa simpati yang tinggi.
Tiada istilah teman tapi mesra dalam sebuah rumah tangga jika kemesraan itu mampu mengoyak jiwa dan emosi pasangan anda. Kita sentiasa diberikan pilihan maka berhati-hatilah dalam memilih agar pilihan yang dibuat tidak menjadikan kita hamba yang derhaka kepada-Nya.
Sumber: Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie