Konflik rumah tangga antara penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, nampaknya semakin meruncing.
Dalam satu hantaran di Threads, Dr. Afifah mendakwa wujudnya ‘orang ketiga’ yang terlalu menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya hingga seolah-olah ingin mengambil tempatnya sebagai ibu.
Meluahkan rasa terkilan, wanita yang juga seorang doktor itu menulis, “Bolehkan masing-masing sayang anak sendiri? Bibik ada anak sendiri, orang ketiga pun ada anak sendiri. Tak perlu berebut sangat anak saya. Tapi kalau kahwin orang muda, bolehlah buat anak baru. Kita ini bukan ibu tumpang tau, itu anak-anak saya. Tak perlu sayang beria sangat wahai orang luar.”
Ads
Sebelum ini, pelbagai spekulasi berlegar dalam Threads mengenai rumah tangga pasangan berkenaan. Namun Dr. Afifah tampil merayu agar segala permasalahan dapat diselesaikan secara baik demi menjaga maruah dan perasaan anak-anak.
Minggu lalu, Nubhan memfailkan permohonan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap tiga cahaya mata mereka, Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Tarikh sebutan kedua kes itu ditetapkan pada 26 November bagi merekodkan hasil perbincangan kedua-dua pihak.
Sementara itu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang turut menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh sebutan bagi kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh Nubhan terhadap isterinya selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Konflik ini nyata mengundang perhatian ramai, terutama apabila melibatkan isu hak penjagaan dan kasih sayang terhadap anak-anak kecil yang menjadi mangsa pergolakan rumah tangga ibu bapa mereka.
“Isteri saya dehidrasi sahaja dan keadaan dia sangat stabil” itulah antara kata-kata yang diluahkan Prince Syed sewaktu memberi komen di sebuah video akaun Tik Tok Pakar pembedahan bariatrik terkenal, Dr. Abdul Gafoor Mubarak.
“Dr. G dah buat yang terbaik untuk urusan isteri saya. Isteri saya dehidrasi sahaja, dan keadaan dia sangat stabil dan terbaik sebab team (pasukan) Dr. G dan hospital memudahkan urusan,” kata Pince Syed.
Menerusi perkongsian Dr. Abdul Gafoor itu, Prince Syed meninggalkan komen dengan menzahirkan penghargaan kepada pakar tersebut kerana berjaya menjalankan prosedur pembedahan ke atas isterinya dengan baik.
Malah Dr. Abdul Gafoor juga menjelaskan Fatin Syazwani Ishakdimasukkan ke hospital bukan disebabkan komplikasi daripada pembedahan bariatrik yang dijalaninya tiga minggu lalu, sebaliknya kerana dehidrasi dan jangkitan kuman.
“Saya nak tekankan bahawa komplikasi yang dia alami tiada kena mengena dengan bariatrik.
“Tiada kebocoran atau masalah pada tiub pembedahan.
“Keadaan ini tidak berkaitan langsung dengan prosedur tersebut,” terangnya lagi menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok itu.
Pada masa yang sama Dr. Abdul Gafoor juga memaklumkan semua pemeriksaan pra pembedahan dijalankan dengan sempurna dan pesakit berada dalam keadaan baik selepas prosedur tersebut.
“Perkara yang menjadi tular sebenarnya ialah isu keluarga dan isu peribadi, bukannya isu profesional yang melibatkan bidang perubatan.
“Saya sediakan perkhidmatan post-op bersama admin dan dietitian supaya pesakit boleh berhubung bila-bila masa jika ada masalah,” ujarnya.
Imej berhijab Ummi Nazeera hati-hati pegang watak penyondol. Berimej berhijab dan sentiasa berhati-hati dalam membawakan watak yang mencabar untuk menjaga batas professional itulah pegangan pelakon cantik Ummi Nazeera.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga sebelum menerima sesebuah naskah dirinya akan meneliti watak yang bakal dijayakan. Menjaga batasan sebagai Muslimah, Ummi meletakkan syarat walau memegang watak orang ketiga dalam drama Saat Aku Tahu yang pastinya penuh dengan adegan panas dirinya tidak melakukan sebarang babak bersentuhan.
“Nak bawa watak dalam sebuah naskah yang bertemakan curang bukan mudah kerana pastinya akan ada banyak isu sensitif.
“Saya dan Hisyam tak ada bersentuhan langsung tetapi banyak kamera trick untuk beberapa babak ‘panas’ dalam drama ini, namun sebagai wanita bertudung saya tetap menjaga batas.
“Sejujurnya saya tidak pernah buat begitu, jadi saya harap peminat dan penonton dapat menerima dengan hati yang terbuka,” katanya ke sewaktu ditemubual ketika sidang media dan pratonton drama Viu Saat Aku Tahu.
“Naskah ini antara yang sukar untuk saya lakukan kerana ia melibatkan emosi, fizikal dan mental. Terutama fizikal, saya rasa sangat penat. Ada sedikit babak yang melibatkan aksi.
“Watak ini susah untuk dibawakan kerana terlalu banyak lapisan maksud dan boleh jadi baik atau jahat. Maira adalah watak yang tersakiti dan menyakiti, jujur memang penat untuk bermain dengan karakter seperti ini,” ungkapnya.
Menerusi drama ini dirinya bergandingan dengan Hisyam Hamid dan Anna Jobling.
Tengku Ampuan Pahang mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya dijemput menyampaikan syarahan berprestij di Universiti Oxford, United Kingdom, pada Khamis. Detik ini bukan sahaja mengangkat martabat negeri Pahang, tetapi turut menampilkan warisan intelektual Melayu-Islam di pentas dunia.
Menurut kenyataan Kesultanan Pahang di Facebook, baginda mempersembahkan syarahan bertajuk “Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan”. Baginda menjelaskan dengan jelas dan terperinci mengenai Hukum Kanun Pahang, yang dianggap sebagai Perlembagaan Melayu-Islam tertua bagi sebuah tamadun berdaulat.
Dalam penyampaian ilmiah itu, baginda menekankan betapa pentingnya memahami asas perundangan Melayu yang sering diketepikan daripada naratif arus perdana. Hukum Kanun Pahang bukan sekadar dokumen sejarah, tetapi rangka asas kepada sistem pemerintahan, adat, serta struktur sosial masyarakat Melayu pada era tersebut.
Baginda turut mengupas kedudukan Pahang sebagai sebuah entiti yang memiliki tradisi intelektual tersendiri, serta ketamadunan yang terbentuk daripada jaringan perdagangan maritim, hubungan diplomatik, dan pengaruh ulama terdahulu. Huraian ini menunjukkan bahawa warisan Pahang bukan sekadar kenangan sejarah, tetapi nadi yang membentuk identiti Melayu-Islam sehingga hari ini.
Penekanan terhadap kepentingan memahami sejarah ini mengajak khalayak untuk melihat kembali tamadun Melayu melalui perspektif yang lebih tepat dan seimbang. Baginda mengetengahkan bahawa rekod kolonial bukan satu-satunya rujukan, dan warisan asli Melayu harus diberi tempat sewajarnya dalam penyelidikan akademik.
Kehadiran baginda di Universiti Oxford disambut sebagai satu penghormatan yang besar, bukan sahaja kepada institusi diraja Pahang tetapi juga Malaysia secara keseluruhan. Ia membuktikan minat global terhadap sejarah Melayu-Islam dan komitmen untuk memahami semula keagungan tamadun serantau melalui sumber yang sahih.
Para akademik, penyelidik dan pelajar antarabangsa yang hadir turut mendapat peluang melihat sisi baharu sejarah Melayu yang jarang diketengahkan. Melalui syarahan ini, Pahang ditampilkan sebagai sebuah negeri yang memiliki akar budaya dan perundangan yang mantap serta berkembang melalui interaksi maritim.
Dengan gaya penyampaian yang ilmiah dan penuh wibawa, baginda tidak sekadar menyampaikan fakta sejarah, tetapi membuka ruang kepada perbincangan baharu mengenai kedudukan warisan Melayu-Islam dalam akademia global. Syarahan ini mengingatkan bahawa tamadun Melayu memiliki sistem perundangan, struktur sosial, dan kekuatan maritim yang tidak boleh dipandang ringan.
Melalui perspektif baharu ini, syarahan tersebut memberi nafas segar kepada usaha mengangkat kembali identiti dan sejarah asal bangsa. Ia juga memberikan dorongan kepada generasi muda untuk meneruskan kajian, pemeliharaan, dan penghargaan terhadap khazanah warisan negara.
Syarahan Tengku Ampuan Pahang di Universiti Oxford menjadi detik bersejarah yang membuka lembaran baharu dalam pengiktirafan global terhadap warisan Melayu-Islam. Ia bukan sahaja mencerminkan ketokohan baginda, tetapi turut membuktikan bahawa sejarah dan peradaban Pahang mempunyai pengaruh mendalam dalam landskap ketamadunan serantau.
Kejayaan ini diharapkan dapat menjadi inspirasi untuk memperkukuh pemahaman mengenai sejarah negara serta mengembalikan warisan Melayu-Islam ke tempat yang sewajarnya di peringkat antarabangsa. Detik bersejarah ini akan terus dikenang sebagai tonggak yang mengangkat maruah dan warisan bangsa ke persada ilmu dunia.
Selepas 21 hari dihantar ke penjara selepas Mahkamah Tinggi memutuskan dirinya bersalah atas kesalahan rogol, hari ini Mahkamah Rayuan membebaskan sementara Da'i Syed.