Isteri membebel bukan suka-suka tapi stres dengan perangai suami. Pernah tak kita dengar suami mengeluh, “Isteri aku asyik membebel je, tak pernah diam!” atau “Balik rumah, bukannya tenang, tapi kena ceramah pula.”
Isteri Membebel Bukan Suka-suka Tapi Stres Dengan Perangai Suami
Ramai suami mungkin tidak sedar, isteri membebel bukan kerana itu sifat semula jadinya. Tetapi kerana dia stres dengan perangai suami. Stres dengan rutin yang tak pernah habis. Stres sebab suami tak faham-faham beban yang dia tanggung.
Bayangkan suami balik rumah terus baring main telefon. Anak bising, isteri minta tolong, tapi suami buat tak tahu. Mampu ke isteri nak tersenyum manis sepanjang masa?
Kalau kita berada di tempat mereka, rasanya kita pun boleh naik angin! Bebelan isteri itu tanda dia masih peduli. Kalau dia diam seribu bahasa, itu mungkin tanda dia dah malas ambil kisah. Dan itu lebih menakutkan.
Berikut perkongsian Muhammad Hassan ini. Moga dapat dijadikan panduan.
Ubat Isteri Suka Membebel
Empat hari lepas, selepas solat Isyak, ada sedikit jamuan di masjid. Sambil berbual, salah seorang jemaah masjid bertanya pendapat tentang bagaimana untuk mengubati isteri yang suka membebel. “Ada ubat ke?” katanya berseloroh.
“Balik lambat, membebel. Tidak basuh pinggan, pun membebel. Salah beli barang, pun membebel.”
Saya menjawab: Mereka membebel sebab stres dengan perangai kita.
Sebabnya, setiap hari perkara yang sama mereka lakukan:
✅ Masak dia.
✅ Mandikan anak dia.
✅ Tukar lampin anak dia.
✅ Kemas rumah dia.
✅ Sental jamban dia.
✅ Basuh baju dia.
✅ Gosok baju suami dia.
✅ Kemas tempat tidur dia.
✅ Buang sawang dalam rumah dia.
✅ Hantar anak ke sekolah dia.
✅ Cari duit tepi dia.
✅ Beli barang dia.
✅ Siang ikan, potong bawang, potong sayur pun dia.
Semua ini, jika suami turut sama melakukannya, insya-Allah akan terbina keluarga bahagia. Lebih-lebih lagi jika kita menghargai mereka dengan memberikan hadiah atau sekadar mengucapkan “Terima kasih.”
“Agak tidak masuk akal jika setiap hari isteri membebel. Pasti ada yang tidak kena.”
Saya menambah lagi. Perbualan kami hampir satu jam.
Ads
Jangan Pandang Remeh Masalah Ini
Saya yakin dan percaya para ibu semua ikhlas. Inilah keluarga kita. Tanggungjawab kita. Mungkin itu adalah cara para isteri mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.
Namun, sebagai suami, kita tidak boleh menganggap remeh apabila isteri suka membebel—membebel apabila disuruh itu ini, bising apabila balik lewat malam, bising apabila setiap hari keluar minum teh, bising apabila bersukan hingga larut malam.
Sebenarnya, mereka mahu kita faham bahawa banyak perkara lebih penting, iaitu untuk bersama mereka di rumah, melihat sendiri dengan mata hati bagaimana mereka menguruskan anak-anak dan kerja rumah.
Tidak susah untuk mengelakkan isteri stres atau membebel. Yang penting, kita faham apa tanggungjawab kita sebagai suami dan bapa. Tugas bapa bukan sekadar keluar rumah mencari rezeki semata-mata. Suami atau bapa bertanggungjawab memastikan setiap ahli keluarga membesar dengan penuh kasih sayang, bukan dengan tekanan daripada seorang ibu yang stres.
Buat Apa yang Patut
Paling kurang pun, apabila balik ke rumah, tengoklah apa yang patut dibuat. Jika pinggan penuh di singki, singsing lengan, basuhlah. Tanya isteri apa yang belum selesai dan bantu.
Masuk tandas? Sental apa yang patut.
Jika ada anak lelaki, ajar mereka buat kerja rumah—betulkan langsir, sapu sampah, buang sampah, siram bunga, potong bawang, siang ikan. Didik anak lelaki supaya ada sifat tanggungjawab terhadap keluarga.
Ads
Tak Perlu Berkias
Tidak susah untuk mendidik suami. ‘Tarik’ tangan suami dan anak-anak, ajak mereka sama-sama faham bahawa ini adalah tanggungjawab bersama. Sudah-sudahlah dengan ayat kiasan. Cakap terus terang.
Contohnya:
💬 “Abang, boleh tak buang sampah? Sayang nak mandikan anak.”
💬 “Abang, boleh tak jaga anak sekejap? Sayang nak masak.”
💬 “Abang, boleh tak main dengan anak-anak sekejap? Sayang nak tidur 30 minit.”
💬 “Abang, jom tengok wayang hujung minggu ini.”
💬 “Abang, boleh tak bungkus lauk? Sayang penat nak masak hari ini.”
💬 “Abang, boleh tak sidai baju? Sayang nak kemas dapur.”
Puan-puan, hidup perlu berterus terang dengan penuh hikmah. Jika terus berkias, merana jiwa, merana badan. Insya-Allah, jika kita ikhlas memperbaiki apa yang kurang, pasti kebaikan akan datang dalam setiap keadaan.
Perkahwinan dibina untuk mengecapi kebahagiaan, bukan untuk melalui kehidupan yang penuh dengan onak yang menyakitkan. Jadi, membebel bukan perkara biasa—ia perlukan rawatan jiwa.
“Isteri datang sebagai permata, pastikan ia menerangi kegelapan yang ada.”
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Macam-macam kes orang perempuan lalu di media sosial baru-baru ini, bukan setakat cerita anak remaja perempuan tetapi masalah mak orang pun tak habis-habis.
Yang selalu jadi isu, pasal isteri penat dan depress. Dan sampai satu tahap orang perempuan buat perkara yang membahayakan dirinya.
Nauzubillah… Moga penat lelah mak-mak terubat dan berbalas dengan pahala.
Buat suami-suami di luar sana, jemput selami dunia seorang perempuan daripada perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
Penat Orang Perempuan
“Ustazah hilang…? Bila?”
Terkejut saya bila kawan beritahu orang ramai tengah cari sorang ustazah ni… dia hilang…then baca balik cerita, news, rupa-rupanya agak jauh juga la dia berulang alik ke tempat keje, 100km.
Saya ni selalu juga la lalu area Seberang Jaya tu pagi-pagi, so kalau ustazah tu nak ke Balik Pulau, mungkin tiap-tiap hari dia akan mengadap jem dari Sg Dua sehingga ke Jambatan Pulau Pinang. Tapi lepas turun jambatan, tak sampai lagi Balik Pulau. Balik Pulau dalam lagi.
Tapi dia tertekan sebab jem ke? Sebab jauh ulang alik ke?
Wallahualam… Dalam cerita itu, dia tak dapat tukar tempat kerja dan malam sebelum dia hilang tu pula, dia menangis. Haa… dia menangis sebab tak dapat tukar ke? Kita pun tak tahu…
So banyak kemungkinan disebalik kehilangan ustazah ni, tapi alhamdulillah ustazah sudah dijumpai.
Sebenarnya setiap permasalahan, ada penyelesaiannya, cuma jangan lari dari masalah tu.
Perempuan Mudah Terdedah Dengan Depress
But the main point yang saya nak tekankan disini ialah (not related to story ustazah tu) kebanyakan wanita, especially yang dah jadi isteri, dah jadi ibu, diorang ni sebenarnya senang dan mudah untuk terdedah dengan satu penyakit yang dinamakan sebagai depression, iaitu tertekan. Tertekan jenis yang boleh menyebabkan kemurungan.
Tapi ramai suami yang kurang bagi perhatian terhadap perkara ni. Kurang sensitif… Kurang peka… Kurang aware.
Sebab apa dia tertekan?
Ini persoalannya…
Sebab kita kurang ucap terima kasih… kurang minta maaf… Kurang berkomunikasi dengan isteri… Kurang memahami isteri… kurang hargai isteri.
Isteri silap sikit je, dah kena maki hamun… Semua nak kena perfect, nak kena ikut cara kita, macam mana yang kita nak. Selalu sangt kita “tundukkan” isteri guna agama. Sebab tu banyak isteri depress, tertekan, murung dan meroyan.
Bertahun-tahun hidup sekali, tapi suami langsung tak memahami emosi isteri.
Apa yang isteri rasa…
Nampak isteri menangis, tapi dalam hati anggap “nothing serious kot”, tak boleh macam tu. Bila isteri menangis, itu bermaksud dia dah tak tahan lagi dah. Pasti ada sesuatu yang menyebabkan dia menangis dan dia tak boleh tampung lagi dah apa yang dia rasa tu. Dia dah tak boleh pendam lagi dah. Dia rasa nak “meletup”.
Orang perempuan ni, bila dah buntu sangat, bila dah tak boleh fikir sangat, bila dah tertekan sangat, bila dah emosi sangat, dia lebih dari mampu untuk buat sesuatu yang kita tak jangka, yang kita tak duga.
Dia mula nk fikir bukan-bukan, buat bukan-bukan.
Itu yang selalu kita ambil mudah sebagai seorang suami. Sebab kita selalu anggap isteri “terlalu mengikut perasaan dia”… walhal kita tak pernah pun faham apa yang dia rasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Panjat bonet kereta, tangkap suami curang.’ Tindakan nekad, bila hati seorang wanita disakiti. Begitulah wanita bila suami curang sanggup lakukan apa saja.
Kadang-kadang terlalu nekad hingga tidak mampu berfikir panjang hingga membahayakan keselamatan sendiri. Semoga wanita ini baik-baik saja dan urusannya dipermudahkan.
Sebuah klip video tular di media sosial Vietnam kerana memaparkan tindakan nekad seorang isteri memanjat bonet sebuah kereta kerana mahu menangkap suaminya yang curang, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. Kejadian itu dikatakan berlaku di wilayah Thai Nguyen, utara Vietnam.
Tangkap Suami Curang
Rakaman menunjukkan seorang wanita berbaju ungu memberhentikan sebuah kereta merah lalu memanjat ke atas bonet kenderaan tersebut.
Dia kemudian mengeluarkan telefon pintar untuk merakam gambar suami dan perempuan simpanannya di dalam kereta.
Melihat tindakan wanita itu, polis tempatan segera campur tangan dan memintanya turun daripada bonet kereta.
Wanita itu turun dan memohon maaf kepada polis. Dia memaklumkan bahawa dia ingin merakam gambar sebagai bukti suaminya curang.
Dia juga menunjukkan sijil perkahwinan yang membuktikan bahawa lelaki di dalam kereta itu adalah suaminya.
Bila Hati Wanita DiSakiti
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Mesti hancur perasaan kakak itu,” kata seorang netizen.
“Walaupun beremosi, masih tetap tenang,” komen netizen lain. – Agensi
Mingguan Wanita : Jangan dikutuk tindakan wanita ini. Mungkin akibat terlalu geram dan sakit hati, dia bertindak senekad itu untuk mempertahankan haknya.
Bahagia. Siapa yang tak nak hidup bahagia bukan? Lebih-lebih lagi dalam alam perkahwinan. Namun bukan semua orang mampu meraih kebahagiaan. Tidak sedikit rumah tangga yang terkandas di tengah jalan atas pelbagai faktor.
Gagal dalam perkahwinan pertama, bukan penanda akan gagal untuk kali keduanya. Itu yang dibuktikan oleh Sya (nama samaran), lewat 40-an. Dia bercerai pada usia akhir 20-an, akhirnya dia kembali bertemu jodoh tiga tahun lalu dengan lelaki yang diperkenalkan oleh anak-anaknya sendiri. Ikuti perkongsiannya.
Cerai Di Usia 30 Tahun
Siapa yang tak ingin bahagia, lebih-lebih lagi selepas mengahwini lelaki yang dicinainya. Namun, aku antara wanita yang tak bernasib baik itu. Aku menyandang status janda pada usiaku mencecah 30 tahun, dengan tiga orang cahaya mata. Kini mereka bertiga sudah dewasa. Yang sulung, 25 tahun bekerja sebagai pegawai bank, yang kedua 23 tahun, baru saja bergelar seorang guru dan yang ketiga berusia 21 tahun. Masih belajar di peringkat ijazah dalam jurusan undang-undang syariah.
Tak Mudah hidup Sendiri Tapi Tetap Bahagia
Ya, aku yang menuntut cerai. Aku tak ingin mengaibkan bekas suami dengan segala keburukan dalam rumah tangga kami. Bukan juga aku menyalahkan dirinya 100%. Tentu ada silap di pihakku. Tapi cukuplah aku beritahu, aku tak dapat lagi terima bila dia ditangkap khalwat dengan seorang wanita, rakan sepejabatnya.
Hatiku tertutup untuk terus hidup dengannya lagi lantas ku mohon dilepaskan secara baik untuk mencari bahagia aku sendiri. Tiga anak di bawah jagaanku. Syukur aku punya pekerjaan yang membantu aku menyara anak-anak. Malah aku bersyukur, bekas suami tak pernah abaikan nafkah anak-anak. Bahkan kalau minta duit saja atas sebab anak, dia tak pernah tak bagi. Mungkin dia bukan suami yang baik tapi dia tetap ayah yang baik untuk anak-anakku.
Sejak bercerai, pintu hatiku seolah-olah terkunci untuk terima mana-mana lelaki. Tipu kalau kata tak ada yang nak try. Tapi, keutamaanku adalah anak-anak. Aku rasa sudah cukup bahagia dapat bersama mereka. Ternyata mereka sangat memahami keadaan mama mereka. Tak pernah menyusahkan bahkan sangat memahami kesusahanku. Sentiasa ingin buat aku bahagia.
Bukan aku ego, tak perlukan lelaki dalam hidup. Sebagai wanita, aku tetap ada rasa ingin disayangi oleh insan bergelar suami. Tapi entahlah. Waktu anak kecil, aku sibuk jaga mereka. Bila mereka mulai dewasa, aku rasakan diri ini sudah tua untuk mencari cinta baru. Apa pun yang penting lelaki itu mesti diterima oleh anak-anak. Mereka pula tak kisah kalau bertemu jodoh lagi, asal bukan dengan suami orang. Itu saja syarat mereka.
WhatsApp Misteri
Siapa sangka, satu hari aku dapat satu whatsapp daripada nombor yang tak ku kenali. Dia perkenalkan namanya sebagai B. Mulanya langsung tak ku layan. Tapi bila dia memberitahu bahawa nomborku itu diberikan oleh anak bongsuku, akhirnya aku layankan juga.
Rupanya B memiliki sebuah firma guaman dan anakku dan rakan-rakannya pernah menemu ramahnya untuk satu tugasan universiti. B merupakan pakcik kepada salah seorang rakan universiti anak bongsuku.
Sejak itu, sering kali juga B menghantar mesej. Orangnya baik dan berusia awal 50-an. Dia duda kematian isteri dengan dua orang anak. Namun kedua anaknya itu kini berada di luar negara. Seorang bekerja di Australia dan seorang lagi belajar di UK.
Anak-Anak Aturkan
Aku tak menyangka, anak-anak menjemput B makan malam di rumah. Waktu itu kebetulan anak B yang belajar di UK juga pulang bercuti. B datang bersama anaknya dan anak saudaranya yang merupakan kawan anakku.
Ku lihat anak-anak menyukai B. Malah anak B juga kelihatan baik dan dapat bergaul mesra dengan anak-anakku.
Cuba Ukir Bahagia Untuk Kali Kedua
Dipendekkan cerita, atas aturan anak-anak, aku dan B disatukan. Pada saat itu, cinta belum muncul namun entah mengapa aku terbuka untuk menerima B. Mungkin kerana anak-anak merestuinya. Itu perkara paling penting untukku.
Perkahwinan kami diuruskan oleh anak-anak bahkan siap majlis bersanding. Syukur, kini sudah lebih tiga tahun kami bergelar suami isteri. Masih dalam proses saling mengenali diri masing-masing. Namun ku rasakan makin aku mengenalinya, semakin aku jatuh sayang padanya. Terima kasih Allah kerana hadirkan seorang lelaki yang baik sebagai pelengkap hidupku dan anak-anak.
Untuk wanita di luar sana yang mungkin pernah berstatus janda, jangan serik untuk kembali cari bahagia. Yang penting, jangan putus berdoa ye.