Wanita yang bergelar isteri secara zahirnya memang ada sifat melawan dalam diri mereka. Walaupun mungkin dari segi luaran, mereka itu seorang isteri yang lemah lembut, mengikut arahan, tak banyak cakap dan sebagainya. Tapi percayalah, dalam diri mereka tetap akan ada sikap melawan. Cuma kadangkala ia tak dilakukan secara terang-terangan di depan anda, demi rasa hormat mereka kepada anda sebagai suami mereka.
Tapi di belakang anda, tak mustahil mereka pernah memaki anda dalam diam bukan? Sebabnya, isteri rasa dirinya perlu dihargai, didengari dan dihormati pendapatnya. Jadi, jika apa yang suami katakan itu berlainan dengan apa yang dia rasa, mulalah timbul perasaan nak melawan dan membantah. Di pihak anda pula, sebagai suami, sudah tentu tercabar ego anda beb!
Jika isteri anda termasuk dalam golongan suka melawan, tak bermakna mereka itu bukan isteri atau ibu yang baik. Suami kena ingat tu! Cuma kadangkala isteri tak dapat menahan emosi bila wujud perbezaan pendapat atau pandangan dengan suami. Jadi, anda sebagai suami, apa boleh anda lakukan untuk menangani isteri yang kuat melawan? Mungkin tip yang kami berikan ini dapat membantu.
Ads
Didik Isteri
Bukan semua suami itu betul dalam satu-satu tindakan tetapi si isteri pun kenalah faham perasaan suami. Kalau dah tau suami tak suka,janganlah diulangi. Tapi, kadangkala isteri suka buat-buat tak faham apa yang boleh mencetuskan kemarahan suami.
Sepatutnya, si isteri kena pandai ambil hati suami dan beri ketenangan buat suami, begitulah juga sebaliknya. Tetapi apa yang kerap berlaku si isteri tak buat itu semua. Walaupun anda dah tegur berkali-kali kesilapan yang dilakukan namun isteri tidak pernah insaf.
Tapi sebagai suami, anda bertanggungjawab untuk mendidik isteri agar patuh terhadap suami dan tidak melakukan sesuatu yang anda tak suka. Mungkin sukar dan akan ambil masa, tapi anda mesti sentiasa berlapang dada dalam mendidik isteri. Ingat, anda adalah nakhoda dalam rumah tangga, menentukan tenggelam atau kapal itu akan terus belayar megah. Yang penting, jangan berputus asa untuk mendidik isteri anda ye.
Ads
Jangan Paksa
Anda sebagai suami kena ingat, isteri pun ada pemikiran dan kemahuan sendiri. Jangan paksa dia ikut cara anda sepenuhnya. Pada ketika ini, anda cuba didik dan dalam masa yang sama bertolak ansur serta terima kelemahan isteri. Dia bukan robot yang boleh anda ‘program’ mengikut kehendak anda sepenuhnya. Lagi pun, kalau sikap melawannya itu tak keterlaluan, boleh diterima lagi kan.
Ads
Wanita penuh dengan emosi yang kadangkala membuatkan jiwa mereka memberontak dan seterusnya menzahirkan menerusi perbuatan sekiranya ada yang tak kena di mata mereka. Bukan bermakna isteri tidak hormat anda sebagai suami, mungkin itu cara untuk dia menyatakan apa yang dia rasa, hanya cara yang membuatkan anda panas hati.
Suami Jangan Ego
Sebagai suami, anda pun tak boleh tunjukkan kekuasaan dan keegoan. Ada kalanya apa yang isteri bantah itu ada benarnya. Jadi, anda sendiri juga perlu muhasabah diri. Jangan rasa diri saja yang betul.
Apa pun dalam rumah tangga, suami isteri perlu sedar tanggungjawab masing-masing. Sekiranya anda ingin isteri menghormati anda dan mendengar apa saja arahan anda, dalam masa yang sama anda juga perlu tunjukkan rasa hormat pada isteri. Jangan asyik nak menang saja dan rasa diri anda zero kesilapan. Buang tanggapan isteri wajib patuh arahan anda dan tak layak untuk beri pandangan dan pendapat mereka. Itu kesilapan besar dalam rumah tangga!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Keputusan ujian peperiksaan UPSR baru sahaja diumumkan. Ada anak yang mendapat keputusan cemerlang dan ada yang mendapat keputusan sebaliknya. Buat mak ayah, usahlah kecewa tak kiralah apa pun keputusan yang anak perolehi, berapa A pun yang anak dapat, hargailah kerana itu adalah hasil usaha mereka.
Perjalanan ‘kehidupan’ anak-anak ini, masih jauh. Anak yang kurang cemerlang dalam akademik, tak semestinya corot dalam sahsiah akhlaknya. Paling penting mak ayah jangan putus berdoa agar anak-anak berjaya baik di dunia dan akhirat.
Tadi aku solat maghrib kat sebuah stesyen minyak. Sorang-sorang. Masuk rakaat kedua ada suara perlahan baca Allahuakbar jadikan aku imam. Habis sembahyang aku tengok rupanya sorang budak mungkin tingkatan 1 atau tingkatan 2 sembahyang belakang aku.
Lepas tu aku duduk kat kerusi luar pakai kasut. Tengah-tengah pakai kasut budak yang jadi makmum datang kat aku. Dia kata best la abang jadi imam, lepas tu dia salam aku.
Tiba-tiba dia hulur kacang rebus kat aku. Rupanya dia kata dia jual kacang rebus kat kedai makan kat kawasan situ.
‘Bang ambillah’ dia kata. Aku tanya ‘berapa ringgit dik?
Dia kata ‘takpe bang hari ni saya belanja sebab saya happy sangat, adik saya dapat 3A UPSR, jadi saya nak bagi kat abang sebungkus la..Alhamdulillah bang..’sambil tersenyum. Lepas tu dia hilang dengan bakul merah dia.
Allah, Allah. Aku belajar sesuatu malam ni.
Ada anak yang dilahirkan pandai. Ramai mak ayah suka kerana akademiknya pandai.
Ada anak yang dilahirkan biasa-biasa, akademik biasa-biasa tapi rajin solat, rajin baca Al-Quran, rajin doakan mak ayah dunia dan akhirat.
Setiap anak ada level mereka masing-masing.
Berapapun A yang mereka dapat, hargailah kerana itu adalah usaha mereka. Peluk mereka, senyum pada mereka, bagi kata-kata semangat pada mereka. Insyaallah, satu hari nanti bila mereka matang, mereka inilah yang akan jadi anak yang membahagiakan kita, dunia dan akhirat. Percayalah.
Semoga bermanfaat.
MW: Ada benarnya. Tak kiralah berapa pun jumlah A yang anak dapat, hargailah usaha dan penat lelah mereka. Kurang cemerlang dalam bidang akademik, tidak semestinya corot dalam akhlak sahsiah mereka. Setiap anak adalah permata yang berharga, ada nilainya yang tersendiri.
Sebagai seorang wanita kita harus sedar bahawa setelah berkahwin, suami merupakan syurga seorang isteri. Walau siapa pun suami kita, walau bagaimanapun perangainya sesungguhnya itulah yang Allah telah pilihkan sebagai jodoh buat kita.Segala ketaatan haruslah disandarkan pada suami selagi mana ia tidak bertentangan dan diluar batasan perintahNya.
Terkesan sungguh dengan bait kata-kata oleh wanita yang menggunakan nama pena Bonda Nor ini. Pesanannya cukup bersahaja, namun nasihatnya cukup bermakna buat kita para isteri yang sering alpa, agar berubah menjadi isteri yang terbaik buat suami.
Berikut antara perkongsian tersebut;
SYURGA SEORANG ISTERI
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.
“Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!”
Banyakkan Minta Maaf
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Jadi Asbab Kebaikan
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Redha Suami
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para isteri, sekaligus menjadikan kita isteri solehah penyejuk mata, pendamai hati yang mampu membahagiakan suami.
Jatuh cinta itu lumrah manusia. Malah jatuh cinta itu tak salah tetapi hormatilah hak orang lain dan jangan pentingkan perasaan sendiri sahaja. Jatuh cinta pada suami atau isteri orang sangat salah, cuba bayangkan jika mak,ayah berada di tempat pasangannya.
Sudah tentu kita akan sedih, bila dalam diam ada orang lain cuba mendekati dan menyayangi pasangan kita. Pada hal kita masih wujud, masih bergelar isteri atau suami. Sebaiknya janganlah meruntuhkan rumah tangga orang lain untuk kebahagian sendiri.
Wanita jual daun kering di Tik Tok, siapa sangka "sampah" pun boleh jadi duit. Dalam dunia yang semakin laju dengan teknologi dan persaingan bisnes,...