Berita

Isteri Kongsi Pengalaman Paru-paru Ditebuk Dua Kali, Trauma Dekat Dengan Perokok

Share

Isteri kongsi pengalaman paru-paru  ditebuk dua kali, trauma dengan asap rokok.

“Orang lain hisap rokok tapi yang terlantar dan ditebuk paru-paru itu saya…

Itu luahan pilu seorang isteri, Fatty yang berkongsi pengalaman di Tik Toknya @sistihah00 yang melalui pengalaman paru-paru ditebuk dua kali gara-gara berdekatan dengan perokok tegar. Dirinya berkongsi pengalaman dilaluinya  selepas viral di media sosial bahaya perokok dan penghisap vape.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ibu, Nenek Trauma, Bayi 30 Hari Maut Dikasari Jururawat, Rakaman CCTV Jadi Bukti

Benjolan Tanda Lahir Rupanya Ketumbuhan, Kini Pipi, Lidah & Bibir Siti Aishah Tersembur Keluar

Isteri Kongsi Pengalaman Paru-paru Ditebuk Dua Kali

Jelasnya, walau tidak pernah merokok namun berdekatan dengan perokok tegar membuatkan paru-parunya ditebuk sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2017 (sebelah kiri) dan pada 2019, paru-parunya sebelah kanan pula ditebuk bagi membuang cecair di dalam paru-paru.

Ketika kejadian dirinya masih muda dan kini biar masa semakin berlalu, namun dirinya mengakui hingga kini dirinya masih trauma sehingga sampai satu tahap tengok perokok dari jauh pun dadanya sudah berdebar-debar.

Menyedari ramai perokok dan penghisap vape yang tidak suka dan tidak percaya bahawa bukan perokok juga ditebuk paru-paru kerana situasi ini, namun kata Fatty inilah realiti yang terjadi di mana orang lain tidak berdosa menjadi mangsa walau tidak pernah merokok sekali pun.

“Saya tak pernah merokok pun tapi sudah dua kali memasuki dewan bedah untuk mengeluarkan cecair di paru-paru. Hingga kini, doktor memaklumkan saya ada  pneumothorax (ada udara di dalam paru-paru di mana  udara terkumpul di ruang antara paru-paru dan dinding dada) dan ianya sangat memeritkan.

Ditanya akan gejala dialaminya, Fatty berkata tanda-tanda awal dia menyedari tidak sihat yang mana asalnya hanya batuk dan selesema tapi akhirnya jadi semput.

“Bila nak bernafas tu rasa mcm mencucuk-cucuk dekat paru-paru. Nak tarik nafas macam tersekat. Waktu tu rasa macam orang nak nazak dah. Bila x-ray tengok paru-paru dah penuh dengan udara kotor,” jelasnya mengakui selepas dua kali paru-parunya ditebuk, tubuhnya tidak sekuat mana.

Trauma Dekat Dengan Perokok

“Sekarang buat kerja sikit jadi semput dan badan mudah sakit-sakit. Saraf pun banyak dah rosak. Jadi kerap demam urat,” katanya yang menasihati perokok dan penghisap vape agar memikirkan juga nasib mereka yang tidak berdosa kerana hobi mereka ini.

“Kalau tegur pada perokok atau penghisap vape, orang lelaki akan  melenting dan tak mahu mengakui kesalahan mereka,” katanya yang meminta doa dari orang ramai agar suaminya bebas dari vape/ rokok secepatnya,” katanya yang memaklumkan ujian dihadapinya ini ketika dirinya masih belum berumahtangga.

“Kalau boleh tak nak kena lagi sebab dan trauma selain perit untuk melalui kesakitan seperti ini.

@sistihah00 Kajian menunjukkan bahawa risiko penyakit jantung dan kanser paru-paru meningkat bagi perokok pasif yang terdedah dalam jangka masa panjang. So beringatlah ya. Saya dah terkena hope korang tak terkena. Sakit tu hanya Allah yang tahu macam mana. Sampai sekarang efek sakit saraf tu masih ada sebab baring terlentang atas katil lama sangat tanpa mengiring kiri atau kanan 🥲 #vape
#rokok #bahayarokok #fyppppppppppppppppppppppp #storylife ♬ original sound – DNP

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros