Isteri besar tanggungjawab dalam menguruskan keluarga. Bahkan ramai yang merungut, peranan mereka pikul lebih besar berbanding suami. Inilah yang menyebabkan ada segelintir wanita ‘takut’ untuk bergelar isteri.
Hak Isteri Dalam Islam
Benarkah seorang isteri itu hanya dimanfaatkan suaminya untuk urusan di atas katil dan dapur saja? Apakah agama membenarkan suami boleh mengongkong dan menyekat kebebasan isteri? Adat budaya atau agamakah yang memperakui bahawa suami tetap wajib ditaat tanpa syarat?
Kalau aku dah ada suami tak boleh lagi lepak sesuka hati dengan kawan, duit gaji kena sumbangkan untuk keluarga, tak dapatlah berbelanja ikut suka atau bebas melancong ke mana saja. Macam mana kalau ada anak nanti, aku benci tengok kanak-kanak yang terlebih manja, apa-apa saja kemahuan mereka kena turutkan, mana boleh aku bersabar.
Tumpang Senang Isteri, Goyang Kaki Saja
Kalau dapat suami yang jenis suka goyang kaki, macam mana pula, kena bangun awal dan tidur akhir semata-mata untuk masak dan kemas dapur? Tak sempat lagilah nak buat semua hobi aku, kalau asyik jaga hati suami nanti siapa pula nak jaga hati aku?
Nanti kerja rumah semua suruh aku buat, terpaksa berhenti kerja sebab nak jaga anak atau menjadi suri rumah sepenuh masa aku tak sanggup, mana boleh lepaskan pangkat dan gaji besar aku, tak adillah penat belajar tinggi-tinggi!
Tak Sama Suami Zaman Dahulu
Lelaki sekarang ramai yang mahu menumpang hidup dengan calon isteri, bukan macam bapa kita dulu-dulu yang menganggap meminta kepada isteri itu menjatuhkan maruah suami. Sekarang ini, tak sedikit yang ambil kesempatan bahkan perah habis-habis apa yang isteri ada, harta, tenaga, emosinya semua jadi mangsa lelaki tak bertanggung jawab.
Begitulah antara keluhan dan ketakutan yang mendatangkan trauma bagi wanita yang mahu berkahwin.Tapi di sudut hati, mereka amat mendambakan hidup berpasangan hanya tak sanggup menanggung komitmen dalam perkahwinan.Ramai sebenarnya yang terkejut apabila mengharungi hidup baru selepas berkahwin, mereka tak bersedia menggalas tanggung jawab sebagai suami dan isteri.
Kesilapan para wanita dan lelaki bujang dalam memahami falsafah perkahwinan itu yang membuat mereka rasa kecewa, realiti perkahwinan tak seindah apa yang diimpikan. Kalaulah mereka mahu belajar memahami bahawa perkahwinan itu amanah daripada Allah SWT, sebagaimana rezeki, anak, harta, ilmu dan kehidupan ini semuanya nescaya bahagialah setiap perkahwinan.
Amanah bermaksud tanggung jawab yang akan dipersoal di akhirat, kahwin bukan untuk ‘bersedap-sedapan’ saja tapi hakikatnya adalah satu ujian dan cabaran yang wajib digalas. Bahkan ia adalah ibadah yang paling panjang dalam hidup muslim, bermula dilafazkan akad nikah sehinggalah keduanya bercerai hidup atau mati.
Sungguh amatlah besar pahala ibadah dalam perkahwinan,cuba kita bayangkan seorang wanita yang duduk di rumah mengelap setiap debu yang melekat dan menyapu setiap sampah yang jatuh di atas lantai rumahnya, apakah kerja rumah sebegitu sia-sia saja kerana mengorbankan karier kerjaya dan pendapatan bulanannya hanya untuk urusan remeh?
Ads
Pahala Menanti Bila Wanita Urus Rumah
Tidak ingatkah kita tentang hadis Nabi s.a.w yang meyatakan sesiapa menyingkirkan duri atau kayu yang menghalangi jalan boleh menjadi sebab seseorang masuk syurga, inikan lagi menjaga kebersihan dan keselamatan rumahnya 24 jam?
Kadang-kadang seorang isteri mengeluh, kenapa aku habiskan masa berjam-jam di dapur sedangkan teman-temanku mencapai cita-cita mereka dengan cemerlangnya? Padahal kalau wanita ini ikhlas dan percaya janji Allah nescaya khidmatnya itu menjadi tiket untuk dirinya mendapatkan syurga dari mana-mana pintu yang dia mahu.
Bayangkanlah jika teman-teman anda yang gajinya berbelas ribu itu disuruh sedekahkan semuanya di jalan Allah, apakah mereka sanggup? Tetapi anda telahpun sedekahkan segala-gala yang anda miliki untuk Allah! Betapa hebatnya diri anda wahai ibu, wahai isteri yang serahkan seluruh jiwa raga demi perkahwinan yang diredai Allah. Walaupun anda tidak berduit tapi anda sanggup korbankan kerjaya kerana Allah!
Wanita Bekerja Bantu Suami
Namun begitu bukan bermakna wanita tak boleh mendapat pahala apabila dia bekerja menolong suami di luar rumah, bahkan dua kali ganda lagi dia dapatkan pahala. Pahala susah menjadi ibu dan susah mencari nafkah! Kalau kita mahu hidup selesa dan bahagia tanpa ujian dan tanggungjawab dalam perkahwinan, dengan apa kita boleh masuk syurga? Bukankah syarat mendapat syurga itu harus sabar melalui ujian kehidupan?
Allah SWT berfirman: “Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang yang bersungguh-sungguh berjuang dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (Surah Ali Imran ayat 142)
Ads
Kesakitan, keletihan, kerisauan setiap wanita sebagai isteri dan ibu akan menjadi penghapus dosa-dosa sampai dia kembali menemui Allah dalam keadaan suci dan bersih. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan atau penyakit atau kerisauan atau kesedihan atau gangguan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus dosa-dosa kerananya.” (Hadis al-Bukhari dan Muslim)
Masihkah kita mengeluh dan patah hati menghadapi ujian perkahwinan? Ya Allah tolonglah dan permudahkanlah!
Sumber: Dato’ Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam
Apa-apa cerita yang manis dan menarik, kalau boleh semua nak dikongsikan ke dalam media sosial. Baik puji pasangan dan tak kurang juga yang ceritakan kebaikan suami sama ada hadiahkan barang, bawa makan ke tempat romantik mahu pun buat itu dan ini.
Mungkin bukan niat nak menunjuk tapi nak kongsi kegembiraan bersama kawan-kawan di media sosial. ‘Like’ memang mencanak-canak dari kawan rapat dan tak kurang juga yang komen tentang kehebatan pasangan dua sejoli.
Kadang-kadang, kisah dan sikap suami atau pasangan turut dipertontonkan di media sosial. Kebaikan suami yang sentiasa mengambil berat beserta gambar-gambar bahagia. Seronoknya melihat pasangan ini. Tanpa sedar, cara inilah akan ada ‘sihir ain’ yang kita tak tahu sesiapa.
Lebih teruk lagi, bila ceritakan kebaikan suami atau pasangan juga boleh menimbulkan riak di hati pasangan. Maklumlah, pasangan tentu dalam senarai ‘friend’. Paling merisaukan ada mata yang memerhati. Bahaya betul!
Perkongsian daripada Ahamad Saifuddin Yusof boleh dijadikan peringatan untuk kita semua. Moga semua pasangan dijauhkan dari perkara ini.
Setiap kebaikan yang kita lakukan secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan manusia adalah ibadah kepada Allah.
Terbaca dan tertonton para isteri bercerita kebaikan suaminya kepada umum. Di pelbagai medium seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya.
Kita tahu para isteri itu sangat gembira dan bahagia berkahwin dengan seorang lelaki yang baik hati. Sehingga tidak sangka suaminya sebaik itu.
Seeloknya, kita sebagai isteri. Sembunyikan amal suami kita kepada umum. Tidak perlu diceritakan segalanya kepada awam. Mengapa?
1. Dibimbangi timbul rasa riak dalam hati suami itu apabila ramai yang memujinya. Sedangkan amal kebaikan yang dia buat itu dalam keadaan tersembunyi tanpa pengetahuan orang. Hanya keluarga sahaja mengetahuinya.
Apabila kita sebagai isteri meenceritakannya. Dirisaukan timbul rasa riak dalam hati suami sehingga merosakkan amal kebaikannya yang bernilai tinggi di sisi Allah.
Cukuplah kita berkata, “Alhamdulillah, syukur dapat suami yang baik.” Tanpa diperincikan segala kebaikan suami lakukan.
2. Ada kemungkinan akan timbul rasa suka dan berkenan oleh wanita-wanita yang ‘single & available’ di luar sana apabila kita menceritakan dengan terperinci segala kebaikan suami. Maka syaitan akan mula meniup hasutan dan godaan pada fikiran mereka termasuk suami kita juga apabila wujud komunikasi dua hala.
Kadang kala, timbul di benak wanita-wanita di luar sana seperti;
‘Kalau isteri dia meninggal, bolehlah aku ambil peluang mengorat suami dia’.
Saya pernah mendengar ucapan sebegini daripada seorang wanita ketika mereka berbual sesama mereka.
Justeru, puan semua, sembunyikan amal baik suami sendiri. Biarlah kita menjadi saksi untuk suami di akhirat nanti.
Mingguan Wanita : Bahagia seorang itu. Begitulah, ingin dikongsi bersama kawan-kawan tapi kita tak tahu ada mata memerhati. Rambut sama hitam tapi hati kita tak tahu. Minta dijauhkan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Makin menjadi-jadi penangan gajet dalam rumah tangga pasangan suami isteri ini. Semuanya gara-gara ‘games’ mahupun media sosial yang suami rasanya, lebih menarik dari layan isteri sendiri.
Sudahnya, suami lebih rela pegang gajet lama-lama, berbanding pegang isteri sendiri. Makan hati sungguh isteri yang terpaksa isytihar perang saudara dengan gajet suami ini.
Kalau boleh nak sorok diam-diam, lepas itu buat tak reti. Tapi nanti jangankan perang saudara, mahu perang dunia ketiga meletus. Jadi, sebelum melarat hadamkan nasihat daripada Ariff Ismailini.
“Bang…tolong sayang beli roti kat bawah jap”
Rayu bini.
“Jap la, bagi abang 5 minit, tgah online mobile legend ni..nanti kalah.”
Jawapan Suami.
Seharian kita dah keluar bekerja, bila balik rumah tangan tak lepas dengan “handphone “. Begitu juga hujung minggu, sesaat tak pegang gadget boleh dapat “rasukan ablasa”.
Bini dah sibuk urus rumah urus dapur, kita pulak tetap sibuk dengan gajet, mobile legend la, PUBG la, football manager la. Bila nya ada “QUALITY TIME” dengan bini.
Cuba bayangkan en abang sekalian, cik bini yang sibuk dengan gajet kita yang buat semua benda pulak? Mau tak keluar suara komander kita jeritkan bini.
Dalam rumah tangga ni kena saling memahami,
jangan esok esok naik mahkamah bercerai sebab gajet. Mau viral satu Malaya. Baru ada akal masa tu.
Saya pun sama bukan nak cakap orang lain la, bila balik kampung tangan tak lepas dengan gadget, bila tak ada line internet boleh meroyan. Tapi saya adakan “QUALITY TIME ” dengan ayah saya.
Borak dengan beliau tanya perkembangan kampung. Haha melawak je, tanya pasal diri beliau la, tanya pasal kampung saya bukan YB. Luangkan masa yang berkualuti untuk yang tersayang.
Jangan Tanya Kenapa Bini Layan Tak Layan Je Kita
Bila masa saya ambil anak, gajet pun saya ketepikan kecuali berkaitan hal hal penting business dan kecemasan. Sebab saya tak nak anak saya ikut apa yang saya lakukan.
Hati perempuan ni lain brother, mula mula dia akan berleter marahkan kita, tapi lama lama dia biarkan aje kita dengan gajet kita. Masa ni baru tahu langit tinggi rendah.
Jangan tanya kenapa bini layan tak layan je kita. Sebab kita pon lagi pentingkan gajet dari dia.
Nak guna gajet ni tak salah brother, yang salah jika kita letak gajet melebihi dari keutamaan kita yang lain.
Ini tidak, pagi petang siang malam dengan gajet, sampai nak tido pon dengan gajet, ni tidur dengan bini ke dengan gajet?
Jom kita ubah…mungkin kita boleh mulakan satu hari satu jam tanpa gajet. Jangan nak cakap time tido tu pulak 1 jam tanpa gajet.
Bukan semua ibu bapa ada modal nak bina ruang khas serba interaktif untuk pembelajaran anak-anak mereka. Tapi dengan sedikit sentuhan idea ’emas’ daripada Puan Norazira Mustapha ini membolehkan anak-anaknya, Zara hayfa Fatini, 6, Zayyan Hadif Furqan, 4, Zara Hasna Farzana, 3 dan Zayyan Harraz Firas menimba ilmu di ruang belajar interaktif yang sarat alat bantuan mengajar.
“Hari ini rasa nak share full la ruang anak-anak belajar dan main. Biasa sipi-sipi je kan. Kot-kot ada yang nak buat inspirasi. Kebanyakkan memang dari bahan-bahan terpakai. sahaja.
“Tandas dah settle deco-deco ,ruang tamu baru separuh, tinggal nak mengumpul sikit-sikit dan settlekan deco ruang tamu dan dapur pula.
Ini Keterangan Bergambar Tentang Ruang Pembelajaran Interaktif Anak-anak Beliau
Almari ni asalnya almari dapur, bahagian bawahnya reput sebab kena banjir, jadi ambil yang atas drill kat dinding. Kaki tu dari kerusi meja solek. Bahagian papan alas tengah tu dari pintu almari yang rosak.
Puzzle lepas main masuk plastik dan simpan atas tu. In shaa allah, tak ada sepah-sepah mahupun hilang.
“Rak buku tu pakai cable casing beli kedai hardware tak sampai RM10 pun, pastu drill.
Tempat main masak-masak. Ada juga buat versi kotak tapi hancus.
Ubah-ubah kedudukan sebab ada babykan… ABC dan 123 yang foam, biasa mesti hilang kalau belikan. So buat camtu plastik asal bungkus dia tampal kat dinding. Lepas main letak balik dalam tu. Belakang tu memang ada plastik balut buku saya tampal dulu di dinding. So tak ada masalah jika anak conteng. Tak tinggalkan kesan pun.
Biasa beli benda ni mesti hancur, patahkan.. ni saya lekatkan atas board RM2.90 jer. Lepas tu lukis la. Kereta kecil-kecil beli kt ECO RM2.12.
Ni daripada polisterin.
1 keping besar. Tak potong-potong dah. Plan atas tu 3 bahagian nak buat label. Tak gi print-print lagi, al maklumlah kena ke cc dulu baru boleh print. Lama dah buat.
1. Nota dan info dari sekolah
2. Nota rumah (temu janji doc, kenduri)
3. Utiliti (segala macam bil)
Ni dinding lagi sebelah. Tempat belajar membaca BM, Eng, Jawi dan Math.
Saya tampal kertas mahjung dulu, baru tampal benda lain nak bagi elak rosak cat.
Wajah kesayangan hamba..
#ZaraHayfaFatini, 6 tahun
#ZayyanHadifFurqan, 4 tahun
#ZaraHasnaFarzana, 3 tahun
#ZayyanHarrazFiras, 1 tahun
Yang warna hitam kat lantai tu saya buat teng-teng guna cloth tape. Siapa cakap budak dok bandar tak boleh main permainan tradisional.
Kisah menyentuh hati tentang Nur Qasehku hilang selama dua bulan akhirnya berakhir dengan berita gembira apabila remaja itu ditemui selamat di Cheras. Doa seorang ibu akhirnya dimakbulkan.