Isteri enggan duduk serumah dengan mentua, suami wajib sediakan tempat tinggal berasingan. Dalam institusi perkahwinan, isu berkaitan tempat tinggal sering menjadi topik yang perlu dibincangkan dengan bijaksana, terutama apabila melibatkan keputusan isteri untuk tidak tinggal bersama mentua.
Isteri Enggan Duduk Serumah Dengan Mentua
Dalam Islam dan undang-undang keluarga, suami sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa dan sesuai bagi isteri dan anak-anaknya. Namun, apabila isteri enggan tinggal bersama mentua, apakah yang perlu dilakukan oleh suami?
Sebenarnya isu tinggal bersama mentua merupakan isu yang sering menjadi perdebatan. Tidak semua selesa tinggal dengan mentua. Oleh itu, sebaiknya sebelum berumah tangga, bincang baik-baik agar tidak menjadi masalah di kemudian hari.
1) Tanggung jawab suami menyediakan tempat tinggal untuk isteri berdasarkan kemampuannya, sama ada beli, sewa atau pinjam dari orang lain.
2) Antara hak isteri yang wajib suami sediakan ialah tempat tinggal yang tidak bercampur dengan orang lain termasuk ibu bapa mentua. Perkara ini ditegas oleh ulama-ulama mazhab Syafie antaranya Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karyanya, “Ghāyat al-Bayān Syarḥ Zubad Ibn Arsalān”:
وَلَو اشْتَمَلت دَار على حجر مُفْردَة الْمرَافِق جَازَ إسكان الضرات فِيهَا من غير رضاهن وَكَذَا إسكان وَاحِدَة فِي علو واخرى فِي سفل مَعَ تَمْيِيز الْمرَافِق لِأَن كلا مِمَّا ذكر مسكن.
Maksudnya: “Jika sebuah rumah terdapat bilik-bilik yang memiliki kemudahan-kemudahan yang tersendiri, suami harus menempatkan isteri-isterinya di dalamnya tanpa reda mereka.
Ads
Begitu juga menempatkan salah seorang isterinya di tingkat atas dan seorang lagi di tingkat bawah beserta kemudahan-kemudahan yang dapat dibezakan (dipisahkan) kerana kedua-duanya disebut sebagai tempat tinggal (yang berbeza)”.
Suami Wajib Sediakan Tempat Tinggal Berasingan
3) Berdasarkan kenyataan di atas, si isteri berhak mendapatkan hak tinggal di tempat sendiri bersama suami dan anak-anaknya tanpa dicampurkan dengan orang lain.
4) Isteri juga berhak mendapat tempat tinggal sendiri yang memiliki keperluan-keperluan asas hidup seperti dapur, perkakas asas rumah, tandas dan tempat tidur yang tidak dikongsi oleh orang lain kecuali suami dan anak-anak.
5) Suami boleh menempatkan si isteri dalam sebuah bilik yang besar dalam sebuah rumah yang besar yang bercampur ahli keluarga yang lain. Dengan syarat bilik itu lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas rumah. Dengan itu si isteri mampu bergerak bebas dan urusan privasinya tidak terganggu oleh orang lain.
6) Ini kerana bilik sebegitu (point 5) sudah termasuk dalam kategori rumah kediaman yang tersendiri. Berlainan jika isteri ada hak privasinya hanya dalam bilik tidur di sebuah rumah yang bercampur dengan orang lain. Bahkan tiada privasi ketika dia ingin menggunakan kemudahan dan barang keperluan di dalam rumah.
Ads
7) Suami boleh menempatkan isteri serumah dengan mentuanya atau dengan madunya berdasarkan syarat keredaan dari si isteri. Jika isteri tidak reda si suami tiada hak untuk memaksa si isteri berbuat demikian. Begitu sebaliknya, si isteri tidak boleh paksa si suami tinggal bersama ibu bapanya(isteri).
8) Taat kepada perintah ibu bapa itu wajib hukumnya, tetapi bukanlah secara mutlak. Seseorang wajib mentaati kedua-duanya selagimana arahan itu tidak bercanggah dengan syariat, tidak berunsur maksiat dan tidak mengambil hak orang lain.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percayalah, isteri adalah saham akhirat seorang suami. Oleh sebab itu bila bahagiakan isteri, Allah akan lancarkan rezeki dan mudahkan urusan suami.
Semuanya akan berbalik pada suami dalam melunaskan tanggungjawabnya pada sang isteri. Ikuti perkongsian Puan Siti Nur Aili ini dan hadam baik-baik ya:
Bahagiakanlah isteri. Allah akan lancarkan rezeki bagimu. Mudahkanlah isteri. Allah akan mudahkan urusanmu.
Didiklah isteri. Allah akan jamin syurga untukmu.Berapa ramai orang membebankan isteri. Berapa ramai menyusahkan isteri. Berapa ramai tidak mendidik isteri.
Bila Bahagiakan Isteri
Maka sukarlah jalan hidupmu sepertimana sukarnya isterimu meniti hidup ini sedang dia sebagai isteri tetap senyum, redha dan kuat. Walhal fitrahnya bukan begitu.
Isteri saham akhirat. Beruntung bagi yang menyedari.
Jaga Isteri .. Memang Susah . Memang Penat . Memang Rasa Rimas . Suka Membebel . Suka Marah-Marah . Suka Merajuk .
Tapi , Ketahuilah .. Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menenangkan Kamu . Mulut Yang Bising Itulah Memeriahkan Rumah Kamu . Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menyedarkan Kamu.
Dan , Individu Yang Kuat Merajuk Itulah Mendidik Rasa Sabar Kamu . Wanita Yang Bising Itulah Yang Banyak Membelai Kamu . Wanita Yang Bising Itu Jugalah Yang Banyak Memeluk Kamu.
Dan , Wanita Yang Bising Itulah Banyak Bersama Kamu . Tanpa Mengira Susah Atau Senangnya Kamu . Tanpa Mengira Bertapa Dia Terluka Dengan Cara Layananmu.
Dan Nasihatku .. ‘ Hargailah Isteri Seperti Seorang Ibu ‘
Kerana , Kamu Akan Mengerti .. Bertapa Berharganya Mulut Bising Itu .. Ketika Kamu Kehilangannya .
Allah Akan Mudah Urusan & Lancarkan Rezeki
Dan Ketahuilah . Kamu Pasti Akan Merindui Bebelannya. HARGAILAH ISTERI ANDA Mulianya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…
Dan Jika nama ‘dia’ yang tertulis di Luh Mahfudz untuk kamu, maka Allah akan tanamkan rasa Cinta pada keduanya. Tak perlu takut. Kuatkan Hati & terus Berdoa.”
Harga Seorang Isteri ; Hargailah Mereka…….
Ramai yang lupa pesan Rasulullah:
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (isterinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku (isteriku).”
MW: Sebagai suami hargailah isteri sebaiknya, tunaikan tanggungjawab sebaiknya. Sesungguhnya Allah SWT akan memberi ganjaran yang berlipat ganda. Insyallah.
“Amanah ini akan dipikul sebaik mungkin.” Lelaki redha jaga isteri lumpuh, empat anak OKU.
Sesungguhnya berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Namun itulah takdir yang perlu diterima lelaki ini apabila isteri yang disayangi lumpuh dan kini hanya bergantung harap padanya seorang.
Amanah Ini Akan DiPikul Sebaik Mungkin
“Saya reda dan amanah ini akan dipikul dengan sebaik mungkin,” kata seorang lelaki yang tetap tabah menjaga isteri dan empat anak lelaki orang kurang upaya (OKU).
Jumahir Masun, 52, berkata empat daripada lima anaknya berusia 16 hingga 25 tahun tidak boleh berjalan sejak berusia satu tahun.
“Anak-anak saya tidak membesar seperti kanak-kanak lain, dulu saya dapat berkongsi tugas mencabar ini dengan isteri, Rohayati Abdullah, 50.
Lelaki Redha Jaga Isteri Lumpuh
“Namun, kini tugas itu digalas sendirian selepas isteri tiba-tiba tidak dapat berjalan dan disahkan lumpuh sejak empat tahun lalu,” katanya di Felda Kertih 6, Dungun, Terengganu.
Menurutnya, anak sulungnya, Ahmad Arif Aiman, 25, hanya terlantar di atas katil sepanjang masa.
Katanya, sementara Ahmad Ariffin, 23, Ahmad Zainuddin, 17, dan Ahmad Budiman, 16, pula mengalami masalah sendi tangan serta kaki menyebabkan mereka tidak boleh duduk dengan betul.
Uruskan Empat Anak OKU
“Sebelum ini, saya ada membawa anak-anak ke hospital untuk rawatan dan terapi tetapi atas sebab masalah pengangkutan kerana tiada kereta menyebabkan mereka tidak dibawa lagi ke hospital.
“Keempat-empat anak dan isteri terpaksa memakai lampin pakai buang dan itu membuatkan saya terpaksa berbelanja lebih untuk menanggung kos berkenaan,” katanya.
Katanya, sebelum ini dia bekerja mengambil upah mengait kelapa sawit dan kini terpaksa berhenti kerja sejak isterinya lumpuh.
“Isteri dan anak-anak memang memerlukan penjagaan dan perhatian sepenuhnya termasuk menguruskan diri mereka.
“Keadaan itu menyebabkan saya tidak dapat bekerja dan dalam hati ini saya menangis memikirkan keadaan saya dan mereka,” katanya.
Jumahir berkata, dia tetap bersyukur apabila setiap anaknya diberi bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bantuan itu saya perlu berjimat-cermat untuk perbelanjaan lampin pakai buang mereka dan makan minum kami sekeluarga.
“Duit bantuan itu juga digunakan untuk anak ketiga, Nor Hanisa, 20, yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diperolehinya perlu digunakan untuk membayar yuran pengajian dan membeli buku-buku pelajaran,” katanya.
Jiran Turut Bersimpati
Katanya, dia juga bersyukur kerana jiran-jiran yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga dengan menghulurkan makanan.
“Saya sering menangis sendirian memikirkan nasib dan tidak tahu apa akan berlaku kepada mereka sekiranya umur saya tidak panjang, “katanya.
Mingguan Wanita : Bagi mak ayah yang ingin menghulurkan bantuan buat keluarga ini, boleh menghubungi Jumahir di talian 0145401915. Semoga keluarga ini terus tabah dan kuat menharungi dugaan yang berat ini.
Ayam, semestinya menjadi makanan kegemaran anak-anak. Tambah-tambah bila digoreng. Sukanya anak-anak memang tak boleh bawa bincang. Mak-mak pun senang saja, tak perlu ambil masa lama nak hidangkan untuk anak-anak.
Namun, dalam sedar tak sedar, mak-mak tak tahu tahap ayam yang sudah masak di dalamnya. Kita ingatkan luaran ayam yang digoreng itu sudah masak sepenuhnya. Sedangkan bila anak-anak di makan tanpa pemerhatian mak ayah, rupanya masih ada bahagian yang belum masak.
Mungkin kalau mak masak sendiri, boleh perlahankan api semasa menggoreng supaya ia masak sekaa di dalamnya. Tetapi, bila beli ayam yang siap masak di luar, kita tidak tahu tahap ayam itu masak. Mungkin juga penjual nak cepat, maka ia dimasak sepenuhnya.
Keadaan ini boleh memberi kesan pada anak-anak terutaman bila dimakan. Perkongsian daripada Redza Zainol ini memberi panduan untuk mak ayam supaya sentiasa peka dengan apa yang diambil oleh anak terutamanya ayam goreng.
Beli Makanan Di Luar
“Ada ke beli makanan dari luar?”
Berkali-kali saya tanya barulah ibu ni teringat.
“Ya lah, saya ada beli nasi ayam untuk anak-anak. Selalu saya masak sendiri tapi minggu ni sibuk betul.”
Sambil tu dia usap kepala anaknya yang tengah terbaring lemah. Jari tangan semuanya sejuk, mata pun cengkung.
Sayu hati ibu ni tengok anak kecilnya dah muntah dan cirit birit hampir 20 kali. Yang buat dia betul-betul risau bila anak dia sendiri merayu nak pergi ke hospital.
“Adik dah tak larat maa. Tolong ma.”
“Sebenarnya anak saya ada mengadu dalam daging ayam tu ada darah tapi bayi saya menangis nak susu, terus saya terlupa.
Bila saya datang balik, dah habis dia makan semuanya,” penuh dengan nada kesal.
Keracunan Makanan
Banyak sangat kes keracunan makanan oleh kanak-kanak disebabkan makanan yang tak dimasak dengan sempurna.
Salmonella dan Campylobacter antara bakteria yang akan hidup pada bahagian darah ayam yang tak dimasak sepenuhnya.
Jangkitan Salmonella dan Campylobacter jika lambat dirawat, ia boleh merebak ke seluruh badan melalui saluran darah anak. Bila jadi begini, anak akan demam tinggi, menggigil-gigil dan paling teruk hingga boleh menyebabkan kematian.
Perhatikan Tanda-tanda
Ibu dan ayah kena tolong periksa setiap makanan sebelum diberi pada anak. Jangan bagi kalau ada tanda-tanda ayam tak cukup masak seperti:
Warna : ayam berwarna kelabu dan pucat Bau : hanyir atau bau seperti telur rosak Tekstur : berlendir bila dipegang Kulat : tanda kulat warna hijau atau hitam pada permukaan ayam Darah : darah pada tulang atau sendi ayam Rasa : masam atau lain dari rasa ayam
MW: Buat mak-mak, hati-hati yer bila bagi anak makan terutamanya ayam yang dibeli di luar. Kita tidak tahu, anak sakit sebab kita tersalah beli makanan tercemar. Menyesal kemudian sudah tak berguna.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...