Nor Hidayah berkata, anak perempuannya itu akan menghubungi abang sulungnya jika berlaku pergaduhan antara dia dan bekas suami, Edika Yusof, 58, yang tidak dapat dikawal.
“Malah, pihak polis juga pernah beberapa kali datang ke rumah untuk mengawal keadaan (pergaduhan) yang berlaku, Tapi, Edika memang sering menafikannya.
“Apa pun, Edika boleh saja menafikan apa yang dia nak. Dia boleh cakap apa yang dia mahu. Tapi, semua yang saya kemukakan dalam mahkamah beserta bukti kukuh.
“Saya ada gambar, video dan audio. Malah, anak-anak juga menjadi saksi. Walaupun anak perempuan tak duduk dengan saya, tapi itu tidak bermaksud dia tidak tahu apa yang terjadi.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :“Perceraian Adalah Pilihan Terbaik Untuk Ibu Dan Ayah”– Luahan Anak Edika Yusof
“Anak perempuan pun berpihak pada saya. Contoh kalau ada kejadian-kejadian tertentu yang tak dapat dikawal, anak perempuan saya orang pertama yang akan cari abang sulungnya atau diam-diam akan hubungi polis,” katanya.
Menurut Nor Hidayah, dia juga sudah banyak kali pergi ke Balai Polis Kepong untuk buat aduan, selain pihak berkuasa juga banyak kali datang ke rumah mereka.
Tidak hanya itu, Nor Hidayah turut mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak awal perkahwinan mereka kira-kira 22 tahun lalu.
“Ya, (keganasan rumah tangga). Dalam mahkamah dia tetap mahu menafikan perkara itu. Saya tak nak (keluarkan bukti). Keganasan itu berlaku dari sebelum saya sakit… lebih 20 tahun,” ujarnya.
Terdahulu, Nor Hidayah berkongsi perkara itu selepas selesai urusan perceraiannya dan Edika di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.
“Lumpuh Pun Saya Bekerja…
Masa yang sama dirinya memaklumkan, dirinya turut bekerja ketika tidak sihat selain menafikan dirinya dirinya tidak waras sebagaimana dakwaan pelakon itu dan memaklumkan dia dalam keadaan sihat.