Isteri Dr Taufiq Razif – “Alhamdulillah, sujud syukur…” Semoga semua aktivis pulang (ke tanah air) dengan selamat dan terpelihara,” ujar Dr Nabilah Mohd Rubani, 37, apabila mendapat perkhabaran mengenai pembebasan suaminya, Dr Taufiq Mohd Razif, 35.
Isteri Dr Taufiq Razif Lega Suami Dibebaskan – “Alhamdulillah, Sujud Syukur…”
Dr Taufiq merupakan salah seorang daripada aktivis yang ditahan oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza.
Dr Taufiq bersama keluarga di KLIA sebelum menyertai Misi GSF ke Gaza, baru-baru ini. – hsan foto Nabilah Mohd Rubani.
Berkongsi rasa syukurnya, Dr Nabilah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan, penganjur serta penaung misi yang telah memainkan peranan penting dalam usaha pembebasan kesemua tahanan.
Dr Taufiq bersama sukarelawan GSF Jose sebelum memulakan pelayaran dari Greece, ke Gaza baru-baru ini. FOTO Ihsan Dr Taufiq Mohd Razif.
“Terima kasih kepada pihak penaung dan penganjur atas strategi mantap. Ia disertai pertolongan Allah SWT yang datang daripada jalan yang tidak dijangka.
SENTIASA BERI SOKONGAN
“Kami sentiasa menyokong perjuangan ini dan akan kembali jika diperlukan hingga Baitul Maqdis merdeka,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim Zionis Israel sudah pun dilepaskan.
Ads
Menurutnya, para aktivis akan dibawa terlebih dahulu ke Lapangan Terbang Ramon di Israel sebelum berlepas ke Istanbul, Turkiye.
Anwar turut menyatakan bahawa kumpulan tersebut dijangka kembali ke tanah air sama ada pada malam esok atau lusa.
Tragedi tikam rakan sekolah: pelajar beli pisau dalam talian, mangsa maut ditikam di dada & leher. Tragedi berdarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4) semalam menggemparkan seluruh negara apabila seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat ditikam oleh rakan sekolahnya.
Kejadian tikam rakan sekolah ini mengejutkan masyarakat apabila punca dikatakan berpunca daripada kekecewaan cinta tidak berbalas.
Dalam kejadian tersebut, pelajar berusia 14 tahun dari kelas peralihan bertindak menikam rakan sekolahnya berusia 16 tahun dengan tikaman berganda di leher dan dada di tandas sekolah.
Pisau yang digunakan dalam tragedi tikam rakan sekolah ini dibeli secara dalam talian oleh suspek beberapa hari sebelum kejadian.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, dalam kenyataannya memaklumkan bahawa hasil bedah siasat di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), menunjukkan mangsa maut akibat tusukan berganda pada leher dan dada menggunakan pisau tersebut.
Menurut Datuk Shazeli, banyak kesan luka ditemui pada tubuh mangsa. Mangsa dipercayai ditikam berulang kali di bahagian leher dan dada hingga menyebabkan kematian.
Proses bedah siasat selesai kira-kira jam 2.30 pagi dan mayat telah dituntut oleh keluarga pada jam 7.30 pagi untuk urusan pengebumian.
Susulan kejadian tikam rakan sekolah itu, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun telah ditahan dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna oren hadir ke mahkamah ditemani peguam Anuar Ezzad dan dibawa melalui laluan khas bagi mengelak perhatian media. Kes ini kini dalam siasatan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), IPK Selangor.
Dalam perkembangan lanjut, Datuk Shazeli turut mendedahkan bahawa pihak polis menemui tiga jenis senjata milik suspek — dua bilah pisau dan satu kerambit — yang semuanya dibeli secara dalam talian. Walau bagaimanapun, hanya pisau digunakan dalam kejadian tikam rakan sekolah ini manakala kerambit tidak digunakan.
Siasatan mendapati keluarga suspek tidak mengetahui pembelian senjata-senjata tersebut. Pihak polis kini sedang meneliti bila senjata itu mula dimiliki suspek dan bagaimana pembelian dibuat di platform dalam talian.
Hasil siasatan awal mendapati tindakan suspek dipercayai berpunca daripada dorongan emosi dan pengaruh media sosial, selain perasaan cinta terpendam terhadap mangsa. Suspek menyimpan perasaan terhadap mangsa namun tidak pernah meluahkan isi hati atau berinteraksi secara langsung. Mangsa juga tidak mengetahui tentang perasaan tersebut.
Datuk Shazeli menjelaskan bahawa tiada rekod salah laku disiplin terhadap suspek dan dia bebas daripada pengaruh dadah. Walaupun tiada tanda masalah mental dikesan, suspek akan dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian lanjut selepas siasatan selesai.
Setakat ini, seramai 57 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk guru, pelajar dan saksi kejadian bagi membantu siasatan kes tikam rakan sekolah ini. Kejadian ini membuka mata masyarakat tentang isu keselamatan di sekolah serta keperluan untuk pemeriksaan barangan pelajar dilakukan secara berkala.
Tragedi ini menggoncang dunia pendidikan negara apabila dua pelajar muda terlibat dalam kejadian tragis yang meragut nyawa. Dalam usia semuda 14 tahun, suspek kini berdepan tuduhan berat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pelajar perempuan yang menjadi mangsa kekal dalam ingatan masyarakat sebagai simbol cinta remaja yang berakhir dengan tragedi dan kehilangan. Tragedi tikam rakan sekolah ini diharap menjadi pengajaran besar kepada semua pihak tentang pentingnya pemantauan emosi dan keselamatan pelajar di sekolah.
Cara serah saman kepada bekas suami culas nafkah anak, panduan lengkap & mudah. Masalah bekas suami culas membayar nafkah anak sering menimbulkan tekanan kepada ibu tunggal. Ramai beranggapan tuntutan nafkah hanya boleh dibuat dengan peguam, tetapi sebenarnya wanita berhak menuntut nafkah sendiri di Mahkamah Syariah.
Panduan ini menerangkan cara serah saman kepada bekas suami culas nafkah anak lengkap tanpa kos peguam, supaya anak-anak mendapat hak mereka sepenuhnya.
Baru-baru ini tular kes seorang isteri yang menyerahkan saman kepada bekas suaminya ketika majlis perkahwinan lelaki itu dengan isteri baru. Tindakan tersebut dibuat kerana bekas suami didakwa culas membayar nafkah anak dan hutang mas kahwin.
Insiden ini membuka mata ramai tentang pentingnya hak nafkah anak dituntut secara sah di Mahkamah Syariah. Ia juga menggalakkan wanita lain yang menghadapi masalah sama supaya tidak takut bertindak.
Kes ini menunjukkan bahawa proses serah saman kepada bekas suami culas nafkah anak boleh dilakukan dengan mudah tanpa peguam, demi hak dan kebajikan anak-anak.
Muat turun borang tuntutan nafkah anak secara percuma dari portal rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (https://www.jksm.gov.my/)
Sediakan juga dokumen sokongan seperti sijil nikah, sijil cerai, bukti pendapatan, bukti tertunggak nafkah, dan surat perintah mahkamah (jika ada). Buat pernyataan terperinci tentang jumlah nafkah tertunggak serta tempoh kegagalan bayar.
Pergi ke Mahkamah Syariah berdekatan mengikut bidang kuasa tempat tinggal bekas suami. Minta dan isi borang tuntutan dengan lengkap, kemudian serahkan bersama dokumen sokongan. Bayar fi mahkamah yang berkaitan dan pastikan anda mendapat resit rasmi sebagai bukti pembayaran.
Resit ini penting kerana ia mengandungi nombor kes, tarikh dan jumlah bayaran. Simpan juga salinan semua dokumen difailkan sebagai bukti bahawa tindakan telah diambil.
Mahkamah akan membantu menguruskan penyampaian saman kepada bekas suami. Namun, jika mahu proses lebih cepat, anda boleh menyerahkan saman secara peribadi atau menggunakan wakil penyampaian bertauliah.
Jika bekas suami enggan menerima saman, anda boleh memohon penyampaian gantian daripada mahkamah seperti menampal notis di rumah atau mengiklankan di surat khabar. Simpan bukti penerimaan saman yang dikeluarkan oleh pegawai mahkamah atau wakil penyampaian.
Hadir dengan dokumen lengkap pada tarikh yang ditetapkan untuk prosiding. Jelaskan tuntutan dengan jelas dan kemukakan bukti. Jika bekas suami tidak hadir, mahkamah boleh membuat keputusan tanpa kehadirannya.
Walaupun tanpa peguam, ibu tunggal masih boleh menuntut nafkah anak sendiri melalui Mahkamah Syariah. Jangan biarkan hak anak-anak terabai. Fahami cara serah saman nafkah anak dan bertindaklah sekarang demi masa depan mereka. Prosesnya tidak rumit, dan dengan bukti yang lengkap serta ketekunan, keadilan boleh dicapai tanpa kos tinggi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pemuda berusia 22 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh kekasihnya di Sabak Bernam dua tahun lalu.
Hakim Norazlin Othman menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, mengekalkan pengakuan bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati.
Menurut hakim, pengakuan yang dibuat oleh tertuduh diterima tanpa syarat selepas mahkamah berpuas hati bahawa fakta kes dan bahan bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah benar.
Dalam penghakimannya, Norazlin menyatakan bahawa kesalahan yang dilakukan tergolong dalam kategori serius kerana melibatkan nyawa manusia serta unsur perancangan, bukan perbuatan spontan. Mahkamah menegaskan bahawa hukuman berat diperlukan sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak terlibat dalam jenayah yang melibatkan kekerasan.
“Perbuatan ini amat serius dan perlu diberikan hukuman setimpal bagi menjaga kepentingan awam serta menjadi pengajaran kepada orang lain,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli, ketika berhujah menyatakan bahawa kes tersebut melibatkan kehilangan nyawa manusia dan perlu dilihat dalam konteks kepentingan awam. Beliau turut menegaskan bahawa pengakuan bersalah tertuduh tidak mengubah hakikat seriusnya kesalahan yang dilakukan.
Peguam bela tertuduh, Muhammad Nor Tamrin, dalam rayuan mitigasi memohon agar mahkamah mempertimbangkan latar belakang anak guamnya yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi, tidak mempunyai rekod jenayah dan menunjukkan prestasi akademik yang baik. Namun, mahkamah memutuskan hukuman gantung adalah wajar berdasarkan bukti serta pengakuan bersalah.
Kes ini menjadi peringatan kepada masyarakat tentang akibat tindakan jenayah yang melibatkan nyawa manusia serta kepentingan kawalan emosi dan tanggungjawab moral dalam perhubungan.
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!