Walau di zaman moden sekali pun, konflik mentua menantu tetap jadi isu yang tak pernah habis dibincangkan. Punyalah susah nak selesaikan, kerana konflik ini bukan sekadar melibatkan fizikal tapi jiwa dan raga dipertaruhkan.
Suami tersepit di tengah-tengah. Mahu lebihkan isteri, mak terasa. Nak dilebihkan mak, isteri pula merajuk berhari-hari.
Sebaliknya, dia sebagai orang tengah akan memainkan peranannya dengan baik. Sebaik anak yang taat dan suami yang sayangkan isteri dan setia.
Ketiga-tiganya nanti akan dapat manfaat. Sayangnya ramai yang tak ambil pendekatan itu. Tak nak kusut punya pasal, salah satu dilepaskan.
Jika isteri dipilih, sanggup menjauh dari mak ayah sendiri. Pandai-pandailah adik beradik lain pujuk mak ayah. Sebaliknya, mak ayah jadi pilihan, maka berkorban kasihlah pasangan suami isteri itu.
Sebelum melarat teruk, nah! Mingguan Wanita kongsikan tip ambil jalan tengah yang adil untuk kedua-dua belah pihak.
Kalau isteri mengadu tak puas hati pasal mak mentua. Dengar dulu ceritanya, tapis mana yang patut kau nasihatkan isteri itu.
Cara berbaik dengan mak. Lagipun, suami kan dah hidup lama dengan mak. Tentu dia tahu mana yang mak suka dan tak suka.
Jelaskan dengan isteri. Jangan pula kau ikut saja kehendak isteri. Dan jangan kau paksa pulak isteri tu ikut apa yang mak mentua mahu jam jam tu jugak.
Isteri pun orang, ada emosi, ada rasa.. beri dia masa untuk sesuaikan diri. Jangan sampai isteri tu makan hati baru kau nak pulihkan keadaan salah tu.
Bila mak kau cerita betapa dia berbulu tengok menantu yang dia tak berkenan tu, kau sebagai suami.. diam dulu. Dengar, hadam baik-baik.
Terangkan dekat mak betapa isteri tu sebenarnya tak seperti yang dibayangkan mak sendiri.
Teranglah background isteri tu macam mana. Dan tak semua anak-anak dibesarkan dengan cara yang sama. Masing-masing, ikut cara didikan mak ayah masing-masing juga akhirnya.
Bila dah berkahwin, berdepan dengan keluarga mentua.. barulah didikan itu di ‘blend’. Mana yang baik ambil, yang kurang sesuai tapis buang. Itu pun jika ada inisiatif untuk ‘blend’. Syaratnya jangan dipaksa ya. Biarlah perubahan itu dilakukan dengan ikhlas.
Mungkin picit ubat gigi dari atas tu normal untuk isteri dan ahli keluarganya. Sebaliknya janggal bagi mak dan ayah yang membesarkan anda.
Tapi benda boleh bincangkan. Teranglah sejelasnya. Mintalah mak ayah berdamai dengan takdir dan jodoh pilihan anaknya itu.
Jangan didesak-desak.
Kalau melibatkan kewangan pun begitu. Misal kata anak dah tak lagi memberi seperti sebelumnya, fahamlah yang anak kini sudah berkeluarga.
Berilah dia masa.
Dan kalau disindir mak ayah sendiri. Cepat-cepatlah, pujuk mak ayah dengan cara paling halus. Belanja mak ayah saja keluar makan ke. Dan dari situ ceritalah situasi anda dan isteri. Mohon pengertian mereka.
Ada sesetengah mak ayah ni kadang mereka terlalu sayang dengan anaknya, sampai susah nak terima hakikat yang anaknya itu dah jadi milik orang lain juga.
Jadi, gunalah kuasa memujuk sebagai anak untuk berlaku adil.
Memang hal ini tak semudah menulis dan membaca. Nak praktikkan tu pun ya ampun.. Apa pun ketika dilanda masalah sebegini, dekat-dekatkanlah diri padaNya.
Doakanlah ibu dan isteri anda agar kedua-duanya dapat bersatu hati dan berdamai menerima takdir masing-masing.
Jangan kerana tidak tahan dengan kerenah yang ditimbulkan, akhirnya isteri makan hati. Dan jalan perpisahan jadi pilihan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dia telah cuba untuk menjadi seorang ibu dan ayah secara serentak kepada semua anaknya, tetapi dia tidak dia masih tidak boleh menggantikan tempat seorang ayah di dalam hati anak-anak. Dia masih tidak dapat dan tidak terdaya untuk mengubati luka di hati mereka. Sebanyak manapun usahanya, dia tahu ia masih belum cukup!
Tini Yahya, 41 tahun yakin Allah S.W.T dan doa anak-anak serta keluarganya sentiasa ada dalam tiap langkahnya. Meski pernah terluka dan dilukai, Tini perlahan-lahan bangkit dari ujian besar yang menjadi sebahagian dari kisah hidupnya.
Daniyah 17 tahun, Sarah 15, Marsya 14 (yang merupakan seorang anak istimewa (Autisme), Hana 10, tahun, Armaan 5, (anak istimewa yang merupakan pesakit hydrocephalus dan sawan) serta si bongsu Yusra (2) menjadi saksi kepada perih jerih ibu mereka sebaik rasmi menggalas tanggungjawab selaku ibu tunggal pada 31 Julai 2018. Bersaksikan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, saat dia dilepaskan dari ikatan perkahwinan, wanita ini tekad membina hidup baru bersama enam cinta hatinya.
Meneutralkan jiwa anak disebalik perpisahan
Bukan mudah merawat jiwa anak-anak yang terluka disebalik perpisahan orang tua. Silap percaturan ada anak-anak yang terkesan emosinya hingga ke dewasa. Selaku ibu, walau ada masanya hatinya bagi tersiat luka tatkala anak-anaknya bertanya perihal sang bapa, Tini tetap berhemah menyantuni sang mantan suami yang juga bapa kandung anak-anaknya.
“Antara perkara yang paling saya sedih apabila anak-anak menyuarakan dan bertanya “Ayah dah tak sayang kami lagi ya, Mama? What did we do to deserve this?”. Awalnya saya perlu selalu menjelaskan dan meyakinkan anak-anak bahawa apa jua yang terjadi antara Ayah dan Mama, kasih sayang kami berdua terhadap anak-anak tidak akan pudar.
“Saya sentiasa menggalakkan anak-anak membina hubungan yang baik dengan ayah dan ibu tiri mereka. Sekurang-kurangnya saya telah cuba membuat yang terbaik untuk memelihara dan kurangkan jurang perpisahan antara anak-anak dan ayah mereka.
Cabaran Tini
Menjadi ibu tunggal kepada enam orang anak yang mana dua darinya merupakan anak istimewa merupakan cabaran utama buat wanita cekal ini. Walaubagaimana pun, Tini beruntung kerana masih mempunyai ibu dan adik beradik yag menetap disekitar kawasan kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.
“Armaan, merupakan pesakit hydrocephalus sejak dia berumur dua bulan akibat jangkitan kuman di otak (Ventriculitis) pada 2014 sebaik dia dilahirkan di London, UK. Sejak itu dia telah dimasukkan di hospital untuk mendapatkan rawatan dan menstabilkan keadaanya.
“Armaan telah mendapat rawatan awal di St. Georges Hospital, Tooting, South London yang mana dia telah menjalani perlbagai pembedahan dan antaranya adalah surgery memasangkan VP shunt dikepalanya. Akhir-akhir ini Armaan boleh dikatakan kerap dimasukkan ke hospital PPUM setiap bulan akibat sawan. Dia perlu sentiasa diberi perhatian dan bergantung kepada ubat sawan.
“Manakala Marsya, anak ketiga saya merupakan seorang Non-Verbal Autisme, yang sedang meningkat usia remaja. Dia perlu diberi perhatian khusus dan uruskan terutama apabila dia datang bulan. Kondisinya yang tidak boleh bertutur menjadikan kita perlu sentiasa peka dengan keperluannya.
“Anak-anak yang remaja pada mulanya susah untuk mengadaptasi suasana dan sistem pelajaran di Malaysia. Jadi saya perlu sentiasa berhubung dengan guru-guru sekolah mereka untuk menjelaskan kondisi anak-anak yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana serba baru. Tambahan pula mereka sedang berada di fasa sulit dan terkesan daripada perpisahan ayah dan mama mereka,”luahnya.
Definisi bahagia dan status janda
Sebelum ini, kebahagiaan dirinya terletak di tempat terpaling kemudian. Wanita ini mengakui, baginya kebahagiaan orang lain lebih utama dari dirinya. Kini dia mengerti, tidak ada yang lebih utama dari mengutamakan kebahagian diri terlebih dahulu.
“Sebelum ini kebahagiaan diri sendiri saya letakkan paling terakhir. Kini saya lebih menghargai diri telah mula menjaga penampilan diri dan menghadiahkan diri sendiri apa juga yang termampu. Sebelum ini saya percaya, sebagai seorang ibu dan isteri memang kita perlu berkorban apa sahaja walaupun diri sendiri terseksa. Belajar daripada kesilapan sendiri, saya tidak akan benarkan ada orang lain yang terdera emosi, tertekan dan terabai semata-mata mahukan satu pihak saja bahagia.
“Ketika diuji dengan dugaan paling berat ini saya sedang cuba menghabiskan pengajian PhD saya. Adakalanya hati seakan mengejek, kalau lah kerana nak habiskan pengajian ini kau diuji dengan begitu sekali Tini, just let go. Just Quit! Kadangkala perasaan amarah mula menghantui, hati mula mahu berdendam. Itulah perasaan yg paling saya takuti, hati saya dicemari dgn perasaan busuk hati. Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian saya walaupun perjalanannya diiringi air mata.
Stigma masyarakat berkaitan ibu tunggal dan status janda menjadikan ada wanita tegar bertahan demi mahu kekal bersuami. Walau diri rabak dan tiada lagi kasih dalam sebuah ikatan perkahwinan, sanggup ditelan biar diri masih berstatus isteri.
“Tidak dinafikan saya pernah terfikir untuk tidak mahu berpisah dengan bekas suami atas faktor status ‘janda’ yang bakal dipegang kerana pada waktu itu gelaran tersebut amat perit untuk saya pikul sendiri. Walaupun saya telah terbiasa memainkan peranan seperti ibu tunggal yang membesarkan anak-anak sendirian secara tidak rasmi.
“Namun setelah diamati dan berfikir sedalam-dalamnya, adalah tidak wajar dan adil untuk saya menyalahkan diri dan sentiasa rasa ‘down’ sedih. Saya juga berhak mengecapi kebahagiaan seperti orang lain. Oleh itu, saya nekad untuk mengeluarkan diri dari kepompong kesedihan dan sentiasa menyalahkan diri sendiri akibat keruntuhan rumahtangga. Kerana bagi saya, saya tidak perlu lagi menjadi wanita yang senang dimanupulasi dan terdera emosi dan secara psikologi,”kongsi wanita cekal ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nama panggilan ini nampak simple je nak buat, tapi kesannya hebat. Malah Rasulullah SAW pun memanggil isterinya dengan gelaran yang indah-indah. Barulah rumahtangga barakah. Romantik pun romantik.. sweet pun sweet, tahap potong kaki punya.
Penting sebenarnya memanggil dan memuji isteri dengan gelaran atau panggilan terindah. Hati isteri akan jadi bertambah bahagia bila suami panggil dengan panggilan sayang, manja dan sebagainya. Rasa tenang sama pun iya.
Sebab itulah, wahai suami.. Ustaz Ebit Lew berpesan agar memuji dan memanggil isteri dengan panggilan yang paling anda sukai. Haa.. sama juga dengan isteri. Pun kena panggil suami dengan gelaran terindah yang baik-baik.
Aduh. Ya Allah tuhanku..sebak rindu semua ada. Dapat peluang berdua-duaan dengan bidadari sayang dalam kereta nak pergi ambil anak balik sekolah. Rasa bahagia pegang tangan. Nak berbual. Nak cakap i love u till jannah banyak-banyak kali. Makin hari makin rindu. Makin jatuh cinta sayang.
Ya Allah jagakanlah bidadariku ini supaya dapat kami bersama mendapat RedhaMu dan jannatulFirdausMu
Rumahtangga paling bahagia ialah rumahtangga Rasulullah saw. Jadilah orang paling baik dan romantik seperti Rasul saw… Bila pulang ke rumah baring atas riba isteri. Atau isteri baring di atas riba kita. Saling mengusap dahi dengan cinta dan kasih sayang. Setelah berpenat berjuang di luar sana. Dakapan pasangan yang kita cintai ialah tempat paling indah. Mengubat segala duka dengan izin Allah.. Rasulullah saw berpelukan menangis kerana keletihan dan diuji dengan pukulan, cacian, kesusahan yang amat dahsyat di luar sana.. rumahku syurgaku.baiti jannati. Memuji dan memanggil isteri atau suami dengan panggilan paling disukai.
Wahai bidadariku yang menawan, yang cantik, kekasih hati teman hidupku. Menemuimu dalam hidup ini perkara yang terindah. Kaulah bulan. Kaulah matahari. Kaulah kurnia Allah yang terindah dalam hidup ini..
Rasulullah saw memanggil isteri dengan gelaran dan panggilan terindah.
Mengusap tangan dan peha pasangan. Sambil ucap dan lafazkan sayang. Saya cinta dan sayang awak sampai syurga. Saya ingin terbang bersama sayang dalam syurga.
Berlemah lembut dan lunakkanlah suara bersama pasangan. Perkataan dari hati yang mencintai dan bersyukur. Mereka bukan milik kita. Tapi amanah Allah yang untuk kita cintai dan bawa bersama ke syurga. Jangan sesekali berkasar, dengan wajah bengis, bahasa kasar semua orang lari darimu
Mandi bersama dan bergurau semasa mandi bersama. Rasulullah saw mandi bersama isterinya.
Dukung dan rapatkan pipi. Dengan kasih sayang dan manja. Bergurau dan sekali sekala main kejar-kejar dengan pasangan bagi yang sihat. Berlari bukakan pintu rumah atau kereta bagi pasangan. Berebut nak angkat barang atau anak semasa bersama. Bersama dengan manja dan kasih sayang.
Baru ini tular video di media sosial seorang wanita yang didakwa sudah tinggal setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.