Ads

Ismanira Kekal Di Penjara Bersalah Abai Zayn Rayyan, Mahkamah Tolak Penangguhan Hukuman

Ismanira kekal di penjara bersalah abai Zayn Rayyan, mahkamah tolak penangguhan hukuman. Permohonan Ismanira Abdul Manaf yang mahu menangguhkan hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabaikan anak sulungnya, Zayn Rayyan ditolak oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Keputusan menolak hukuman penangguhan dibacakan oleh Hakim Datuk Aslam Zainuddin selepas mengambil  dan meneliti beberapa alasan yang dikemukakan kedua-dua pihak pendakwaan serta peguam bela.

“Selepas meneliti afidavit pemohon dan responden, juga hujahan bertulis kedua-dua pihak termasuk mendengar hujahan lisan, mahkamah membuat keputusan bahawa permohonan untuk penangguhan hukuman ditolak.

“Mahkamah mendapati tiada keadaan khas untuk membenarkannya (penangguhan hukuman),” katanya.

Ads
Ismanira Kekal Di Penjara Bersalah Abai Zayn Rayyan, Mahkamah Tolak Penangguhan Hukuman
Ibu kepada Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf meninggalkan mahkamah selepas keputusan tangguhan hukuman penjaranya ditolak di Mahkamah Tinggi Shah Alam. FOTO Raihana Mansor

Pada 19 November lalu, Ismanira memfailkan permohonan bagi menangguhkan hukuman penjara atas kesalahan mengabaikan anak lelakinya itu.

Ismanira Kekal Di Penjara Bersalah Abai Zayn Rayyan, Mahkamah Tolak Penangguhan Hukuman
Zayn Rayyan ditemui mati selepas terlepas dari jagaan ibunya dan kes ini menarik perhatian ramai kerana sehingga kini pembunuhnya tidak diketahui.

Sebelum ini, ibu kepada dua anak autisme ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Hakim Dr Syahliza Warnoh atas pengabaian terhadap anak kandung sendiri.

Keputusan dibuat selepas peguam bela mewakili Ismanira gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ads

Beliau memerintahkan Ismanira menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang bermula 31 Oktober lalu, selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.

‎Ismanira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Ads

Mengikut pertuduhan pindaan Ismanira sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya Zayn Rayyan yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartment berkenaan antara 12 tengah hari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pendakwaan kes dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Grab Malaysia Perkenal Podcast Mini Eksklusif, Tampilkan Kisah Inspirasi Atlet Wanita...

Di sebalik setiap kejayaan atlet wanita negara, tersimpan keberanian, disiplin dan semangat yang luar biasa. Pingat dan kemenangan bukan sekadar hadiah ia merupakan simbol...