Musim durian ni, biasanya kalau ada durian yang kurang elok ramai yang suka buat tempoyak. Namun nak buat tempoyak sendiri pun ada caranya. Isi durian bergas, jika salah teknik ditutup rapat boleh meletup balangnya nanti.
Baca perkongsian tip buat Tempoyak turun temurun daripada keluarga Puan Norasikin Jainal ini.
“Sis kongsi dari sudut turun temurun keluarga sis buat tempoyak.”
- ISI DURIAN siap diasingkan biji
- Jika durian sudah berair toskan airnya dan buang airnya.
- Tambahkan sedikit garam bagi naik rasa.
- Tidak perlu tambah gula sebab durian ade rasa manis (manis durian).Kalau tambah gula tempoyak cepat masam dan bertambah masam bila disimpan.
- Masukan separuh atau 3/4 balang sahaja.Bagi ruang tempoyak meruap.
- Jangan tutup rapat penutup balang, biar gasnya keluar.
- Jika tutup rapat rajin-rajin buka penutup 3-4 jam sekali dan godek-godek bagi gas keluar dan isi durian turun kembali.
- Jika gas dah tiada tempoyak takkan meruap lagi so dah boleh tutup rapat.
ISI DURIAN BERGAS.. TAK BUAT GINI BOLEH MELETUP BALANG. Jika isi separuh balang.. letak garam ke tak letak garam ke sama je kejadiannya.. Durian memang bergas.
Tempoyak boleh tahan lama jika dibekukan..rasa manis durian tak hilang.
Tempoyak baru gini sis suka masak tempoyak goreng atau buat sambal tempoyak.
Bak kata Abah sis kalau tempoyak masih rase manis durian (tempoyak baru buat) itu bukan tempoyak tapi masih durian.
Tempoyak memang MASAM (gula dalam durian bila diperam akan bertukar masam).. Tempoyak masam sedap masak gulai.
Baca Lagi Di Sini:
Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap
Sambal Tumis Tempoyak Petai Pedas Paling Sedap, Tak Cari Lauk Lain!
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buruuat mak-mak yang ada durian lebih kat rumah tu, nak cuba buat tempoyak boleh ikut tip yang dikongsikan ni.
Sumber: Norasikin Jainal
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI