Pelakon dan pengacara terkenal, Irma Hasmie enggan memberikan sebarang pengesahan mahupun menafikan khabar angin yang mendakwa dirinya sudah kembali bergelar isteri.
Irma Hasmie Pilih Untuk Tidak Komen Tentang Status Perkahwinan
Ketika ditemui pada Majlis Tayangan Filem Hayya 3: Gaza yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Jumaat lalu, Irma atau nama penuhnya Irma Hasmie Ibrahim, 43, menjelaskan bahawa dia lebih selesa tidak berkongsi hal peribadi kepada umum.
“Saya minta maaf, hal peribadi saya lebih selesa untuk tidak menjawab. Saya tahu ramai tanya. Walaupun orang tanya secara peribadi atau melalui WhatsApp sekalipun, saya tetap berpegang pada pendirian yang sama,” katanya.
Bimbang Salah Tafsir Dan Cetus Andaian
Menurut Irma, dia bimbang sebarang kenyataan yang diberikan akan disalah tafsir dan mencetuskan pelbagai andaian.
“Bagi saya, lebih adil begitu. Saya rasa sama sahaja, kalau saya beritahu pun, orang akan tetap bercakap. Jadi lebih baik saya berdiam diri,” ujarnya.
Tambahnya lagi, status dirinya bukanlah perkara yang perlu dihebahkan kepada umum.
“Mengenai hal ini (status), saya rasa bukanlah untuk diuar-uarkan kepada umum. Bagi saya, yang tahu, tahulah. Saya pilih untuk diam sebab bila bercakap pun, nanti jadi sukar. Akan timbul pelbagai tafsiran dan andaian,” katanya lagi.
Ads
Demi Menjaga Hati Keluarga Dan Anak-Anak
Dalam masa sama, Irma Hasmie menjelaskan bahawa pendiriannya itu dibuat demi menjaga hati pelbagai pihak terutama keluarga.
“Keluarga saya pun kena jaga, bukan sekadar anak-anak, tapi juga keluarga besar saya. Emak dan ayah dah tiada, jadi saya kena fikir juga tentang ibu, pakcik, makcik dan keluarga sebelah sana. Saya tak nak membebankan mereka dengan isu-isu peribadi saya,” jelasnya.
Tegas Elak Fitnah Dan Spekulasi
Mengulas mengenai spekulasi yang terus berlegar di media sosial, Irma Hasmie mengakui tidak mampu mengelak pandangan orang, namun tetap memilih untuk berhati-hati dalam tutur katanya.
“Tentang spekulasi orang, benda itu memang tak boleh dielak. Zaman sekarang, apa pun kita buat, orang tetap akan bercakap. Jadi lebih baik saya jaga percakapan dan elakkan fitnah,” katanya tenang.
Latar Belakang Kehidupan Irma Hasmie
Untuk makluman, Irma Hasmie pernah berkahwin dengan Redza Syah Azmeer pada tahun 2012. Namun, pasangan itu berpisah sekitar Disember 2023, sebelum mengumumkannya kepada umum enam bulan kemudian.
Ads
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Irfha, 12, dan Irma Nur Naylie, 11, yang kini berada di bawah jagaan Irma.
Redza kemudiannya menamatkan zaman dudanya dengan wanita bernama Nur Hafiza Mohd Salim pada April 2024.
Walaupun ramai tertanya-tanya mengenai status terkini pelakon itu, Irma Hasmie kekal dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut dan memilih untuk fokus kepada kerjaya serta keluarga tercinta.
Sugarbomb Pinktober N1 hadir dengan aroma bunga musky yang halus dan memikat — direka khas untuk wanita yang lembut tapi berjiwa kental. Edisi khas ini bukan sekadar minyak wangi, tapi simbol kasih, harapan dan kesedaran tentang pentingnya penjagaan diri.
Sugarbomb Pinktober N1 hadir dengan aroma bunga musky yang halus dan memikat — direka khas untuk wanita yang lembut tapi berjiwa kental. Edisi khas ini bukan sekadar minyak wangi, tapi simbol kasih, harapan dan kesedaran tentang pentingnya penjagaan diri.
Akui Pengacara TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH selama 10 kali itu Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ni, beliau gemar melakukan aktiviti kemasyarakatan ini sejak sekian lama lagi.
“Ikutkan sejak zaman mengacara program Pop Kuiz lagi saya curi masa melawat orang sakit. Saya fikir keberadaan di pusat kesihatan atau hospital juga boleh berkongsi rasa dan menyuntik semangat dengan mereka yang diuji sakit itu ini.
“Seiring peredaran masa ada rezeki termasuk wang lebih, saya kongsinya serba sedikit dengan mereka yang lebih memerlukan. Setiap kali saya terbabit dengan jelajah ke sekolah seluruh Malaysia atau percutian spontan ke sesebuah lokasi, saya gemar lakukan misi amal tanpa dirancang atau lebih tepat mengejut.
Ikhlas Membantu
“Pernah di Kuala Terengganu awal tahun ini, saya dan team Pak Nil meraikan hari lahir pada minit akhir untuk seorang pelajar kolej politeknik di sana yang kebetulan menyambut hari lahirnya. Tanpa disangka, bapanya pula bekerja sebagai pemandu ambulans. Saya juga sudi menanggung bayaran pengajian pelajar itu sampai habis yang berbaki beberapa tahun lagi.
“Kira kira dua tahun lalu juga saya ke Perak menawarkan diri untuk membayar sewa rumah selama setahun untuk sebuah keluarga. Kebetulan ketua keluarga iaitu bapanya menjaga lima anak kandung selain beberapa orang anak buah. Lelaki itu kerjanya seperti kais pagi makan pagi. Apa saja kerja yang datang, dia akan lakukan tanpa mengharapkan langsung bantuan orang lain.
Hulurkan Sumbangan
“Malah saya pernah menjejaki rumah seorang nenek berusia dalam lingkungan 80 ke 90 tahun di Kuala Pilah yang hidup dalam keadaan daif bersama seorang anaknya. Paling menyedihkan rumahnya tidak terjaga kemas dan bersih, hingga penuh sampah sarap.
“Ajaibnya saya seperti diberi ‘superpower’ hingga hidung seperti kebal tak bau busuk langsung saat berada di situ. Bayangkan saya ini kalau bau telur hanyir pun rasa nak muntah. Sedangkan yang lain mahu lekas beredar. Alhamdulillah pada lawatan kali kedua, rumah yang didiami itu sudah semakin okay. Saya juga sumbangkan kerusi roda, susu dan lampin pakai buang untuk nenek berkenaan,” ungkap Pak Nil.
Pak Nil sememangnya seorang yang baik hati dan ikhlas membantu.
Cara serah saman kepada bekas suami culas nafkah anak, panduan lengkap & mudah. Masalah bekas suami culas membayar nafkah anak sering menimbulkan tekanan kepada ibu tunggal. Ramai beranggapan tuntutan nafkah hanya boleh dibuat dengan peguam, tetapi sebenarnya wanita berhak menuntut nafkah sendiri di Mahkamah Syariah.
Panduan ini menerangkan cara serah saman kepada bekas suami culas nafkah anak lengkap tanpa kos peguam, supaya anak-anak mendapat hak mereka sepenuhnya.
Kes Viral: Isteri Serah Saman Pada Majlis Nikah Bekas Suami
Baru-baru ini tular kes seorang isteri yang menyerahkan saman kepada bekas suaminya ketika majlis perkahwinan lelaki itu dengan isteri baru. Tindakan tersebut dibuat kerana bekas suami didakwa culas membayar nafkah anak dan hutang mas kahwin.
Insiden ini membuka mata ramai tentang pentingnya hak nafkah anak dituntut secara sah di Mahkamah Syariah. Ia juga menggalakkan wanita lain yang menghadapi masalah sama supaya tidak takut bertindak.
Kes ini menunjukkan bahawa proses serah saman kepada bekas suami culas nafkah anak boleh dilakukan dengan mudah tanpa peguam, demi hak dan kebajikan anak-anak.
Kenapa Perlu Bertindak Sendiri?
Tidak mampu sewa peguam bukan penghalang untuk menuntut nafkah anak.
Prosedur Mahkamah Syariah mudah difahami dan sokongan diberi kepada pihak tanpa wakil.
Memastikan nafkah anak dapat dituntut demi kelangsungan hidup dan pendidikan mereka.
Langkah 1: Sediakan Dokumen Penting
Muat turun borang tuntutan nafkah anak secara percuma dari portal rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (https://www.jksm.gov.my/)
Sediakan juga dokumen sokongan seperti sijil nikah, sijil cerai, bukti pendapatan, bukti tertunggak nafkah, dan surat perintah mahkamah (jika ada). Buat pernyataan terperinci tentang jumlah nafkah tertunggak serta tempoh kegagalan bayar.
Langkah 2: Failkan Saman di Mahkamah Syariah
Pergi ke Mahkamah Syariah berdekatan mengikut bidang kuasa tempat tinggal bekas suami. Minta dan isi borang tuntutan dengan lengkap, kemudian serahkan bersama dokumen sokongan. Bayar fi mahkamah yang berkaitan dan pastikan anda mendapat resit rasmi sebagai bukti pembayaran.
Resit ini penting kerana ia mengandungi nombor kes, tarikh dan jumlah bayaran. Simpan juga salinan semua dokumen difailkan sebagai bukti bahawa tindakan telah diambil.
Langkah 3: Cara Serah Saman Kepada Bekas Suami Culas Nafkah Anak
Mahkamah akan membantu menguruskan penyampaian saman kepada bekas suami. Namun, jika mahu proses lebih cepat, anda boleh menyerahkan saman secara peribadi atau menggunakan wakil penyampaian bertauliah.
Jika bekas suami enggan menerima saman, anda boleh memohon penyampaian gantian daripada mahkamah seperti menampal notis di rumah atau mengiklankan di surat khabar. Simpan bukti penerimaan saman yang dikeluarkan oleh pegawai mahkamah atau wakil penyampaian.
Cara mudah tuntut nafkah anak di Mahkamah Syariah tanpa kehadiran peguam.Boleh buat sendiri.
Hadir dengan dokumen lengkap pada tarikh yang ditetapkan untuk prosiding. Jelaskan tuntutan dengan jelas dan kemukakan bukti. Jika bekas suami tidak hadir, mahkamah boleh membuat keputusan tanpa kehadirannya.
Tips & Galakan Untuk Ibu Tunggal
Simpan semua bukti komunikasi dan bayaran yang dibuat oleh bekas suami.
Jangan malu bertanya pegawai mahkamah jika ada perkara yang kurang jelas.
Gunakan pusat khidmat nasihat guaman percuma di negeri anda jika perlukan bantuan lanjut.
Ingat bahawa hak nafkah anak adalah keutamaan dan perjuangan ini adalah demi masa depan mereka.
Kesimpulan
Walaupun tanpa peguam, ibu tunggal masih boleh menuntut nafkah anak sendiri melalui Mahkamah Syariah. Jangan biarkan hak anak-anak terabai. Fahami cara serah saman nafkah anak dan bertindaklah sekarang demi masa depan mereka. Prosesnya tidak rumit, dan dengan bukti yang lengkap serta ketekunan, keadilan boleh dicapai tanpa kos tinggi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bersyukur pada Allah! Sebelum bil elektrik menjadi beban kepada rakyat, kerajaan lebih awal mengambil langkah untuk memberi diskaun. Peka dengan beban penularan Covid-19, rakyat bakal menikmati diskaun enam bulan bil elektrik bermula April ini.
Maklumlah sekarang mak, ayah dan anak-anak banyak habiskan masa di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Maka, langkah ini adalah yang terbaik untuk semua.
Ringankan Beban Di Kala Ekonomi Mencabar
Diskaun bil elektrik akan diberi kepada semua pengguna elektrik bagi tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 September, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata, pemberian diskaun bil elektrik itu adalah bagi membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar berikutan kesan penularan wabak koronavirus (Covid-19).
15 Peratus Untuk Tarif Perdagangan
Katanya, kerajaan bersetuju untuk memberi diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks membeli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
“Diskaun 15 peratus ini melibatkan kira-kira 10,000 pemilik akaun daripada enam sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja. Pemberian diskaun bagi tempoh ini juga akan memberi impak pengurangan bil elektrik RM40 juta bagi Semenanjung, RM20 juta bagi Sabah dan RM8.5 juta bagi Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, manfaat itu juga akan dinikmati pengguna komersial, industri dan pertanian dengan memperoleh dua peratus diskaun dalam tempoh yang sama.
“Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.6 juta pemegang akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan penjimatan bil elektrik, dianggarkan berjumlah RM370 juta bagi tempoh enam bulan.
“Bagi Sabah, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 99,322 pemilik akaun yang melibatkan anggaran kos RM11.5 juta manakala bagi Sarawak, ia melibatkan anggaran kos RM107.2 juta untuk 100,000 pemilik akaun,” katanya.
Rakyat Terima Diskaun Dua Peratus
Beliau berkata, semua pengguna domestik dalam kategori domestik atau rumah kediaman turut menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemberian dua peratus bagi tempoh yang sama.
“Ini bermakna rakyat akan menikmati diskaun dua peratus dalam tempoh tersebut, sebagai tambahan kepada enam peratus yang telah pun dinikmati oleh pengguna domestik pada masa ini. Ia dijangka memberi anggaran penjimatan dalam bil elektrik sebanyak RM92 juta, kepada kira-kira 7.5 juta pemegang akaun TNB.
“Bagi Sabah, ia akan memberi manfaat kepada 520,378 pengguna domestik dengan kos dianggar sekitar RM5.7 juta manakala bagi Sarawak, ia akan memberi manfaat kepada 585,637 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM6.8 juta,” katanya.
Menurutnya, kos pemberian diskaun bil elektrik itu akan ditampung kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pula ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.
Sumber: Bernama
MW: Diharapkan langkah yang diambil kerajaan ini dapat membantu rakyat yang sedang diuji kini. Maklumlah rata-ratanya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, masing-masing berada di rumah dan melakukan aktiviti di dalam rumah. Jadi sudah tentu, penggunaan bil elektrik akan bertambah dari sebelum ini. Sekurang-kurangnya dengan ada diskaun yang diberikan, terasa ringan sedikit bebanan rakyat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung oleh seorang isteri. Itulah yang kini dilalui oleh Datin Seri Zizie Ezette, 47, apabila pemergian...