Hiburan

“Irisa Alaia” Nama Puteri Comel Izara Aishah & Adib Khalid

Share

Kelahiran cahayamata pastinya menjadi saat yang paling bermakna dan dinanti-nantikan bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Sebagai pelengkap dalam membina keluarga bahagia.

Berkahwin pada 17 November 2017, pasangan bahagia pelakon jelita Izara Aishah, 28 dan Muhammad Adib Khalid, 30 telah dikurniakan cahayamata yang pertama baru-baru ini.

Setelah seminggu kelahiran anak perempuan mereka dengan berat 2.9 kilogram pasangan ini bersedia berkongsi kegembiraan mendedahkan wajah comel anaknya. Menerusi perkongsian di Instagram, Adib Khalid telah memuat naik beberapa foto bersama dengan cahaya mata pertamanya.

Luah Rasa Kesyukuran

Dalam catatan di Instagram tersebut, Adib turut memanjatkan rasa syukur dengan kelahiran anak pertamanya yang diberi nama, Irisa Alaia Binti Muhammad Adib yang dilahirkan pada 15 April lepas.

Bagi Adib, sekarang mereka telah bertiga. Detik-detik kelahiran bayi perempuannya, Irisa Alaia merupakan detik paling indah dan menggembirakan baginya dah juga Izara Aishah.

Pasangan ini juga mengucapkan rasa terima kasih atas semua doa yang baik-baik dan sokongan yang diberikan. Malah turut mendoakan agar anak yang baru dilahirkan ini membawa keberkatan, memberikan kegembiraan pada setiap orang, serta berjaya di dunia dan akhirat.

Rata-rata pengikut dan rakan artis di IG Adib juga turut menzahirkan ucapan tahniah di atas kelahiran cahaya mata pertamanya.

MW: Tahniah buat pasangan Adib dan Izara atas kelahiran cahayamata yang pertama.Semoga Irisa Alaia menjadi seorang anak yang solehah dan membahagiakan kedua ibu bapa.

Sumber : Adib Khalid

IKLAN