Intan Ladyana beruntung suami rajin bantu dalam pantang, lelaki muda tapi matang urus rumahtangga. Di sebalik ada kisah rumahtangga yang keluh kesah kerana ketidak matangan suami menguruskan rumahtangga, namun Intan Ladyana beruntung kerana suaminya nampak bertanggungjawab.
Baru saja melahirkan anak pada lelaki “harris junior” pada 26 April lalu, kehadiran bayi lelaki berkenaan melengkapkan keluarga bahagia ini iaitu memiliki sepasang anak, lelaki dan perempuan. Anak sulung mereka, Evie Khadeeja baru berusia 2 tahun lebih.
Intan Ladyana Beruntung Suami Rajin Bantu Dalam Pantang
Berbeza usia 17 tahun di mana Intan kini berusia 42 tahun sementara Harris Alif berusia 25 tahun, wajah keduanya nampak seakan sama, sangat serasi.
Baru ini, Intan berkongsi suaminya, Harris banyak membantunya dalam urusan rumahtangga seperti menjaga bayi, mengemas rumah dan lain lagi di mana Harris memaklumkan, itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Ads
Muda Tapi Matang Urus Rumahtangga
“Itu tanggungjawab I jaga u dan anak-anak,” ungkap Harris sambil memeluk Intan.Dapat dilihat dalam video berkenaan Harris melakukan tugasan membersihkan rumah, menjaga anak dan lain-lain lagi sekaligus menyerlahkan sisi bahagia mereka suami isteri.
Ads
Ternyata, apabila seseorang sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami, usia bukanlah halangan untuk memikul tanggungjawab dalam rumahtangga.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Yusuf Bahrin kongsi detik terakhir sebelum Zizi Kirana ditahan – “Saya tak tidur, ‘last contact’ jam 1.40 pagi tadi.” Pelakon Yusuf Bahrin mengakui dirinya tidak dapat melelapkan mata sejak malam tadi kerana terlalu bimbang dengan keadaan isterinya, penyanyi Zizi Kirana, yang kini berada dalam tahanan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Yusuf Bahrin Kongsi Detik Terakhir Sebelum Zizi Kirana Ditahan – “Saya Tak Tidur, ‘Last Contact’ Jam 1.40 Pagi Tadi”
Menurut Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 33, dia sempat menghubungi Zizi buat kali terakhir pada jam 1.40 pagi sebelum talian komunikasi terputus sepenuhnya.
“Kita sama-sama tak tidur malam ini. Saya rasa dah buang telefon sebab tak dapat nak hubungi dia dah, saya cuba mesej dan ‘call’ dia.
“Status kapal Zizi kali terakhir adalah kecemasan. Setakat ini saya cuba sedaya upaya untuk kuatkan semangat di sini, doa banyak-banyak.
“Kali terakhir berhubung pada 1.40 pagi tadi. Kapal Heliza dekat belakang sebab itu dia masih boleh buat siaran langsung,” katanya sebak.
Bintang drama Seindah Hujan Cinta itu berkata misi GSF seharusnya membuka mata masyarakat dunia bahawa tujuan utama mereka hanyalah untuk membawa bantuan kemanusiaan, bukannya mencetuskan perbalahan.
Lebih menyentuh hati, Yusuf memaklumkan bahawa penduduk Gaza sudah menunggu di tepian pantai untuk menyambut ketibaan rombongan flotila, termasuk kanak-kanak kecil yang menaruh harapan tinggi.
“Satu dunia pandang G sebab tak semua ada media sosial. Bila tengok GSF tengah tular, mereka tahu ada orang peduli,” jelasnya lagi.
Yusuf turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu menunaikan solat hajat serta mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang menyertai misi berkenaan.
Difahamkan, kapal yang dinaiki Zizi iaitu Huga telah dipintas tentera Israel, manakala dua lagi kapal iaitu Sirius dan Alma yang membawa tujuh delegasi Malaysia turut ditahan dalam misi GSF.
Besar sungguh jasa pengorbanan mendiang Cikgu Catherine yang sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi niat menyelamatkan rakan serumahnya dalam tragedi kebakaran yang berlaku di kuarters guru awal pagi tadi. Tragedi menyayat hati ini mengorbankan seorang guru, Catherine Janet Tiwi, 25, yang terperangkap ketika cuba menyelamatkan rakan serumahnya, Syuhadah Azhari, 27.
“Jasa Catherine akan kami kenang sampai bila-bila, tenanglah Catherine di sana,” kata Afifah Azhari, kakak kepada penghuni yang terbabit dalam tragedi kebakaran kuarters Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, di Mulu, di sini, awal pagi tadi.
Kakak kepada Syuhadah menyatakan yang adiknya melecur 20 peratus di bahagian muka dan badan itu, cukup tersentuh hati apabila dimaklumkan mendiang terperangkap ketika cuba menyelamatkan adiknya itu.
“Mendiang pada awalnya sudah selamat keluar tetapi masuk semula untuk menyelamatkan adik, mengakibatkan dia yang terkorban,” katanya melalui catatan di laman Facebook (FB) miliknya.
Katanya lagi, Catherine adalah rakan serumah adiknya yang amat baik.
“Adik selalu sering bercerita kebaikan mendiang Catherine kepada saya.Jasa Catherine akan kami kenang sampai bila-bila, tenanglah Catherine di sana,” katanya.
Afifah berkata, adiknya sudah dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan, bagaimanapun, adiknya itu masih lemah dan trauma.
Anggota Bomba Tak Sangka Anak Sendiri Terkorban
Sementara itu, luluh hati seorang bapa apabila menerima panggilan rakan setugasnya yang memaklumkan anak perempuannya terkorban dalam kebakaran di kuaters kediaman guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu, pagi tadi. Pegawai Bomba Kanan II Tiwi Nios, 53, berkata sepanjang tempoh perkhidmatannya, hampir setiap hari beliau menerima panggilan kecemasan terutamanya membabitkan kebakaran.Namun, panggilan dari pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, kira-kira jam 6 pagi tadi, hampir menyentap semangatnya.
“Saya tergamam seketika apabila diberitahu anak perempuan saya, Catherine Janet, yang terkorban dalam kejadian itu.
“Pada mulanya saya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang saya dengar, namun akhirnya saya menerima hakikat kerana selama ini saya sering melihat kejadian serupa dan tidak sangka ia berlaku terhadap anak saya pula,” katanya.
Sebaik sahaja menerima maklumat itu, Tiwi yang bertugas di BBP Bau berusaha mendapatkan tiket penerbangan ke Miri untuk melihat sendiri keadaan anaknya yang rentung dalam kejadian itu. Beliau berkata, Catherine, 25, anak keduanya itu adalah satu-satunya perempuan dari empat beradik.
“Anak saya itu baru sahaja balik semula ke sekolah tempatnya bertugas pada Jumaat lalu selepas beliau menyelesaikan urusan untuk menyambung pengajian pada peringkat Sarjana di Kota Samarahan.
“Sebelum balik ke Miri, beliau cukup ceria namun tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap,” katanya sambil memaklumkan anaknya itu baru dua tahun bertugas sebagai guru.
Hadiri Kursus Di Mulu
Katanya, sebagai anak perempuan tunggal, Catherine memang cukup rapat serta manja dengan ibunya dan kira-kira jam 6 petang semalam, beliau menghubungi ibunya itu untuk bertanya khabar.
“Isteri saya kata, sepanjang perbualan mereka, Catherine kedengarannya cukup ceria dan bergurau dengan ibunya. Tak sangka, itulah perbualan terakhir mereka,” katanya.
Difahamkan, Catherine yang bertugas di SK Penghulu Baya Mallang menginap bersama beberapa rakan setugasnya di SK Batu Bungan, kerana mereka sedang menghadiri kursus di Mulu. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, dua unit kuarters sekolah berkenaan yang dihuni lapan individu termasuk mendiang, musnah sepenuhnya, menyebabkan dua melecur manakala yang lain dapat menyelamatkan diri.Mendiang ditemui rentung ketika operasi pemadaman dilakukan pihak bomba pada jam 6.34 pagi tadi.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga mendiang Cikgu Catherine, semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Setiap orang Allah uji cara yang berbeza. Begitu juga keadaan yang berlaku dalam dunia sekarang ini. Covid-19. Tiada siapa yang menduga akan berlaku pada diri lelaki ini. Kekuatan untuk melawan penyakit ini telah menguatkan diri, Reza Huzairi Zayn dan membuka hati untuknya membantu pesakit-pesakit yang lain.
Dia terpilih menjadi lelaki pertama untuk menderma plasma darah untuk dijadikan serum bagi menyembuhkan pesakit Covid-19. Harapan agar ujikaji ini berjaya untuk pesakit di luar sana.
Berikutan itu, dikongsikan bersama catatan pengalamannya sebagai bekas pesakit Covid-19.
Assalamualaikum wbt.
Saya ingin berkongsi pengalaman tentang Convalescent Plasma donation yang baru saya lakukan siang tadi. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.
Untuk pengetahuan anda saya bekas pesakit COVID-19 kes 46. Saya dan beberapa orang rakan sekerja telah mendapat jangkitan virus COVID-19 ini dalam gelombang kedua and we have been Working From Hospital/Home since then. Rest assured saya sudah bebas dari COVID-19 sepenuhnya. Alhamdulillah. 💪🏼.
Pengalaman di dalam wad isolasi akan saya kenang seumur hidup. Tidak pernah saya membayangkan yang saya akan berada di dalam situasi itu. Bila dikunci 24 jam selama 11 hari di dalam bilik, perasan depressed itu bukan main-main. Dalam resah memikirkan diri sendiri, saya juga resah memikirkan tentang isteri dan anak-anak di rumah. Juga kepada semua staff saya. Bimbang jika virus yang ada pada saya ini bakal menjangkiti mereka pula. I only rely on Allah SWT during that time.
Saya selalu bersangka baik kepada Allah dan yakin apa yang jadi ini, pasti ada hikmahnya. Selama 11 hari, saya meneruskan kerja pejabat seperti biasa walaupun di dalam ward. Saya tak mahu peduli sangat rasa depressed itu. Saya cuma fokus untuk kuatkan diri dan semangat untuk cepat-cepat pulih. Cuma sesekali, badan terasa letih. Mungkin antibodi sedang bekerja. Jika itu terjadi, saya perlu berehat. Alhamdulillah kesihatan saya okay dan tidak mempunyai simptom yang teruk.
After 11 days warded at Hospital Sungai Buloh (HSB), I’ve been discharged on 14th March 2020 since my test result shows -ve twice. Syukur kepada Allah.
After two weeks discharge and follow up checkup di HSB, on the 31st March, Dr. dari HSB called me and informed that I had been chosen as Convalescent Plasma donor. Plasma yang didermakan ini akan diuji dan jika berjaya, ianya bakal digunakan sebagai serum untuk rawatan COVID-19.
According to Dr., I am the 1st Malaysian to donate my blood plasma for this research. Rasa proud and bersyukur, Allah gantikan kesedihan saya pada 2020 ini dengan rasa terharu dan bangga kerana berpeluang membantu pesakit-pesakit COVID-19 dengan pendermaan plasma darah ini. If this success, the plasma or serum will be used to the selected COVID-19 patient to help them for faster recovery. But the amount extracted from me at one time only enough for a few patients. It is a bit sad, but In Sha Allah in two weeks, saya akan menderma lagi. And more ex-COVID-19 patients will be called soon to help.
Why have I been selected? According to Dr., my antibody works great in fighting the COVID-19 virus. Also I don’t have any chronic disease dan tidak mengambil sebarang ubat untuk jangka panjang. Sesuai untuk the 1st donor. So guys, stay healthy. It is really important to take care of our health, not only for us bahkan juga untuk keberuntungan orang lain di sekeliling kita. Anyway, saya mengharapkan doa-doa anda agar kajian ini success dan kita dapat menolong lebih ramai pesakit COVID-19 yang masih berada di hospital terutama yang berada pada tahap kritikal. Last but not least, saya berdoa agar semua yang saya kenal di sini dan juga di luar sana agar sentiasa dilindungi daripada wabak ini. Semoga wabak ini juga segera berlalu pergi. In sha Allah.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya kepada para doktor, jururawat dan semua petugas kesihatan yang terlibat di HSB sepanjang merawat saya dan pesakit-pesakit lain di sana. Juga penghargaan saya untuk para doktor dan jururawat di Pusat Darah Negara atas layanan baik mereka sepanjang process plasma donation tadi. Sesungguhnya mereka semua telah melakukan yang terbaik untuk merawat para pesakit COVID-19 dan dalam mengekang wabak ini. Paling utama sekali, jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya dan rakan sekerja yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan saya. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa-jasa mereka.
And to everyone, please stay at home and practice social distancing cuz I know it works! Oh another thing, always wash your hand. Guna sabun jer. Sy guna hand sanitizer kalau keluar rumah saja. Terima Kasih kerana sudi membaca.
Ikuti rentetan daripada itu, isteri Reza, Zuraita Mohd Anua turut berkongsi pengalamannya apabila suami dan anak bongsunya disahkan positif Covid-19.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.