Ads

Inkues Kematian Zara Qairina: Mahkamah Tinggi Ketepikan Keputusan Koroner

Kisah kematian tragis Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, terus menjadi perhatian apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini mengetepikan keputusan koroner terdahulu yang membenarkan peguam lima remaja tertuduh hadir sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues.

Inkues Kematian Zara Qairina: Mahkamah Tinggi Ketepikan Keputusan Koroner
Barisan peguam allahyarhamah Zara Qairina

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas mendengar hujahan daripada Sabah Law Society (SLS) dan Jabatan Peguam Negara. Permohonan semakan difailkan secara berasingan oleh SLS dan pasukan peguam keluarga arwah pada 28 Ogos lalu.

Prosiding Inkues Diteruskan Dengan Koroner Baharu

Mahkamah menetapkan peguam pihak remaja boleh mengemukakan semula permohonan di hadapan koroner baharu, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, yang akan mengendalikan inkues selepas koroner terdahulu menarik diri. Prosiding inkues dijadualkan bermula 3 September hingga 30 September.

“Kami menjangkakan peguam pihak remaja akan membuat permohonan sekali lagi untuk hadir sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues esok. Sekiranya itu berlaku, kami akan memantau dan membuat bantahan jika perlu.

Ads

“Sebelum ini, permohonan kami sebagai pihak berkepentingan tidak dibantah Jabatan Peguam Negara, namun tertakluk kepada beberapa syarat termasuk had soalan kepada saksi serta akses kepada dokumen,” kata barisan peguam keluarga Zara Qairina pada sidang akhbar selepas prosiding semakan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Inkues Kematian Zara Qairina: Mahkamah Tinggi Ketepikan Keputusan Koroner

Pasukan peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina terdiri daripada Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Ads

Peguam keluarga Zara Qairina memaklumkan mereka akan memantau rapat setiap perkembangan inkues, malah bersedia membantah sekiranya berlaku permohonan untuk melibatkan pihak tertuduh sebagai pihak berkepentingan sekali lagi.

Solidariti Masyarakat Terus Kukuh

Kematian Zara Qairina yang ditemui tidak sedarkan diri di sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, keesokan harinya, telah mencetuskan gelombang solidariti.

Ads

Inkues Kematian Zara Qairina: Mahkamah Tinggi Ketepikan Keputusan Koroner

Lima remaja sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kata-kata menghina terhadap arwah. Namun, lebih daripada soal undang-undang, kes ini telah menyentuh hati masyarakat terutama ibu bapa yang menuntut siasatan telus dan keadilan untuk seorang pelajar yang pergi terlalu awal.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Mayat Wanita Dalam Beg: Penemuan Mengejutkan Di Rumah Kosong Dipercayai Suri...

Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.