Setiap orang akan diuji dengan kehidupan masing-masing. Baik mudah mahupun sukarnya sehingga tak dapat nak digambarkan. Namun, nak mendapat bahagia hati dan hidup tenang itulah yang jadi matlamat setiap orang.
Ibu anak lima, Dzuriasikim Dzulkeflimembesarkan anak-anak sendirian. Dan melewati usia 50 tahun ini, beliau memberikan pesanan. Walaupun lebih 50 tahun, Dzuriasikim bagai tak dimamah usia. Rupanya inilah amalannya hidup tenang dan dapat bahagiakan hatinya.
10 Perkara Ini Saya Amal Untuk Dapatkan Hidup Tenang
Apabila anda telah mencapai usia seperti saya iaitu melebihi 50 tahun, anda akan nampak dengan jelas akan 10 perkara ini:
1. Memaafkan adalah lebih baik dan sangat menenangkan hati dari menyimpan dendam, marah dan rasa benci. Maaf bukan setakat pada What’sApp atau sekadar di lidah sahaja. Tetapi dari lubuk hati yang tulus ikhlas.
2. Segala apa yang kita miliki, samada ianya bersifat harta benda, keluarga, orang yang kita sayang, perasaan cinta yang sangat mendalam, kesihatan mahupun pasangan yang telah kita berjanji untuk sehidup semati adalah hanya bersifat sementara. Bahkan setiap inci dari tubuh kita juga adalah pinjaman. Usah meronta jika suami bernikah lain. Kerana ianya adalah tidak sesedih jika Allah mengambil penglihatan kita atau apa sahaja bentuk pancaindera yang Allah pinjamkan pada kita. Tangan kita atau anggota badan yang lain kita.
Kesihatan diri adalah anugerah yang paling mahal dalam hidup. Cuba fikirkan..
3. Tempat mengadu terbaik adalah Allah. Hanya Dia yang Maha Mendengar. Iya, hanya Dia yang Maha Mengasihani. Hanya Dia yang Maha Penyayang. Dia tidak pernah lari dikala kita lupa. Dia tetap ada di kala kita susah dan senang. Dan Dia tidak memilih. Kasihnya Allah tidak pernah bersyarat.
4. Segala bentuk bahagia dan kejayaan ada di tangan dan hati kita. Jika kita mahu, kita akan boleh. Usah pernah salahkan orang lain jika tidak berjaya. Usah pernah letak kebahagiaan di tangan orang lain. Find our own happiness. Faham kan?
Ads
5. Redha adalah ubat yang paling mujarab bagi penyakit hati. Redha bukan hanya di lidah atau pada tulisan. Tetapi dari lubuk hati yang ikhlas. Redha akan perkara sedih, suka, duka, difitnah, dihina, dikeji atau apa sahaja bentuk ujian yang perlu dilalui. Orang yang selalu redha akan lebih mudah untuk bersyukur.
Jika tidak redha, kita akan sering mengeluh, resah, bimbang, kesal.
Nikmat Bertahajjud Di Sepertiga Malam
6. Nikmat bangun malam adalah bila kita mampu bertahajjud. Bangun buang air juga nikmat. Namun, jika mampu terus mengambil wuduk itu adalah lebih besar sangat nikmatnya. Mungkin terasa agak berat. Namun cubalah amalkan seminggu. Kita akan ketagih nanti. Nak buat lagi dan lagi.
7. Yakin dan ingatkan diri selalu bahawa Allah Maha Tahu. Oleh itu segala perkara duniawi adalah sangat tidak perlu anda fikirkan dengan terlalu berat. Sehinggakan menjadi beban bila orang tidak mahu berkawan. Menjadi resah apabila dijauhi orang. Jika Allah mengambil dari kita sesuatu yang tidak pernah kita sangka kehilangannya, maka yakinlah Allah akan memberi kita sesuatu yang tidak pernah kita sangka akan memilikinya juga. (Semalam saya juga telah gunakan ayat yang sama).
Bermakna, macamana kita tak akan sangka sesuatu yang kita punya itu akan hilang dengan begitu mudah. Begitulah juga, ketika kita sedang sangat berduka cita, seolah sudah tak ada esok lagi buat kita, seolah gelap dunia kita… Allah akan hadirkan sesuatu yang indah dan gantikan dengan yang jauh lebih baik yang tak pernah kita sangka juga.
Yakin itu….
Ads
8. Jika hari ini anda berasa susah. Ingat, ada orang yang jauh lebih susah dari kita. Jika hari ini kita hanya mampu makan nasi dengan ikan masin, ingatlah orang lain beras pun sudah lama mereka tak punya. Ingat jika hari ini kita bimbang kerana belum mendapat jodoh, ada orang lain yang punya suami namun terkurung dalam perkahwinan bagaikan dalam “Neraka”. Kerana ditendang, dipukul setiap hari dan macam-macam lagi.
Usah bandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang. Sebaliknya sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita masih ada.
Tidak Ada Petua Khusus Dalam Rumah Tangga
9. Allah tidak pernah silap! Dia tidak pernah zalim. Ingat ini. So be happy and remember that everything is going to be okay!
10. Kita hidup umpama roda. Usah sesekali sombong bila berada di atas. Usah putus asa bila di bawah.
Gini, jika punya suami atau isteri, tidak perlu kita terlalu tunjuk bahawa kita sedang sangat bahagia (dan saya ingatkan ini pada diri dan keluarga). Tidak ada petua khusus dalam rumah tangga. Namun tetaplah untuk berbuat yang paling baik bahkan yang terbaik terhadap pasangan.
Ads
Kadang ada pasangan yang setiap hari bergaduh, namun hidup bersama hingga ke hujung nyawa. Kadang ada pasangan yang kelihatan seperti tak dapat dipisahkan, namun akhirnya terpisah selepas 10, 20 atau 30 tahun pernikahan.
Hati kita milik Allah. Bukan hati pasangan, bahkan hati kita sendiri juga. Tenang dan bersederhanalah dalam semua perkara.
Semua ini adalah kunci kebahagiaan hati dan ketenangan hidup yang anda boleh amalkan tanpa perlu menunggu sehingga mencapai usia se tua seperti saya.
Simpanlah ini.
Ada yang nak baca lagi tak cerita kisah kehidupan? Jika ada, nanti saya akan tulis lagi.
MW :Sebenarnya bila tuhan beri Duduk Rumah, inilah masa terbaik untuk muhasabah diri. Semoga hidup tenang dan bahagia hati dapat mak ayah peroleh.
Jaga anak-anak ini akan terasa lelah kalau banyak fikir. Padahal anak-anak itu satu anugerah dariNya yang tak semua wanita ada peluang nak jadi ibu.
Benar, perempuan yang penat tak mampu berfikir sebaiknya. Lagi tertekan kalau jiwa tengah kacau, pasti ada ‘sesuatu’ yang suka datang berbisik untuk melepaskan amarah pada anak-anak hingga memukul.
Jangan sampai ibu melayan sangat emosi sedih jadi murung yang akhirnya depress dan tak sedar diri kelar anak macam kes di Kota Belud.
Allah… rabak hati untuk membayangkan macam mana keadaan anak-anak itu bila tengok seorang ibu berlumuran darah selepas mengelar adik bongsunya yang baru berusia 8 bulan.
Sebab itu lah pentingnya komunikasi suami isteri. Andai tengok isteri macam penat, suami kena bertanya dan tolong handle mana yang patut. Nak jaga anak bini ini, tak semudah tengok drama dalam kaca TV. Banyak ujian yang tanpa disangka datang menyinggah. Kalau IMAM di hati rapuh, maka gagal lah kaum wanita untuk mengawal emosinya sendiri.
Jadi, pentingnya suami isteri saling menjaga. Dan hargailah masa bersama anak-anak. Bentuklah keluarga dengan suasana yang indah-indah bila di depan anak. Untuk renungan, jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefliini.
Anak-anak Bukan Beban
“Parenting is hard!”
Lalu dijawab teman, “since when it’s easy?”
Ada kala waktu kita mengeluh penat, mengantuk, tetapi anak-anak nak bermain walau dah menjengah pukul 2-3 pagi, tetap ceria berkejaran, menyepah mainan entah ke berapa puluh kali, bergaduh sesama sendiri, untuk ibu (terutamanya) yang menghadap 24 jam sehari, memang agak sukar untuk tetap senyum kan?
Sesekali akan terluah juga bebelan, keluhan.
Cuma kita selalu ingatkan diri, ingatkan pasangan, anak-anak bukanlah beban. Mereka adalah ujian, serta lubuk pahala.
Kalau kita anggap anak-anak beban, kita akan rasa terlalu lelah. Akan rasa tak puas hati bila pasangan enggan sama-sama take part menguruskan anak-anak.
Namun sekiranya kita anggap anak-anak ujian dan lubuk pahala, kita akan build up again selepas melepasi fasa-fasa stress, penat, letih semua itu.
Pahala Mudah Buat Mak Ayah
Peluk anak, sayang anak, ajar anak semuanya dapat pahala. Jangan sikit-sikit nak marah anak, tanpa sebab, apatah lagi puncanya sebab kita marah pasangan kita. Anak-anak pula jadi mangsa. Astaghfirullah.
Anak-anak tak selamanya ada dengan kita. Hargailah momen sementara mereka masih kecil. Lebih penting, kita tak tahu seberapa lama lagi Allah pinjamkan mereka kepada kita.
Peluk anak, dan ucaplah Alhamdulillah.
Robbana hab lana min azwajina wa dzuriyatina qurrotun a’yun, lil mutakina imama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Che Ta enggan ambil risiko punya anak kecil di rumah, pelakon yang juga pemilik nama sebenar Rozita Che Wan bertegas tidak mahu berlakon dengan mana-mana pelakon yang belum divaksin.
Che Ta Enggan Ambil Risiko Punya Anak Kecil
Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga enggan mengambil risiko memandangkan mempunyai anak kecil di rumah.
Malah Che Ta juga memaklumkan semua pelakon sudah dimaklumkan sebelum memulakan penggambaran perlu sempurna dua dos vaksin.
“Pada saya pelakon yang enggan ambil vaksin tetapi mahu kembali bekerja ini tidak bertanggungjawab sebab dia tak fikirkan orang lain.
“Malah production saya pun nak memulakan penggambaran tidak lama lagi, kami sudah maklumkan semua pelakon perlu vaksin dua dos.
“Lagipun kita kena ikut peraturan yang ditetapkan oleh Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara). Tak naklah disebabkan dia seorang, akan libatkan orang lain yang boleh bekerja,” luah Che Ta.
Tak Boleh Teruskan Penggambaran Jika Ada Yang Belum Divaksin
Isteri kepada Zain Saidin ini telah lengkap mengambil dua dos vaksin awal Ogos lalu. Malah menurut Che Ta lagi ketika sidang media pelantikannya sebagai duta Himaya baru-baru ini juga tidak pasti ada pelakon yang tetap diambil bekerja biarpun belum mengambil vaksin atas alasan kontrak.
“Saya rasa memang tak boleh teruskan penggambaran kalau ada yang belum vaksin. Kalau Finas tahu, tak mustahil kena tarik lesen.
“Saya tak tahu bagaimana ada produksi yang boleh lepas penggambaran (bagi pelakon atau kru yang belum divaksinkan) sebab kita kena hantar senarai pelakon dan kru kepada Finas,” ungkapnya.
Sumber Foto: Instagram Rozita Che Wan
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pesanan buat para suami, jika terasa rezeki sempit dan selalu tak mencukupi, perbaikilah dahulu hubungan dengan isteri, check mana-mana yang terkurang dan bahagiakanlah hatinya. Terutamanya melibatkan hutang nafkah dengan isteri. Ia antara punca utama rezeki selalu tersekat.
Pesanan perkongsian daripada Hafizul Hakim yang wajar dijadikan panduan buat suami isteri;
“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”
Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga.
Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
Kata Ustaz Ebit Lew,
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”
Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.
Kawan-kawan,
Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.
“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
Begitulah.
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat suami isteri. Ada benarnya berbaiklah dan perbaiki hubungan dengan isteri, tunaikan nafkah sebaiknya serta bahagiakan hatinya. Percayalah rezeki akan datang dalam pelbagai bentuk dan cara.
Pakar Patologi tolak kemungkinan Zara Qairina ditolak atau diserang dalam inkues. Memasuki hari kedua perbicaraan menentukan cara kematian arwah Zara Qairina, di Mahkamah Koroner...