Selepas mengumumkan di instagram berita kehamilan isteri, pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 50 dan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40 ini dihujani pertanyaan tentang tips bagaimana mahu hamil. Ujar Fazema, tiada tip hamil yang diamalkan mereka untuk mendapatkan zuriat.
Namun sejak berkahwin, sampailah 10 tahun menjadi suami isteri, mereka tak pernah lupa untuk membaca dan amalkan doa yang disyorkan Habib Ali Zaenal Abdin iaitu dari surah Al-Imran ayat 38.
Bagaimana pun, isteri Adam Corrie di instagramnya, Fazi Fuad turut menyarankan beberapa perkara kepada para peminat yang bertanyakan tentang kehamilan.
Coretan Dari Bidadari Saya
Ini bukanlah kali pertama saya hamil.
Dan ini adalah kali ke 4 saya hamil. Saya dah ada 3 anak di syurga. Kehamilan saya kali ini adalah kembar.. tetapi hampir usia kandungan 2 bulan.. dengan kuasa Allah.
Saya pendarahan.. salah satu anak kembar saya tak dapat diselamatkan. Allah ambil semula seorang anak kembar saya yang Allah pinjamkan seketika di dalam rahim saya.
Pendarahan yang dialami isteri Adam Corrie ini berbulan-bulan lamanya. “Hinggalah bulan ke-4 pendarahan baru berhenti.
Ads
“Ulang alik jumpa doktor untuk pastikan kandungan saya yang satu ini selamat dan sihat. Jadi bukanlah 3 tapi 4 anak saya di sana.
Mudah-mudahan kali ini Allah berikan saya peluang selamat melahirkan anak dan membesarkannya menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi menyambung dakwah Rasulullah SAW.
Saya Ibu Hamil Berusia 40 Tahun
Setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya.
Saya ibu hamil yang berusia 40 tahun. Tahun ini, suami saya 50 tahun, tahun ke-10 usia perkahwinan kami dan kandungan saya sekarang sudah 5 bulan.
Alhamdulillah.. Ramai pm fb dan dm ig saya tanya tips macamana nak hamil
Ads
“Tak ada tips pun. Tapi yang pasti. Kalau dari kesihatan, terus jumpa doktor pakar. Suami dan isteri kena pergi buat pemeriksaan. Ikut sahaja saranan doktor. “
“Jangan lengah-lengah supaya kita tahu apa masalah kesihatan yang kita lalui. Doa usaha dan tawakal insyaAllah.
Doa Mohon Zuriat Disyorkan Habib Ali Zaenal Abdin
Jadikan setiap ujian itu sebagai hadiah dan kasih sayang dari Allah kepada kita. Ujian yang diberikan untuk kita kumpul pahala.
Ads
Yang penting suami isteri kena sentiasa berkasih sayang. Tiada zuriat bukan makna hidup itu kosong dan tiada erti.
Jadikan rumahtangga jambatan kita ke syurga bersama.
Doa yang kami amalkan sejak awal perkahwinan dan Habib Ali Zaenal Abdin yang syorkan kami baca
Surah al-imran ayat 38 :
“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan“.
“Kita baca sirah Nabi Zakaria, insyaAllah kita akan faham tentang apa itu Rezeki, Ujian dan kasih sayang dari Allah.”
Rasanya ramai mak-mak muda tak tahu apa itu ubi bemban. Dengar nama pun dah pelikkan? Memang pun ubi ini sejenis ubi yang rare dah susah nak jumpa. Rasa dia memang sedap, walaupun cuma direbus dan campur sedikit garam.
Dulu-dulu ubi bemban ini mudah nak jumpa, sekarang dah agak sukar. Tapi di sesetengah tempat ubi bemban boleh ditemui di pasar tani atau pasar basah. Hairan juga dulu, asal demam saja mak akan rebuskan ubi bemban ini. Rupanya memang inilah antara khasiat dia, jadi penawar demam panas.
Bila baca perkongsian Sahira Lim ini makin jelaslah yang ubi bemban ini kaya pelbagai khasiat. Ada 5 kegunaan ubi bemban yang dikongsikan dan cara penggunaan sebagai amalan petua untuk menawarkan sesetengah penyakit.
5 Kegunaan Ubi Bemban
Nah petua tradisional menggunakan tumbuhan (ubi bemban) yang korang tak pernah dengar tapi hasil dia untuk rawatan sakit ni sangat membantu!
1. Ubat Kayap Terbaik
Ambil ubi bemban yang matang, tumbuk kasar-kasar dan tepek dekat bahagian kayap. Boleh juga asah ubi bemban yang dah matang tu dekat buntut pasu, ambik air asahan dia tu dan tepek dekat bahagian kayap. Insya-Allah, sekejap je kayap akan kering.
2. Menghilangkan Ulcer Dalam Mulut
Ulser dalam mulut ini biasanya sebab kurang minum air atau sebab badan panas kan. Kalau dah kena pedih dia ya Allah, tuhan je tau. Mulut pun bau busuk.
Ambil ubi bemban, basuh bersih- bersih dan makan. Kunyah lama-lama sikit. Dah la sedap, ulcer pun kecut tau. No more bad breath!
3. Penawar Sakit Mata
Untuk petua penawar sakit mata, ambil batang ubi bemban dan perah air dari batang tu. Air perahan tu boleh dititiskan dalam mata sebagai ikhtiar untuk sakit mata. Ada juga orang guna air rebusan ubi bemban untuk titis dalam mata sebagai ikhtiar.
3. Memecahkan Bisul Dan Bisa Sengatan Serangga Berbisa
Ambil daun ubi bemban yang dah matang, layurkan atas api sampai layu dan nampak macam berminyak, dan tampalkan dekat kawasan bisul atau tempat kena gigitan serangga. Digunakan untuk mempercepatkan proses pematangan bisul, jadi tak adalah bengkak teruk sangat kesan luka bisul tu nanti.
4. Menawarkan Sakit Perut
Orang tua-tua pun menggunakan ubi bemban untuk sakit-sakit berkaitan dengan perut tau, macam cirit-birit, kembung, perut tak selesa dan macam-macam lagi. Caranya rebus ubi bemban, lepas tu tapisnair rebusan tu dan campur dengan gula. Minum air dia, insya-Allah lega sakit perut.
5. Penawar Demam Panas
Ubi bemban ni bersifat sejuk, sebab tu kalau tengok kebaikan dia kebanyakannya untuk sakit-sakit yang panas. Untuk demam panas pun elok amalkan minum air rebusan ubi bemban, ataupun makan je ubi bemban yang muda sebagai ikhtiar. Haaa banyak lagi tau kebaikan ubi bemban ni sebenarnya. Cuba korang tanya orang lama-lama, mesti diorang tau lagi banyak.
Kalau korang rasa post Ira ni bermanfaat, boleh like dan share supaya orang lain pun boleh dapat manfaatnya, dan mana tau sampai dekat orang yang memerlukan kan. Boleh dapat pahala free.
“Saya baru kehilangan ahli keluarga” itulah luahan kekecewaan Aufahanie yang baru saja kehilangan kehilangan abangnya iaitu Allahyarham Muhammad Nidza Afham, 23, yang meninggal dunia pada Rabu lalu selepas disahkan hilang di kawasan Sungai Klang.
Bagaikan tidak prihatin dengan keadaan yang menimpa penyanyi Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar menyatakan dirinya berasa sangat kecewa apabila ada jenama yang tidak sensitif dengan dugaan yang melanda keluarganya dan mengambil kesempatan untuk berkolaborasi demi melariskan produk mereka.
Aufa menerangkan mereka sekeluarga sedang berduka dengan pemergian abang tercinta.
“Saya Baru Kehilangan Ahli Keluarga”
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Aufa mendedahkan dirinya menerima beberapa kiriman mesej di platform media sosialnya daripada individu yang bekerja untuk jenama sama.
“Saya tak mahu burukkan keadaan, tapi makin lama, makin banyak pula jenama-jenama yang mesej saya untuk kempen dan ‘review’ (ulasan) produk mereka.
“Saya baru kehilangan ahli keluarga.
“Akaun saya dicari untuk perkembangan abang saya, bukan saya tular kerana benda lain.
“Dimanakah naluri kemanusiaan anda?, mesej saya untuk beri kempen kerana ‘engagement’ saya sedang tinggi sekarang untuk kepentingan jenama anda?
“Ini tak boleh diterima sebab dari TikTok hingga ke Instagram, dua hingga tiga kali jenama ini mesej saya untuk berkolaborasi kempen mereka seolah memaksa,” luah Aufa.
Dek kerana itu juga Aufa bertindak tegas bersuara kerana merasakan bahawa perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku.
“Jadi, saya rasa perlu bersuara supaya anda faham ini tidak patut berlaku. Tolonglah jadi profesional. Takkan tak ada seorang pun dalam pasukan ‘PR’ (perhubungan awam) anda yang tahu ini tidak patut berlaku? Kecewa saya,” sambungnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pembeli emas ini pun ada jenis-jenisnya. Ada yang seronok jadi pembeli barang kemas, ada pula yang suka jadi penyimpan gold bar. Kedua-duanya ada kelebihannya. Kerana, sifat emas itu sendiri adalah stabil malah dikenali dengan sifat kalis inflasi.
Namun, ada juga yang masih kurang faham dan memberi gambaran yang tidak tepat. Malah, sesetengah nya membuat perbandingan keterlaluan sehingga merendah-rendahkan pembeli barang kemas.
Inilah yang dirasai sendiri oleh BroOhsem, Akhtar Syamir yang menjadikan kebiasaan menghadiahkan isterinya barang kemas. Apabila ada segelintir yang kurang senang sehingga memberi gambaran harga emas tak naik-naik asyik turun saja.
Orang Beli Barang Kemas Sebab Hal Ini
Heboh ada yang mengeluh dan perli pembeli barang kemas. Kononnya harga emas tak naik-naik, asyik turun je. Rugi kumpul emas.
Saya nak bagitahu la, orang yang beli barang kemas, takdenye bising sebab harga tak naik atau harga jatuh. Sebab yang dah dibeli tu sendiri dah bernilai. Lagi seronok ada la.
Besar sebenarnya perbezaan mentaliti orang yang beli barang kemas dan orang yang beli gold bar untuk simpanan.
1. Fokus beli emas tak sama. Kami beli untuk pakai (bagi isteri pakai). Untuk melawa (melawakan isteri) dan untuk kepuasan diri dapat simpan aset dari dibazirkan. 2. Kegembiraan tak sama. Beli je dah gembira. Pakai je dah gembira. Simpan pun masih gembira. 3. Emas lagi jatuh, lagi seronok. Lagi banyak membeli. 4. Kita tak pandang apa yang kita ada berdasarkan RM tetapi dari segi berat. Yang penting, berat emas dalam dakapan tu semakin bertambah. 5. Simpanan dan pelaburan adalah bonus. Tu sebab pembeli barang kemas tak melantun bila harga turun. Sebabnya emas yang sudah dibeli tu dah ada dalam tangan. Takde siapa boleh ambil. Kalau naik, ok. Kalau tak naik, beli lagi. 6. Kami beli emas bila ada duit. Bila saat memerlukan, tengok je dan pasang niat. Bila ada duit, beli. Tak kira la harga berapa. Asalkan dapat yang berpatutan ikut harga pasaran masa tu.
Konsepnya, Pakai Dan Tunggu.. Ada Duit Beli Lagi
Jadi, jangan risau harga turun, jangan pula perli orang yang beli masa harga tinggi. Diorang dah pakai pun emas tu.
Konsepnya beli, pakai dan tunggu. Ada duit beli lagi. Bukan dok tunggu tak beli-beli. Sedangkan duit dah ada. Sampai ke sudah nanti tak beli.
Saya tak beli gold bar sebab gold bar tak boleh cucuk kat cuping telinga, lilit kat pergelangan tangan, sarung kat jari, gantung kat leher dan letak kat buku lali isteri.
Dan saya selalu tulis pasal emas. Saya seorang lelaki. Saya sentiasa beli emas untuk isteri. Tengok dia pakai, saya jadi puas. Duit tunai saya selamat. Kalau tidak, mesti habis punya. Lebih baik saya convert jadi emas.
MW : Betullah orang-orang tua kata tu, kumpul sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, kumpullah segram segram.. lama-lama jadi kilo emas.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...