Biji bunga matahari adalah makanan yang sihat. Kajian telah menunjukkan biji matahari adalah sumber terbaik vitamin E. Dikatakan juga biji bunga matahari hampir tidak mempunyai kolesterol.

Biji bunga matahari boleh diambil dalam pelbagai cara. Anda boleh memakannya secara mentah mahupun setelah dipanggang.

Dikatakan biji bunga matahari mengandungi lemak perlu, protein, magnesium, fosforus, potassium, zink, besi, folat, vitamin A, vitamin E, dan vitamin B2.

Hendak tahu apa kebaikan biji bunga matahari daripada bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus annuus ini kepada kesihatan?

Merendahkan Tahap Kolesterol Dalam Darah

Biji bunga matahari berpengaruh dalam proses metabolisme dan penggumpulan kerana ia kaya denga asid lemak mono dan poli tak tepu.

IKLAN

Lemak tepu boleh di temui dalam mentega, marjerin, dan lelemak. Apabila anda menggantikan lemak tepu dengan lemak tak tepu, tahap kolesterol boleh menurun. Biji bunga matahari boleh merendahkan kolesterol jahat (LDL). Anda akan rasa kenyang apabila memakan biji bunga matahari. Ini kerana biji bunga matahari tinggi kalori.

Mengekalkan Kesihatan Kardiovaskular

Biji bunga matahari boleh membantu dalam mengawal tahap kolesterol dalam darah. Tahap kolesterol rendah bermakna rendahnya risiko untuk mendapat atherosclerosis dan penyakit jantung lain. Biji bunga matahari turut menunjukkan kesan antihipersensitif apabila dimakan.

Dikatakan biji bunga matahari ini mengandungi protein tertentu, vitamin E dan fitokimia seperti helianthin yang memakan radikal bebas dalam darah.

IKLAN
Menunjukkan Sifat-Sifat Antikeradangan

Biji dan minyak biji bunga matahari terkenal dengan kesan antikeradangan kerana ia mengandungi tocopherol aktif (vitamin E), asid linoleic, triterpenes, dan sebatian polifenolik. Ini bermakna bunga, biji dan minyaknya mempunyai kesan positif pada masalah keradangan. Ini termasuklah diabetes, arthritis, hilang ingatan, gout dan sirosis.

Snek Bagus Untuk Pesakit Diabetes

Memakan snek ringan rendah kolesterol dan makanan rendah indeks glisemik dikatakan boleh membantu dalam menguruskan diabetes. Biji bunga matahari mempunyai indeks glisemik rendah iaitu kira-kira 20.

Melegakan Sembelit dan Cirit-Birit

Makanan tinggi serat seperti biji bunga matahari boleh bertindak sebagai penjulap bagi meringankan masalah sembelit. Anda boleh makan biji bunga matahari begitu sahaja atau bubuh ia dalam smoothies, bijirin, atau yogurt. Tetapi pastikan hanya ambil lebih kurang 20 hingga 35 gram sahaja setiap hari.

IKLAN

Terlalu banyak atau terlalu sedikit serat dalam bentuk biji-biji ini boleh memburukkan lagi sembelit atau cirit-birit. Pastikan anda minum air selepas memakannya kerana tanpa air serat daripada biji-biji ini akan memburukkan lagi keadaan bukan sebaliknya.

Mengatur Ketidakseimbangan Estrogen

Biji bunga matahari salah satu sumber terbaik fitoestrogren. Kajian telah mendedahkan fitoestrogen, lignans, dan isoflavones mengandungi kebaikan yang boleh membantu mencegah kanser payudara, kanser prostat, osteroporosis dan masalah selepas menopaus.

Mencerahkan Kulit

Biji bunga matahari kaya dengan vitamin E. Vitamin E berfungsi untuk mengurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinar ultraungu (UV). Vitamin E juga mampu menjaga kesihatan kulit agar kelihatan awet muda dan mencerahkan kulit.

Menenangkan Tubuh

Biji bunga matahari kaya asid amino triptofan dan precursor dopamine yang dapat membantu menenangkan tubuh dan membantu menghasilkan tidur yang nyenyak.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI