Dalam hubungan keluarga, biasanya seorang emak memang lebih sayangkan menantunya.
Akan nampak perbezaan ketara layanan emak pada menantu dan anaknya sendiri. Bukan tidak sayang tetapi ada sebabnya.
Haaa… nak tahu kenapa?
Ini Punca Emak Lebih Sayangkan Menantu
Ads
Pertama kena beli jiwa dulu. Sebab anak kalau sudah bergaduh dengan emak, dia tetap akan balik ke rumah emaknya kerana itu emak dia.
Tetapi menantu kalau sudah bergaduh dengan mertua, dia tidak akan balik, malah dengan cucu-cucu sekali tidak akan balik.
Tunjuk Contoh Yang Baik
Ads
Dan sebab lain adalah untuk tunjuk contoh yang baik kepada anak-anaknya sendiri. Maklumlah, menantu dididik dan dibesarkan dari keluarga berbeza.
Jadi pastinya akan ada ujian yang Allah hantar, dari segi perbezaan pemikiran dan cara. Bab ini, masing-masing kena saling menghormati dan pandai bawa diri.
Ads
Maka sebab itu mertua yang baik, dia akan lebihkan menantu. Ya, berat untuk emak bertindak begitu tetapi hanya emak yang berfikiran jauh sahaja sanggup buat macam ini.
Yang pernah lalui dia akan faham situasi ini, jadi raikan cara seorang emak lebihkan menantunya ya. Jangan cari pasal!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon sensasi, Fattah Amin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.
Terbaharu, tular satu perkongsian daripada Musang Berjanggut berkaitan jadual prosiding sebutan kes mahkamah (MAL) pada 31 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang tertera nama kedua-dua pelakon itu.
Dalam jadual tersebut nama Abdul Fattah Mohd. Amin tertera sebagai Pihak 1 (plaintif) dan Nur Fazura Sharifuddin sebagai Pihak 2 (tertuduh).
Untuk ketahui lebih jauh isu ini, peguam yang mewakili Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan ada menjelaskan berkaitan sebutan kes berkenaan menerusi satu temu bual satu portal hiburan.
Menurut Fakhrul, Fattah didapati memfailkan satu permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ‘ex parte’ terhadap Fazura melalui prosiding komittal yang jika sabit kesalahan, Fazura boleh dipenjarakan kerana melanggar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan yang diberikan kepada Fattah.
“Fattah failkan kes tersebut pada awal Februari lalu. Pada 31 Mac 2026, Hakim Yang Arif Tuan Salehan telah membuat keputusan untuk menolak permohonan yang difailkan oleh Fattah.
“Dalam erti kata lain, mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tiada sebab untuk kenakan tindakan tunjuk sebab kepada Fazura. Mungkin bagi mahkamah, hak lawatan itu berjalan dengan baik,” katanya lagi.
Kongsinya, pada hari berlangsungnya sebutan kes, hanya Fattah yang hadir ke mahkamah, kerana kes tersebut adalah ‘ex parte’ (sebelah pihak).
“Sebelum kita ambil tindakan perlu dapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Tetapi peringkat untuk mendapatkan kebenaran itu pun tidak diluluskan oleh mahkamah,” jelasnya.
Tambahnya lagi, perkara sebegitu boleh diselesaikan di luar mahkamah dengan kaedah negosiasi.
“Mungkin ada dua tiga kali yang Fatima sendiri tak mahu pergi kerana penat ataupun terlambat kerana ada kelas mengaji. Tetapi tahun ini Fatima dapat beraya bersama bapanya,” ujarnya.
Apa pun masalah mereka berdua, semoga kedua belah pihak boleh jernihkan keadaan demi pembesaran anak tersayang.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Fazura mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, manakala Fattah Amin diberi hak lawatan serta bermalam dua kali sebulan. Fattah juga dibenarkan bertemu Fatima tiga kali seminggu, termasuk bermalam.
Menjelaskan hubungan terkini, pelakon dan pemyanyi, Diana Danielle menafikan dakwaan konon kekasih yang dikenali sebagai Bern pernah hadir dalam hidupnya.
Sebaliknya, Diana, 34, berkata dia mula berkenalan dengan Bern yang juga ahli perniagaan ketika menghadiri rumah terbuka, tahun lalu.
“Kami berkenalan sejak tahun lalu. Kenapa saya tidak mahu dedahkan sebelum ini sebab saya takut orang salah faham, mengatakan dia pernah hadir dalam hidup saya ketika saya masih berkahwin.
“Hakikatnya, saya tidak pernah kenal dia sebelum saya habis tempoh iddah. Tetapi mulut manusia ini membuatkan saya risau. Jadi untuk jelaskan, memang saya tidak kenal dia sebelum itu,” katanya.
Pada majlis itu, Diana hadir bersama Bern dengan mengenakan busana sedondon rona putih.
Diana berkata, dia bagaimanapun mengambil masa agak lama sebelum boleh mengesahkan bahawa dirinya mempunyai hubungan istimewa bersama jejaka berusia 38 tahun itu.
“Kami ambil masa yang agak lama untuk saling mengenali sebelum, kami, orang kata, mengisytiharkan satu sama lain sebagai pasangan.
“Sekarang ini, saya fikir dahulu takut apa orang akan fikir, tetapi, sekarang, saya sangat berbangga ada dia sebagai pasangan.
“Saya mahu raikan fasa dalam hidup saya ini, di mana saya hanya mahu menghargai orang yang menjaga dan menyayangi saya, sebagaimana saya menyayangi mereka,” katanya.
Diana turut berkongsi ibunya sudah beberapa kali bertanya mengenai hari perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, katanya, perancangan untuk ke jenjang pelamin masih belum diputuskan buat masa sekarang.
“Emak saya pun sudah bertanya bila kami hendak berkahwin. Dia bertanya sebab hari ini ahli keluarga ramai berkumpul. Jadi. dia sudah ditegur oleh emak saya tadi.
“Tetapi, saya fikir kami masih lagi dalam fasa yang belum sampai ke tahap itu. Masih banyak perkara diuruskan sebelum kami melangkah ke fasa yang lebih serius,” katanya.
Terkini, Diana membintangi filem Terbang yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup juara dunia pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh.
Dipukul isteri lebih 20 tahun, suami pernah patah hidung nekad mohon cerai nekad mohon cerai. Seorang suami nekad menamatkan perkahwinannya bersama isteri selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga selama lebih dua dekad, satu realiti yang jarang diperkatakan apatah lagi melibatkan lelaki sebagai mangsa.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang peguam syarie, Tuan Aiman yang menggunakan gelaran @aimansyarie di threadsnya serta banyak berkongsi kes-kes yang berlaku di mahkamah syariah.
Menurut Aiman, permohonan cerai itu difailkan oleh pihak suami (plaintif) atas alasan tidak lagi mampu menanggung penderaan fizikal dialami dan ianya berlarutan sehingga lebih 20 tahun sejak di awal perkahwinan lagi.
Dalam prosiding mahkamah, plaintif secara jelas menyatakan penderitaan yang ditanggungnya selama ini.
“Saya mohon cerai. Isteri saya selalu pukul saya,” katanya ringkas ketika ditanya hakim.
Namun di sebalik jawapan yang pendek itu, tersimpan cerita panjang tentang ketakutan yang menjadi rutin hariannya di mana tubuhnya sering dipukul isteri namun dirinya terus bersabar memandangkan kasihan pada anak-anak yang masih kecil namun kini dirinya nekad selepas anak-anak meningkat dewasa.
Plaintif memaklumkan demi mengelak tubuh terus dibelasah isteri, dia memilih tidak lagi tidur sebilik dengan isteri malah setiap kali pulang dari masjid, dia akan terus mengunci diri di dalam bilik bagi mengelakkan sebarang konflik yang boleh berakhir dengan keganasan.
Malah, untuk mengurangkan risiko dicederakan, dirinya memilih untuk makan di luar sebelum pulang ke rumah. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa rumah yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan telah bertukar menjadi ruang yang menimbulkan rasa takut kepada dirinya walau dirinya adalah suami iaitu ketua keluarga.
Dalam masa sama ketika perbicaraan di mahkamah, defendan (isteri) tidak menafikan perbuatannya memukul suami namun cuba merasionalkan tindakan tersebut yang jelas luar dari kebiasaan alam rumahtangga.
“Saya pukul sebab nak tegur dia je… apalah sangat pukulan saya sebagai perempuan, dia lelaki,” katanya.
Kenyataan itu secara tidak langsung mencerminkan persepsi umum bahawa lelaki tidak mungkin menjadi mangsa keganasan rumah tangga sekali gus meremehkan kesakitan yang dialami.
Isteri ini turut mempertikaikan alasan suami untuk bercerai dengan menyatakan bahawa sebagai lelaki, plaintif tidak sepatutnya menjadikan perkara itu sebagai sebab untuk berpisah.
Kes ini menjadi lebih jelas apabila plaintif mengemukakan bukti laporan perubatan.
Menurutnya, dirinya pernah mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang hidung akibat dipukul isterinya. Selain itu, terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan malah b mendakwa dipukul menggunakan objek.
“Dia pukul banyak guna barang,” jelasnya. Keterangan ini mengukuhkan dakwaan bahawa kejadian yang berlaku bukan sekadar pertengkaran biasa, sebaliknya melibatkan keganasan fizikal yang nyata.
Plaintif turut mendedahkan bahawa dirinya telah memberi peluang kepada isterinya untuk berubah selama lebih 20 tahun malah dirinya turut bertahan kerana anak-anak namun tiada perubahan ketara berlaku di saat anak-anak sudah dewasa.
Lebih menyentuh, suami malang ini turut memaklumkan sikap agresif isterinya kerana datang dari latar belakang keluarga yang turut berdepan keganasan di mana sejak kecil isteri sudah selalu melihat ibunya dipukul si ayah.
“Saya tak sangka dia kaki pukul bila kahwin. Dia dibesarkan dalam keluarga yang ayahnya pukul mak,” katanya.
Faktor ini menunjukkan bagaimana kitaran keganasan boleh berulang dari satu generasi ke generasi seterusnya jika tidak ditangani.
Namun bagi plaintif, kesabaran yang panjang akhirnya menemui hadnya. Saya dah makin tua… badan tak kuat macam dulu untuk tahan sakit,” ujarnya.
Dalam prosiding tersebut, plaintif turut memaklumkan bahawa anak-anak mereka yang sudah dewasa menyokong keputusan untuk bercerai.
Beliau juga memberi jaminan bahawa isterinya masih boleh tinggal di rumah mereka, manakala dirinya akan berpindah dan tinggal bersama anak.
Perkara ini menunjukkan bahawa keputusan yang dibuat bukan secara terburu-buru, sebaliknya telah dipertimbangkan dari pelbagai sudut termasuk kebajikan keluarga.
Ketika hakim bersedia membuat keputusan perceraian antara pasangan ini, suasana menjadi tegang apabila defendan bertindak agresif.
Isteri telah menghentak meja, menolak plaintif dan keluar dari dewan perbicaraan sambil menghempas pintu.
Tindakan tersebut berlaku di hadapan hakim dan secara tidak langsung menguatkan lagi gambaran tentang sikap agresif yang didakwa oleh plaintif.
Selepas meneliti keterangan dan bukti yang dikemukakan, mahkamah akhirnya membenarkan plaintif melafazkan cerai.
“Mahkamah benarkan plaintif lafaz cerai,” kata hakim. Dengan suara yang tenang, plaintif melafazkan cerai, sekali gus menamatkan perkahwinan yang telah bertahan lebih dua dekad.
Kes ini membuka ruang kepada satu realiti yang sering dipinggirkanlelaki juga boleh menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Persepsi bahawa lelaki harus sentiasa kuat dan tidak terkesan dengan kekerasan fizikal sering menyebabkan kes sebegini dipandang ringan atau tidak dilaporkan. Namun hakikatnya, penderaan tetap penderaan tanpa mengira jantina.
Kisah ini bukan sekadar tentang perceraian tetapi tentang keberanian seorang lelaki untuk keluar daripada kitaran penderitaan yang terlalu lama dipendam.
Dan mungkin juga, satu peringatan bahawa keganasan dalam rumah tangga tidak pernah wajar dinormalisasikanwalau dalam apa jua bentuk sekalipun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!