Bila menyebut tentang bulan puasa, pasti ramai yang ragu-ragu bagaimana untuk mengamalkan minum air mencukupi seperti yang disarankan iaitu sebanyak 8 gelas sehari. Ini kerana air yang mencukupi membantu mengekalkan hidrasi, mengelak kelesuan dan kehausan pada siang hari.
Ditambah pula dengan keadaan cuaca panas yang tidak menentu, kesibukan melakukan kerja-kerja di pejabat dan kerja-kerja dirumah yang memang tak pernah habis, cukuplah meletihkan jika tak dapat minum air yang secukupnya.
Kami kongsikan waktu tepat minum air pada bulan puasa bermula semasa berbuka puasa sehinggalah sewaktu bersahur, cukup 8 gelas sehari dalam menghadapi bulan ini.
Cadangan minum air ketika bulan puasa:
1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas makan
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas Tarawikh
1 gelas sebelum tidur
1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas selepas makan sahur
INFO EKSTRA!
Selain itu disarankan juga agar;
Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur
Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.
Minum Waktu Tidur
Peluang untuk minum hanya pada waktu malam. oleh itu, lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.
Pilih Makanan Ada Kandungan Air Tinggi
Mak-mak juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.
Elak Minum Banyak Ketika Berbuka
Tapi ingat walaupun disarankan minum air secukupnya setiap hari lebih-lebih lagi ketika musim panas, jangan terlampau berlebihan minum air sehingga hilang selera pula untuk makan ketika berbuka nanti.
Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air
Disarankan untuk berbuka dengan kurma terlebih dahulu. Selain amalan sunnah, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi dan kandungan nutrisi yang cukup tinggi bagi membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa.
Semoga bermanfaat! Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI