Kedua-dua mak ayah mempunyai pengaruh dan genetik tersendiri dalam mewariskannya kepada anak-anak mereka. Namun, terdapat beberapa perkara yang kemungkinannya lebih besar diperolehi anak-anak melalui genetik ayah.
Antaranya:
1. Jantina Anak
Menurut sains, kebarangkalian mendapat anak lelaki atau perempuan ditentukan oleh bapa. Menurut kajian yang diterbitkan di Science Daily, salasilah bapa boleh digunakan untuk menentukan kemungkinan jantina bayi yang bakal dilahirkan.
Jantina bayi ditentukan oleh sperma bapa. Jika sperma tersebut mempunyai kromosom X dan bergabung dengan kromosom X daripada ibu, akan terhasil bayi perempuan. Dan jika sperma mengandungi kromosom Y, anak lelaki akan terhasil.
2. Masalah Jantung
Seorang doktor naturopati, Jen Stagg, anak lelaki boleh mewarisi genetik daripada ayahnya yang meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 50 peratus.
Ads
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Leicester juga menyokong teori ini bahawa penyakit ini yang berlaku akibat penurunan penghantara oksigen ke jantung yang disebabkan pengecilan saluran darah, boleh diwarisi anak lelaki.
3. Senyuman
Saiz gigi, saiz rahang dan bentuk gigi adalah genetik, dan mampu diwarisi melalui ibu atau bapa. Namun, terdapat kemungkinan besar ia lebih cenderung diwarisi melalui bapa. Genetik daripada bapa adalah lebih aktif berbanding genetik yang sama daripada ibu.
“Disebabkan oleh genetik bapa lebih aktif, mengakibatkan genetik berkaitan dengan saiz rahang, yang boleh mengakibatkan kesesakan gigi atau kerosakan gigi daripada enamel lembut, berlaku,” jelas doktor Jen.
Dan secara tak langsung, anak lebih cenderung mempunyai senyuman seperti bapa mereka.
Ads
4. Ketidaksuburan
Lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma masih mampu mempunyai anak dengan bantuan persenyawaan in vitro. Namun, para saintis mengatakan bahawa anak lelaki yang lahir hasil persenyawaan ini mempunyai keberangkalian tinggi mewarisi ketidaksuburan daripada bapa..
Maklumat yang diperolehi daripada lelaki dewasa yang disenyawakan melalui suntikan sperma intracytoplasmik (ICSI, rawatan kesuburan), menunjukkan bahawa ketidaksuburan pada golongan lelaki adalah sifat yang diwarisi.Mereka yang lahir melalui cara ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi mempunyai kualiti sperma yang rendah, seperti bapa mereka.
Ads
5. Kesihatan Mental
Walaupun kedua-duanya, boleh mewariskan penyakit mental kepada anak-anak, namun bapa lebih cenderung terhadap perkara ini. Penyakit seperti skizofrenia atau gangguan kekurangan perhatian hiperaktif (ADHD), lebih mudah diwarisi daripada bapa yang berumur.
Ia disebabkan oleh bapa 4 kali lebih cenderung untuk mengalami mutasi DNA, kerana lelaki terus menghasilkan sperma baru walaupun semakin berusia.
“Ia mampu menyebabkan penyakit genetik jarang mampu berlaku pada anak-anak mereka, serta insiden gangguan neurodevelopmental yang tinggi seperti autisma” jelas doktor Jen Stagg.
6. Mata Bayi
Kedua-dua ibu dan bapa mempunyai peranan dalam menentukan sama ada bayi akan mempunyai warna anak mata yang cerah atau gelap. Namun, jika bapa mempunyai ciri-ciri tertentu, bayi tersebut akan mengikut warna mata bapa.
Kalau hari minggu memang mak terutamanya tak ada masa untuk rehat. Ada sahaja kerja rumah yang hendak dibereskan. Ini belum lagi termasuk nak sediakan makanan, jaga anak, buatkan susu anak dan macam-macam lagi.
Ada pun rehat mak-mak, bila anak sedang tidur. Tapi, masa anak tidurlah, macam-macam mak nak buat sebab sebelum ini hanya uruskan anak. Itulah mungkin rutin sehari-hari mak ini. Bayangkan bagaimana pula ayah yang jaga anak. Mesti nampak mudah sajakan. Maklumlah, adanya anak lebih dengar cakap ayah berbanding mak.
Ini belum lagi, kalau mak-mak yang bekerja dan terpaksa tinggalkan anak-anak pada ayah. Macam manalah yer. Rasanya hati mak-mak pun tak tenang bila ingatkan suami dan anak-anak di rumah.
Walau bagaimanapun, tak perlulah nak marahkan anak bila anak lasak atau buat perangai macam-macam. Semua ini sebab dia perlukan perhatian daripada mak ayah. Kena ingat, mak ayah yang bekerja, hanya ada masa berapa jam sahaja untuk bersama anak pada malam hari.
Perkongsian daripada Dr. Redza Zainol ini, ada benarnya. Bila anak-anak dijaga oleh ayah kerana mak perlu ‘outstation’ atau keluar atas urusan kerja. Mahunya tidak keruan ayahnya melihat telatah anak yang tak reti duduk diam.
Kasih mak pada anak sememangnya tiada bertepi. Punyalah hebatnya hubungan istimewa yang dimiliki ini sehinggakan bila berjauhan ibarat nyawa terpisah dari badan. Jiwa dan raga sanggup dikorbankan, asalkan tidak berjauhan dan berpisah daripada anak tersayang.
Begitulah sifat seorang ibu. Semalam saya bawa isteri bersihkan kubur anak syurga kami. Kebetulan adik ipar bawa anak ke ‘pasar malam’ untuk makan petang kami.
Baru 1 jam berpisah dengan anak, isteri dah call adik minta lokasi. Cepat-cepat suruh saya pergi dapatkan anak. Saya cakap kita pergi bandar dululah saya nak beli barang sikit dan nak isi minyak kereta.
Wife bertegas mahu jumpa anak juga,saya juga bertegas nak ke bandar dahulu. Wife mula diam. Bila diam air mata mengalir. Ya Tuhan… Saya terus buat pusingan U menuju ke lokasi ‘pasar malam’. Dengan suara sebak wife cakap. Awak tak faham perasaan ibu. Saya rindu sentiasa arwah anak dan tak nak berjauhan dengan anak.
Saya diam dan pecut kereta. Ok sekarang kita jumpa anak ya. Saya minta maaf ya. Dah lap mata tu,5 minit kita sampai.
Hubungan Hati Seorang Ibu
Begitulah hebatnya hubungan hati seorang ibu terhadap anaknya. Kita suami mungkin dah biasa berjauhan dengan anak,kadang-kadang berminggu boleh tahan lagi. Tapi ibu ini berjauhan dengan anak ibarat nyawa terpisah dari badan.
Rugilah jika kita tidak hargai insan bergelar ibu,bergelar isteri. Rugilah kita jika berkasar dan mengabaikan mereka. Rezeki kita hari ini mungkin Allah beri sebab Allah sayang anak isteri kita,mungkin asbab doa isteri siang malam kepada kita.
Mereka ini lubuk segala pahala buat suami. Ini ramai suami lupa. Isteri ini orang yang dapat menyenangkan dan membahagiakan kita. Mereka ini ‘pernah mati’ untuk kita. Pernah rahim mereka membesar 1000 kali ganda jaga zuriat kita.
Apa lagi yang kita nak melainkan syukur nikmat isteri dan anak yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Ya Allah beri syurga buat mereka yang bergelar isteri dan ibu.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahDariAllah
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Hargailah insan yang bergelar isteri dan ibu.
Melancong dengan anak kecil memang kena banyak bersabar. Lagi-lagi bila anak yang sentiasa aktif dan cergas. Biasanya kita akan dengar ibu bapa merungut untuk bawa anak-anak melancong bersama mereka dengan alasan susah diuruskan dan dengan pelbagai ragam.
Untuk memastikan percutian anda lebih seronok, rancangan secara teliti percutian anda bersama keluarga. Kerana perancangan yang lebih awal mampu mencipta pengalaman yang indah buat anda dan keluarga. Tetapi ada juga ibu bapa yang bimbang untuk membawa anak-anak yang masih kecil untuk melancong.
Sebagai ibu bapa kita perlu peka tentang anak-anak mereka. Berikan perhatian sepenuhnya kepada keperluan dan kehendak anak-anak anda. Pastikan percutian anda diisi dengan aktviti yang menyeronokkan dan sesuai untuk anak-anak anda.
Bercuti bersama anak-anak jangan terlalu terikat dengan jadual perjalanan yang mungkin anda telah rancangan dan sediakan. Ini memang berbeza dengan percutian solo ataupun bersama pasangan anda. Perlu bijak menyesuaikan aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak.
Untuk ibu bapa yang gemar melancong pada musim cuti sekolah dan “peak season”, cuba elak melancong pada waktu-waktu dan musim sebegini kerana dapat menjimatkan kos perjalanan anda dari segi kos pengangkutan dan penginapan.
Sebagai ibu, mestilah persiapan dari segi pakaian, kelengkapan dan di mana lokasi percutian juga merekalah orang pertama yang akan pilih. Sesuaikan jenis percutian yang anda dan keluarga ingin lawati dengan mengenalpasti aktiviti apa yang harus dilakukan ketika bercuti. Paling penting, tempat yang dikunjungi itu adalah tempat yang sesuai untuk dilawati oleh seisi keluarga dan sesuai dengan bajet percutian yang disediakan.
Ikuti kupasan lanjut “Ragam Anak Bercuti” dalam Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima Hd 121, jam 11.00 pagi hingga 12 tengah hari bersama pengacara Siti Elizad, Raden bersama tetamu jemputan Faradine Nordin dan seleberiti, Zarina Zainuddin.
Untuk Sebarang komen dan pandangan tentang kupasan ini, boleh hubungi talian Teman Wanita anda di 03-89389647 atau komen terus di sosial media Mingguan Wanita seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyakit ain, Ayda Jebat akui setiap kali muat naik video anak akan meragam. Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu...