tanda-tanda nak bersalin

Walau sudah beberapa kali masuk labour room, tetapi ada sesetengah mak-mak hamil tetap tak tahu apa tanda-tanda nak bersalin. Sebab tanda bersalin setiap orang tak sama, ada yang pecah air ketuban dulu, ada yang diserang kontraksi kerap sangat dan mungkin tanda darah.

Tetapi kalau nak selamat, mak-mak yang dah hamil minggu akhir boleh rujuk nota daripada Doktor Khairul Faizie ini.

Ini Tanda-tanda Nak Bersalin

En.Mazri datang hari ni membawa isterinya. Rupa rupanya En. Mazri kahwin dengan wanita dari seberang, Mas Ermayono namanya, muda lagi baru 21 tahun.

Kedatangan En. Mazri ialah sebab nak tahu, “Betul ke isterinya dah nak bersalin? “. Sebab menurut beliau, ada makcik warong goreng pisang yang bagitau kelihatan isterinya macam dah nak bersalin. En. Mazri pun panik, maklumlah tak pernah ada pengalaman, dalam perkahwinan terdahulu tak dapat zuriat, kali ni baru dapat zuriat hasil perkahwinan keduanya dengan Mas.

Doktor menenangkan En. Mazri…

Dan doktor tanya Puan Mas Ermayono, bila tarikh jangka lahir baby. Katanya due date 6 Februari 2019.

Doktor pun kiralah usia kandungan sekarang…baru 33 minggu rupa rupanya.

Doktor pun bagitau lah, baby di kira matang setelah 37 minggu ke atas iaitu selepas 17 Jan 2018.

“Tapi doc, bini saya kata dah rasa perutnya macam keras keras sakit”, tanya En. Mazri. Prihatin betul dia, beruntung Mas Ermayono.

“Ooohh..itu jangan risau. Itu bukan tanda nak bersalin. Rasa keras keras tu dipanggil Braxton Hicks. Ia terjadi bila rahim menegang, dan kemudia relax. Kalau nak bersalin, bini En.Mazri akan rasa contraction, dan Braxton Hicks ni bukan contraction. Acah acah contraction. Seawal 28 minggu mengandung dah boleh rasa Braxton Hicks ni. Ia datang tak kerap, maybe 1-2 kali sehari, maybe lebih dan tak lama pun. Dalam 20..25 saat… ianya tak sakit, walaupun mungkin akan rasa tak selesa… Braxton Hicks boleh di rasai kadangkala bila ibu atau baby aktif bergerak, ataupun lepas buat hubungan sex, dan kalau ibu kurang air. Boleh cuba beberapa tips nak bagi selesa bila ada Braxton Hicks ni antaranya ubah posisi, makna nya kalau dah lama duduk, cuba bawak berjalan or kalau lama diri, cuba duduk. Kalau kurang minum, minum air kosong kerap”, kata si doktor.

“Oooooo…..so takda apa perlu risau la ya?”, panjang betul ooo En.Mazri…

“Kena risau jugak kalau yang disangka Braxton Hicks tu jadi makin kerap, dan makin kuat atau sakit. Itu boleh jadi tanda contraction. Dan kalau contraction berlaku sebelum bayi matang 37 minggu, berisiko pulak baby lahir tak cukup bulan”, kata doktor dengan bersungguh.

“Jadinya doc, tanda nak bersalin tu bila sakit contraction tu udah datang ya?”, kali ni si Mas Ermayono pulak bertanya.

“Puan Mas, antara tanda tanda nak bersalin tu, ini ya”…

1) Sakit contraction.

Dan sakitnya makin lama makin kerap…mungkin sebelum ni 2 jam sekali, jadi sejam sekali..lepas tu 40 min sekali..dan terus makin kerap.

Dan setiap kali datang contraction tu, makin kuat pulak sakitnya. Dan setiap kali datang contraction tu, makin lama tempohnya. Mungkin mula mula seminit sakitnya….lepas tu mungkin 2 minit.

So, kena tengok jam ya Puan Mas. Kalau dah nak bersalin sangat, contraction tu akan datang secara regular, teratur…setiap 5- 10min…haaaa..tu dah dekat sangat la tu nak bersalin.

2) Keluar tanda show.

Show ni apa? Show ni ialah mukus yang tutup pangkal rahim.Bila dah nak bersalin, mukus ni akan keluar. Warna mukus ni merah merah pink…berlendir.Mungkin ada darah sikit, tapi kalau banyak darah yg keluar , itu perlu risau ya Puan Mas.

3) Air ketuban pecah.

Baby tu duduk dalam kantung rahim terapung sekeliling air ketuban. Puan Mas mungkin rasa ada cairan sikit keluar, atau mungkin sekali banyak keluar air ketuban ni. Warna nya jernih.Memang agak susah kadangkala nak bezakan air ketuban ke, atau air kencing. Kalau tak pasti, gi hospital, doktor akan check. Hati hati ya Puan Mas kalau air ketuban bocor sebelum ada rasa contraction, sebelum 37 minggu..mesti cepat gi hospital…kalau terjadi macam ni, doktor akan check jantung baby, doktor akan bagi antibiotik utk elak risiko jangkitan pada rahim & juga membahayakan nyawa baby.

4) Rasa sakit pinggang yang makin kuat.

5) Rasa macam nak berak, tapi tak berak.

“Doktor, kalau bini saya bersalin kat hospital, uri nya kami boleh bawak balik kan?, tanya En. Mazri.

“Ya, boleh..memang doktor bagi kat korang. Takda nya doktor kat Malaysia ni nak simpan buat produk kosmetik berasaskan placenta. Pun begitu, kalau En.Mazri nak fikir future terbaik utk anak anak, sebagai persediaan, boleh sign la dengan mana mana syarikat swasta yang ada buat servis cord blood stem cells. Nanti, lepas baby lahir, doktor akan ambil darah dari tali pusat yang bersambung pada uri tu. Darah tu akan di proses dan di simpan dalam bank darah stem cell pada suhu negatif 190 darjah, so akan tahan bertahun tahun”, jawab doktor dah macam dia pulak agen syarikat cord blood stem cells.

“Untuk apa guna darah tu?”, tanya En.Mazri.

“Banyak guna nya stem cells ni. Contohnya kalaulah ditakdirkan zuriat keturunan En .Mazri ada penyakit-penyakit yang boleh di rawat guna teknologi stem cell, maka boleh la guna stem cell yang di collect masa baby lahir tu. Contohnya sakit Leukemia, Thalassaemia, kecederaan otak..dan lain lain. Yang tu En. Mazri google la sendiri.. tak kan semua saya nak suap”, jawab doktor.

“Ok doktor… one last question… Uri tu orang kampung saya kata, kalau tanam, elok tanam dengan pensil. Nanti anak jadi pandai, apa pendapat doktor? soal En.Mazri.

“Pada saya, kalau nak yang terbaik, En.Mazri tanam lah uri tu dengan Ipad… untung-untung anak tu nanti bila besor boleh jadi menteri yang bijak”, balas doktor.

Jangan Lupa Komen