Lumrah dalam berkawan, perlu pandai memilih yang mana ‘kaca dan permata’. Lebih-lebih lagi di tempat kita mencari rezeki.Perlu ingat bahawa bukan semua orang di tempat kerja kita boleh dijadikan kawan.Ada yang betul-betul ikhlas dalam berkawan dan ada juga sebaliknya yang suka ‘tikam dari belakang’ dan jenis ambil kesempatan. Paling penting kita jadi diri sendiri, buat sahaja kerja yang diamanahkan syarikat serta berpada-pada dalam berkawan.

Perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini ada benarnya.

“Not everyone at your workplace is your friend”

Statement ni ada benarnya.. Dekat tempat keje ni, ada pelbagai ragam dan jenis manusia…ada kaki ampu, kaki kipas, kaki jilat, kaki mengumpat, kaki mengorat, kaki skandal, kaki tikam belakang, talam dua muka dan sebagainya.

Kita ni kaki apa? Kita jadi kaki cari rezeki sudah.. Pi keje, buat keje kita, jangan cari gaduh, jangan buat musuh, pastu balik…hujung bulan, dapat gaji atas usaha kita tu, bahagiakan diri dan keluarga setakat kemampuan kita, setakat apa yang kita ada. Yang penting, hati kita tenang, fikiran kita tak serabut, jiwa kita tenteram.

Kita enjoy kehidupan kita seadanya.

Kalau fikir bab karenah, ragam dan jenis manusia kat tempat keje ni, lumrahlah kan, dalam seikat sireh tu, bukan semua daun elok. Dalam setandan pisang, bukan semuanya boleh makan. Ada yang buruk, ada yang dah digigit binatang.

Macam tu la orang kat tempat keje kita, lain orang, lain cara dan gayanya. Kita ni pi keje sebab niat nak cari rezeki. Ada orang pi keje sebab nak naik ke jawatan tertinggi dalam organisasi tu, ada orang pi keje sebab nak jadi famous dan ada “nama” kat tempat keje. Dia mungkin tak nak usaha sedaya upaya, dia nak guna jalan pintas dengan membodek bos, mengipas bos…terma sekarang yang kita pakai ialah kaki “jilat”.

INGAT, Bukan Semua Orang Di Tempat Kerja Kita Boleh Jadikan KAWAN!

Ada yang jenis “YES BOS”

Depan bos, semua dia kata ok, semua angguk kepala…belakang bos, bertubi-tubi dia mengata bos. Bos itu la, bos ini la…kadang-kadang kita terpedaya, kita pun terluah sama ketidakpuasan hati kita pada bos. Dia pulak yang menyampaikan pada bos dan kita pulak yang bos target…ini jenis talam dua muka, depan lain, belakang lain.

IKLAN

Ada jugak jenis yang suka datang sembang dengan kita, cerita pung pang pung pang…kita anggap dia ok, kita pun layan, mesra dan baik dengan dia…kita pun tak keberatan nak luah, nak cerita, kongsi masalah sebab anggap dia kawan.

Dia pulak jenis mengumpat, dia jaja cerita kita merata…walhal dah janji itu antara kita dengan dia sahaja…pecah diperut, jangan pecah dimulut. Jenis gini bahaya sangat sebab kita tak tahu apa yang dia tokok tambah bagi menyedap cerita.

Yang berskandal di tempat keje pun ada. Suami orang, isteri orang, masak bawak bekal untuk suami orang makan. Suami orang keluar beli bungkus untuk isteri orang makan. Break, lunch berdua… melekat ja kat tempat keje. Kadang-kadang kita pun terfikir, diorang ni tak rasa bersalah ka bila balik mengadap pasangan masing-masing? Tengok muka anak, tak rasa macam dah buat dosa kat tempat keje tadi?

Tegur tak makan, nasihat tak jalan..last-last kita pun pegang ayat “ASAL TAK KACAU AKU SUDAH “.

Niat Kerja Ikhlas

Itulah sedikit sebanyak apa yang kita boleh tengok di tempat keje kita. Kita jangan jadi macam tu. Kita keje ikhlas kerana Allah Taala. Kita keluar dan dapat izin keluar untuk cari rezeki, bukan dosa, bukan bala.

Bercakap soal rezeki, biasanya kaki-kaki di atas ni rezeki mereka jadi “murah” walaupun cara mereka tu tak betul. Naik jawatan sebab kuat mengampu, naik gaji sebab kuat membodek. Takpe lah, biarlah… Ujian sebenarnya tu, Allah memudahkan mereka untuk menguji mereka. Akan datang nanti, lagi besar dan berat ujian mereka berbanding kita.

IKLAN

Kita chill-chill saja…naik ke tak naik, keje, dapat gaji, belanja dan hidup semampu dan seadanya. Cukup time, BALIK…

INGAT, Bukan Semua Orang Di Tempat Kerja Kita Boleh Jadikan KAWAN!

Baca Lagi Di Sini:
Ramai Tak Sedar Punca Retaknya Rumahtangga Juga Bermula Di Tempat Kerja!

MW:Setuju sangat ada benarnya perkongsian ini. Berpada-padalah dalam berkawan dan ingat bukan semua orang di tempat kerja kita boleh jadikan KAWAN!

Sumber: Firdaus Shakirin

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

IKLAN

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI