Seorang murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Jalan Tap, di sini, meninggal dunia awal pagi Khamis dipercayai akibat Influenza A.
Memetik Sinar Harian mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin, 8 tahun, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A
, manakala seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama.“Pihak polis menerima laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki di kawasan Meru pada awal pagi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Menurutnya, pihak kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan terhadap ahli keluarga serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.
Pihak berkuasa kesihatan turut menasihatkan ibu bapa agar memantau gejala anak-anak seperti demam, batuk, dan sakit tekak, serta segera mendapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan Influenza A.
Kematian murid akibat Influenza A ini diharap menjadi peringatan kepada masyarakat agar meningkatkan kesedaran tentang langkah pencegahan wabak terutama dalam kalangan kanak-kanak sekolah.
Artikel lain: Tragedi Pembunuhan Pelajar Bandar Utama: Ibu Luah Sebak Anak Menjerit Sebelum Maut
Tragedi Pembunuhan Pelajar Bandar Utama: Ibu Dedah Anak Ditikam 200
KaliNota Terakhir Suspek Tikam: “Dunia Ini Palsu, Saya Sudah Menang…”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE