Inara Rusli didakwa ganggu rumahtangga, isteri dicurangi Wardatina Mawa sindir “dulu pernah disakiti, kini tergamak menyakiti hati orang.  Kontroversi rumah tangga seorang pempengaruh dari negara seberang yang banyak berkongsi konten islamik, Wardatina Mawa terus menjadi tumpuan masyarakat apabila  tampil berkongsi  kecurangan dilakukan suaminya, Insanul Fahmi.

Sangat mengejutkan wanita yang dikaitkan dengan suaminya itu didakwa sebagai Inara Rusdi yang pernah viral selepas bekas suaminya, penyanyi terkenal Virgoun yang popular dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla curang dalam perkahwinan mereka.

Inara Rusli Didakwa Ganggu Rumah Tangga, Isteri Dicurangi Wardatina Mawa Sindir “Dulu Pernah Disakiti Tapi Kini Tergamak Menyakiti Hati Orang…
Saat terpalit kontroversi, Inara Rusli kini berada di Tanah Suci.Dirinya sempat meminta maaf pada pihak pengurusannya namun belum mengiya atau menafikan perkara yang dibangkitkan oleh Wardina Mawa.

Inara yang ketika itu hanyalah seorang suri rumah dilihat bangkit untuk menyara dua anaknya hingga berjaya dan menjadi idola kepada wanita senasib dengannya. Namun dengan kontroversi yang melanda kini termasuk tuduhan melakukan penzinaan mengakibatkan namanya terpalit kontroversi.

Bahkan saat namanya disebut-sebut warga maya, Inara berada di tanah suci Makkah dan sempat  menulis di media sosialnya,  “tidak semua pertanyaan perlu dijawab dengan kata. Maka aku memilih sujud, bukan gaduh. Bahkan sempat meminta maaf tanpa menafikan atau mengiyakan tuduhan dari Wardatina Mawa.

Tidak terus berdiam diri,  dalam  hantaran terbaharu di media sosial, Mawa berkongsi pengalaman bagaimana kecurigaan dan rasa tidak sedap hati terhadap individu  yang pernah menjadi isu antara dirinya dan suami.

Menurut Mawa, wanita tersebut sebelum ini pernah menjadi punca perdebatan dalam hubungan mereka namun dakwaan itu dinafikan oleh suaminya dengan alasan dirinya “terlebih berfikir”.

Ads

Mawa berkata nalurinya sudah memberikan amaran sejak awal tetapi perasaan cinta membuatkannya memilih untuk mempercayai kata-kata suami. Fahmi menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan Mawa hanya “terlebih fikir”.

Inara Rusli Didakwa Ganggu Rumah Tangga, Isteri Dicurangi Wardatina Mawa Sindir “Dulu Pernah Disakiti Tapi Kini Tergamak Menyakiti Hati Orang…
Pernah berkongsi momen indah dengan suami, Mawa mengakui hatinya kecewa bila mengetahui rumahtangganya dihimpit wanita lain

Dalam perkongsiannya, Mawa menjelaskan bahawa naluri seorang isteri sebenarnya telah memberi amaran awal. Apa yang dahulu hanya sekadar keraguan kini berubah menjadi bukti jelas selepas nama wanita yang sama kembali muncul dalam kemelut terkini.

Walaupun mengakui melalui fasa yang perit, Mawa menegaskan dirinya kini berdiri sebagai wanita yang akhirnya melihat kebenaran tanpa perlu bertengkar atau berperang. Baginya, kehilangan sebenar bukan pada dirinya tetapi pada peluang suaminya untuk dicintai dengan setia dan sepenuh hati.

Ads

“Malam ini aku berdiri bukan sebagai perempuan yang kalah tapi sebagai perempuan yang akhirnya melihat kebenaran tanpa perlu berperang. Karena ingat: yang hilang bukan aku, tapi yang hilang adalah kesempatanmu untuk dicintai dengan tulus sekali seumur hidup.

 

Inara Rusli Didakwa Ganggu Rumah Tangga, Isteri Dicurangi Wardatina Mawa Sindir “Dulu Pernah Disakiti Tapi Kini Tergamak Menyakiti Hati Orang…
Malam ini aku berdiri bukan sebagai perempuan yang kalah tapi sebagai perempuan yang akhirnya melihat kebenaran tanpa perlu berperang. Karena ingat: yang hilang bukan aku, tapi yang hilang adalah kesempatanmu untuk dicintai dengan tulus sekali seumur hidup.

Mawa turut menyentuh fenomena di mana ada individu yang pernah melalui pengalaman pahit dikhianati tetapi akhirnya memilih untuk melakukan perkara yang sama terhadap orang lain.

Ads

“Adaa memangg orang yang sudah pernah disakitin tapi tetap tega nyakitin orang lain ya,”kongsi Mawa di media sosialnya beberapa hari lalu.

Pempengaruh ini turut  menyifatkan perkara itu sebagai ironi yang sangat menyedihkan kerana luka tidak menjadikan sesetengah orang lebih baik, sebaliknya menjadikan mereka lebih tega melukakan hati orang lain.

Kontroversi ini semakin hangat selepas Mawa mengesahkan bahawa beliau telah memfailkan laporan polis terhadap suaminya dan seorang wanita yang didakwa sebagai pihak ketiga di Polda Metro Jaya. Laporan tersebut difailkan atas tuduhan berlakunya perzinaan.

Menurut Mawa, keputusan itu diambil selepas beliau mengumpulkan bukti kukuh termasuk mesej, rakaman komunikasi serta maklumat pertemuan yang dipercayai mengesahkan hubungan terlarang tersebut.

Kesemua bukti itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI