Impian Mawar miliki rumah idaman akhirnya tercapai, begitulah momen istimewa yang dikongsi oleh pelakon dan usahawan wanita berjaya Mawar Rashid apabila suaminya Raf Yaakob membuat kejutan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.
Malah Mawar juga sangat terharu dan menitiskan air mata ketika suaminya menunjukkan rumah idaman yang dimiliki mereka.
Impian Mawar Miliki Rumah Idaman Akhirnya Tercapai!
Malah pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri itu Wan Abdul Rashid juga sangat bersyukur akhirnya dapat memiliki rumah baharu idaman hasil titik peluh mereka dalam industri hiburan mahupun perniagaan selama ini.
“Happy 4th anniversary aaaabang
“Thank you buat surprise kat Anje. Tak pernah terfikir abg akan buat surprise macam ni. Sgt2 meaningful. Ada hikmah rumah yg dulu bukan rezeki kita, Anje lagi happy dapat beli rumah yg ni sebenarnya sebab rumah ni hasil titik peluh kita berdua. Kita je faham betapa struggle nya kita, keje siang malam, ups & down kita, struggle nk bahagikan masa lagi, struggle benda lain lagi tapi Syukur Alhamdulillah impian kita dah tercapai nak rumah idaman kite.
“Anje appreciate sgt effort abang. Thank you abg buat Anje happy sgt2. Kenangan yg Anje tak kan lupa. Abg ni romantic betul dari dulu sampai sekarang tak brubah. Anje mcm biasa la. Akan speechless sebab terkejut plus happy. Dulu tu masa propose mmg la sweet tapi Anje cam tak de perasaan sgt, dia cam blur-blur sbb baru kenal abg beberapa bulan kn.
“Tapi surprise yg ni perasaan Anje tak macam dulu, sekrang ni dia cam feeling lebih sikit, cepat tersentuh sebab dah makin kenal abang, dah makin sayang abg.. kita pun dah go through macam-macam bersama..
Terima Kasih Sentiasa Jadi Suami Terbaik
“I just want you to know that I Love you so much and I wanna grow old with you. Thank you sbb sentiasa nak jadi suami, ayah dan insan yang terbaik to all of us,” kongsi Mawar Rashid.
Sepanjang empat tahun mendirikan mahligai indah, Mawar dan Raf telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 3, dan Raden Seri Rossabella Cinta yang kini berusia 10 bulan.
Ads
Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Anak Jika Di”bibik”kan Dari Awal Akan Jadi Rajin Buat Kerja Rumah, Faham Tanggungjawab. Anak-anak sewajarnya turut diberikan kerja-kerja rumah yang mereka mampu lakukan sejak dari kecil supaya mereka faham erti tanggungjawab dan lebih berdikari. Tidaklah mak ayah kelak menjadi ‘hamba’ kepada anak-anak apabila terlalu memanjakan dan ‘merajakan’ mereka.
Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh ayah ini, Mohd Yazid Ismail. Semoga menjadi panduan.
Ada seorang cikgu datang ke rumah kami untuk ambil barang. Sambil tu, dia minta izin untuk buat house tour. Dia tanya rumah besar macam ni ok ke tak ada bibik?
Alhamdulillah kami ada 4 orang “bibik” sekarang. Nanti tahun depan akan bertambah jadi 5 orang bibik.
Anak Jadi ‘Bibik’ Faham Tanggungjawab
Anak-anak bila dah masuk umur 7 tahun kami akan ajar buat kerja rumah sendiri, jadi bibik.
Kami ada 6 orang anak. Sulung 15 tahun, bongsu 2 tahun. Anak-anak jika di”bibik”kan dari awal diorang akan jadi rajin buat kerja rumah dan faham tanggungjawab.
Sejak dari umur 7 tahun, kami ajar gosok baju sendiri. Basuh pinggan mangkuk sendiri.Bersihkan tempat makan masing-masing, kalau ada nasi jatuh atau kuah tumpah kena pastikan clear selapas selesai makan. Lipat baju pun mereka kena buat sendiri, malah Nisreen sejak umur 5 tahun lipat baju sendiri sebab terikut abang dan kakak buat.
Elak Penyakit “Princess Syndrome”
Kami tak nak anak-anak ada penyakit “princess syndrome” yang akan menyebabkan mereka jadi pemalas tanpa rasa bersalah. Tak nak hilang common sense dalam hidup mereka.
Anak lelaki atau perempuan sama je kami ajar buat kerja rumah sama-sama. Tak ada beza.
Sebenarnya semua kerja rumah adalah mudah untuk anak-anak selesaikan dengan senang hati dan gembira. Bukan setakat kemas bilik sendiri, kadang mereka ketuk pintu master bedroom kemudian minta izin untuk kemaskan bilik abahmama sekali.
Didikan Dari Awal
Yang dalam gambar ni Fina. Ketika saya sedang potong rumput, dia datang minta nak buat juga. Saya tak suruh, tapi sebab dia dah biasa aktif bekerja maka dia offer nak tolong. Itu pentingnya didikan dari awal biar terbiasa.
Kalau anak tak diajar buat kerja dari kecil, rumah jadi kelam kabut, kotor, sink penuh dengan pinggan mangkuk, baju bergunung tak sempat nak lipat. Anak-anak asyik main gajet sebab tak ada kerja nak buat. Anak jadi macam raja.
Bila anak-anak jadi raja, ibubapa akan jadi hamba sampai tua.
Mingguan Wanita:Setuju sangat dengan perkongsian ini. Sebaiknya dedahkan anak-anak dengan kerja-kerja rumah sejak dari kecil supaya mereka faham erti tanggungjawab dan lebih berdikari. Tidak hanya bergantung pada mak ayah.
Kepayahan Ibu Jadi Aspirasi, Anak Pencuci Bangunan Raih Keputusan Cemerlang Dalam STPM.
Seorang anak pencuci bangunan membuktikan kepayahan hidup bukanlah alasan untuk tidak berjaya dalam pelajaran. Bekas pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin, Amsyar Muawiyah Mohd. Sofi,20 merupakan antara 70 pelajar cemerlang Pulau Pinang yang berjaya memperolehi 4A dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023, yang diumumkan semalam.
Bekas pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin, Amsyar Muawiyah Mohd. Sofi melihat sendiri kegigihan ibunya, Mardiah Ismail, 47, yang memperoleh pendapatan RM1,500 sebulan menjadi perangsang untuknya mengubah nasib keluarga.
Bergelar anak yatim pada usia 16 tahun selepas ayahnya, Mohd. Sofi Salleh, 48 meninggal dunia secara mengejut empat tahun lalu.
“Selepas ayah meninggal dunia (tahun 2020) barulah mak saya bekerja sebagai pencuci bangunan di Mahkamah Pulau Pinang dan saya melihat mak bekerja keras untuk menyara saya dan adik berusia 18 tahun.
“Mak juga selalu pesan yang saya adalah harapan keluarga, jadi saya perlu berusaha membaiki nasib keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh.
Amsyar Muawiyah nekad menghadiahkan keputusan cemerlang STPM kepada ibu tersayang yang banyak memberi dorongan dan tidak putus berdoa untuk kejayaanya. Selain Amsyar, tujuh lagi pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh 4A dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam keputusan STPM 2023.
Hadir menyerahkan keputusan cemerlang mereka ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Roland @ Rozaidi Abu Hassan.
Tiada Tuisyen, Hanya Tumpukan Perhatian Dalam Kelas
Menurut Amsyar yang mahu menjadi seorang guru, dia tidak mengikuti mana-mana kelas tuisyen dan hanya menumpukan perhatian di dalam kelas.
“Saya meluangkan masa setiap dua atau tiga jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran dan sering mengingati pesanan mak bahawa pelajaran mampu mengubah nasib kami,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gadis cari bapa kandung untuk jadi wali, “Saya ditinggalkan ketika berusia 40 hari, ketika ibu dalam pantang. Seorang gadis berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai merayu bantuan orang ramai untuk mengesan bapa kandungnya yang telah terpisah sejak dia masih bayi. Gadis ini bakal melangsungkan pernikahan pada September ini.
Gadis Cari Bapa Kandung Untuk Jadi Wali, “Saya Ditinggalkan Ketika Berusia 40 Hari, Ketika Ibu Dalam Pantang
Memetik Sinar Harian Nur Amylia Zulaikha Mohd Faiza berkata, dia kini sedang mencari bapanya, Mohd Faiza Mat Yaman, 42, kerana ingin beliau menjadi wali dalam majlis bersejarah itu nanti. Amylia, dia tidak pernah berpeluang mengenali bapanya sendiri.
“Saya ditinggalkan ketika berusia 40 hari, ketika ibu masih dalam pantang.
“Saya membesar tanpa mengenali wajah ayah, cuma tahu namanya dan sedikit latar belakang sahaja,” katanya.
Tambahnya lagi, ibu bapanya pernah mendirikan rumah tangga pada Disember 2002 dan tinggal di Jalan Ustaz Omar Shukri sebelum bercerai pada Jun 2010. Kali terakhir bapanya dikatakan pulang ke rumah adalah sekitar tahun 2008.
Amylia yang kini menetap di Kampung Pulau Serai berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki bapanya termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan lama lelaki itu dan mencari ke beberapa kawasan sekitar Serdang serta Kuala Lumpur, namun belum berhasil.
“Sudah beberapa bulan saya berusaha mencari ayah, namun masih buntu. Harapan saya agar dia dapat dikesan secepat mungkin supaya impian saya untuk dinikahkan oleh ayah kandung sendiri tercapai,” ujarnya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Mohd Faiza, yang dipercayai berasal dari Jalan Baru, Pak Sabah, diminta menghubungi Amylia Zulaikha di talian 010-5960228.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.