Bila berakhirnya hubungan rumahtangga, banyak pasangan dilihat bermusuh. Kalau boleh tak nak bertegur sapa satu sama lain. Tapi sebenarnya ada banyak lagi pasangan yang boleh jadi geng baik dan melupakan sengketa lama.
Tindakan seorang bekas isteri menyarungkan cincin pertunangan kepada tunang bakal suaminya jadi bualan apabila dilihat sempoi dan masih mampu bergelak ketawa seolah-olah sama gembira meraikan hari bahagia bekas suaminya.
Tidak hanya datang seorang, sebaliknya seluruh ahli keluarga sama-sama hadir ke majlis pertunangan dan meraikan hari bahagia bekas suaminya itu.
Hal ini memang jarang terjadi dan ia dilihat agak pelik. Selepas video ini menjadi viral dan ditonton lebih setengah juta orang di media sosial @eKa-TyKa tampil memberi penjelasan mengenai tindakan kakaknya itu.
Katanya, kakaknya sudah lama bercerai.
“Bekas abang ipar saya sejak kecil dibela oleh neneknya selepas ayahnya meninggal. Ibunya ada tapi sudah bawa haluan masing-masing. Jadi bila dia bertemu gadis lain dan ingin bertunang, kami semua hadir bersama sebagai anggota rombongannya.
Ads
“Asalnya ahli keluarganya yang akan sarungkan cincin tunang tapi saat akhir mereka tak dapat datang. Kalau ada pun lelaki, jadi tak sesuai sarungkan cincin tunang tu. Jadi kakak saya ambil alih sarungkan cincin pada hari tersebut untuk tunang bekas suaminya. Kami semua ok sangat-sangat dan tak anggap pun hal ini sebagai pelik. Bahkan gembira dirinya sudah bertemu orang lain,” katanya tampil memberi penjelasan.
Ya, ramai saja pasangan bercerai boleh berbaik dan tak ada gaduh-gaduh pun. Masing-masing dah faham dan bawa laluan hidup tersendiri. Apa pun kita doakan agar masing-masing bertemu jodoh dan kekal hingga ke Jannah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Inkues: Zara Qairina Kritikal Ketika Dibawa Ke HQE Pada 16 Julai – Dr Jessie. Allahyarham Zara Qairina Mahathir dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dalam keadaan kritikal pada awal pagi 16 Julai lalu.
Inkues: Zara Qairina Kritikal Ketika Dibawa Ke HQE Pada 16 Julai – Dr Jessie
Pakar Patologi Forensik dari Jabatan Perubatan Forensik HQE, Dr Jessie Hiu, memaklumkan bahawa keadaan arwah ketika sampai di hospital pada jam 4.38 pagi direkodkan pada tahap 3/15 (E1V1M1) dalam penilaian Glasgow Coma Score.
Menurut beliau, angka itu menunjukkan kecederaan otak yang dialami sangat serius.
“Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Satu amaran trauma kemudian diaktifkan pada jam 4.42 pagi. Dia dibuat penilaian dan diurus oleh pasukan pelbagai disiplin,” katanya ketika membacakan kenyataan bertulis di mahkamah.
Beliau menjelaskan, pemeriksaan klinikal turut melibatkan imbasan CT, CTA dan radiograf. Hasil pemeriksaan menunjukkan wujudnya hematoma pada kulit kepala, pendarahan dalam otak bersama pembengkakan, ensefalopati iskemik hipoksik, selain beberapa kecederaan lain termasuk patah distal jejari kiri, subluksasi pergelangan tangan kiri, patah tulang tibia kiri serta luka di pergelangan kaki.
Selain itu, turut dikesan patah pertiga distal tibia kiri, dislokasi sendi buku lali, patah kominutif tulang calcaneum kiri serta patah vertebra lumbar kedua hingga keempat. Mangsa juga mengalami hematoma pada otot Psoas kiri dan hematoma di tisu pelvis ekstraperitoneal.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia pada jam 1.07 tengah hari, 17 Julai 2025 akibat kecederaan otak traumatik dengan ensefalopati iskemik hipoksik.
Dr Jessie, berusia 58 tahun, telah berkhidmat di HQE sejak 1998. Beliau memiliki ijazah perubatan dari Universiti Sains Malaysia (1991) serta Ijazah Sarjana dalam bidang patologi dari Universiti Malaya (1998). Beliau juga merupakan ahli Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Malaysian Society of Forensic Medicine and Science serta Indo-Pacific Association of Law, Medicine and Science.
Sepanjang kerjayanya, beliau menyelia antara 100 hingga 150 bedah siasat setiap tahun, selain hadir memberi keterangan sebagai pakar forensik di Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi di Sabah serta Labuan sebanyak 10 hingga 15 kali setahun.
Dalam prosiding inkues, Pegawai Pengendali, Datuk Badiuszaman Ahmad turut meminta penjelasan mengenai butiran keterangan bertulis Dr Jessie, termasuk berkaitan 172 keping foto bedah siasat jenazah arwah.
Keterangan tersebut disampaikan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, dengan turut hadir peguam yang mewakili ibu bapa Allahyarham serta pasukan peguam bagi lima remaja tertuduh dalam kes buli di Mahkamah Kanak-Kanak.
Penunggang ducati jatuh flyover punya keperibadian mulia, geng rider kongsi Al-Quran tak pernah lepas dari tangan.
Sejak semalam tular di media sosial kejadian seorang penunggang motosikal Ducati meninggal selepas tercampak daripada motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dari jejambat (flyover) di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Ahmad Fadzil Omar Azaddin dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus, sebelum terbabas dan terjatuh ke bawah jejambat tersebut dan meninggal di tempat kejadian.
Al-Quran Tak Pernah Lepas Dari Tangan
Orang ramai ternyata marah dengan tindakan melawan arus sebuah motosikal lain hingga mengakibatkan orang lain hilang nyawa. Dalam pada itu, keperibadian allahyarham yang baik dan tidak pernah meninggalkan Al-Quran setiap pagi dalam kehidupannya dikongsikan oleh geng-geng rider.
Geng Rider Kongsi Keperibadian Mulia Penunggang Ducati Meninggal Jatuh Flyover
Ia telah dikongsikan oleh Mohd Said Mohd Shariff di fbnya yang mana allahyarham adalah seorang dari anak murid Ustaz Ahmad Hasyimi yang sering mengikuti pengajian agama ustaz tersebut.
Jelas Mohd Said yang juga geng ride bersama allahyarham, Last perbualan kami…”Assalamualaikum “Brother u need to ride, we need to ride, its been a whilekan”..ok bang inshaAllah on..
Kebetulan memang jarang dapat ride bersama sejak kelas setiap minggu, last bertemu akhir Ramadhan, sempat catch up, berpelukan melepas rindu “we plan to ride soon”…Qaddarallah tidak kesampaian hasrat kami. Sedang sibuk kerja tak sempat tengok hp..Dapat panggilan dr Abu Talhah utk pengesahan saya terus minta zaujah menghubungi zaujahnya…إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ramai yang mengenalinya terutama sahabat-sahabat riding..
Beliau merupakan seorang sahabat yang cool malah saya menganggapnya sebagai seorang abang & menghormatinya, awal-awal riding sekitar 2016-2017 banyak yang saya pelajari hasil daripada kerap mengekori beliau dari belakang.
“No doubt ridingnya skill yang amat baik” boleh katakan seorang yang luar biasa bila mengendalikan jentera,..
Kerap juga kami ride bersama, cuma dia memag jenis tak guna hp so just tunggu same time rv point yang sama. Kerap kali dia akan cakap “Remind me if I’m going too fast” & ada kala dia komen cara saya riding or dia akan cakap u going too fast brother..tapi jarang-jarang sebab kebiasaan dia lead the way..
Inilah dia Abg Fadzil..perbualan kami sentiasa topik motor, how to handle the machine, he’s past experience riding sort of models, general topics & pastinya perbincangan ilmiah al quran dan sunnah yang telah kami dpt manfaat bersama-sama, semuanya kami sepakat dalam hal agama Alhamdulillah sahabat semanhaj yang tulen..
Pernah kami melawak yang masih segar di ingatan..
Saya kata pada dia “Bang “can u imagine, I’m gonna be late for changging my suit so i just go berjemaah with my racing suit with the knee slider everythng”. Dia reply “after solat they gonna call imam asking your solat valid or not”. Kami gelak terbahak-bahak..MashaAllah semoga Allah merahmatinya.
Di sudut lain pula beliau juga adalah pencinta sunnah seorang yang istiqamah dengan solat berjemaah saf depan pasti miliknya, sentiasa lekat di majlis ilmu asatizah sunnah, tidak pernah lepas dari tangannya al quran setiap hari/pagi..
Ke mana kami ride bersama dia akan pastikan sempat balik utk berjemaah dimasjid..perasaan sebak pilu, namun pasti Allah lebih menyayanginya atauran Allah terbaik untuknya..
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
“Ya Allah berilah ampunan kepadanya, sayangilah ia, jagalah ia dan maafkanlah ia..”
**InshaAllah esok solat jenazah diharap semua geng-geng yang kenal ride sama-sama ke Masjid Al Azim,inshaAllah akan dimaklumkan selanjutnya.
Ia turut dkongsi juga oleh Abu Talhah yang dalam hantaran terkininya bahawa jenazah allahyarham Tuan Haji Fadzil akan di solatkan di Masjid Al Azim Pandan Indah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana insya Allah selepas Zuhur seperti dikongsikan oleh anak allahyarham.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Doktor kongsi saat genting rawat pelajar UPSI – “Kenangan yang sukar dilupakan buat kami di Hospital kecil.” Negara kita dikejutkan dengan tragedi memilukan yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam nahas bas carter yang berlaku awal pagi Isnin.
Doktor Kongsi Saat Genting Rawat Pelajar UPSI – “Kenangan Yang Sukar Dilupakan Buat Kami Di Hospital Kecil”
Kecemasan yang melibatkan angka kematian tinggi bukan sekadar satu cabaran rutin, tetapi menuntut respons pantas serta kerjasama menyeluruh bagi menyelamatkan nyawa-nyawa yang masih bergelut untuk hidup.
Dalam hiruk-pikuk tangisan dan bunyi siren ambulans yang silih berganti di pekarangan Hospital Gerik, tersembunyi sebuah kisah luar biasa, kisah yang jarang tersingkap di mata umum.
Seorang pegawai perubatan, Dr Muhammad Adam telah membuka ruang untuk masyarakat melihat sendiri realiti di sebalik tabir tugas petugas kesihatan yang sering kali tidak mendapat perhatian sewajarnya ketika negara berhadapan saat genting.
Apa yang dikongsikan bukanlah untuk mengundang simpati atau meraih sanjungan. Sebaliknya, beliau ingin menzahirkan bagaimana berkhidmat di sebuah fasiliti kecil yang perlu merawat seramai 29 mangsa dalam satu masa adalah satu tanggungjawab yang amat besar dan mencabar.
Namun begitu, bagi Dr. Muhammad Adam, insiden tersebut lebih daripada sekadar rutin tugas, ia merupakan detik getir yang penuh nilai kemanusiaan, dan akan kekal terpahat dalam memori semua anggota kesihatan yang terlibat.
Ketika menyelami semula detik mencemaskan itu, beliau tidak dapat menyembunyikan emosi tatkala mengenangkan dedikasi luar biasa rakan-rakan setugasnya. Dalam keadaan serba kekurangan dan tekanan yang tinggi, mereka tetap berdiri teguh, memberikan yang terbaik, dan membuktikan erti sebenar pengorbanan.
9 Jun 2025 — Kejadian MCI Melibatkan Sebuah Bas dan MPV
Kenangan yang sukar dilupakan buat kami di Hospital Kecil.
Alhamdulillah, pengalaman ini merupakan satu ujian yang pahit dan manis buat kami semua. Namun, perkara yang paling menyentuh hati saya adalah komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh para staf.
Seawal jam 3 pagi, mereka telah bersiap sedia menerima arahan dan menangani kes-kes kecemasan, berjuang menentang godaan tidur walaupun bukan dalam waktu bertugas. Inilah wira-wira yang tidak didendangkan.
Sering disalah ertikan peranan mereka, namun apabila tiba saat genting, merekalah yang berdiri di barisan hadapan, menyumbang tenaga tanpa banyak bicara.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf Hospital Gerik yang terlibat. Anda semua adalah wira sebenar saya. Tanpa anda, perjalanan pagi tadi pasti terasa jauh lebih mencabar dan memenatkan.
Hari ini, kita telah membuktikan bahawa apabila kita bersatu hati, tiada cabaran yang tidak dapat kita atasi.
Tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua agensi lain yang turut berganding bahu membantu dalam misi ini. Anda semua memang terbaik.
Takziah diucapkan kepada semua mangsa dan keluarga yang terkesan. Semoga anda diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.