Ikan Bawal Sumbat Sambal Cili Kering Garing, Resepi Arwah Mak

Share

Kadang kala sesuatu masakan mempunyai cerita tersendiri dan memori manis untuk dikenang. Lebih-lebih lagi masakan air tangan daripada mak sendiri. Nikmat kesedapannya tak dapat dinikmati dimana-mana, kerana dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang buat anak tersayang.

Termasuklah resipi Ikan Bawal Sumbat Sambal Cili Kering yang dikongsikan oleh Khuzaimah Zainal Abidin

ini. Menurut wanita ini, ia merupakan resipi yang arwah emaknya selalu buat.

“Dah lama sebenarnya nak kongsikan resepi dari arwah mak ni. Dulu arwah selalu buat..siap request kat mak, nak ikan bawal sumbat sambal cili kering. Sekarang anak-anak pulak suka.Kalau boleh asal hari cuti aje mesti diaorang mintak buatkan.resepi ada di setiap gambar”

Bahan-Bahan:

Cili Kering (Rendam Air Panas)
Belacan
4 biji Bawang Merah
1/2 biji Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
1 sudu kecil Asam Jawa
Gula dan Garam

Ikan Bawal
Kunyit

Cara Membuat:

1.Tumbuk cili kering, belacan, gula dan garam sampai lumat.2.Dah lumat letak bawang merah,tumbuk sampai lumat jugak.3.Kemudian, tumbuk bawang putih sampai lumat jugak.4.Kalau suka letak la bawang besar separuh atau sebiji. Saya cuma letak separuh, tumbuk sampai lumat.5.Dah lumat letak asam jawa.Pandai-pandai la rasa manis, masin dan masam.6. Letak dalam ikan bawal yang dah siap dilumur kunyit dan garam.7. Masukkan pada semua ikan.

8.Goreng minyak sederhana..api jangan kuat, biar masak di dalam garing diluar.9.Tadaaaa…ni la rupanya ikan bawal sumbat sambal.

Info Ekstra!

  • Ada lebihan sambal boleh la guna kalau nak buat nasi goreng letak telur hancur. Memang sedapp.

Selamat Mencuba.

MW: Sememangnya masakan air tangan mak adalah yang paling sedap bagi seorang anak.Resipi mak lah pengubat rindu bila mak dah tiada. Buat mak-mak yang suka masak ikan goreng dan lauk ringkas, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Sumber: Khuzaimah Zainal Abidin

IKLAN