Sebak sungguh rasa hati bila menatap perkongsian video Yantei Bakir ini. Kelihatan seorang jururawat ambil alih menjaga pesakit Covid-19 yang berumur 5 tahun bagaikan anaknya sendiri.
Menurut Yantei, dirinya berasa terharu dengan usaha yang dilaksanakan oleh jururawat yang lengkap memakai PPE itu. Jururawat itu mengambil tanggungjawab menjaga pesakit ciliknya, bila mana ibu pesakitnya tidak sihat.
Kongsinya,
Jururawat Ambil Alih Jaga Pesakit 5 Tahun
“Maaf missy kak Yan ambik video, tapi rasa terharu amat sangat. Missy ni jaga pesakit budak berumur 5 tahun tu macam anak dia sendiri.
Aduhai tersentuh hati.. ibunya rasa tak sihat, budak tu demam dan tak mau makan ubat. Missy ni yang jaga, sponging, bagi makan ubat dan duduk di sisi budak ni.
Allahu.. besar pahala.. hanya allah yang membalas kebaikan missy-missy sekalian.”
Ads
Luahnya dalam caption video berkenaan yang diambil ketika berada di pusat kuarantin Dewan PL, Wilayah Persekutuan Labuan.
Kebetulannya, ketika itu anak Yantei juga sedang diuji Covid-19. “Anak saya yang admit hari itu. Tapi kami dah discaj.” jelasnya kepada Mingguan Wanita.
Perkongsiannya itu juga mengundang perasaan sebak di hati orang ramai. Turut tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan oleh jururawat berkenaan.
Malah, ada yang mendoakan akan kebaikan jururawat. Semoga jasa baiknya dibalas olehNya.
Tak kurang juga yang berasa sebak hingga bergenang air mata. Terlalu tersentuh melihat kebaikan jururawat yang merawat anak kecil itu.
Mingguan Wanita :Terharu sama dengan kebaikan jururawat yang baik budi. Semoga kisah jururawat ini menjadi inspirasi dan kekuatan kepada frontliner lain yang ketika ini berdepan ujian hebat dalam kerjaya mereka.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
“Dalamnya luka di hati hanya allah yang tahu.” Trend isteri pertama bersanding bersama madu.
Ternyata bukan mudah melihat suami yang berkongsi hidup berubah hati dan menduakan seorang isteri. Namun sebagai hambaNya, jika itu takdirnya, mak-mak terpaksa akur.
Menerima kenyataan dimadukan satu perkara, tetapi tolonglah hormati perasaan isteri pertama. Janganlah dipaksa dan diajak ke majlis persandingan suami dengan madunya. Amat tidak adil.
Sudah jadi trend pula isteri pertama bersanding di pelamin yang disediakan ahli keluarga isteri kedua. Jagalah hati semua pihak jika mahu berpoligami.
Nabi Muhammad SAW tidak pernah berpoligami sepanjang perkahwinan bersama Saidatina Khadijah. Walaupun Khadijah tua lebih 20 tahun dari baginda SAW.
Rasulullah SAW mengahwini Khadijah seorang janda hartawan ketika baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun. Begitu setia Rasulullah SAW kepada Khadijah. Bahkan tahun wafatnya Khadijah dikenali sebagai tahun dukacita buat baginda.
Selepas kewafatan Saidatina Khadijah, baharulah Nabi Muhammad SAW berkahwin lain dan berpoligami.
Berbeza dengan kita Orang Melayu Islam. Selagi tangan itu sampai untuk peluk isteri pertama dengan tangan kanan dan isteri kedua dengan tangan kiri, maka mahu ditunjukkan kepada dunia panjangnya tangan itu walaupun kehebatan si lelaki itu tidaklah seberapa dari segi zahirnya dan batinnya.
Tambah malang apabila kurangnya ilmu agama sebagai lelaki berpoligami apabila isteri-isteri menanggung diri sendiri dan suami tergamak mengumpul isteri-isteri dalam satu rumah untuk jimat belanja. Jika tidak mampu sediakan rumah yang berlainan, mengapa berpoligami pada awalnya?
Ini tidak dikira “isteri rela duduk serumah demi taat kepada suami” kerana ianya bertentangan dengan poligami cara Rasulullah SAW yang tidak pernah mengumpul isteri-isteri Baginda tinggal di rumah yang sama.
Susah juga nak berpoligami guna otak sendiri. Jangan bergangbang beramai-ramai atas katil sudahlah. Taat kepada suami ada had batasan tertentu yang tidak melanggar hukum Islam.
Poligami pula selepas suami berjaya dengan sumbangan Isteri pertama. Wang kejayaan dan kemewahan hasil usaha bersama isteri pertama selama bertahun-tahun dihabiskan untuk isteri kedua.
Isteri pertama diabaikan sebaik suami berjaya. Rasulullah SAW tidak pernah mengabaikan mana-mana isteri Baginda selepas Baginda berkahwin lagi.
Ada seorang lelaki di Putrajaya yang isterinya sedang sambung belajar Master di universiti di utara Malaysia, lelaki itu dengan bangganya mahu berpoligami tak kisah dengan gadis atau janda “hanya” kerana dia mampu membeli sebuah rumah di Putrajaya. Loan “sebuah” rumah itu kongsi bayar dengan isteri yang sedang cuti belajar itu.
Isteri itu di utara menanggung diri sendiri dan seorang anak yang dibawa isteri untuk dijaga sambil isteri itu belajar. Si suami? Macam orang bujang kaya walaupun sebenarnya dia tidak kaya jika tidak dibantu isterinya.
Lelaki sebegini tidak mampu berpoligami selagi dia sebagai suami masih menggunakan wang isterinya. Pastikan lelaki sebagai suami “tanggung segala-galanya” belanja isteri dan belanja rumahtangga sebelum berniat berpoligami. Tanggungjawab dunia pun tak-lepas, bagaimana mahu menjawab di akhirat?
Isteri kedua dalam berpoligami pula mesti nak cari yang cantik muda bergetah sahaja. Beria mengorat anak dara orang untuk dijadikan isteri kedua. Janda susah ramai anak yang menjual goreng pisang di depan rumah tak nak pula dikahwini.
Berpoligami dengan mengikut Sunnah Rasulullah SAW adalah dengan mengahwini janda susah untuk dilindungi. Kalian bukan Rasulullah SAW yang mampu membentuk perempuan muda sebagai pemimpin wanita Islam.
Dapat isteri kedua.. isteri pertama tidak lagi disentuh lelaki yang kononnya berpoligami itu. Banyak aduan di Pejabat Agama suami yang berpoligami tidak lagi menyentuh isteri pertama.
Jauhnya kita dengan poligami cara Rasulullah SAW.
Sebagai suami yang bertandang ke rumah keluarga mertua sebelah isteri kedua, cubalah belajar menghormati majlis di rumah orang lain.
Nak tunjuk kehebatan berpoligami cukup dengan Pemberian nafkah zahir batin yang adil antara isteri-isteri. Kerana di akhirat kelak, ini yang ditanya di hadapan Allah SWT.
Tidak pernah lagi disebut dalam Sirah Nabawiyyah tentang soalan “Berapa kali kamu berjaya buatkan isteri pertama kamu bersanding di atas pelamin isteri-isteri kamu yang lain dengan memutar-belitkan ayat taat kepada suami?”
Entah lah..
Yang penting bukan suami kawan-kawan saya atau bakal suami saya sebagai lelaki itu dan bukan saya serta kawan-kawan SISTERS saya di Meta ini yang dipaksa suami bersanding di pelamin madu sendiri. Dalamnya luka di hati isteri pertama itu hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Apa lah di fikiran sang suami hingga sanggup meminta bukan-bukan tanpa menjaga hati isteri pertama.
Terduduk! Bila diberitahu rumah sudah dihanyut banjir.” Dunia terasa gelap seketika, bila hilang tempat berteduh.
Siapa yang tidak sedih bila mengetahui rumah yang dijadikan tempat berteduh sekeluarga hilang sekelip mata dihanyutkan banjir.
Namun sebagai manusia biasa, mangsa banjir ini redha dan menganggap ini adalah ujian dari Yang Esa.
“Ya Allah, rumah aku hanyut! Mana lagi aku nak duduk ya Allah!” Itulah antara rintihan Junaidah Awang Senik, 55, yang baru mengetahui bahawa rumahnya musnah dibawa arus banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan.
Junaidah salah seorang pemilik daripada lima rumah yang hanyut di kampung berkenaan dipercayai kerana paras air terlalu tinggi serta arus sangat deras.
Katanya, dia sudah berpindah awal pada Sabtu lalu ke tempat selamat dan tidak mengetahui keadaan rumah sebelum diberitahu oleh anak jiran yang kebetulan meredah banjir melihat kediaman mereka.
“Saya terduduk bila diberitahu rumah sudah hanyut, dunia bagaikan gelap seketika kerana saya sudah tidak mempunyai apa-apa lagi, bahkan tempat berteduh pun musnah.
“Ini adalah ujian paling besar pernah saya hadapi di sepanjang usia yang sudah lanjut. Saya reda dengan ujian Tuhan ini dan berdoa semoga terus diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.
“Selepas banjir reda, saya sendiri tidak tahu mana arah hendak dituju,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Nori Azila Rosli, 33, juga hidup dalam keresahan memikirkan nasib rumahnya kerana kediaman beberapa jiran sudah hanyut dibawa arus dan tidak dapat diselamatkan.
“Saya dan keluarga hanya mampu berdoa agar teratak kami terus kukuh dan tidak runtuh mahupun hanyut. Kami sudah beberapa malam tidak tidur lena walaupun kini sudah selamat berada di kawasan bebas banjir.
“Kami tidak terkejut kerana banjir memang hampir setiap tahun melanda, tetapi kali ini ia luar biasa dipercayai kerana pembinaan benteng di kawasan berdekatan.
“Saya mewakili penduduk kampung merayu kepada semua, tolong cari jalan secepat mungkin untuk menyelesaikan isu ini kerana kami tidak sanggup melaluinya lagi selepas ini,” katanya.
Menurutnya, bukan saja Kampung Tersang malah penempatan lain menerima kesan sama seperti Kampung Luar, Kampung Gual To’Deh dan Kampung Gual Periok.
Mingguan Wanita : Semoga semua mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dipermudahkan urusan dan berada di kawasan yang selamat hendaknya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
“Memang sedap cheese melimpah”. Risiko pada kesihatan, elak makan produk cecair keju keterlaluan.
Setiap kali tengok makanan yang keju atau cheese dia melimpah dan meleleh pasti terliur. Terasa auto sedap makanan kalau penjual makanan tak lokek banjirkan makanan dengan cheese.
Ikuti perkongsian Public Health Malaysia ini dan hadam baik-baik:
Kegilaan rakyat Malaysia kepada cecair keju ini bermula dari menu KFC cheesy wedges yang telah diperkenal sekian lama.
Setelah ramuan cecair keju ini ditemui, ia bagaikan satu bahan tambahan wajib untuk pengusaha makanan meningkatkan “value” produk makanan mereka.
Senarai kandungan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan cecair keju ini terbukti ia sebenarnya merupakan bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa, garam, gula dan MALTODEXTRIN.
Bahan tambahan yang banyak digunakan ini merupakan bahan makanan proses yang berfungsi sebagai “pemekat” dan menambah jumlah makanan proses.
Apa yang membimbangkan, bahan ini mengandungi glycemic index yang cukup tinggi. Maknanya, selepas anda makan bahan ini, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.
Makanan seperti ini ternyata tidak sesuai untuk pesakit kencing manis. Bagi individu yang sihat, pengambilan makanan ini meningkatkan risiko kencing manis di masa hadapan.
Lihatlah anak-anak kita yang begitu menggemar cecair keju ini, badannya gemuk dan obes. Anak-anak obes ini tidak cergas, cepat lesu dan tidak aktif. Perkembangan minda mereka juga turut terganggu.
Ibu bapa dan pengusaha produk makanan sekalian,
Elakkan mengguna produk cecair keju ini secara keterlaluan. Lihatlah gambar gambar menu keju banjir ini.
Adakah anda merasakan ia satu menu yang sihat untuk dimakan?
Pilihan di tangan anda.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang rasa teringin nak makan tak salah, tapi jangan pula jadikan makanan kegemaran. Elok-elok sihat dapat penyakit pula.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!