Ibu Zara Qairina akui panik -“Jika tahu penting, kami tak akan tolak bedah siasat.” Noraidah Lamat, 45, ibu kepada arwah Zara Qairina Mahathir, mengakui dirinya berada dalam keadaan terkejut dan panik ketika diminta membuat keputusan berhubung bedah siasat anaknya yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
Ibu Zara Qairina Akui Panik -“Jika Tahu Penting, Kami Tak Akan Tolak Bedah Siasat”
“Saya terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika kejadian. Tiada nasihat diberikan dan jika kami tahu, kami tidak akan tandatangan dokumen menolak bedah siasat itu,” katanya.
Menurut Noraidah, beliau tidak dapat berfikir dengan tenang sewaktu pihak hospital meminta kebenaran menjalankan bedah siasat terhadap anaknya yang berusia 13 tahun itu.
“Tiada penjelasan yang jelas dan kami memang tidak biasa dengan kes seperti ini. Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat.
“Jika kami tahu (kepentingan membuat bedah siasat), kami tidak akan tandatangan dokumen bagi menolak bedah siasat itu,” katanya lagi menerusi komen di Facebook.
Peguamnya, Hamid Ismail, turut mengesahkan bahawa akaun Facebook dengan nama pengguna ‘Noie AiDa’ adalah milik Noraidah.
Ads
Semalam, pihak Bukit Aman memaklumkan berlaku ketidakpatuhan prosedur oleh polis kerana bedah siasat tidak dilakukan seperti sepatutnya. Namun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar, menjelaskan bahawa Noraidah telah menandatangani dokumen hospital bagi menolak prosedur tersebut.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya di Papar.
Ads
Susulan itu, Jabatan Peguam Negara mengarahkan mayat pelajar berkenaan digali semula untuk bedah siasat, yang dilakukan pada Ahad lalu. Jenazahnya kemudian dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang, pada Isnin.
Kucing, binatang yang boleh membuatkan kita hilang stres bila melihat keletah dan kecomelannnya. Bagi tuannya atau pemilik, tentulah ia menjadi penghibur di kala suka dan duka.
Mungkin tak semua akan suka kucing. Ada sesetengahnya fobia dengan kucing dan tak kurang juga yang suka pelihara sampai berpuluh-puluh ekor sebagai peneman di rumah.
Tanpa kita sedar, kucing inilah membawa rezeki dan sentiasa mendoakan tuannya. Namun, ada satu lagi yang mungkin kita tak tahu, ia melindungi tuannya dari terkena sihir.
Dalam perkongsian Nabhan Aziz dalam video tiktoknya ada memberitahu bahawa istimewanya kucing adalah melindungi tuannya. Ia menjadi tanda isyarat sebelum tuannya terkena sihir.
Jelasnya, kucing menjadi salah satu binatang yang dibenarkan dibela dalam rumah dan pastinya binatang belaan khusus untuk orang Islam.
Istimewanya kucing, pemilik dapat isyarat daripada kucing jika kalau ada sihir atau berlaku perkara yang tidak baik pada diri dan keluarganya.
Dalam perkongsiannya juga menjelaskan bagaimana beliau dan rakannya membuat rawatan di sebuah keluarga yang mempunyai banyak kucing.
Apabila dibaca ayat ruqyah, tiba-tiba kucing mula memberi tindak balas. Kebanyakan yang ingin merawat sihir, kucing itu akan muntah dan kucing miliknya banyak yang mati.
Apabila diperiksa, ada sihir yang berlaku dalam rumahnya dan kesannya, kucing miliknya menanggung.
Jadi, buat pemilik kucing, hargai an sayangilah kerana ia bukan saja menjaga, mendoakan tetapi ada pahala di akhirat nanti.
Mingguan Wanita : Bukan setakat membawa rezeki tetapi ia juga mendoakan tuannya. Sayangi dan hargailah si bulus anda.
Perahu tambang ke sekolah karam, dua pelajar perempuan masih hilang. Niat menimba ilmu demi mengubah masa depan bertukar detik ngeri bagi 15 orang pelajar apabila perahu tambang yang mereka naiki karam ketika menyeberangi
Sungai Kayan, di Kampung Selampit, Lundu, Sarawak pagi tadi.
Ketika kejadian 6.10 pagi pagi tadi, difahamkan, 15 pelajar menaiki perahu berkenaan sebelum karam di mana dua pelajar, Alsma Jithil, 14 dan Helena Fasha Petrus, 17 tahun masih belum ditemui.
Operasi menyelamat giat dijalankan bagi mengesan dua pelajar yang masih hilang
Di sinilah lokasi perahu tambang karam di mana 15 orang pelajar menaikinya. Dua masih hilang
Perahu Tambang Ke Sekolah Karam
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.33 pagi.
Memetik laporan Harian Metro, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.
Menurutnya, dalam laporan awal yang diterima pihaknya, tiga pelajar dilaporkan hilang, namun salah seorang berjaya ditemukan dengan selamat.
Pelajar yang diselamatkan dalam tragedi ini
Dua Pelajar Perempuan Masih Hilang
“Pencarian awal sudah dilancarkan oleh penduduk dan berjaya menemukan salah seorang mangsa iaitu Abraham Nyoeng, 16, dalam keadaan selamat.
“Anggota bomba kini meneruskan pencarian bersama dengan penduduk kampung untuk mengesan dua lagi pelajar perempuan iaitu Alsma Jithil, 14 dan Helena Fasha Petrus, 17,” katanya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekarang ini zaman berjimat cermat. Mana-mana bekas raya yang masih boleh guna, kita gunakan semula. Kalau anda jenis rajin beli biskut raya, jangan disimpan dalam almari saja bekas biskut tu. Anda boleh ubah jadi set balang raya kreatif, lain dari yang lain.
Hasil kreativiti Puan Azzatie Intan Suraya ini boleh jadi panduan buat anda yang sedang tercari-cari jenis balang raya yang nak diletak atas meja masa 1 Syawal nanti. Sebenarnya istimewa set balang raya home made ini, mak-mak boleh design ikut cita rasa sendiri.
Kalau mak-mak nak konsep vintage boleh pilih warna-warna rustic untuk serlahkan konsep balang mak-mak. Macam yang dikongsikan Puan Azzatie ini, balang rayanya tampak ceria dan menawan pandangan.
Bahan-bahan DIY Balang Raya
8 x Bekas plastik 0.90 sen (beli di Mr DIY)
Reben bunga – 0.60 sen
Reben pink RM2.50
Span – RM4.80
Reben lilit RM1 x 4 meter
Gam tembak (glue gun)
Gunting
Panduan Menghias Balang Raya
Hias ikut kreativiti masing-masing.
Nak guna balang kaca pun boleh, cuma balang plastik selamat buat mereka yang ada anak kecil.
Balang kaca ini boleh tahan bertahun-tahun. Jika mahukan kelainan, tahun depan boleh ubah hiasan dekonya ikut tema raya anda.
Sumber/ Foto: FB Azztie Intan Suraya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata warga Pal4stin tumpah di tepi pantai, kecewa bantuan Sumud Frotilla ditahan. Di sebalik penahanan kesemua 497 aktivis Global Sumud Flotilla semalam, ada...