Jika sebahagian dari kita meratap saat kehilangan anak berbeza situasi di negara Palestin yang menzahirkan rasa syukur kerana anak-anak mereka mati syahid.
Inilah yang dirasakan seorang ibu kepada Ibrahim Nablusi yang merupakan Komander Briged Syahid Al-Aqsa yang terbunuh dalam serangan pagi zionis pagi semalam. Dirinya mampu mengusung jenazah anaknya dalam keadaan tersenyum kerana tahu anaknya akan berbahagia di akhirat kelak berikutan menentang zionis.
Tidak sekadar tersenyum mengusung jenazah anaknya yang turut dihadiri ribuan pemuda Palestin lain, kata-katanya yang keluar dari mulutnya saat di temuramah juga sangat bersemangat.
Inilah jawapannya yang pasti membuat ramai ibu-ibu sebak.
‘Ibrahim adalah kebanggaan saya. Dia seorang diri mampu menggerunkan penjajah. Ibrahim telah syahid tetapi semua pemuda Palestin adalah Ibrahim. Akan datang 100 lagi Ibrahim malah seribu Ibrahim. Apabila saya bertanya kepada Ibrahim, bila engkau mahu berkahwin, dia menjawab, tidak, pengantinku di syurga.’
Dalam pada itu, kata-kata akhir Ibrahim yang sedang dikepung pasti membuatkan lebih lahirnya pejuang di Palestin.
Antara kata Ibrahim ialah “pertahankan tanahair kita. Saya sedang dikepung dan tak akan berhenti melawan sehingga syahid. Saya sayang ibu saya. Jangan letakkan senjata kalian, demikian kata-kata akhir Ibrahim Al Nabusi sebelum terbunuh dalam serangan roket yang ditujukan di tempat persembunyiannya.
Ads
Jenazahnya diusung ribuan pemuda Palestin. Seperti kata ibunya, seorang anaknya pergi akan lahir seratus bahkan seribu lagi Ibrahim. Takbir.
Dikongsi dari fb Nadir Al-Nuri, dia berkongsi kisah Ibrahim yang pastinya membuat kita berada betapa hebatnya perjuangan anak-anak muda seluruh Palestin menentang Zionis.
Baru sahaja serangan ke atas Gaza tamat, penjajah mula melakukan serangan di Tebing Barat pula.
Ads
Antara pemuda yang syahid ialah Ibrahim Nablusi, pemuda 26 tahun yang digeruni Zionis sehingga diletakkan dalam senarai hitam mereka.
Inilah Ketua Briged Syahid Al-Aqsa, Ibrahim Al Nablusi. Memilih perjuangan dari perkahwinan, kata Ibrahim, pengantinnya akan menunggunya di syurga. Sebaknya.Dalam serangan roket Zionis inilah mengakibatkan kematian Ibrahim. Dirinya kembali dijejaki selepas dia keluar menziarahi rakannya yang juga syahid sebelum dijejaki zionis.
Dia telah lama dicari, tetapi hanya ‘muncul’ semula selepas kelihatan di majlis jenazah rakan karibnya yang juga syahid.
Operasi membunuh Ibrahim dirancang dan beliau berjaya dijejak dan dibunuh.
Daripada mana datang kekuatan seorang anak muda ini sehingga hidupnya dikorbankan untuk perjuangan? Pastinya daripada didikan seorang ibu yang kuat.
Ads
Ibunya apabila ditemuramah selepas mendapat berita syahidnya Ibrahim menyebutkan,
‘Ibrahim adalah kebanggaan saya, dia seoarang diri menggerunkan penjajah. Ibrahim telah syahid tetapi semua pemuda Palestin adalah Ibrahim. Akan datang 100 lagi Ibrahim malah seribu Ibrahim. Apabila saya bertanya kepada Ibrahim, bila engkau mahu berkahwin, dia menjawab, tidak, pengantinku di syurga.’
Ibu Ibrahim turut serta mengusung jenazah anaknya dalam keadaan tersenyum.
Biasa-biasa atau luar biasa? Kongsikan dan ayuh doakan anak kita juga menjadi pejuang!
(Sebahagian video lain saya kongsikan di t.me/nadiralnuri supaya fb tak diblok).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mungkin antara kita tak sangka bahawa tanah di angkasa lepas, iaitu di bulan juga boleh di beli. Atas rasa kasih dan cinta pada isteri tersayang menyebabkan seorang lelaki di Pakistan membeli satu ekar (kira-kira 0.4 hektar) tanah di bulan sebagai hadiah perkahwinan mereka. Memang istimewa, unik dan bukan calang-calang hadiahnya ini.
Portal Gulf News melaporkan Sohaib Ahmed, 23, membeli tanah itu pada harga AS$45 (kira-kira RM186) melalui program Inisiatif Pendudukan Bulan (LSI) Pembelian itu disahkan oleh LSI melalui satu sijil rasmi.
Malah, nama Sohaib Ahmed juga jelas tertera pada sijil berkenaan.
Dimiliki Aktor Bollywood
Sebelum ini, beberapa aktor Bollywood antaranya Shah Rukh Khan juga dilaporkan mempunyai tanah di sana selepas dihadiahkan oleh seorang peminatnya.
Selain itu, seorang lagi aktor Bollywood yang baru meninggal dunia pada Jun lalu iaitu mendiang Sushant Singh Rajput juga dikhabarkan memiliki sebidang tanah di bulan.
Menurut laman web LSI, tanah di bulan hanya ditawarkan kepada individu atau syarikat bagi membiayai misi eksplorasi dan pembangunan sumber di bulan.Selepas berjaya memiliki tanah, pemilik ‘berhak’ untuk tinggal di tanah itu.
Dalam pada itu, pasangan itu dilaporkan berjaya mendapatkan semua dokumen berkaitan yang dikeluarkan Sea of Vapor Society.
Sohaib berkata, dia mendapat inspirasi untuk membeli tanah di bulan daripada mendiang Rajput.
Isterinya, Madiha berkata, ramai yang menyangkakan pembelian tanah di bulan hanya gurauan.
“Ramai beranggapan ia gurauan, tetapi sebagai saya menunjukkan dokumen mereka baru mempercayainya,” katanya.
Dalam pada itu, Gulf News melaporkan bahawa ada banyak syarikat dalam talian menawarkan penjualan tanah di bulan.
Larangan Tuntutan Tanah Di Angkasa Lepas
Realitinya, India dan Pakistan sudah menandatangani perjanjian antarabangsa pada 1967 yang melarang mana-mana pihak untuk membuat tuntutan terhadap tanah di angkasa lepas.
Perjanjian The Outer Space Treaty itu sehingga kini sudah ditandatangani oleh 105 negara.
Antara lain turut menghalang mana-mana pihak menempatkan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) di angkasa lepas.Selain itu, tanah berkenaan dianggap sebagai warisan manusia dan tidak boleh dimiliki oleh mana-mana negara atau individu.
MW: Tak sangka tanah di bulan pun boleh dibeli.Memang istimewa, unik, lain daripada yang lain. Demi kasih pada isteri tersayang macam-macam sanggup dilakukan.
Memang menarik kisah pasangan pengantin baru dari Raub, Pahang ini. Masa kan tidak, pengantin lelakinya sanggup mengambil masa selama empat jam pada sebelah pagi hari majlis persandingannya untuk memasak sendiri 10 jenis nasi untuk disajikan kepada 2,000 tetamu. Hebat! bukan calang-calang pengantin boleh sediakan pelbagai hidangan dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi pada hari bahagia mereka.
Memetik laporan Harian Metro,seorang pengantin lelaki bernama Muhammad Syukri Addnan, 28, sanggup memasak sendiri 10 jenis nasi selama empat jam pada sebelah pagi pada hari persandingannya. Kesemua masakan itu ingin disediakan kepada 2,000 tetamu. Bukan itu sahaja, bajet dikeluarkan oleh lelaki ini untuk makanan lagi banyak dari pakaian yang dikenakan di hari persandingan.
Syukri berkata dia hanya memakai pakaian berharga RM150, manakala isterinya, RM250, tetapi membelanjakan RM9,000 untuk makanan kepada tetamu.
Mengusahakan Syarikat Katering
Dia yang mengusahakan syarikat katering bersama keluarganya, ANAC Katering Enterprise sangat berpuas hati kerana tetamu yang hadir pada 13 Januari lalu gembira dengan makanan yang dihidangkan.
“Saya tidak kisah memakai pakaian yang murah, asalkan makanan yang disediakan terbaik dan sedap serta menggembirakan tetamu.”
“Idea itu sebenarnya untuk saya menghargai pelanggan di sekitar Raub (Pahang) selain untuk mereka mencuba keenakan pelbagai jenis nasi yang kami boleh sediakan.
“Sebelum itu, saya umum dalam Facebook (FB) untuk menjemput semua orang datang ke majlis persandingan kami di Kampung Melayu Sungai Lui 2, Raub,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Belajar Memasak Daripada Ibu
Dari segi persiapan, Muhammad Syukri berkata, dia mula mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kesemua jenis nasi empat hari sebelum majlis. Dia menggunakan 97 kilogram (kg) beras untuk memasak Nasi Hujan Panas, Nasi Jagung, Nasi Serai, Nasi Beriani, Nasi Arab, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Keduli, Nasi Lobak dan Nasi Putih.
“Saya belajar memasak daripada ibu saya, Norazizah Ahad, 60, yang memang suka dan pandai memasak serta kebolehan ini mungkin diwarisi daripadanya.”
“Lagi satu, saya juga ikut gaya ayah saya, Addnan Md Amin, 63, yang akan sediakan makanan yang agak ‘mewah’ untuk tetamu dalam apa saja majlis,” katanya yang menikahi isteri, Nazirah Mokhtar, 22, pada 30 Disember 2017.
Anak keenam daripada sembilan beradik itu tidak kisah belanja banyak untuk makanan serta menganggap ia antara salah satu cara bersedekah. Syukri juga bersyukur kerana makanan yang disediakan mencukupi dan habis sebaik majlis berakhir pada 3.30 petang.
“Selain daripada 10 jenis nasi, saya menyediakan tujuh jenis lauk dan enam jenis air berperisa untuk tetamu dan Alhamdulillah, tiada pembaziran berlaku kerana semuanya habis dan cukup.
“Saya tidak kisah keluarkan belanja banyak untuk penyediaan makanan majlis kedua-dua pihak ini kerana kalau makan, kita akan kenyang dan ini juga adalah satu daripada cara untuk bersedekah,” katanya.
Dalam masa saya, Muhammad Syukri juga gembira kerana menerima banyak komen yang positif daripada tetamu selain ada yang mendoakan mereka murah rezeki dan bahagia dalam perkahwinan.
Mingguan Wanita mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan ini & selamat melayari bahtera rumahtangga.Semoga bahagia hingga ke syurga!
Sempena kedatangan lebaran tidak lama lagi, rupanya Stacy, penyanyi yang terkenal membawakan lagu-lagu rancak bukan sahaja pandai menyanyi malah cukup rajin buat kuih raya dan jahit baju sendiri termasuk untuk suami Akim Ahmad dan dua anaknya Bella Deluna, 6, dan Eshaal, setahun.
Usaha Stacy ni wajar dipuji.Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, berkata dia belajar menjahit menerusi YouTube dan buku jahitan sejak April lalu.Kira-kira dua bulan yang lalu.
“Ini semua atas permintaan Akim, selepas saya menjahit sendiri baju anak pada Pesta Kaamatan yang disambut April lalu.
“Sejak itu, dia minta saya buat lagi untuk baju raya. Jadi, dia belikan saya mesin jahit lengkap dengan mesin jahit tepi.
“Nak tak nak, saya kena buat. Apatah lagi, dia sudah beli kain. Saya ingat sepasang, tetapi dua (pasang). Kalau sudah pakar, tidak mengapa. Sekarang jahitan pun belum kemas dan ada yang kena buka semula,” katanya.
Harap Sempat Siap Pagi Raya
Stacy yang muncul dengan single Raja berkata, dia mula menjahit sejak awal bulan ini dan berharap baju mereka sempat disiapkan sebelum pagi raya.
“Akim jenis teliti. Setiap kali saya jahit, dia akan periksa sama ada okey atau tidak. Kalau ada jahitan tidak kemas, dia suruh buka dan jahit semula. Pendek kata, menjahit bukan mudah dan memerlukan tahap kesabaran tinggi.
“Pada mulanya, ia jadi minat baru. Tetapi, selepas melalui proses ini, saya terus jadi malas. Saya selalu berseloroh dengan Akim mengenai perkara ini, tapi dia cakap kena juga berusaha sebab saya sudah mula dari awal,” katanya yang menjahit baju kurung biasa dan baju Melayu teluk belanga.
3 Jenis Kuih Raya
Selain menjahit, sepanjang Ramadan ini Stacy turut membuat kuih raya antaranya Biskut Makmur, Tat Nenas dan Semperit.
“Memandangkan Ramadan ini saya tidak sibuk dengan kerjaya, jadi saya ambil peluang untuk buat sesuatu yang baru.
“Bukan saja menjahit, tapi juga buat kuih. Ia lebih kepada suka-suka. Semuanya belajar sendiri. Apa yang kelakar, ada kuih yang sudah siap dan habis dimakan. Jadi, kena buat lagi,” katanya.
Mak-mak boleh tiru cara Stacy ni, biarpun baru belajar dan tak berapa mahir, tetap usaha dan bersemangat buat kuih raya dan jahit baju sendiri. Biarpun kuih tak sedap mana, rekaan baju pun simple je, tapi yang penting puas hati bila kita buat sendiri. Malah ia salah satu cara juga jimatkan perbelanjaan musim raya ni.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...