Ibu tolak stroller anak autisme jam 3 pagi dibedah, buang darah beku di kepala. Baru ini tular seorang ibu menolak stroller anaknya mencari roti vanilla di keheningan pagi. Tidak menghiraukan bahaya yang mungkin menanti jam tiga pagi itu, naluri keibuannya mengenetepikan perasaan takut demi memastikan anak tidak kelaparan.
Selepas kisahnya tular di media massa selepas dibantu seorang pemandu grab, sekali lagi ibu ini diuji dengan kemalangan langgar lari dua hari lalu di mana mereka suami isteri koma sementara anak autisme mereka pula mengalami kecederaan ringan.
Ibu Tolak Stroller Anak Autisme Jam 3 Pagi Dibedah
Semalam Mingguan Wanita ada berkongsikan kisah suami isteri ini yang dilanggar pada jam 2 pagi di MRT Kampung Selamat, Sungai Buloh di mana adik kepada wanita berkenaan, Syarifah Zariena Syed Mansor berkongsi keadaan kakak dan abang iparnya yang koma serta meminta bantuan andai ada saksi yang menyaksikan kemalangan tersebut.
Pasangan suami isteri ini menjadi mangsa langgar lari jam 2 pagi di MRT Kg Selamat, Sungai Buloh
Berkongsi situasi terkini kakak dan abang iparnya, Syarifah Zariena memaklumkan, kakaknya sudah sedar dari koma namun perlu menjalani pembedahan pada otak berikutan ada darah beku bertakung di kolam air otaknya.
Jelasnya, situasi kakaknya agak kurang baik berbanding semalam namun kakaknya sudah ditolak memasuki bilik pembedahan bagi membuang darah beku di bahagian otaknya.
“Insya Allah, pembedahan juga akan dilakukan pada kaki sebelah yang patah,” katanya memaklumkan situasi terkini kakaknya.
Dalam pada itu, dirinya turut memaklumkan bahawa abang iparnya masih koma selepas terlibat kemalangan langgar lari itu.
“Abang ipar pulak, kesedarannya hanya 9% dari kita yang normal ni 15%. Kalau makin turun, mungkin akan di tidurkan. Buat masa ini masih koma dan belum sedarkan dirinya,” katanya menjelaskan anak pasangan ini berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan.
“Jazakumullahu Khair sudi mendoakan kakak dan abang ipar saya. Semoga Allah membalas dengan banyak kebaikan.Mohon maaf saya belum berkesempatan membalas segala inbox dan whatsapp,” katanya berkongsi situasi terkini kakak dan abang iparnya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Ads
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tahanan Palestin bersyukur dibebaskan, “saya baru keluar dari neraka & kini seolah di syurga. Azab dilalui tahanan Palestin dalam tahanan zionis ternyata amat buruk untuk dikenang. Ia umpama baru keluar dari neraka dan kebebasan di depan mata umpama syurga indah. Kebanyakan tahanan Palestin yang dibebaskan awal pagi ini mendakwa mereka ditahan dalam keadaan mengerikan di penjara Israel di Tebing Barat yang diduduki.
“Saya keluar dari ‘neraka’ dan sekarang saya di ‘syurga’, kami keluar dari ‘neraka’,” kata tahanan yang dibebaskan, Abdelaziz Atawneh Atawneh, kepada Reuters.
“Mereka selalu pukul kami, tembak gas pemedih mata ke arah kami. Mereka mengira kami dengan kepala kami tersembam di lantai.
“Tiba-tiba mereka masuk ke dalam sel dan menembak gas ke arah kami. Mereka mengeluarkan kata-kata kesat kepada kami. Tiada makanan, tiada manisan, tiada garam. Tiada apa-apa,” kata Abdelaziz.
Dalam pada itu, pada fasa pertama pembebasan, antara yang dibebaskan adalah tahanan Palestin paling terkenal iaitu pemimpin Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) di Tebing Barat, Khalida Jarrar.
Jarrar pernah menjadi ahli Parlimen Palestin dan sangat mengejutkan melihat penampilannya selepas dibebaskan. Wajahnya kelihatan cengkung dan seolah tidak bermaya sejak ditahan dalam penjara Israel.
Dirinya ditahan pada awal Julai 2017, di mana Jarrar berusia 54 tahun ketika itu dan dianggap Israel sebagai pertubuhan pengganas selepas dibebaskan dari penjara setahun sebelum itu.
Beliau ditahan enam bulan tanpa bicara oleh pihak berkuasa Israel.
Israel dijangka membebaskan hampir 2,000 tahanan Palestin dalam tempoh enam minggu akan datang semasa fasa pertama perjanjian gencatan senjata.
Kebanyakan yang dibebaskan pada Ahad merupakan wanita dan remaja.
“Kebebasan, kebebasan, kami biasa melihat langit melalui petak kecil. Saya biasa berkata saya berharap saya akan melihat langit tanpa petak-petak ini,” kata tahanan yang dibebaskan berusia 18 tahun, Rose Khwais, kepada Reuters.
Rose berkata pengawal penjara Israel melayan tahanan Palestin “seperti haiwan.”
“Kami keluar dari sel seperti ayam dan kemudian kami dikembalikan ke sel kami. Mereka tidak melayan kami dengan baik, tiada makanan yang baik, tiada rawatan perubatan.
“Saya mengalami simptom strok, cecair di sekitar jantung, dan juga masalah tekanan darah. Saya tidak takut dengan penyakit itu, saya risau keluarga saya akan tahu bahawa saya jatuh sakit,” kata Rose Khwais. – Awani/ Agensi
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan selepas menikam ibu saudaranya dengan sebilah pisau di Flat Jalan Perai Jaya di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun mengalami kecederaan di bahagian perut sebelah kiri dan kini dirawat di hospital.
“Kita menerima maklumat mengenai kejadian lalu bergegas ke lokasi kejadian. Siasatan mendapati, suspek tinggal bersama ibu saudaranya sejak empat hari lalu berikutan mempunyai masalah keluarga.
“Bagaimanapun, ketika berada di ruang tamu rumah berkenaan, telah berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek. Ia berlaku selepas suspek memberitahu mangsa untuk tinggal semula dengan ibu kandungnya namun mangsa menghalang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah Helmi, ketika pertengkaran tersebut, suspek tiba-tiba menikam mangsa dengan sebilah pisau.
“Suspek yang sudah tidak bersekolah telah ditahan manakala mangsa sedang dirawat di hospital.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya,” katanya.
Musim perayaan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Bersempena 10 tahun jenama Bulan Bintang berada di pasaran, jenama fesyen baju Melayu terkenal tersebut memperkenalkan kempen diberi nama ‘Bulan Bintang Next Top Model’.
Menarik, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas untuk turut sama menonjolkan bakat terpendam dalam bidang peragaan.
Menurut pengasasnya iaitu Azzim Zahid Azmi atau Meri, mereka membuka penyertaan kepada orang ramai yang berusia 40 tahun di atas sebab tersendiri.
“Saban tahun, kami mendapat banyak permintaan peminat yang mahu menjadi model. Jadi, untuk tahun ini, kami membuka peluang bersempena sedekad kami berada di pasaran.
“Kami sudah ada ramai model dalam kalangan selebriti dan pempengaruh, terutamanya mereka yang berusia muda. Jadi untuk kelainan, kami mahu mencari model berusia 40 tahun ke atas untuk ‘catwalk’ atas pentas pertunjukan fesyen kami nanti.
Mereka yang berminat boleh hantarkan penyertaan menerusi akaun TikTok dan daftar secara atas talian.
“Seterusnya, sediakan video berdurasi pendek mengenai latar belakang diri anda serta tunjukkan bakat anda ‘catwalk’ dan ‘pose’. Muat naik di akaun TikTok dan tag akaun @bulanbintangcloting dan #BulanBintangNextTopModel.
“Penyertaan untuk kempen Bulan Bintang Next Top Model ini telah dibuka sehingga 11 Januari ini,” kata Meri.
Penyertaan yang diterima akan dinilai serta dijurikan oleh bukan calang-calang personaliti kerana nama-nama besar dalam industri hiburan bakal menjurikan penyertaan para peserta.
Antara juri yang terlibat termasuklah Datuk Ramli MS, Joey Daud dan Nadhir Nasar sendiri.
“ Datuk Ramli, Joey dan Nadhir akan memilih 30 orang peserta untuk ke peringkat seterusnya. 30 orang yang bertuah akan menjalani sesi uji bakat.
“Sesi uji bakat akan dinilai oleh juri dan dari 30 peserta, hanya 15 yang akan dipilih berjalan di pertunjukan fesyen Bulan Bintang. Akhirnya, tiga orang peserta akan memenangi hadiah.
“Tempat pertama bakal memenangi RM10,000 manakala RM5,000 bakal dihadiahkan kepada naib juara dan RM3,000 bagi pemenang tempat ketiga.
“Penilaian adalah berdasarkan 50 peratus markah juri dan 50 peratus markah pula berdasarkan undian penonton yang mengikuti kempen Bulan Bintang Next Top Model di TikTok,” katanya lagi.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.