Pemergian ayahnya yang berlaku sekelip mata barangkali membuatkan anak kecil ini belum dapat menerima ketiadaan ayahnya sepenuh masa. Hilangnya tempat bergantung dan bermanja sudah tentu meninggalkan kesan paling dalam buat anak arawah Mohamed Zaili yang terlibat yang maut dirempuh pemandu mabuk.
Ibunya sebak setiap kali Aleesya Zailiza menangis teringatkat ayahnya pasti dia akan tanya di mana ayahnya.
Mana Papa?
‘Mana papa’, demikian rintihan Aleesya Zailiza yang berusia 6 tahun setiap kali menangis teringatkan arwah ayahnya, Mohamed Zaili Mohamed,44, yang maut dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar di sini semalam.
Menceritakan mengenai tingkah laku kanak-kanak itu, ibunya, Zahlawati Dahlan,47, berkata, anaknya itu sentiasa memanggil ayahnya setiap kali waktu malam.
“Semalam beberapa kali dia terjaga, dia tengok saya, tanyakan mana papa (Mohamed Zaili), saya sebak bila dia tanya macam tu, dia masih kecil tak tahu apa yang berlaku.
“Sehingga kini, gurau manja suami saya dengan anak-anak masih lagi terngiang-ngiang, rasa sedih sangat,” jelasnya sayu.
Bukan Sekadar Hilang Suami, Tapi Juga Teman Rapat
Katanya, dirinya kini kehilangan bukan sekadar suami malahan teman rapat dan juga tempat meluahkan isi hati.
“Arwah seorang suami yang sangat baik, antara kami memang tak pernah nak gaduh, arwah pun tak pernah tinggikan suara kepada saya dan anak-anak.
“Selalu kalau ada apa-apa, saya akan berkongsi cerita dengan dia, kini dia tiada lagi, hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika ini,” katanya yang hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama allahyarham.
Kehilangan suami yang menjadi tempat berteduh membuatkan Zahlawati kini perlu mengharungi hari demi hari mengusahakan perniagaan menjual makanan yang diusahakannya seorang diri.
Ads
Berhenti Kerja Bantu Isteri
“Arwah sebelum ini bekerja dengan Proton, kemudian dia berhenti dan bersama saya mengusahakan perniagaan menjual baju sebelum kami mengusahakan perniagaan menjual makanan ini bersama.
“Saya menjual makanan dan dia akan hantarkan kepada pelanggan, arwah memang sangat banyak membantu, selain itu sering memberi semangat kepada saya,” katanya.
Tambahnya, dirinya sememangnya bergantung pendapatan dengan mengusahakan perniagaan makanan sepenuh masa.
“Saya memang tak ada sumber pendapatan yang lain selain daripada menjual makanan ini, Insyallah lepas ini saya akan terus meniaga, kalau tidak macam mana nak sara keluarga,” katanya.
Terdahulu, Mohamed Zaili yang merupakan penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang disyaki pemandunya mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar di sini semalam.
Ads
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Zaili Mohamed,44, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang diniagakan oleh isterinya.
Zulkefly berkata, akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa terbabas ke bahu jalan dan motosikalnya pula diseret kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Jenazah Allahyarham kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua anak.
MW: Semoga anak ini bersabar dan tabah menghadapi ujian mendatang yang masih jauh. Semoga pesalah mendapat hukuman yang setimpal.
Sumber/Foto: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berita yang cukup sedih dilaporkan oleh agensi berita Antara dan media tempatan lain di Indonesia, penyanyi popular dari negara itu, Glenn Fredly telah meninggal dunia di Rumah Sakit Fatmawati di Jakarta.
Glenn, 44, yang juga terkenal di Malaysia menerusi lagu popular ‘Januari’, dilaporkan menghembus nafas terakhirnya pada 6 petang semalam. Punca kematian penyanyi kelahiran Jakarta itu masih belum diketahui.
Penyanyi itu dilaporkan terjatuh di apartmennya sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Rakan Artis Glenn Fredly Turut Bersedih
Berita sedih itu turut disampaikan rakan baik Glenn iaitu Tompi melalui pesanan WhatsApp kepada Kompas.com.
“Telah berpulang (meninggal) saudara kami, Glenn Fredly malam ini.
“Mohon dimaafkan semua salahnya, dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.
Rakan artis lain turut berkongsi rasa sedih dengan pemergiaan sebutir mutiara dari negara seberang itu antaranya Ariel Noah dan Rossa menerusi akaun instagram milik mereka.
Tinggalkan Isteri & Anak Perempuan Baru Berusia 2 Bulan
Glenn meninggalkan isterinya, Mutia Ayu dan seorang anak perempuan yang baru berusia dua bulan.
Dalam status terakhir di Instagramnya, Mutia Ayu memuatnaik potret kebahagiaan sambil memeluk Glenn.
“Ketika Gewa dewasa nanti dan mengerti, Gewa pasti akan berkata ‘Gewa Bangga menjadi anak Perempuan Ayah’ Tuhan selalu jaga kami,” tulis Mutia Ayu pada kapsyen foto itu.
Allah… sangat mengejutkan apabila dua remaja lelaki ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi dengan aircond dan enjin kereta yang masih hidup di Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, Sabah.
Dalam kejadian jam 11.46 pagi itu, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, keduanya 19 tahun ditemui mati di kerusi hadapan kereta yang dipakir di tepi jalan raya kampung terbabit gara-gara tersedut gas karbon aircond.
Mohon sangat kepada orang ramai yang nak berhenti rehat atau tidur dalam kereta, buka sikit cermin kereta untuk udara luar.
Bahaya Penggunaan Aircond Kereta
1. Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.
2. Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta, oksigen semakin berkurang.
3. Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tak bangun dan tidak keluar dr kereta, maka kita akan collapse atau tidak sedarkan diri.
4. Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tak sedarkn diri tu kita masih bernafas dan apabila mencapai 10%, oksigen sudah tak dapat dihantar ke otak dan sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian
5. Apabila kereta bergerak ok sahaja kerana semasa kereta bergerak, oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin bukan hanya oksigen yang sama circulate.
6. Jika nak rehat macam tu memang boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.
7. Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta adalah kurang. Itu adalah tanda yang kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas, tak salah buka aircond dan buka tingkap sedikit.
8. Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab semata-mata kematian kerana karbon monoksida dari kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter dan dilepaskan oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkan kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yang kenderaan lepaskan.
Jadi selepas kes ini, tolong lah panjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan terdekat jika mereka biasa berjalan jauh demi keselamatan.
Kredit info aircond: Malaya Hari Ini
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fulamak, rupanya bajet nak buat tempat sangkut tudung ni murah yang amat! Ya, kaum perempuan cukup suka beli kain tudung walau yang pakai cuma beberapa helai yang sama. Sudahnya tudung penuh dalam almari sampai tak ada tempat nak letak.
Apa yang lebih parah, kain tudung yang dah lama beli tak terpakai sebab sudah ditindih dengan tudung-tudung baru yang dibeli. Itu satu hal, lagi satu masalah asyik mengeluh kat suami kata tak ada tudung yang sesuai dengan baju.
Jadi kali ini kaum wanita boleh guna idea yang dikongsikan Puan Tina Rozubi ini, tempat gantung tudung yang lebih kemas dan nampak.
Episod tudung plain, tudung corak-corak next episod yer.
Bajet Tempat Sangkut Tudung
Ikea IRJA rod curtain set =RM4.90 Clip DIY = RM3.50 ( 20pc) Cabel plastic DIY = RM 1.50 (100pc)
Hah, bajet pun murah! Elok sangat lah serang IKEA cari bahan-bahan yang diperlukan dulu.
Selamat mencuba ya kaum mak-mak! Moga tabiat suka beli tudung setiap bulan dapat dikurangkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!