Ibu ini, Nor Hafsah berkongsi kisah anak perempuannya yang bernama Humairah Aisyah. Walau masih berusia 3 tahun anaknya amat memahami keadaan dirinya yang OKU fizikal.
Dalam perkongsian video TikTok nya yang viral tak lama dulu, Humairah tetap menunggu ibunya yang tertinggal di belakang. Biar pun jauh dia berlari, Humairah tetap akan berhenti dan tunggu ibunya sampai kepadanya.
Begitulah aksi manis si kecil ini yang cukup ‘sweet’.
OKU Fizikal Tak Diberi Peluang Bekerja
Kongsi ibunya di video berkenaan,” Ummi tak boleh jalan laju nak, Humairah tetap akan tunggu ummi.” Anak yang sangat memahami keadaan ummi.
Jelas ibunya dengan MW, dia mengalami masalah pergerakan. Terutama pada bahagian kaki dan tangan kanannya yang lambat bergerak.
Biar pun berdepan ujian kekurangan fizikal sebegitu, Nor Hafsah tak menjadikannya sebagai halangan untuk mencari rezeki. Malah, beliau berniaga muruku cheese untuk menampung keperluan hidup.
Ads
“Saya tak diberi peluang bekerja walaupun dah mohon di banyak tempat kilang dan kedai. Ada jawatan kosong tapi mereka kata tiada jawatan untuk saya.
“Jadi dari situ saya nekad berniaga sendiri tanpa bekerja dengan orang lain. Sebab saya orang OKU, orang tak perlukan saya. Saya niat dengan bisnes ini saya nak buka peluang kerja untuk orang lain.” Demikian tegas ibu muda ini.
Terbaru menerusi perkongsiannya lagi, setelah lebih dua tahun mengusahakan maruku cheese beliau menerima bantuan mixer.
“Alhamdulillah hasil kesabaran selama ni Allah sangat baik gantikan kemanisan. Syukur setelah 2 tahun lebih mengusahakan Muruku Cheese dengan sepenuh tenaga untuk mengguli manual dan menggoreng (Naik sado weyy tangan kiri ni). Bukan mudah ya dengan Hafsah macam ni yang hanya bergantung pada tangan kiri sahaja untuk melakukan segala kerja.
Allah hadirkan insan-insan yang berhati mulia bantu Hafsah, Hafsah telah diterima untuk menerima bantuan Mixer. Alhamdulillah sangat bersyukur dan happy sebab lama sangat menunggu bantuan ni sampai, sebab ada masa order masuk banyak sampai tangan tak terlarat nak menguli. Nasib En Hubby sentiasa ada dan support dengan tenaga nya. Banyak sangat membantu.
Ads
Alhamdulillah hari ni perasmian menggunakan sepenuhnya mengguli guna mesin ni. 1st time tau guna mixer.
Dapat membantu sangat meringankan kerja Hafsah nak menguli dan lebih cepat. Moga dengan adanya mixer ni Hafsah boleh hasilkan yang lebih baik dan terus maju berjaya. Aamiin
Terima kasih atas doa dan sokongan sahabat-sahabat semua. Terima kasih juga YPKDT yang pilih Hafsah untuk terima bantuan ini. Moga Allah saja membalas jasa baik kalian semua.”
Mingguan Wanita : Kagum dengan semangat juang ibu ini. Walau OKU fizikal tetap cekal dan berani menyahut cabaran untuk mencapai impiannya.
Ada lagi ke mak-mak yang gigih sental periuk dan kuali berkerak dengan berus tertentu? Tambah pula kalau masak dan tetiba terlupa, akhirnya masakan hangit sampai periuk dan kuali hitam.
Alahaaiii… kenapa nak buang masa kalau cara yang lebih mudah macam Puan Rusmida Rusdi ini cukup membantu untuk buat kerja dapur lebih laju!
Oh Periuk Berkerak
Senang aishhh nak hilang. Tak payah sental sakit tangan. Takyah biar semalaman.
Tip ni kasi kilat kan juga kuali berkerak di rumah, jadi kenapa tak nak cuba? Ada yang terus buang tapi kalau tahu caranya periuk dan kuali itu boleh jadi macam baru balik tau. Moga kerja mak-mak jadi lebih mudah dan jimat masa!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bapa minta maaf salah “petik” nama sekolah SMKA Tun Datu Mustapha, JPN Sabah nafi pelajar dibuli. Kes kematian adik Zara Qairina yang dilaporkan terjatuh dari tingkat 3 asrama SMKA Tun Datu Mustapha sekitar 2 minggu lalu masih menarik perhatian masyarakat. Ramai mahukan jawapan apa sebenarnya yang berlaku pada malam arwah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri hingga membawa kepada kematian menyayat hati pelajar ini.
Sama ada wujudnya kes buli terhadap adik Zara dan semua ini dalam siasatan pihak berkuasa, seorang bapa, Zakaria Bulkiah di facebooknya telah berkongsi beberapa keping gambar anaknya dengan mata lebam dan memaklumkan anaknya juga pernah bersekolah di sekolah yang sama adik Zara ditemui mati. Malah bapa ini meminta maaf kerana tidak meneruskan tindakan terhadap pihak sekolah.
Posting bapa ini yang berkongsi anaknya juga mengalami situasi sama seperti arwah adik Zara.Bapa ini berkongsi gambar anaknya dengan mata lebam dan mendakwa dibuli
Ramai bersimpati dan mengharapkan pihak sekolah memberikan jawapan atas kejadian kes buli menakutkan di sekolah terbabit. Selepas posting tersebut tular di media sosial, ia mendapat respon dari Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang meminta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk memberikan penjelasan apa sebenarnya yang terjadi kerana pelajar berkenaan sudah bertukar sekolah selepas kejadian ini.
Penjelasan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menafikan wujudnya dakwaan berlaku kes buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar, pada tahun 2023.
Memetik laporan Sinar Harian, Pengarahnya, Datuk Raisin Saidin berkata, siasatan mendapati kes tersebut tidak berlaku di sekolah berkenaan, malah identiti pelajar yang terlibat juga tidak dikenali.
“Kes ini tidak ada berlaku di SMA Tun Mustapha, tiada yang kenal pelajar ini. Malah tidak ada laporan disiplin yang JPN terima berkaitan kes ini sebab ia tidak berlaku di sekolah itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas arahan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu hantaran yang meminta JPN Sabah menyiasat kes tersebut.
Bagaimanapun, Raisin menjelaskan kejadian itu sebenarnya berlaku di sebuah sekolah lain dan bukan melibatkan insiden buli, sebaliknya membabitkan pelajar yang terlanggar tiang gol.
“Ya di sekolah lain, budak terlanggar tiang gol dan tiada kaitan buli. Kes juga telah selesai pada tahun yang sama dan ibu bapa murid telah menarik laporan polis,” katanya.
Selepas kenyataan dari JPN Sabah, bapa berkenaan, Zakaria Bolkiah telah memadam hantarannya sebelum ini dan meminta maaf kerana salah memetik nama sekolah. Ini kerana ketika kejadian anaknya bersekolah di SMKA Kimanis, Papar dan bukannya SMKA Tun Datu Mustapha.
Malah sehingga ke hari ini, dirinya sudah membuat tiga kali posting permohonan maaf di atas kesilapan dilakukannya. Masa yang sama, dirinya kekal dengan pendirian bahawa kes buli terhadap adik Zara Qairina harus diberikan keutamaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka 1 dalam 10 juta kelahiran bayi di dunia, wanita ini cukup bertuah apabila berpeluang untuk bersalin 2 pasang kembar seiras serentak.
Lahirkan 4 Bayi Kembar
Seorang ibu berjaya melahirkan empat bayi kembar iaitu dua perempuan dan dua lelaki menerusi pembedahan cesarean di Hospital Umum Massachusetts di Boston, Amerika Syarikat, 28 Julai lalu.
Ashley Ness, 35, berkata, dia berasa sangat teruja dapat melahirkan semua bayi tersebut.
“Bayi-bayi itu memutuskan untuk masuk ke dunia lebih awal daripada jangkaan,” ujarnya.
Bersalin Awal 12 Minggu
Difahamkan, keadaan pendandan rambut itu semakin pulih dengan baik selepas melahirkan anak-anaknya.
Keempat-empat bayi yang lahir pada minggu ke 28 iaitu awal 12 minggu daripada jangkaan. Mereka diletakkan selama lapan minggu di unit rawatan rapi bagi memudahkan doktor memantau perkembangan mereka.
Ashley mendapat tahu bahawa dia hamil semasa bertemu dengan Pakar Sakit Puan pada Februari lalu untuk memperbaharui preskripsi perancangan kehamilan. Namun demikian, mengetahui bahawa dia disahkan mengandung dua pasang kembar seiras dua minggu kemudian.
Ness mempunyai seroang anak perempuan berusia lapan tahun dan dua anak tiri.
Namun, sejak mengalami keguguran sebanyak 4 kali, Ashley tidak menyangka akan mampu mempunyai anak lagi.
Peluang Sekali Dalam 10 Juta Kelahiran
Fenomena seorang wanita dapat melahirkan dua pasang kembar seiras serentak hanya berlaku sekali dalam 10 juta peluang di dunia.
Situasi itu boleh berlaku apabila dua telur disenyawakan oleh dua sperma berbeza, kemudian kedua-dua telur berpecah dan menghasilkan pasangan kembar dalam rahim ibu.
Pengarah Pusat Terapi Fetal dan Profesor di Jabatan Perubatan Ginekologi dan Obstetrik Johns Hopkins, Prof. Dr. Ahmet Baschat berkata, sepanjang 30 tahun bekerja ini adalah pengalaman pertama beliau berhadapan dengan kelahiran seperti ini.
Ashley yang sebelum ini bergelut dengan masalah kesuburan, “akan menjadi sangat kaya” jika dia bermain loteri, kata Dr Ahmet Baschat
Jelasnya lagi, kehamilan tersebut adalah ‘berisiko tinggi’ sehingga mengejutkan Juruteknik Ultra Bunyi semasa melakukan pemeriksaan.
Mingguan Wanita:Rezeki betul, siapa sangka 1 dalam 10 juta kelahiran bayi di dunia, wanita ini cukup bertuah apabila berpeluang untuk bersalin 2 pasang kembar seiras serentak.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.