Ibu lemas di Sungai Triang, sempat selamatkan anak 16 bulan sebelum dihanyut arus deras. Seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi memastikan anak kecilnya selamat dalam satu insiden menyayat hati apabila kereta yang dinaikinya bersama bayi perempuan mereka terjunam ke dalam Sungai Triang, di sini.
Naluri seorang ibu hanya memikirkan keselamatan anak yang dikasihinya. Dalam detik cemas ketika kereta yang sudah di parkir bergerak sendiri sebelum menjunam ke dalam sungai itu, Sakirah Akop, 31, memilih untuk menyelamatkan nyawa si kecilnya terlebih dahulu meskipun nyawanya sendiri menjadi galang ganti. Begitulah takdir dan janji Allah. Kasih seorang ibu, berakhir dalam pengorbanan yang paling agung.
Ibu Lemas di Sungai Triang
Abdul Wahid dilihat sugul selepas kereta miliknya dinaikkan ke tebing namun ketika itu jasad isterinya tidak ditemui bersama.
Dalam kejadian menyayat hati Isnin lalu di Sungai Triang, Bera, Sakirah Akop menemani suaminya, Abdul Wahid Randa, 32 yang sedang memancing di tebing sungai berhampiran Pasar Ayam Kerayong. Ketika kejadian, Sakirah berada di dalam kereta Perodua Bezza bersama anak perempuan mereka yang berusia 16 bulan.
Namun secara tiba-tiba, kereta yang diparkir di tepi sungai itu bergerak sendiri dan terus terjunam ke dalam air. Dalam detik cemas itu semasa kenderaan mula menggelongsor ke sungai, arwah dikatakan sempat membuka pintu dan menahan menggunakan kaki sebelum menolak bayi mereka keluar, lalu menyerahkannya kepada suaminya, Abdul Wahid Randa, 32 untuk diselamatkan.
Sempat Selamatkan Anak 16 Bulan Sebelum Dihanyut Arus Deras
Jelas Abdul Wahid, dirinya sempat menyambut anak dan bawa naik ke tebing. Tetapi ketika cuba menyelamatkan isteri, anaknya berusia setahun lebih itu cuba kembali mengikutnya sebelum dirinya berlari turun semula ke sungai.
“Saat itulah saya tengok kereta kami mula tenggelam perlahan-lahan dan mula mula hanyut dengan isteri di dalamnya, luah Abdul Wahid dalam nada tersekat.
Ads
Tiada jeritan panjang dari Sakirah, hanya satu perkataan sempat diucapkannya sebelum hilang iaitu “Abang!”,” demikian kongsi Abdul Wahid yang dilihat sugul atas kejadian menimpa isteri dan menyaksikan sendiri detik cemas itu berlaku di depan mata.
Jelas Abdul Wahid, kawasan tempatnya memancing agak sunyi dan tiada orang di sekitarnya. Dirinya kemudian berlari ke kawasan pasar berhampiran untuk meminta pertolongan namun ketika itu air sungai terlalu deras dan tiada siapa berani mengharunginya.
Dalam satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, kenderaan Bezza miliknya ditemui dan dibawa naik ke tebing namun jasad isterinya tidak ditemui bersama.
Ads
Bagaimana pun, pencarian SAR memasuki hari kedua, mayat Sakirah ditemukan terapung oleh seorang pemancing kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kejadian.
Mayatnya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Bera untuk bedah siasat.
Ads
Besar jasa seorang ibu. Anak kecilnya mungkin tidak memahami apa-apa dan membesar tanpa kasih seorang ibu. Namun kerana kasih luar biasa seorang ibu, dirinya akan membesar sihat.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Petanda suami. Mungkin tanpa kita sedar, kelakuan pasangan itu seperti ‘buang tabiat’ sebab sebelum ini idak pernah berkelakuan demikian. Berubah sikap untuk lebih baik atau sebaliknya.
Begitulah bila orang yang kita sayang ingin pergi selamanya, Ada perkara yang kita rasa pelik, tak pernah berkelakuan begitu, sebelum ini tidak suka makan itu ini. Rupnya itulah petanda yang ditunjukkan bahawa dia akan akan pergi tinggalkan orang tersayang.
Petanda Suami, Dapat Sambut Beraya & Cuti Panjang 2 Minggu
Kisah yang cukup merobek hati, tidak lagi tempat mengadu dan yang ada sekarang hanyalah kenangan yang terlipat rapi apabila dapat sambut raya selama dua minggu bersama adalah petanda suami akan pergi selamanya.
Rentetan kisah seorang isteri yang kehilangan suami tersayang. Tinggalkan 5 orang anak yang masih kecil.
22 April 2023 1 Syawal 1444 Sabtu Raya terakhir kita bersama Tahun ke 11 usia perkahwinan + 6 anak (1 di syurga)
Kronologi:
17 April 2023 @ 9pm dapat call dari arwah. Arwah bagitahu dia kemalangan di Gua Musang. Iaitu dalam perjalanan balik dari PD ke Kota Bharu. Arwah terbabas dan kereta berpusing & terbalik.
Hanya kereta Myvi yang masuk bengkel, arwah elok takde sebarang cedera.
Gigih usaha nak balik juga sebab tahu saya sedang menanti di rumah dengan hidangan yang direquest suami. (Terima kasih Black susah payah pergi ambil Mat dan bawak balik rumah dengan selamat).
Sampai kat rumah walaupun dah pukul 4 pagi (18 April) tetap sangat berselera makan bertambah-tambah rasa puas hati masak dan tunggu sampai.
2 minggu ambil cuti untuk bersama keluarga adalah pertama kali satu cuti panjang pernah arwah ambil selama kami berPJJ sejak mula kawin. (Alhamdulillah rezeki dapat berlama lama dengan suami)
Selama 2 minggu cuti raya, arwah sebenarnya dah ada perubahan/tanda nak tinggalkan kami.
Segala yang bukan kebiasaan dia, dia buat dan berusaha sehabis baik nak sempurnakan segala keinginan saya dan anak-anak. Nak bg saya dan anak-anak gembira dan bahagia (rupanya yang terakhir)
Selama ni dia dah baik tapi kali ni الله bagi dia lagi baik.
Baik menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga seorang ayah. Atau sebab lama tak balik jumpa kami kan jadi mesti rindu dan nak buat yang terbaik. Bagi tahun 2023 ni pertama kali dia ambil cuti untuk balik jumpa kami anak beranak. Dan rupanya kali terakhir juga..
Tak Mampu Habiskan Nasi
1 Mei – Arwah bertolak semula utk mula kerja setelah lama bercuti. Breakfast pagi sebelum bertolak arwah dh tak habis pun nasi 1 bungkus dia minta saya habiskan sisa nasi dia. Selalunya dia makan banyak..
Rupanya adalah kali terakhir saya dan anak 5 bersama arwah…Ya الله…
2 & 3 Mei – Arwah hanya buat 1x sahaja buat video call dan tak ada masing-masing macam biasa seperti sebelum ni.
4 Mei – Saya tak dapat berhubung dengan dia. Call tak jawab.
Mungkin sibuk kerja. Selalunya mcm mana sibuk pun dia mesti akan call balik. Tapi masa tu dia tak call balik.
5 Mei 2023 | 14 Syawal 1444H | Jumaat | 930am:
Pagi tu saya tengah ondafon dengan Shazwani Aika bff saya. Kami memangsembang setiap hari. Sbb sorang di KL sorang di Kelantan. Saling menemani satu sama lain.
Tiba-tiba dapat call di no hp 1 lagi yang tertera nama Inspector Azmin. Saya pelik kenapa polis call saya. Hati saya dah tak keruan tapi saya angkat juga telefon.
Dialog polis tu sebijik macam drama.
Mati-mati ingat kena prank.
Polis: Hello, boleh saya tahu saya cakap dengan siapa? Ini isteri encik Mohd Selamat ke? Saya dapat no hp Puan dari emergency contact pada hp En Mohd Selamat. Saya: Ya saya. Kenapa ye? Ada hal apa ye? Polis: Macam ni puan. Puan sabar dengar dengan tenang apa yang saya nak sampaikan. Suami puan kemalangan jalan raya di Lebuhraya plus di Melaka. Saya: Allah…habis tu suami saya macam mana ye encik? Polis: Puan kat mana? Kat rumah ke? Puan tengah berdiri ke? Puan duduk dlu. Tarik nafas. (Saya dah gelabah) Saya: الله kenapa ni encik suami saya macam mana? Dia ok ke Encik ? Polis: Maaf puan..suami puan meninggal dunia. Saya: Betul ke ni encik?!!! Kalau betul suami saya naik kereta apa? Polis: Estima Saya: Bukan kereta dia tu encik! Polis: Maaf2 Mitsubishi Lancer kemalangan dengan Estima. Saya nak minta puan datang ke Hospital Alor Gajah untuk pengecaman mayat..
Saya dah meraung raung dekat Wanie..Wanie dah menangis sekali sebab masih tak percaya lagi semua ni tengah berlaku..
Saya dah tak tahu nak buat apa time ni. Wanie la yang call adik saya, adik suami yang tinggal di KB ni untuk teman saya ke Melaka.
Terus Adik ipar saya datang kami ke airport tanpa fikir apa2 selain nak sampai cepat ke Hosp Alor Gajah.
Tinggal 5 anak parents jagakan macam tu je sebab kepala dah blank tak boleh berfikir apa2.
Peluang Sambut Raya Bersama
Allah bagi dia balik dengan selamat masa kemalangan nak balik sambut raya haritu sebab Allah nak bagi peluang arwah sambut raya & spend time dengan kami setelah lama berjauhan..
Allah bagi arwah kesempatan untuk layan kami baik-baik & tunaikan tanggungjawab bahagiakan kami anak beranak buat kali terakhir. Terima kasih الله..
Sampai airport KB 1130am terus beli tiket di kaunter dan check in. Flight 1.45pm. Tq byk2 Kak Nonie & Abe hantar kami ke airport. Semasa dalam flight fikiran saya melayang..saya teringat balik rupanya ini kemalangan kedua dalam selang masa 18 hari. Perjalanan 1 jam yang paling panjang saya rasa…sebab hati dah meronta ronta tak sabar nak jumpa dan pastikan mayat tu bukan suami saya..
Pukul 3pm tiba di Klia2 Wanie dan suami dah bersedia pickup di sana. Suami dia amek half day nk bawak kami berdua ke Hospital Alor Gajah Melaka.
Tiba di Forensik saya dimaklumkan mayat masih tengah proses postmortem.
Ramai saudara mara dan kawan-kawan kerja arwah dah menunggu di situ.
5pm postmortem siap dan kena tunggu IO datang bawak saya ke balai polis untuk buat report.
Dr Asyraf forensik disitu mengambarkan keadaan fizikal suami akibat kemalangan. Bg hint dan clue supaya bersedia bila masuk utk pengecaman.
Wajah Tenang
Masuk bilik cam mayat dgn Kak Nor kakak arwah tanpa rasa apa dlm hati. Mungkin sbb terkejut dan tetap rasa mcm mimpi tak percaya walaupun dh tengok depan mata atau Allah betul2 bagi tenang je waktu tu.
Dan bila tengok muka suami masa tu belum mandikan lagi sebab baru selesai postmortem tapi wajah arwah cantik, elok macam tidur je.
Muka arwah tak de terusik kecuali sedikit calar sahaja di pipi & dahi. الله jaga wajah yang selalu senyum ni..
Di kepala ada kesan jahitan rupanya akibat kejadian IO tersebut ke unit forensik bawak otak suami dlm plastik.
Ye otak dikutip atas jalan raya dan diletakkan dalam plastik ke unit forensik. Tapi bila saya buat pengecaman mayat, kuasa Allah elok cantik je bentuk muka dan kepala arwah takde beza langsung! Tak nampak mcm exciden yg dikatakan.
Selesai pengecaman saya kena ke balai polis utk buat report dan ambil brg2 dlm kereta yg suami guna semasa kejadian.
Kereta kedua kami iaitu kereta milik suami sendiri yg dia beli dan beri saya guna sepenuhnya selama ini dan itu kali pertama dia guna selama umur sudah 7 tahun kereta tersebut sebab kereta Myvi masuk bengkel. Kereta mmg total lost.
Hanya Mayat Suami Seorang
Yg agak hairan ialah hanya mayat arwah sahaja di unit forensik sepanjang hari tersebut.
Dan Allahu, rupanya pakar forensik bukan available sokmo tp ada yg kadang sebenarnya nak postmortem mayat kena simpan 24 jam baru dpt lakukan prosedur tersebut.
Tapi utk kes arwah ni boleh terus dapat ondaspot Dr. pakar forensik tersbut. Dari awal mudahkan urusan arwah ni..Alhamdulillah
Selesai semua pukul 830pm.
Gerak balik ke Kelantan naik van jenazah dgn Siti ipar saya yg tadi kami bersama. 3.30am tiba di kediaman kami Pasir Tumboh.
Penuh adik bradik saya dari Pahang Fazlyn Ain, Izza Ra dan dari Johor Faten Azreen, sudah sedia berkumpul menyambut jenazah. Thanks family!
Allah bagi arwah berehat sekejap di rumah kami untuk jumpa anak-anak. Bagi peluang kepada anak-anak, ahli keluarga dan saya sendiri untuk melihat wajah arwah untuk kali terakhir..
Solat jenazah penuh rumah padat. Alhamdulillah rezeki abg ramai orang solatkan jenazah abg…
Dan arwah selamat disemadikan pada pukul 930 am.
Semua berjalan lancar. Dan mudah. Terima kasih juga buat jiran2 byk tolong saya dan family semua. Smoga Allah beri ganjaran baik utk smuanya
Sudah Bermaafan Pada Hari Raya
Ralat? Tak. Mungkin dah redha. Sebab kami dh heart to heart minta maaf time raya. Saya sygkan arwah dgn sepenuh hati kerana Allah.
Saya juga telah sehabis baik usahakan tanggungjwb saya. Begitu juga arwah.
Cuma terkilan. Sebab tak dapat tangkap begitu byk sign dia beri tanda dia nak pergi selamanya..
Damailah Di Sana
Buat suamiku Mohd Selamat Besar.. 12.10.2012-5.5.2023 kita cipta memori dan kenangan hidup bersama dari berdua hingga bertujuh dan akhirnya abg yg pergi dulu tinggalkan syg besarkan anak5 sendiri..
Selalu kita berteka teki siapa yg pergi dulu antara kita. Dan dalam tempoh abg balik kali ni pun ada kte sembang pasal ni. Syg ckp biarlah syg yg pergi dlu sbb syg tak snggup lalu kehilangan abg..Tapi aturan Allah sebaliknya. Abg yg pergi dulu..Siapa sangka
Jenazah arwah mcm tidur sahaja dan dia senyum. Allah..apa kebaikan abg yg hanya Allah je tahu.
Meninggal dunia di hari Jumaat di bulan Syawal dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dan asbab kemalangan jalan raya
Semoga syurga buatmu syg..amin
Takde lagi senda gurau, gaduh perang syg..Syg pasti rindukan abg..
Mungkin asbab abg sehabis baik buat tanggungjawab abg & ini pengakhiran abg. Berakhir sebuah ikatan perkahwinan dengan kembalinya kpd Sang Pencipta.
Sejak kawin saya tak pernah keje, sekarang ketua keluarga kami dh tak ada. Anak5, kita lalu je tengok apa aturan Allah seterusnya.
Rezeki pasti datang dari banyak cabang lain utk kami teruskan kehidupan 6 beranak. Syg akan jaga 5 anak kita sampai berjaya.
Abg berehatlah.. Terima Kasih utk 11 tahun ini Abg. Minggu depan birthday Syg..tak sempat abg wish sygg..
Rezeki tertulis. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Walaupun kekurangan, langsung tidak membuatkan mereka berputus asa. Pasangan OKU penglihatan ini tidak menyangka rezeki datang selepas mereka kehilangan kerja sebelum ini.
Sementelah dua tahun sebelum ini terkesan dengan pandemik covid 19. Lebih teruk, bila tempat mereka bekerja terpaksa ditutup. Itulah yang dialami oleh Mohammad Yusri Azis dan isterinya yang hilang sumber pendapatan tetap.
Yusri, 28 tahun dan isterinya Nur Jannah Tan Jia Hui, 29 tahun telah berkahwin pada Mei 2021 dan mereka sebelum ini bekerja di sebuah restoran yang berkonsepkan ‘dine-in’ di Johor sejak akhir 2019.
Terkejut apabila restoran tempat mereka mencari rezeki terpaksa di tutup. Tapi mereka akur restoran itu sukar untuk beroperasi dalam keadaan sekarang.
Siapa sangka pasangan ini sebenarnya merupakan graduan Ijazah Sarkjana Muda Sosio Budaya Melayu dari Universiti Malaya (UM) dan melalui bantuan rakan sepengajian, mereka dapat menceburi bisnes menerusi platform e-dagang.
.
Yusri yang berasal dari GeorgeTown, Pulau Pinang amat bersyukur minat mereka dalam bidang perniagaan sejak di universiti dengan melakukan bisnes top up dan menjadi dropship pelbagai barang secara dalam talian membolehkan mereka terus menjana pendapatan sampingan.
“Dengan bantuan seorang rakan universiti, kami dapat mewujudkan kedai dalam talian menerusi platform e-dagang sejak Jun 2021.
“Saya bersyukur adanya teknologi dan aplikasi yang memudahkan semua pihak terutamanya golongan OKU seperti saya untuk menjana pendapatan dengan lebih mudah,” katanya.
Mulanya Hanya Terjual 2 Pek
Menjual produk sambal hitam melalui platform e-dagang popular, pasangan ini tetap bersyukur meskipun jualan kurang memberangsangkan pada peringkat permulaan.
Kata Yusri, dia tidak menyangka posting yang dibuat di laman facebook menjadi tular sehingga meraih banyak perhatian daripada pelbagai platform.
Masa mula-mula berniaga, sambal hitam hanya terjual satu atau dua pek saja, paling banyak pun lima pek sehari. Tapi selepas viral, pesanan boleh mencecah 100 pek sehari.
.
“Dalam tempoh seminggu jualan sambal hitam mencecah 1000 pek dengan jualan kira-kira RM12K. Syukur Alhamdulillah memang kami tidak menyangka sambutan amat menggalakkan,” katanya dengan gembira.
Selain sambal hitam, mereka turut menjual makanan dan produk kecergasan termasuk makanan sedia dimakan seperti pekasam di platform e-dagang.
Sehingga kini, pasangan ini masih dalam proses belajar bisnes dan mengalukan usahawan dalam talian untuk berkongsi tip perniagaan bersama mereka.
.
Dalam pada itu Yusri turut menasihati mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan dengan mencubanya secara serius sekiranya betul-betul berminat.
“Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya adalah mesti mencuba. Kalau tak dicuba, macam mana kita nak tahu. Masa tu boleh belajar dan memperbaiki kesilapan.
“Tak perlu modal yang besar untuk buat bisnes dan boleh lakukan secara kecil-kecilan. Yang penting jangan takut untuk mencuba,” katanya.
.
Mingguan Wanita : Jangan anggap kekurangan itu satu bebanan, sebaliknya rezeki tak salah alamat, asalkan kita berusaha.
Lepas rumah musnah dilenyapkan banjir, Ebby Yus bersyukur paru-paru tidak perlu ditebuk. Pelakon dan pelawak Ebby Yus berasa sangat bersyukur apabila kesihatannya semakin pulih dan doktor pakar memaklumkan paru-parunya tidak perlu ditebuk seperti dirancang sebelum ini.
Lepas Rumah Musnah Dilenyapkan Banjir, Bersyukur Paru-Paru Tidak Perlu Ditebuk
Dugaan demi dugaan menimpa, namun Ebby tetap bersyukur, selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat lenyap dibawa arus banjir, beberapa hari lalu pula Ebby dimasukkan ke hospital.
Seperti yang diketahui sebelum ini Ebby mempunyai penyakit lemah jantung dan buah pinggang.
Dipetik menerusi laporan Sinar Harian, pemilik nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid ini menerangkan ujian imbasan sinar-X yang dibuat menunjukkan paru-parunya semakin pulih selepas lima hari mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Doktor pakar maklumkan, saya tidak perlu menjalani proses menebuk paru-paru bagi mengeluarkan air.
“Selepas lima hari mendapatkan rawatan, doktor kata paru-paru saya semakin pulih dan saya perlu jalani rawatan susulan selepas ini.
“Cuma saya belum pasti bila dibenarkan keluar hospital,” kongsi Ebby.
Nafi Kepenatan Edarkan Bantuan Banjir
Malah Ebby juga menafikan dia kepenatan ekoran sibuk mengedarkan bantuan banjir sehingga dimasukkan ke hospital.
“Sebenarnya saya ke hospital kerana mengalami cirit-birit, tetapi bila jalani pemeriksaan, doktor lihat paru-paru saya ada air.
“Itu yang saya terus ditahan untuk rawatan lanjut,” jelasnya.
Seorang lelaki 81 tahun ditahan selepas disyaki bersekedudukan di Lubok China bersama wanita 69 tahun. Kes ini menarik perhatian ramai dan disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.