Sebaik bersalin, mak-mak perlu melalui proses berpantang. Ada sesetengah mengambil tempoh selama 44 hari dan tidak kurang juga habiskan pantang selama 100 hari. Ini masa untuk mak-mak mengembalikan kesihatan dan memulihkan diri selepas melalui detik-detik sukar bersalin dan dikatakan tempoh eksklusif untuk ibu.
Kalau bersalin anak pertama, tentu mak-mak sangat menitik beratkan tentang penjagaan dalam pantang. Bertungku, mengurut, mengambil makanan berkhasiat dan tidak kurang juga mengambil akar kayu bagi memulihkan dalam badan.
Malah, mak-mak kita cukup menjaga dalam hal-hal berpantang selepas bersalin. Sebolehnya mereka mahu kita habiskan pantang dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan. Bukan apa. Mereka bimbang, bila usia bertambah, mulalah sakit badan, gara-gara tidak berpantang.
Tidak dinafikan, ada juga mak-mak yang bersalin anak kedua, ketiga atau sebagainya, mereka menganggap tidak perlu habiskan pantang dan diri sudah cukup kuat untuk membuat sebarang kerja rumah atau sebagainya. Itu mungkin ada sesetengah mereka yang berfikiran begitu dan merasakan dirinya cukup sihat dan kuat. Sedangkan kita tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari.
Berpantang bukan sahaja untuk diri ibu bersalin tapi juga untuk bayi. Sebab itu, mak kita cukup menjaga pemakanan bukan sahaja untuk kesihatan ibu tapi pada bayi tersebut.
Jadi, selepas bersalin, kena habiskan pantang, tak kisah 44 hari atau pun 100 hari. Jangan fikir, kita sudah bersalin banyak kali, tidak perlu berpantang. Seperti apa yang dikongsikan oleh Siti Aishah ini ada benarnya.
Saya mendapat pertanyaan daripada seseorang melalui pesanan ringkas.
PM: Salam akak nak tanya..
Ads
Saya herpantang hari ke 24,
Pagi ni tiba-tiba bahagian rahim rasa crem, badan rasa macam nak demam dan pada pagi tadi pun tak sempat sarapan. Kenapa ye?
Macam mana saya nak kurangkan rasa sakit.
ICE: Wslm makan apa smlm
PM : Petang semalam saya makan cucur letak kentang dan jagung sikit, malam nasi panas
sambal telur, tapi sambal tu sikit je. Minum nescafe panas, air suam. Dengan ikan tenggiri goreng
Sambungan conversation adalah gambar berikut:
History ibu ini pernah melahirkan lebih 5 kali.
Ads
Sebelum ini langgar pantang ok.
Tetapi kali ini, dia sakit-sakit badan teruk sehingga PM saya.
Makanan Sejuk
Jagung itu sejuk, sambal pakai cili hidup kan? Berangin.
Telur? Kalau luka dah baik boleh makan. Tapi ingat, tak semua orang tahu tahap kesembuhan
luka dia ya. Mungkin luaran nampak kering, dalaman kita tak tahu.
Nescafe? Berangin. Even tak dalam pantang, menyusukan anak tak sampai 6 bulan dah minum Nescafe, kesian pada anak.
Saya harap dia bkn bentan. Mungkin dia sakit badan biasa-biasa saja.
Pesanan Buat Bakal Ibu
Nak pesan pada bakal-bakal ibu dan adik yang akan bersalin nanti, jangan ambil risiko. Mungkin sekali dua tak berpantang kita masih ok. Tetapi kita tak selamanya muda. Metabolisme badan kita tak sentiasa tinggi.
Ads
Berpantang ini adalah amalan mencegah. Untuk kes ibu tu dah masuk bab mengubati. Mencegah 44 hari insya Allah dah cukup dah. H
Hari ke 45, nak makan cili satu blender pun silakan. Tapi kalau masih menyusu kenalah pantang demi anak.
Dah ramai anak tak menjadikan kalian kebal. Kadang-kadang sakit itu dihimpun-himpun. Dari tak berpantang anak pertama sampai anak ke 4. Masuk berpantang anak ke 5 dia bagi lump sum.
Sakit sampai jalan mengengsot. Sampai bongkok tiga. Kalau dah masuk perihal mengubati, 4 tahun berubat pun tak semestinya mampu sihat macam dulu.
Bila penyakit dah hinggap, berdoalah agar ia tak berpanjangan.
Kita ini Allah dah jadikan ketua bidadari syurga buat suami.
MW: Betul apa yang dikatakan itu. Muda-muda kita tak nampak kesannya. Bila dah banyak tahu, terus dia bagi macam-macam sakit. Masa ini menyesal pun dah tak guna. Jadi, bakal ibu, pantanglah cara yang betul dan jangan culas demi kesihatan diri kita juga.
Isteri kuat membebel ibarat irama dan lagu. Tahukah anda bahawa memiliki isteri yang suka membebel bermakna isteri anda seorang yang sihat dan normal. Wanita tanpa bebelan umpama bunga yang tiada serinya.
Isteri Kuat Membebel
Sikap yang dikatakan seperti ’emak-emak’ ini sebenarnya satu perkara yang normal. Tetapi jika keterlaluan, ianya mampu mencetus perbalahan, bebelan selalunya berkurangan ketika remaja, namun sikap berkenaan mampu melarat sehingga fasa perkahwinan sampaikan kadangkala membingitkan telinga suami mereka.
Bukan itu sahaja, ada juga suami yang terpaksa menahan marah apabila isteri mereka bersikap sedemikian rupa dengan terlalu kerap. Namun menerusi beberapa perkongsian ini, mungkin orang lelaki boleh melihat perkara tersebut dari sudut berbeza.
Melalui perkongsian seorang individu bernama Hassan Muhammad menerusi Facebooknya, dia menyifatkan bahawa sifat membebel merupakan bukti tahap kesihatan wanita. Jika kita saksikan sendiri, serang wanita masih banyak bercakap meskipun sudah seharian penat melaksanakan tugas sebagai suri rumah.
Itu Tandanya Dia Sihat & Normal
Namun sekiranya tiba-tiba diam tanpa sebab, suami perlu berjaga-jaga kerana itu juga tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada emosi orang perempuan.
Isteri kuat bebel, suami makin sihat
Mengikut kajian yang dibuat oleh seorang penyelidik bernama Profesor Hui Lui, siapa menduga rupanya personaliti membebel seorang isteri juga mempengaruhi kesihatan suami.
Sebagai contoh sekiranya suami mengalami masalah kesihatan kencing manis di mana perlu peka dengan pengambilan ubat ataupun kawalan pemakanan, isteri yang kuat membebel akan memainkan peranannya untuk memberi peringatan secara berkala. Ini sekali gus mematahkan tanggapan bahawa kesihatan akan terjejas sekiranya kuat membebel.
Mungkin sesetengah suami beranggapan bahawa sikap membebel itu adalah sangat menjengkelkan dan tiada kepentingan langsung. Namun tahukah anda, sebenarnya ia membuktikan bahawa wanita itu penuh dengan sikap bertanggungjawab dan sangat peka dalam memastikan keluarganya terurus. Menerusi artikel The Asian Parent juga, isteri kuat membebel juga petanda dirinya dipenuhi dengan rasa penyayang.Gambar sekadar hiasan
Jika isteri anda seorang yang suka membebel, itu bermakna isteri anda seorang yang sangat sayangkan anda dan seorang yang bertanggungjawab!
Jiwa lelaki ni rapuh. Tinggi manalah pangkat mereka pun, bila tiba bab kasih sayang, orang lelaki memang rapuh. Jangan sampai jiwa mereka kosong tanpa kasih sayang. Walau sudah beristeri, andai perkahwinan masih terasa hambar.. oh makin mudahlah jiwanya rapuh.
Sebab itu, lelaki kena bina benteng keimanan yang tinggi dalam diri mereka. Dan sebab itulah tuhan cuma memberikan satu nafsu saja pada lelaki. Kalaulah 9 nafsunya macam perempuan, makin retak berderailah jiwa rapuh mereka.
Sakit hati kan isteri bila hidup dalam sebuah perkahwinan diterajui lelaki curang. Bak ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Ikatan benang takkan pernah lurus. Sentiasa bengkang bengkok, malah mudah benar hanyut ditiup badai.
Bagaimana mahu menawan jiwa lelaki yang rapuh ini wahai isteri. Solusi ini mungkin jadi bagi sesetengah isteri, mungkin juga tidak menjadi. Sebabnya, ujian tuhan itu berbeza-beza ikut kemampuan seseorang.
Namun ini sekadar idea untuk dipraktikkan agar suami berjiwa rapuh ini tiada alasan untuk curang.
Jangan Beri Suami Beralasan Untuk Curang, Ini 3 Tipnya
Pertama : Setiap Hari Bisikkan ‘Cuma Saya Satu-satunya Isteri Abang, Tiada Dua, Tiada Tiga’
Bunyinya macam paranoidkan. Tapi percayalah hipnosis sebegini menjadi. Lagi-lagi jika anda bisikkan pada malam-malam hari sebelum masuk tidur, ketika anda mahu meminta maaf dari suami. Ingat ya isteri. Kita kena kerap minta maaf dekat suami hari-hari.
Walaupun kadang suami perli balik ke camane (biasalah lakikan ego tinggi, kes-kes macam ni mesti ada punya) buat tak faham je. Teruslah minta maaf. Sebab kita takkan tahu adakah malam itu hari terakhir untuk kita bertemunya.
Kenapa kata-kata atas tu sangat berkuasa. Sebab dalam tak sedar, kita dah selitkan dalam minda bawah sedar suami yang kitalah satu-satunya isteri dia. Dan bayangkan kalau bertahun-tahun itu yang kita selitkan tanpa sedar. Tak melekat lagi.. tak taulah..
Kedua : Penuhkan Jiwa Suami Dengan ‘Senjata’ Kasih Sayangmu Wahai Isteri
Haa.. kalau dah selit kata-kata atas tu, jangan pula kita abaikan emosi suami. Kita kena penuhi dengan kasih sayang yang mana rahsia rumah tangga ini anda saja yang tahu. Jangan didedah-dedah rahsia itu. Karang ada je yang nak mengendeng. Eh!.. Eh! Bukan paranoid okay.
Antara senjata kasih sayang tu yang boleh dishare dekat sini tentulah belaian manja, urutan; kalau nampak suami tu letih urutlah badan, tangan atau kakinya. Minuman panas dari air tangan isteri. Sambil itu, tanya dia nak minum apa macam kat kedai makan tu. Lembut dan manja je.
Guna bahasa yang lembut ketika berdua dengan suami. Jangan berkasar. Kalau nak merajuk pun kena ada skill merajuk tu. Bukan main taram je. Padah nanti. Masakkan makanan best untuk suami. Kalau merajuk pun masakkan juga, cuma kalau tak bersuara tu nanti suami faham sendiri. Jangan lama-lama merajuknya, 3 hari dah cukup.
Ketiga : Bila Cuma Berdua ‘Gila-gila’ Tu Tak Salah Pun
Kalau segan ada anak-anak, bila berdua dengan suami, jadilah isteri seperti mula-mula anda bercinta dengannya dulu. Tak salah pun jadi ‘gila’gila’ bila berdua-duaan saja dengan suami. Biarkan dia rasai, diri anda tak pernah berubah dari mula kahwin sampailah anak 9.. eh!
Fizikal tak nafikanlah akan ada perubahan. Maksudnya disini, jiwa kita masih sama macam dulu-dulu. Sebab itu orang kata nak cari ‘soulmate’ tu tak senang. Sebab rumahtangga akan jadi kental dan kuat apabila suami mahupun isteri merasakan mereka telah bertemu ‘soulmate’ mereka. Yang melengkapi jiwa dan membolehkan mereka menikmati anugerah bahagia hidup berumahtangga yang Allah beri.
Hmm.. cukuplah tiga dulu ya. Karang beri lebih-lebih pun.. bila dipraktik sangat perasan plak suami kita semacam nak hipnosis dia bagi tak curang. hahaha.. Tapi apa salahnya pun kan, suami sendiri dan menjadi tanggungjawab isteri untuk memberi rasa cinta dan kasih sayang untuknya.
Cuma pesan orang tua saya, walau macam mana sayang pun dengan suami kena simpan sikit dalam 20 peratus macam tu untuk kita sayangi diri kita sendiri. Kalau terluka tidaklah teruk nanahnya. Tidaklah mendoakan.. cuma ada bagusnya pesan orang tua saya ni kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Moga Baby Haider Baik-Baik Saja Dalam Perut Mama, Sabar Ya” selain itu pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memohon doa agar bayi yang berada dalam kandungan dilahirkan cukup minggu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Elly Mazlein berasa panik apabila tiba-tiba perutnya mengeras pada usia kandungan 35 minggu.
Dek kerana rasa tidak selesa dan mengalami rasa sakit seperti kontraksi bersalin itu, Elly telah bergegas ke hospital dan mendapatkan rawatan. Setelah diperiksa oleh doktor, kontraksi berkurangan dan dia dibenarkan pulang.
“Moga Baby Haider Baik-Baik Saja Dalam Perut Mama, Sabar Ya”
“Malam tadi kelam kabut amik flight MAS 1st class hokeyyyyy sebab rasa baby macam dah tak sabar nak Jumpa Atok Papa Mama & kakak Manja. Mengeras.
“Alhamdulillah cecah je kaki di Melesiaaaa trus pergi check in la dik di hospital.
“Alhamdulillah Doktor Khamsiah Check jap ni , katanya baby dah mula relax. Kalau taka da apa-apa boleh pulang ke rumah.
“Doakan kakak kepom & baby ya.
“Doakn Haider dilahirkan cukup minggu,” tulis Elly Mazlein.
Menerui perkongsian yang lain, Elly yang mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh pada 18 Januari 2020 kini sedang sarat mengandung.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
“Ok dah bole balik kejap lagi. Alhamdulillah rasa contraction dah kurang lepas Nurse bagi Ubat & injection.
“Moga Baby Haider baik-baik saja dalam perut mama ya. Sikit je lagi. Sabar ya. Atuk Papa Mama & kakak Manja pun tak saba nak jumpa Haider.
“InsyaAllah see u soon Permata Ke 2 mama wahai Haider,” kongsi Elly.
Elly juga berasa sangat bersyukur apabila jantung bayinya semua dalam keadaan baik. Malah dia bersyukur anak dalam kandungan pada waktu ini kuat menendang.
“InsyaAllah soon kita jmpa ya Sayang,” luah Elly yang tidak sabar melahirkan anak keduanya.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Elly Mazlein
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.