Malang tidak berbau, sudah tentu apa yang telah berlaku membuatkan keluarga ini trauma apatah lagi melihat kecederaan yang dialami bayi ini.
Ketika kejadian, ibu sedang bancuh susu di dapur, manakala bayi yang baru berusia 50 hari ini cedera digigit kera ketida sedang tidur di ruang tamu.
Bayi 50 Hari Cedera Digigit Kera Ketika Tidur
Seorang bayi lelaki berusia 50 hari cedera di bahagian kepala, perut dan pipi selepas diserang dan digigit seekor kera liar di rumah keluarganya di Kampung Manggis, Sungai Puyu, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada jam 6.21 petang di ketika bayi tersebut ditinggalkan ibunya sendirian di ruang tamu untuk membancuh susu bayi itu di dapur.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang baru tidur di atas tilam dan hanya memakai lampin pakai buang serta baju sahaja.
Ibu Bancuh Susu Di Dapur
“Hasil siasatan, rumah jenis kampung tersebut didiami oleh lima beranak iaitu mangsa, nenek, ibu, bapa serta bapa saudaranya. Bagaimanapun, ketika kejadian, nenek mangsa sedang memasak di dapur manakala bapanya ke kedai dan bapa saudara bayi tersebut tiada di rumah.
“Semasa insiden tersebut, pintu rumah dan semua tingkap (jenis nako) juga ditutup rapat. Ibunya yang terkejut selepas terdengar mangsa menangis kuat bergegas ke ruang tamu lalu mendapati mangsa berlumuran darah dan terbaring di atas lantai simen,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Tambahnya, mangsa ditemui ibunya kira-kira satu meter daripada tilamnya manakala seekor kera jantan berada tidak jauh daripada mangsa.
“Kera tersebut terus melarikan diri selepas ibu mangsa datang menyelamatkannya. Mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.
“Bagaimanapun, bayi itu dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 10 malam (hari sama) dan menjalani pembedahan kecil di bahagian perut selain dijahit di beberapa bahagian yang digigit haiwan itu pada pagi Ahad,” katanya.
Noorzainy berkata, hasil keterangan doktor, mangsa tidak mengalami kecederaan pada ususnya yang mana, pembedahan tersebut hanya untuk mencantumkan bahagian kulit perut yang koyak.
Bayi Digigit Kera Semakin Stabil
“Mangsa masih dirawat di HPP dan dilaporkan stabil. Dia masih dibawah pemantauan doktor dan akan dirawat di wad dalam tempoh dua minggu lagi.
Terkini, Noorzainy berkata, haiwan liar tersebut telah ditembak mati dalam operasi polis bersama Jabatan Perhilitan pada jam 11.30 pagi Isnin.
Ads
“Siasatan awal mendapati, kera jantan berwarna hitam itu bersaiz besar serta berbulu agak panjang. Ia bergerak sendirian dan sering berada di kawasan rumah keluarga mangsa serta jiran di situ,” katanya.
Jelasnya, kejadian itu merupakan serangan pertama haiwan tersebut sehingga mendatangkan kecederaan kepada manusia.
“Sebelum ini, kera itu sering berdengus menunjukkan garangnya kepada kanak-kanak serta orang tua yang bermain di luar rumah. Haiwan itu juga sering menyelongkar peralatan periuk belanga di dapur, dipercayai kelaparan.
“Setakat ini penduduk tidak membuat laporan kepada mana-mana pihak dan bertindak menghalaunya sahaja. Susulan kejadian itu, polis telah membuat aduan kepada Jabatan Perhilitan untuk menangkap haiwan berkenaan,” katanya.
MW: Biar pun kejadian yang berlaku ini di luar kemampuan ibunya. Namun jika terdapat binatang liar di kawasan perumahan mak, ayah laporkan segera kepada Jabatan Perhilihan. Bimbang jika kejadian seumpama ini berlaku kepada orang lain pula. Jadi ambil langkah pencegahan sedari awal dan berhati-hati.
Sesungguhnya orang yang baik pasti Allah sayang. Sejak tragedi ini berlaku, nama Kapten Afwan menjadi buah mulut orang disekelilingnya kerana sikap baiknya.
Pemergian juriterbang Sriwijaya Air ini amat dirasai oleh rakan sekerja kerana Kapten Afwan kuat beribadat dan selalu bagi nasihat pada kru.
Bayangkan rakan sekerja pun amat merasai kehilangannya, apatah lagi isteri dan keluarganya. Semoga mereka tabah menghadapi ujian berat ini.
Kapten Afwan Kuat Beribadat
Juruterbang pesawat Sriwijaya Air, Kapten Afwan disifatkan individu yang kuat beribadah sehingga kelibat dan nasihatnya dirindui semua staf syarikat penerbangan itu.
Menerusi laporan Tribunnews, pemergiannya amat dirasai terutama pramugari pesawat itu, Naning yang menyatakan arwah seorang yang baik dan sering mengingatkan tentang solat.
“Arwah adalah orang yang baik, dia selalu ingatkan jangan lupa solat.
“Dia juga tidak pernah meninggalkan ibadah dan tidak pernah marah walaupun keadaan penerbangan tertangguh atau ada masalah lain,” katanya yang kali terakhir menjadi kru penerbangan bersama arwah pada Disember 2020.
Arwah Selalu Bagi Nasihat
Sementara itu, Mareta berkata, arwah merupakan seorang yang penyayang dan suka mengambil berat mengenai masalah krunya.
“Dia suka bertanya keadaan krunya sama ada ada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Begitu juga dengan keluarganya, sebaik tiba di lapangan terbang, arwah akan menghubungi mereka terlebih dahulu.
“Beliau sangat menyayangi keluarga. Semoga isteri, anak-anaknya diberi ketabahan mengharungi dugaan ini,” katanya.
Pemergian Juruterbang Sriwijaya Air Amat Dirasai
Jenazah Afwan adalah individu terakhir ditemukan oleh anggota penyelamat dan selamat dikebumikan di Taman Makam Bahagia, Pondok Rajeng, Bogor, Sabtu lalu.
Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air yang mengorbankan 62 kru dan penumpang termasuk 10 kanak-kanak dipercayai terhempas pada ketinggian kira-kira 3,000 meter dalam masa kurang seminit sebelum menjunam ke Laut Jawa sejurus berlepas dari Jakarta.
Arwah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik lahir pada 26 Februari 1966 meninggalkan isteri, Pipit Rachimawati, 35, dan tiga anak perempuan berusia enam hingga 14 tahun.
Sementara itu, ahli keluarga arwah, Sjafzan Badar berkata, semasa hidup kapten itu sering menjadi imam di Masjid Ad-Daulah.
“Arwah sering menyampaikan dakwah dan nasihat kepada anak serta anak saudaranya. Kami kehilangan individu yang menjadi kebanggaan,” katanya.
MW: Sesungguhnya kehilangan orang yang berjiwa besar tentu amat dirasai oleh semua orang. Apatah lagi allahyarham memiliki peribadi yang mulia dan dihormati. Al-Fatihah dan salam takziah.
Senaman kegel biasanya disarankan kepada wanita untuk menguatkan otot lantai pelvis. Masalah otot lantai pelvis biasanya dialami wanita semasa kehamilan, setelah bersalin dan akibat penuaan.
Mengapa kekuatan otot lantai pelvis itu penting? Dan bagaimana pula untuk melakukan senaman kegel.
Menurut Pengurus Physiotheraphy, Columbia Asia Hospital,Puchong, Lee Heng Ho, kecantikan seorang wanita bukan sahaja terhad kepada luaran, rupa yang cantik atau badan yang langsing. Tetapi juga memerlukan kecantikan dalaman yang sihat.
Bagi seorang wanita ia merupakan kebiasaan untuk mereka menjalankan senaman yang kerap untuk otot- otot anggota atas, anggota bawah, belakang and abdomen.
Namun begitu kebanyakan wanita kerap mengabaikan kepentingan penjagaan otot lantai pelvis (Pelvic Floor Muscle atau PFM) mereka.
Lee Heng Ho
Mengapa Kekuatan Otot Lantai Pelvis Penting?
1-Menyokong organ-organ dalam pelvis dan memudahkan proses bersalin.
PFM dapat menyokong organ-organ dalam pelvis. Bagi wanita yang mengandung, ia dapat membantu untuk menampung berat bayi dalam rahim. Jika kerap melakukan senaman pelvis, ia akan memudahkan proses peneranan bayi keluar dari faraj.
2-Mengelak daripada gejala mudah terkencing dan organ prolaps.
Sekiranya anda sering mengalami gejala mudah terkencing ketika ketawa, mengangkat barang atau bangun dari tempat duduk, senaman PFM dapat membantu mengurangkan dari inkontinesia urin iaitu pengaliran air kencing atau najis yang tidak sengaja.
Selain daripada itu, ia juga dapat mengelak daripada organ prolaps (Rahim – ‘cystocele’) yang melalui termasuk ke faraj (cystocele) dan rectocele (Rektum- ‘rectocele’) yang tertekan di dubur.
3-Meningkatkan keyakinan diri dan penting untuk fungsi hubungan kelamin.
PFM dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang malah boleh memberi kesan kepada hubungan kelamin dengan pasangan.
4-Mengatasi masalah perbelanjaan kos rawatan yang tinggi termasuklah kos pembedahan.
Otot lantai pelvis yang kuat dapat mengatasi masalah seperti:
i)-Infeksi salur kencing, ‘pruritus’ akibat dari kekerapan penggunaan tuala wanita dan lampin orang dewasa
Cara-cara menangani masalah kelemahan otot lantai pelvis
1-Senaman Kegel
i)-Kempiskan perut dan lakukan proses ‘kemut-lepas-kemut’
ii)-Lima kontraksi pantas
iii)-Diikuti dengan kontraksi perlahan, kontrakkan PFM dan tahan untuk kiraan sepuluh, ulangi pergerakkan ini untuk 20 kali.
iv)-Adalah disarankan senaman di atas dilakukan sebanyak tiga sesi sehari untuk mengekalkan kekuatan PFM
v)-Bagi menguatkan otot PFM yang lemah, pesakit disarankan untuk mengulangi kontraksi PFM perlahan sebanyak tiga sesi sehari dan setiap sesi 30 ulangan.
Contoh Senaman Kegel
1- Senaman lengkukan pinggang sambil kontraksi otot lantai pelvis dalam posisi baring.
2-Senaman kontraksi otot lantai pelvis dengan menggunakan bola dan angkat punggung.
2-Bantuan peralatan perawatan sekiranya PFM terlalu lemah atau lansung tidak dapat melakukan kontraksi
i)-EMS, electrical muscular stimulator
ii)-Vibrance kegel device
3-Pakar perubatan
i)-Pengambilan ubat
ii)-Alat perawatan masalah PFM ditempatkan di faraj
iii)-Pembedahan
Bagaimana cara mengenalpastikan keberkesanan senaman Kegel
Keberkesanan /kekuatan otot lantai pelvis boleh dikenal pasti apabila seseorang menjalankan senaman mengikut senaman yang ditetapkan untuk jangka masa selama sekurang-kurangnya 3 bulan.
1-Maklumbalas daripada pasangan hubungan kelamin.
2-Kawalan kencing lebih baik
3-Pegurangan penggunaan tuala wanita atau lampin orang dewasa.
Otot lantai pelvis juga akan menjadi renggang dan lemah secara semulajadi bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan senaman, ia juga akan berlaku apabila usia meningkat.
Oleh itu, para wanita disarankan agar menjalankan senaman untuk menguatkan otot lantai pelvis sekerap tiga sesi sehari untuk mengekalkan serta menguatkan otot lantai pelvis bagi mengekalkan kejelitaan dalaman anda.
Sumber: Artikel sumbangan Lee Heng Ho -Pengurus Physiotheraphy, Columbia Asia Hospital – Puchong
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Urusan pemberian nafkah pada anak-anak selepas perceraian jangan diambil ringan. Apatah lagi jumlahnya telah ditetapkan oleh mahkamah, namun dengan sengaja tak nak bayar nafkah anak-anak ini pada bekas isteri. Silap-silap boleh dikenakan hukuman meringkuk dalam penjara!
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu pada Ahad menjatuhkan hukuman penjara 30 hari terhadap seorang buruh setelah didapati bersalah kerana gagal membayar nafkah anak-anaknya.
Hakim Syarie, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki berkenaan, Diang Ghani, 52, didapati bersalah mengikut Seksyen 181 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) kerana gagal melunaskan pembayaran nafkah anak-anak sebanyak RM11,000 kepada bekas isterinya.
Sebelum ini, mahkamah pada 21 April 2010 telah mengarahkan lelaki berkenaan untuk membayar nafkah enam orang anaknya sebanyak RM300 setiap bulan, sebagaimana persetujuan bersama bekas isteri.
Bagaimanapun, keengganannya membayar nafkah itu menyebabkan tunggakan terkini nafkah mencecah RM11,000.
Pada 19 Februari 2020, mahkamah telah mengarahkannya hadir ke mahkamah setelah bekas isterinya memfailkan notis penghakiman.Namun, dia gagal hadir dan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.
Lelaki berkenaan kemudiannya berjaya ditahan pada 15 Disember lalu, sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 30 hari, berkuat kuasa Ahad.
MW: Seeloknya jadikan pengajaran buat bekas suami yang payah sangat nak tunaikan nafkah dan tanggungjawab. Ingat iya walaupun dah bercerai, nafkah anak-anak tetap kena bagi.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...